Pages

Showing posts with label Broga Hill. Show all posts
Showing posts with label Broga Hill. Show all posts

Saturday, January 2, 2016

2016 First Hiking at Broga Hill

Broga Hill, Semenyih
Saturday, 2 June 2016


Permulaan yang baik & indah untuk 2016...

Hari ni, first time in 2016, aku & geng ke Broga Hill Semenyih. Rasanya dah hampir 2 tahun juga aku tak ke sini. Fuhh, lama sangat dah tu kan. Padahal jarak dari rumak aku nak sampai ke sini takde lah jauh mana pun. Adalah dalam 20min jer. Apa yang buat aku tak prefer ke sini sebab kondisi Broga Hill the last time aku pergi memang seriously buat aku kecewa nak ke sini lagi. Tapi bila dengar member yang baru pergi baru-baru ni kata, Broga dah banyak berubah, so, why shouldn't I give a try kan. Memang aku tak nafikan view sunrise kat Broga Hill ni memang awesome. Sebab tu rata-rata orang sanggup bangun seawal pagi nak catch sunrise kat sini. Memang berbaloi.

Hari ni juga kami seperti yang lain start seawal 6pagi, semata-mata nak tengok sunrise juga. Alhamdulillah, sempat juga walaupun agak lewat matahari nak menyinar. Ingat kami memang tak bernasib baik lagi sebab Eein ada... oppsss tapi ternyata tak benar sama skali, hahaha. So, memang rezeki ko lah kali ni Eein.


Semoga tahun 2016 akan lebih bermakna

Aku rasa dari mula kami masuk parking kat ladang kelapa sawit before pukul 6pagi tu pun dah ramai dengan orang. Fuhh. So, memang dapat dijangkakan lah kesesakan yang akan berlaku kat atas nanti. Nak kata sebab semalam cuti hari ni baru orang ramai nak panjat pun rasanya tak juga. Sebab dulu aku datang sabtu pun, ramai juga sampai sesak laluan turun & naik kat atas Broga. 

Tapi kali ni yang kau perasan memang Broga dah banyak berubah. Yang paling ketara, lalang-lalang dah kembali macam dulu, ada tali keselamatan di pasang untuk laluan naik ke puncak Broga & trail agak bersih berbanding last time. Mungkin sebab dah ada orang take care sekarang. Still, aku masih tak puasa hati dengan tahap keselamtan trekking di sini. Rasanya route naik dan turun masih lagi licin. Pagi tadi jer dah brapa ramai juga yang jatuh sebab keadaan tanah yang kering dan licin. Walaupun dah ada sign board "AWAS" kat certain trek tapi tak semua orang akan aware benda-benda macam ni. Lagi-lagi budak-budak muda yang hyperactive berlari turun & naik. Mungkin next time pihak yang bertanggunjawab boleh lah buat proper trail untuk naik ke puncak Broga e.g. buat trail tangga yang lagi selamat untuk laluan para pendaki, macam kat Bukit Saga tu.


Tak sanggup rasanya nak teruskan sampai ke atas bila tengok orang tak putus-putus naik & turun... memang excited tapi tak sanggup rasanya nak bersesak
 
Kami decide hiking sampai sini saja after nampak hampir ratusan orang kat first peak Broga

Subhanallah... beautiful sunrise

Kami spend tak lama pun kat Broga ni. Bila nampak traffic dah reda sikit baru kami start turun. Itupun masih tak putus-putus juga orang naik lagi. Memang favourite betullah Broga ni. Makin menjadi-jadi pulak orang datang. Memang bagus exercise pagi-pagi ni tapi bila dah ramai sangat ni rasa macam tak selesa pulak. Lepas ni rasanya nak prektis panjat kena naik other than Broga lah nampak nya.


Dah lama tak datang Broga, sekarang dah ada welcoming entrance dah

Dan semakin meriah suasana bila dah sampai bawah... macam pesta pun ada dah, hahaha

Tak payah nak pergi sampai ke Klebang or Batu Berendam, kat sini pun dah cukup, hahaha

Dah bakar lemak, haruslah cari breakfast pulak kan nak gain energy. Destinasi breakfast kami kali ni, jom kita ke Warung Bunian yang terletak di Sungai Merab, Bangi. Emmhhh tapi macam dekat dengan pinggiran putra. Takde lah banyak mana burnt calories pun tapi at least balance lah bila dah makan Breakfast Combo meals. Nescafe O panas, Nasi lemak telur bungkus & Roti Canai. Rugi rasanya datang jauh-jauh nak breakfast kat sini tapi makan satu menu je kan. Alasan sangat kan. Cheat day.

Anyway, kalau ke warung Bunian ni, memang wajib cuba Nasi Lemak telur bungkus & Roti Canai. Sambal nasi lemak nogoghi dia memang best cuma memang tak cukup untuk satu hidangan bagi penggemar sambal tumis ikan bilis. Kalau nak extra sambal kena tambah RM1. Nasi putih dia bagi aku biasa-biasa saja, tak rasa lemak sangat pun tapi good for health, hehehe. Aku agak cerewet sikit pasal roti canai ni tapi bila dah rasa roti canai kat sini memang memenuhi citarasa aku...lembut & crispy. Roti Canai Biasa harga 60sen.

Actually, warung bunian ni, yang bestnya masakan lunch time dia sebab ada menu special ketam masak lomak cili api. Tak pernah cuba lagi tapi adik aku yang kerja kat Putrajaya agak kerap juga datang ke sini. Tapi make sure kena buat booking awal sebelum nak datang waktu lunch dia sebab tak pasal-pasal kena tunggu lama nanti.

Disamping menu yang menarik, boleh lah menikmati suasana ala-ala kampung kat area-area sini. Kalau dari Putrajaya memang sangat dekat nak ke sini.

Lokasi: 2.908795, 101.727217 (GPS Coordinate)


A must try breakfast menu kalau dah sampai Warung Bunian ni... Nasi Lemak telur bungkus RM3

Untuk tempahan & call first nak elakkan kekecewaan... especially lunch time

Wednesday, February 1, 2012

Final Preparation to Sibayak



Broga Hill, Semenyih

Wed, 01.02.2012



Since we only left 4 days before to Medan, kita orang pun plan lah nak panjat "Broga"... konon nye nak mantapkan stamina before hiking to Sibayak. Luckily, tak ramai orang sangat. Emmhhh... maybe sebab orang KL sahaja yang OFF. Kami plan ke sini pun memandangkan hari orang negeri lain bekerja, so, rase nye takde lah sesak sangat. Konon2 plan nak sampai before sunrise tapi emmmhhhh... sama juga macam yang lepas, tak pernah nak awal. Anyway, we're still enjoy & have fun. Sempat lah buat macam2 kat atas tu. Congrats to Kak Su... berusaha keras menyiapkan diri before nak ke Broga, finally sampai pun. After this, boleh lah join kami hiking selalu... yang extreme skit, Broga ni untul entry level jer... hehehe.




Awesome view from top




Cik Thirah ni first time naik buaian




Lalang yang mekar di Broga Hill




Nice view




Thanks to Abang yang amik pic nie but too much exposure




Sumbangan kasut amat dialu-alukan




Lalang yang gagah



Pray for our safety trekking to Sibayak on 8th of February. Hopefully everything is OK.

Can't wait for our Medan trip.

Monday, November 1, 2010

Broga Hill lagi

31st Oct 2010, Sunday

Aku rase this time already 5 times I've been to Broga Hill....banyak kali juga lah aku dah ke sini. And tiap2 kali pergi lah....berbeza-beza aksi nyer. Actually, I suppose to join My Kaki Gym member to go here but I only came to know on Thursday that they were planning to go here...tapi takpe lah jumpa juga kat sini juga. Aku ingat boleh lah jumpa dengan semua geng yg nak ke Mulu....emmmhhh sudah nyer aku, Huzz n K jer yang free...plus with two new K's frens n Abg Zul yg tiba2 plak nak join kita orang.



With my KakiGym members


But, this time orang tak seramai yg aku pergi last time...maybe Ahad or last night tue ade Football match kelate vs N9....tapi bola habis awal juga....whatever lah.


I luv this

Tapi kali nie apa yang menarik nyer...ade satu tempat yg kini menjadi tumpuan semua pendaki di Broga.... Buaian Pre-Wed Sheikh Muzaffar. Aku, K n Huzz pun tak ketinggalan mengabdikan kenangan kt sini...takde calon pun....tapi asalkan dapat jadi ala2 Dr Halina kejap pun jadilah. Best juga berangan kejap kt sini....hahaha memang layan lah. Aku n K sempat wat posing alah2 SMS n Dr Halina.....wawawa tapi aku rase something wrong jer....hihihi.


Yg penting kita orang queue masa nak amik gambar kt sini. Bukan senang tu...dah ada chance tue....ikut giliran pun layan je lah.



Highest point in Broga Hill

Sunday, June 20, 2010

Aku naik Broga lagi

This morning sempat juga lah aku meluangkan masa aku with my Junior Fairoz naik Broga unutk ke-4 kali nyer. Aku sampai agak awal juga around 6.30am…but that time parking kat dalam ladang kelapa sawit tu already full house. Kind of weird…ramai pulak orang datang hari ni. Maybe because still school holidays or maybe broga already became much more popular now among other races other than chinese.

Aku rase dah 4 months juga lah aku tak datang sini. Yang paling x best nyer, sekarang nak masuk ladang tu kena bayar RM2 tu untuk parking. Hampeh betul, ambik kesempatan. Tapi since aku dh termasuk situ… bayar juga lah. Tapi aku still tak puas hati dah lah jalan dalam tu teruk, kena park pun celah2 pokok...satu hinggit tu boleh tahan lagi lah.

Bila dah ramai, yang tak best nyer…jalan jadi jam & sesak lah. Sometimes, when too much people, hilang mood nak naik. Aku naik juga lah alang2 dah sampai tapi takde lah smpi peak. Nak tunggu orang turun jer dah buang mase. Fuhhh.

Kali aku naik tak rase penat lansung even dah 1 month aku x naik mana2 gunung since last day aku balik form mount KK. Tapi energy aku kira ok lah that time.

Lepas juga rindu aku nak start ber hiking balik. Next week nak plan gi Bukit Saujana Hijau kt Putrajaya plak. Dengar citer Huzz n tengok photo2 dia mcm best jer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...