Pages

Monday, May 8, 2017

Journey to the top of sumatera: Padang to Pelompek

Kerinci, Jambi Sumatera
Thursday, 27 April 2017


Plan nak mendaki Kerinci memang dah ada dalam Mountain bucket list aku sebab aku nak complete kan tiga gunung berapi tertinggi Indonesia. Rinjani 2 tahun lepas, Semeru tahun lepas, so, tahun ni berbekalkan impian & semangat, Kerinci pula dalam genggaman. Actually, aku dah plan since last year lagi, tak salah aku masa tu ada free seat promo from AA & kebetulan date yang aku check pulak boleh combine dengan Labor Day yang kebetulan jatuh pada hari Isnin tahun 2017. So, kalau ikutkan 6 hari pun dah cukup nak buat trip Kerinci + Danau 7 & kami hanya perlu cuti 3 hari saja. Tanpa berfikir panjang aku terus tanye semua member GSH plan nak Kerinci. Alhamdulillah, received good feedback. So, 6 orang termasuk aku terlebih dahulu book ticket nak ke Padang. Bai & Boboi saja yang book kemudian sebab tak pasti samada boleh follow atau tidak. Yang lain tak dapat follow atas sebab-sebab tertentu.


Tempat wajib kalau berkumpul kat KLIA 2

Alhamdulillah, perancangan hampir setahun yang lepas kini menjadi kenyataan. Kami sampai di Airport Padang seperti yang dijadualkan. Flight dari KL ke Padang hanya mengambil masa sekitar 1j 5min saja nak sampai. Tak sempat nak berangan dah sampai. Yelah dekat je pun Sumatera & Semenanjung kalau tengok dalam map.

Ohh untuk trip mendaki kali ni aku telah menggunakan khidmat Uteh ORL untuk menguruskan trip kami ke Kerinci. Tapi hampa sebab Uteh tak dapat follow dan digantikan dengan staff lain. Kami punyelah teruja nak pergi Kerinci dengan Uteh tapi tup tup last minute informed tak dapat join kami atas sebab tertentu. Lebih mengecewakan sebab dapat tahu dari orang lain dia organize trip bersama group lain ke Gunung Bubu pada waktu date kami ke Kerinci. Dah balik KL baru tahu the real reason dia tak dapat pergi. Huish, bercanggah sungguh dari yang mula-mula dia kasi tahu aku. Kenapa lah tak jujur jer dari mula dengan kami. Seriously, aku & geng sungguh kecewa & rasa tertipu.

Lebih kecewa kerana terdapat perubahan rancangan dalam jadual perjalanan yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada kami. Aku hanya mendapat tahu perubahan ini daripada Rapani apabila kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau. Rapani mengatakan bahawa jadual perjalanan telah diubah oleh Uteh. Plan ke Danau Kaco telah diubah ke hari pertama yang sepatutnya menjadi hari kami berangkat ke Gunung Kerinci. Organizer sepatutnya tahu bahawa agenda utama kami ke sini adalah untuk mendaki KERINCI dan bukannya ke Danau Kaco. Mengapa kami tidak diberitahu perubahan jadual perjalanan dengan lebih awal agar kami boleh berbincang dan membuat keputusan sendiri. Sebagai client, kami berhak untuk mengetahui segala perubahan dalam itinerary. Hanya kami yang tahu kemampuan kami dan apa yang kami mahu. Tergamak organizer membelakangkan kami dan membuat andaian sendiri.

Tapi nak buat macam mana, trip harus berjalan sebab semua sudah diatur. Kami redha dengan wakil yang dihantar ORL.

Back to main story, kali ni trip agak meriah sebab banyak group rupanya yang mendaki Kerinci dalam date yang sama. Barangkali semua pun berfikiran macam aku juga, nak combine leave dengan Public Holiday. So, berjumpa lah kami di Padang. Ketibaan kami disambut oleh Pak Rapani & Aditya yang dah sedia menunggu. Seterusnya, kami dibawa ke kedai makan berhampiran untuk breakfast.


Antara group from Malaysia

Siap sedia nak bergerak ke Jambi

Minangkabau Airport

Barisan Jemaah

Below is our itinerary sebelum diubah organizer.

Kerinci Itinerary
Day 1: padang – pelompek – overnight at Kerinci View Homestay (estimated time 7-8hrs)
Day 2: Start trek to shelter 3 - overnight at Shelter 3
Day 3: Summit attack - shelter 3 - overnight at Kerinci View Homestay
Day 4: Trek to Danau Gunung 7 - overnight at Kerinci View Homestay
Day 5: Danau kaco - transfer to Padang Airport (estimated time 10-12hrs)
Day 6: Balik Malaysia

Inclusive:
Meals start dari Day 1 – Day 6
Guide + Porter + Trip Leader
Tent
Homestay
Insurance (MSIG)
Transports
National Park Entrance Fees

Total Cost: RM940

Additional IDR200,000/day up to max 15kg for personal porter (carry personal stuff), boleh shared 2 to 3 persons.


Singgah breakfast kat sini dulu

Lontong Padang... boleh tahan pedas

Masjid tanpa kubah beratapkan rumah Minangkabau, Kagum

Selepas breakfast, next agenda ke Outdoor shop di Padang pula. Sempat jugalah aku rembat sandal Eiger untuk trip ke Danau Kaco esoknya. Actually, memang dah plan lama nak beli tapi dah alang-alang jumpa size terus beli, harga pun agak murah IDR185,000 (bagi aku lah kalau nak compare beli kat Malaysia). Eein sempat beli bagpack kecik, Cikgu siap beli seluar trekking. Overall berbaloi juga shopping kat sini sebab price agak murah.


Outdoor Shop Padang

Selepas outdoor shop, kami ke kedai menjual kartu (simkad) pula. Agenda wajib setiap kali travel. Memandangkan kami akan berada 6 hari kat sini (5 hari saja kat Jambi), so, nak kena ada juga connection dengan dunia luar. Walaupun penggunaan lebih kepada social network tapi ultimate reason aku nak kena update status terkini kat KL. Kalau nak guna kat specific place macam Kerinci, Simpati is recommended. Kami amik yang 2GB data (IDR70,000) untuk 6hari penggunaan.

Selepas dah dapat apa yang dihajati, baru kami mula bergerak menuju Kersik Tuo. Anggaran perjalanan 7-8jam bergantung kepada driver yang bawa. Kalau bawa macam Fast& Furious tu, less than 7hrs dah sampai kot. Hebat dia orang ni bawa kereta macam orang gila lalu kat kawasan pedalaman, hahaha. Sabar jelah orang yang duduk kat depan skali. Redho jer.


Lunch at Restoran Mitra Padang

Rumat Adat Minangkabau... still under construction

Perjalanan dari Padang menuju Kersek Tuo Village memang agak lama & mencabar juga tapi on the way nak sampai kat sana nanti view memang cantik lebih-labih lagi bila dah nampak Gunung kerinci yang tersergam indah. Itulah daya penarik menuju destinasi kami. Huish, tak sabar pulak rasanya nak panjat walaupun jantung ni dah berdebar-debar. Semoga Allah swt permudahkan segalanya. InsyAllah.


Perjalanan menuju Kerinci View Homestay

Singgah di Ladang Teh dulu... menikmati indahnya Kerinci

Kelihatan Gunung Kerinci on the way to our Homestay

Kami sampai di Kerinci View Homestay sekitar pukul 8mlm. Dah agak lewat juga tapi sebab banyak persinggahan tadi kan. Kami ditempatkan satu bilik bertiga. Kira selesa jugalah cuma limited space sikit sebab dah tambah extra bed. Toilet pun bersih cuma banyak unggas apa ntah, aku pun tak pasti. Tak mengganggu pun. Ada Hot shower juga, itu pun ada masa tak berfungsi. Tapi overall puas hati.

Kami dinner agak lewat malam tu, dalam pukul 9 lebih. Sejurus selepas kami masukkan barang-barang kami ke bilik masing-masing, masakan minang sudah terhidang. Yang pasti sambal wajib ada ok. Nasib baik esok belum nak panjat gunung lagi.


Kerinci View Homestay

Tempat kami lepas selama 5 hari disini

Tempat Makan

Ada 4 bilik kat atas ni, ngan-ngam untuk kami semua 11 orang

Inside the room

Dinner first day at Kerinci View Homestay
  
Selepas dinner, ada short briefing pasal trip nak ke Danau Kaco esok nya. Masa tu lah baru nak tahu apa yang patut kami prepare nak ke sana. Paling tak best bila dengar trek yang kami akan harungi esok agak berlumpur.


To be continued...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...