Pages

Saturday, June 25, 2016

Misi Semeru 2016: Puncak Mahameru

Mahameru, Indonesia
Monday, 30 May 2016


Set alarm clock at 11pm tapi bangun 20mins kemudian, hahaha. Pandai aunty set masa untuk kami, mesti dia dah tahu pukul 11pm belum tentu kami bangun. Apa lagi yang best selain tidur yang lena di saat dingin malam macam ni. Tiba-tiba kena bangun pulak. Aku rasa macam baru je nak lelapkan mata, tak sempat nak mimpi yang indah... dah kena bangun. Belum sempat nak menikmati malam yang tenang di Kalimati, suddenly alarm clock Iphone melenyapkan segala impian. Tapi impian menawan puncak Mahameru menyedarkan aku dari lamunan. Eh, lupa pulak yang aku ada misi yang lebih penting pagi buta ni.

Bangun-bangun terus buat apa yang patut. Kami tak perlu bersiap sangat sebab malam tadi tidur memang dah prepare siap-siap dengan kelengkapan nak hike pagi ni.


Misi Mahameru

Summit attack preparation
  • Windbreaker / Waterproof Jacket or down jacket atau yang sewaktu dengan nya 
  • Heat Tech / Fleece / Thermal wear / Long John (kalau tahan sejuk tak perlu pun takpe) 
  • T-shirt 
  • Gloves 
  • Buff (useful sebab trek yang agak berpasir & berhabuk) 
  • Head lamp – yang ni kalau boleh bawa extra battery sebab nak pakai lama & make sure juga kualiti & kondisi ok before nak guna. 
  • Gaiter (elak pasir masuk kasut for low cut shoes) 
  • Safety Goggle (Protect mata sebab trek yang agak berpasir & berhabuk) 
  • Sunglass 
  • Energy Food (Chocolate, Energy Bar, Honey, Power gel etc.) – katanya Power Gel ni sangat membantu nak boost energy masa summit attack. Based on true story by Thirah, Eein, Fad & Cikgu. Tapi since aku tak guna, tak boleh nak kasi review. Maybe I should try next time. 
  • Air yang cukup 
  • Personal Medicine (bawalah ubat-ubatan yang perlu Panadol actifast, ORS, Pain killer, minyak angin atau yang sewaktu dengannya) 
  • Hiking Stick 
  • Raincoat/Poncho
  • Small Daypack 
  • Snowcap & Mafla – kalau nak lebih gaya & Keunggulan, hehehe... optional je ni

Supper pagi tu kami dihidangkan dengan sup ayam & nasi. Suddenly, rasa tak boleh masuk. Sempat masuk dua sudu, tekak dah rasa lain macam. So, hirup sup satu mangkuk kecik je. Aku bayangkan dapat Indomee macam kat Rinjani dulu, hahaha. Sebab aku tak makan banyak, so, aku bawa roti & chocolate extra. Takut nanti pancit pulak tak cukup energy.

Sepatutnya, plan awal bertolak pukul 12.00am tapi entah mana silapnya, pukul 12tgh malam tu lah baru nak supper, hahaha. Last-last. Pukul 12.40am juga baru mula pendakian. Standard lah tu kan. Actually, kalau dah set pukul 11pm bangun tu maknanya, 1 hour saja untuk preparation sebelum summit attack.

Sebelum mula pendakian pagi tu, kami diberi arahan untuk bergerak dalam group. So, aunty susun kami, ladies jalan dulu followed by lelaki semasa. While yang agak slow, akan follow dari belakang. Kami ada 5 guides lead by Muhe. Kali ni, Fad & Eein sahaja yang amik personal guide. Fad saja guided by laki bini, Muhe & Puteri. Basically, Muhe & Puteri act as a sweeper for the last person dalam group kami. Sementara, Eein ditemani Mas Jumaat. Aku & yang lain ditemani 2 guides, yang merupakan porter dalam group kami juga. Actually sebelum trip kami, aku request additional personal guide juga sebab ada yang nak tapi aunty tak kasi ramai-ramai sebab dia cakap, lelaki kan ramai, nanti biar dia orang saja jaga korang, hahaha. I wish Aunty. Beria-ia Aunty yakinkan aku, InsyAllah, awak boleh buat tanpa personal guide. So, atas keyakinan Aunty tu, aku request untuk yang perlu sahaja. Memandangkan dalam grup kami cuma 2 orang saja aku rasa agak kritikal, so, aku decided, biarlah Fad & Eein sahaja. 

Selepas bacaan doa, perjalanan pun bermula sekitar 12.40am. Seram sejuk je rasa. Alhamdulillah, debaran dah makin berkurang. Kami mula bergerak menuju Arcopodo dari Kalimati Campsite thru hutan pine. Perjalanan dari Kalimati Campsite to Arcopodo kurang lebih 1.2km about 1 hour trekking. Trek menuju Arcopodo boleh tahan steep juga and at certain trek tu kami diberi arahan untuk berjaga-jaga di kiri & kanan, sebab ada gaung yang agak dalam. Silap langkah, boleh tergolek ke bawah. Kami sampai di Arcopodo, less than 1 hour. Rest sekejap while waiting for others. Actually, Arcopodo ni pun salah satu campsite before summit attack menuju Mahameru. Tapi space for campsite di sini agak limited.

Aku ingat lagi masa rehat di Arcopodo, Eein ada cakap kat aku dia tak boleh buat sebab dah penat sangat. Tapi aku suruh dia proceed juga buat sampai mana yang dia mampu. Muka dia memang dah nampak penat sangat masa ni. Nasib baik dengar cakap & Eein teruskan lepas dah pekena Actifast. Dan untuk trip kali ni aku rasa Panadol Actifast aku paling laku. Belum real summit attack lagi tapi dah tewas semuanya oleh GSH di Arcopodo. Alhamdulillah, nasib baik aku mampu ok sampai atas tanpa bantuan dadah.

Kami rest lagi di hutan Pine before sampai trek yang berpasir menuju Mahameru. Kali ni agak lama. Eein & Fad, sudah tak bersama kami lagi masa ni.

Perjalanan diteruskan menuju trek berpasir, the real summit attack to Mahameru. Half way to Puncak Mahameru, tak ada pokok dah, hanya trek berpasir sahaja. Exactly macam trek di Rinjani. So, kalau dah pernah panjat Rinjani, boleh imagine lah trek Semeru macam mana. Cuma, kalau Rinjani, trek lebih panjang & slope menuju puncak lebih kurang 45deg tapi kalau di Semeru, trek lebih pendek & steep (slope about 70deg) menuju puncak. So, boleh imagine lah mana yang lagi sengsara. From Arcopodo to puncak Mahameru, Jauh perjalanan dianggarkan, 1.2km.


Trek pagi tadi menuju puncak
(More pics on next post)


Kami diberi tips yang agak berguna oleh Uncle Rashid for summit attack. The same method juga yang digunakan oleh guide kami sewaktu trek menuju summit started from the last pine tree. Actually aku pernah share tip ni dalam entry 2 bulan yang lepas, after briefing session by Karat Adventure. Dan aku rasa tips yang diberi Uncle memang sangat-sangat membantu expecially nak hike the last stage to puncak Mahameru. Dan disebabkan tips zig zag step itu, kami mampu bergerak dengan lebih pantas & mudah. Kami 9 orang dihadapan, bergerak bersama-sama & sentiasa dalam group. Dan beberapa kali juga kami stop & rehat. Actually, kami adalah antara group yang terawal juga yang mula mendaki sehinggalah kami dipintas oleh satu group dari Indonesia. 

Kalau korang pernah tengok cerita Indonesia 5cm, mesti notice ada satu adegan cemas, batu-batuan jatuh dari atas sewaktu Zafran, Genta, Arial, Ian, Riani & Dinda sedang menuju puncak. Lebih scary bila ada batu yang besar gila jatuh dan terkena Ian. Huh, seram jer bila fikir nak panjat puncak Mahameru. Terlintas juga difikiran masa tu, dasyat juga nak panjat Semeru ni. Tipulah aku cakap, aku tak fikir semua tu masa panjat Mahameru. Memang ada je terfikir sekali dua tu lebih-lebih lagi bila dah nampak batu-batu besar macam dalam cerita 5cm tu jatuh, huh, berdebar juga. Hanya berdoa sajalah semoga semuanya selamat. Realiti, memang ada pun batu-batu besar sepanjang trek menuju puncak Mahameru. Dari kecik sampailah yang sebesar-besar alam. Luckily masa kami naik, hanya batu-batu yang kecik saja yang kadang-kadang jatuh sekali sekala tu. Sebab tu kalau orang yang jalan terlebih dahulu (ahead of others), advisable sangat, “PLEASE THINK PEOPLE BEHIND YOU”. Jangan simply langgar semua batu kat atas tu sebab tak semua batu kukuh & bertahan kat atas tu. Fikir orang yang kat belakang yang tengah nak naik tu.

Nak stressss sangat sebab dah kasi peringatan pun but still ada yang ignore benda macam ni. Sebab happened in group kami. Ada 2 mat salleh yang kebetulan naik sekali dengan kami tapi mereka ni memang laju gila. Tak pakai pun method zig zag step yang macam kami buat, siap berlari tu dengan segala batu dia langgar kat atas. So, yang jadi mangsa kami yang kat belakang ni lah, Group aku. Huh, geram pulak rasa. Aku tak berapa perasan siapa tapi yang lain cakap mat salleh yang kami jumpa on the way nak ke Ranu Kumbolo tu. Emmhhh. Dan sebab geram sangat, batu makin banyak yang jatuh & guide kami sound pun tak jalan, aku pun menjerit dari bawah. Huish, macam mana pulak boleh ada kekuatan nak sound masa tu. Dia orang notice & siap pandang belakang tapi buat lagi. Aku menjerit lagi. Masa ni tak fikir dah apa budak laki fikir sebab aku rasa demi keselamatan kami, I should warn them. Ok masa ni, dah kurang maybe dia dengar kami bising-bising kat bawah. Walaupun bukan batu besar yang jatuh ke bawah, hanya yang kecik-kecik saja tapi still bahaya kot.


Rehat sambil menikmati indahnya malam dari trek menuju puncak Mahameru

Kami berhenti beberapa kali juga sebelum sampai summit, rest sambil enjoy view dari atas trek menuju puncak. Subhanallah memang cantik. Bintang-bintang di langit. Awesome. Ohh, dulu masa naik Rinjani sempat juga tidur 2X before sampai puncak tapi kali ni di Semeru, tak sempat lansung. Rehat kejap, amik gambar, borak-borak, lepas tu sambung balik mendaki.

Honestly, aku rasa Rinjani lagi susah dari Semeru walaupun ramai yang fikir Semeru much tougher than Rinjani. Mungkin depend on individual juga. Sebab most of team aku yang sama-sama ke Rinjani tahun lepas pun cakap Semeru lagi susah.

Setengah jam lagi nak sampai puncak, kami dah mula ketinggalan jauh antara satu sama lain. Aku, Thirah, Ash, Supa, Bul & Aizat masih bersama follow antara satu sama yang lain cuma jarak yang memisahkan kami. Semakin menghampiri puncak semakin tak kelihatan dah yang lain. Cikgu Nisah masih dibelakang setia menemani Wan barangkali yang suddenly agak kritikal. First time dengar Wan dah hampir give-up. Siap suruh kami naik dulu & tak heran pun sunrise ke apa. Nir, Eein & Fad masih dibelakang. Since, last stop kami di hutan Pine pagi tadi. Tak jumpa dah lepas tu. Lagi beberapa minit nak sampai puncak, guide kami offer nak tarik aku bila nampak aku dah semakin slow. Masa tu, rasa energy kembali semula. Aku ingat, aku yang sampai dulu. Tahu-tahu Ash dah berdiri tegak kat atas masa aku sampai. Bila pulak dia pintas aku. Hidup-hidup aku ingat dia teman Thirah kat belakang. Aku laju saja bila fikirkan mereka berdua dibelakang. Mungkin yang aku nampak tu orang lain, emmhhh.


First explosion at 5.28am
Kat belakang tu Letusan Wedus Gembel from Jonggring Saloko crate. The explosion said to be happened every 15-30mins. Although, the crater can be reached from Mahameru peak but hikers are advised not to approach this crater as it may produced poisonous gases at any time without warning

Bersyukur sangat saat dah berada di Puncak Mahameru. Sampai puncak at 5.14am, about 4.5hrs. Masa aku sampai, cuma ada Ash & beberapa orang pendaki Indonesia yang ada diatas. Luas gila kat atas puncak Mahameru ni. Boleh berlari-lari. While waiting for others, solat dulu dibalik bendera Indonesia. Rasa tenang sangat & bahagia masa ni. Dan paling puas hati sebab impian 2 tahun lepas, terlaksana sudah setelah bermacam-macam dugaan yang kami lalui sebelum boleh sampai ke sini.

Yang lain tiba di puncak tak lama selepas aku sampai. Eein & Nir sampai 1.5hrs kemudian.

Panjang pulak grandmother story aku ni, jom kita enjoy photos taken while I was on top of Java Island Highest peak.


Subhanallah sempat sampai tengok sunrise

Masih awal lagi & belum cerah sepenuhnya tapi view memang Subhanallah

Alhamdulillah, berjaya

Carpet Awan

Sunrise on top of Mahameru

Enjoy the view on top of Mahameru

Arjuno Welirang seen from Mahameru's peak. Suppose to be our plan B if Semeru still closed for hiking

Jumpa Geng dari Malaysia (ini lah member Cik bai rupanya)

Group Photo tapi masih tak cukup korum lagi masa ni

Bertiga

Berlima

Walaupun jauh beribu batu, kalian tetap diingatan

Masa tulis ni dah menangis macam apa ntah... tapi yang pasti aku macam tak boleh imagine "kesengsaraan" yang Fad alami masa tulis surat wasiat ni. Tahu-tahu Fad buat kejutan, congrats babe (aku post kat sini sebab ko dah curi baca dalam hp aku, cheh, anyway, we really meant it)

Mula-mula tu kami fikir Fad takkan naik dah bila tanye setiap orang yang sampai jer, seolah-olah memberi harapan yang Fad masih jauh dibelakang. Tapi kami masih tunggu, sehinggalah ada sorang brother from Malaysia yang memberi harapan kepada kami yang Fad tak jauh dah... sebab kebetulan dia pun agak lambat & sempat saing dengan Fad. Happy sangat masa tu & Kami gadis semasa decide stay & tunggu Fad, sementara, geng budak lelaki turun dulu. Finally, dalam 8.30am macam tu, Alhamdulillah, Fad sampai bersama Muhe & Puteri. Tabah sungguh guide 2 orang ni bawa Fad. Tak pasal-pasal kami buat drama airmata kat atas puncak Mahameru. Arrghhh, miss that moment.


Orang kata penantian itu satu penyeksaan tapi nilai penantian itu akan lebih bahagia jika mampu memberi harapan

Dan disebabkan menanti Fad, waktu aku kat puncak je 4.5jam. Lama sungguh. Terkejut Mas Muhe dengar aku boleh stay lama kat atas tu. Apa taknya, dengan sejuk nya lagi. Kalau ikutkan kami tak dibenarkan stay lama di atas puncak sebab kawah Jonggring Saloko akan mengeluarkan gas beracun. Dan normally katanya selepas pukul 10am sudah dikira agak bahaya. Risau juga masa tu bila fikirkan tapi kami berdoa saja berharap fad sempat sampai lagi dan kami sempat turun sebelum pukul 10. Alhamdulillah, doa kami termakbul & fad berjaya. Congrats gojes. Waktu Fad sampai tu, tak nampak dah view kat atas. Letupan Wedus Gembel pun tak kelihatan sudah. Hampir keseluruhan view di atas puncak Mahameru dihalang oleh kabus yang tebal. Sesekali tu, boleh rasa ada hujan debu yang dibawa dari kawah Jonggring Saloko. 


Finally, 6 of us
 
Kami saja yang masih berada di Puncak Mahameru
Thanks everyone kerana masih setia bersama kami


Kami turun dari puncak Mahameru at 9.30am. The last group yang turun dari puncak Mahameru. Biar lambat tapi pasti. Yeahh, kami semua berjaya menjejakan kaki di Puncak tertinggi Jawa. Alhamdulillah, segalanya indah di puncak Mahameru pagi ni.


To be continued...
 

Thursday, June 16, 2016

Misi Semeru 2016: Ranu Kumbolo to Kalimati

Jalur Semeru, Lumajang, Indonesia
Sunday, 29 May 2016


Just after a quick lunch at Ranu Kumbolo, kami kembali meneruskan perjalanan menuju Kalimati. Tak sempat pun nak hooha sekejap kat Ranu Kumbola, aunty dah suruh cepat. Aku akui kami gerak memang agak lambat pagi ni, so, nak tak nak kena lah bergerak pantas sebab hari semakin gelap. Makanan pun tak habis hadam lagi nak kena hadap Tanjakan Cinta pulak. Lebih menyayat hati by the time aku sampai kat Tanjakan Cinta, Hujan Lebat pun turuh. Fuhh, apalah nasib, sudah jatuh ditimpa hujan pulak. Again, nak tak nak kena harungi juga sebab masa tu yang tinggal dibelakang hanya aku, Thirah, Eein, Fad & guide kami, Muhe. Yang lain dah jauh meninggalkan kami & dah selamat sampai pun kat atas Tanjakan Cinta. 


Menuju Tanjakan Cinta

Tanjakan Cinta merupakan jalan beberapa langkah dari Ranu Kumbolo menuju bukit yang tak berapa nak tinggi sangat. Lokasinya betu-betul setelah Ranu Kumbolo menuju Oro-oro Ombo.

Tanjakan ini dikatakan mendapat nama berdasarkan legenda tragis pendaki wanitanya. Ada kepercayaan mengatakan, saat melewati Tanjakan Cinta, para pendaki dihimbau untuk tidak menoleh ke belakang. Kalau menoleh, kononnya akan putus cinta. Mitos kononnya, ada dua kekasih yang sudah bertunang mendaki Gunung Semeru. Saat melalaui tanjakan ini, sang pria berjalan terlebih dahulu dan tiba di atas bukit tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Namun yang perempuannya pula keletihan, lansung jatuh terguling & kemudian meninggal dunia. Innalillah. Dan disebabkan mitos yang agak popular ni, pendaki yang memikirkan pasangannya dan berjaya naik Tanjakan Cinta tanpa menoleh ke belakang, akan bertemu jodoh dan cintanya akan abadi. Sebaliknya, kalau di tengah jalan ia menoleh ke belakang, hubungan percintaan konon akan putus. Hahaha, macam-macam. 

Percaya tak percaya, ramai juga pendaki yang naik tak pandang belakang. Kes aku, belum sempat nak berangan. Hujan Lebat pun turun. Tapi dalam tak nak percaya tu, berjaya jugalah tak pandang belakang sampai atas. Bukan sebab percaya superstitious thing ni tapi tak sempat pun nak fikir apa-apa, apa lagi nak pandang ke belakang... hujan tengah lebat, yang aku tahu masa tu nak cepat sampai ke atas sebab nak elak jalan licin.

Bagi aku, Tanjakan Cinta memang cukup menguji mental. Dari bawah nampak macam landai & tak berapa nak tinggi tapi bila dah merasainya, baru tahu azabnya. Tapi memang rugi lah kalau naik Tanjakan cinta tak toleh ke belakang sebab Ranu Kumbolo terbentang indah di belakang sana.

Selepas Tanjakan Cinta, kita akan melalui jalan yang agak rata sebelum turun bukit menuju Oro-oro Ombo. Masa ni tak tau pun trek seterusnya, kami akan jumpa Oro-oro Ombo. Sebab hujan tengah lebat & dah tutup hampir sebahagian view on the way menuju Oro-oro Ombo. Aku perasan pun bila dah masuk Lavendar zone.

Aku cuba memperlambatkan langkah ketika sampai di Oro-oro Ombo tapi apa boleh buat hujan lebat, nak tak nak terpaksa jalan pantas sebab nak sampai ke next pos, Cemoro Kandang untuk berteduh. Memang rugi sebenarnya kalau lalu Oro-oro ombo tapi tak abadikan apa-apa. 


Masih mampu tersenyum walaupun dah basah separuh

Kami sampai di Pos Cemoro Kandang lebih kurang 40min kemudian. Eein & Fad masih dibelakang. Masih mengerah tenaga nak sampai ke sini. Masa tu semua dah menunggu kami di Pos Pendakian. Kami rest sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Bila semua dah ada di Pos Cemoro Kandang, barulah kami mula bergerak. As usual, geng jejaka akan memulakan langkah terlebih dahulu and followed by Cikgu Nisah & Nir. Aku masih setia bersama Thirah. Kami follow dari belakang tapi lama kelamaan dah tak kelihatan kelibat yang lain. Makanya, kami jalan berdua saja thru Cemoro Kandang. Kiranya kami berada di tengah antara geng Turbo & Enjin Berat. So, in the middle nak panggil apa ya. Sebab dah berjalan berdua tanpa guide, so, ada certain time kami terpaksa berhenti and fikir route yang mana harus kami tuju sebab ada certain trek tu agak mengelirukan. Tapi luckily kami kerap berjumpa dengan pendaki Indonesia yang kebetulan sehala ke Kalimati & some of them dalam perjalanan pulang ke Ranu Kumbolo. So, takdelah gelabah sangat. 


Cemoro Kandang Pos rehat

Kalau ikutkan trek Cemoro Kandang ni takde lah susah sangat. Agak leisure & santai. Ada turun & naik juga tapi tak berapa steep pun. Tapi entah kenapa, penatnya mengalahkan panjat Bukit Penyesalan. Jalan sikit... stop amik nafas dulu... jalan lagi... stop... & so on & so forth. Memang hairan juga. Ingatkan aku sorang je rasa macam tu rupanya yang lain pun sama. Kalau ikutkan cuaca, sejuk jer, lagi lah baru lepas hujan. Memang tak boleh nak cepat pun. Kami terserempak dengan sorang hiker yang kebetulan guide for one group from Indonesia. Kami sempat borak-borak, katanya, kalau hari panas ni, memang lagi dasyat. Tak boleh bayangkan penatnya kalau cuaca panas masa tu. Boleh jadi extra dari yang aku tengah alami sekarang. Dan kalau boleh setiap orang yang kami jumpa dalam on the way nak turun ke Ranu Kumbolo, soalan sama yang akan kami tanya... "jauh lagi nggak"..."brapa lama lagi mahu sampai". And semua pun akan memberi jawapan berbeza. Kalau tanya pendaki cantik, jawapan nya... “kalau tengok gaya mbak berdua, satu jam bisa sampai”. Aduh, hebat sangat ke gaya aku & Thirah masa tu sampai orang tak pandang sebelah mata, hahaha. Tapi kalau tanya Sang Pria, “Masih jauh lagi mbak, kurang lebih 2 jam...”. Haa, jawapan ni mungkin boleh diterima jugalah sebab logik sikit. Apa pun perjalanan menuju Kalimati memang sudah dianggarkan 3 jam nak sampai dari Ranu Kumbolo.

Masa ni dah redho dengan keadaan yang dah kuyup separuh badan. Aku hanya pakai waterproof jacket saja. Malas punye pasal nak keluarkan poncho sebab dah gerak baru hujan kan, so, capai je apa yang sempat. La Sportiva gortex pun tak dapat nak buat apa-apa. Air masuk juga. Stress sekejap. Jalan dengan air yang dah berkocak dalam kasut. Huh. Masa tu dah terfikir macam mana nak kasi kering kalau dah sampai Kalimati nanti. Sebab setahu aku, kasut yang ada gortex ni lambat sikit nak kering compare to yang normal punya. Tak dapat imagine masa tu, summit attack dengan kasut yang masih basah. Haish. 


Cemoro Kandang

Trek yang landai tapi bisa membuat hiker stress

Approaching Jambangan

Trek menuju Kalimati

Bila dah mula melalui Jambangan, barulah lega sikit. Trek kembali bahagia sehinggalah kami sampai ke Kalimati. Ohh, actually, dah boleh nampak indahnya Gunung Semeru dari Jambangan. Tapi nasib kami sedikit baik sebab boleh nampar samar saja sebab kabus masih tebal. At least nampak jugalah kan. Dah macam perfect cone gitu. Bila dah nampak Semeru tu, means kita dah semakin menghampiri Kalimati. Ya Allah, memang berdebar sungguh, itu ke yang aku akan panjat esok. Suddenly, jadi excited & makin tak sabar nak sampai Kalimati.

Rezeki aku nampak yang tu jelah
 
Alhamdulillah, sampai dah Kalimati

Kalimati seperti padang rumput yang terbantang luas

Kami sampai kalimati around 5pm. Alhamdulillah, after sedikit mental lalu trek Cemoro Kandang menuju Jambangan. Bunyi macam sengsara je kan. Cemoro Kandang baru permulaan, summit attack esok entah macam mana pulak gayanya. Masa aku, Thirah & Nir sampai, khemah dah siap setup. So, sampai-sampai je, just pilih khemah sendiri. Nasib baik, aku masih ada lagi pilihan, so, aku pilih yang paling hujung. Tak nak bersebelahan dengan khemah jejaka lagi dah. Cukuplah pengalaman yang lepas di Rinjani. Kini, aku lebih berjaga-jaga, hahaha. Kita orang semua selamat sampai di Kalimati sebelum pukul 6ptg.

Alhamdulillah, kedatangan kami disambut dengan Kopi 434. Fuhh. Nikmat sungguh.

For info, tak ada water source kat Kalimati ni. Tapi guide & porter kami dah angkut siap-siap dari Ranu Kumbolo untuk kegunaan di Kalimati i.e. masak, minum & personal usage.

Ohh, di Kalimati juga terdapat toilet seperti di Ranu Kumbolo. Kondisi nya, sama sadis dengan yang di Ranu Kumbolo. Tapi macam aku cakap, itu saja pilihan yang kami ada di siang hari. Kalau malam maybe boleh buat project kat mana-mana yang sesuai, hahaha. Jangan lupa bawa botol air, tissue & sanitizer. Kami dinasihatkan Uncle jangan bawa wet tissue. Kalau nak bawa juga, boleh tapi make sure jangan buang merata-rata sebab wet tissue ni tak mereput. Kalau boleh standby plastic & bawa turun balik ke Ranupani. Sayangi alam kita.


Sampai dah Kalimati campsite

Our territory

Kami dinner dalam pukul 7pm lebih macam tu. Dah agak lewat juga masa tu tapi nak buat macam mana sebab kami sampai pun dah agak lambat. Menu memang special malam tu. Ayam masak Hijau special from Malaysia by Chef Aisyah. Aku hairan juga apsal aunty boleh kasi kami makanan yang agak pedas juga masa tu. Walaupun belum sampai level 2 pedas lagi but still pedas kot. Normally, kami akan makan special after turun dari summit. Risau juga fikir masa tu, kalau esok perut buat hal. Tapi kerisauan aku lebih kepada tent mate aku, kak Fad. Yang memang tak pernah tak buat sejarah, hahaha. Tapi memang best menu malam tu. Siap tambah nasi lagi sebab sedap sangat Ayam masak hijau dia.


Dinner kami malam tu, ada ayam masak hijau special from Malaysia... Thanks Aunty. Best sangat makan sampai lupa esok nak menuju puncak, hahaha

Habis makan malam tu pun dah nak hampir pukul 8mlm. After makan masuk khemah balik. Tak sempat nak hooha-hooha juga sebab kami ada misi yang lebih penting pukul 11mlm nanti. Nak kena bangun awal. Tapi memang malam cantik kat Kalimati ni. Jutaan bintang di langit. Petanda cuaca baik. Kalau tak mengenangkan nak kena tidur & dapat rehat yang cukup untuk summit attack memang aku sanggup duduk luar layan tengok bintang. Impian nak buat milky way pun terkubur. Rugi pulak rasa, ntah bila ada masa lagi nak ke sini nanti.

Aku cuma berjaya lelapkan mata pukul 9pm lebih sebab sejuk giler tiba-tiba. Mula-mula tu cuba juga tidur tanpa sleeping bag tapi memang tak tahan lama-lama tu. Kak Fad boleh nyenyak je tido. Memang ada penebat semulajadi, hahahah. Akhirnya, aku masuk dalam sleeping juga & berjaya tido 2 jam saja.


To be continued...


Monday, June 13, 2016

Misi Semeru 2016: Ranupani to Ranu Kumbolo Part 2

Jalur Semeru, Lumajang, Indonesia
Sunday, 29 May 2016


After Pos 3, trek agak steep sikit. Tapi selepas tu, trek kembali normal & kami menempuh jalan yang agak bahagia semula. Tak lama lepas tu, dah boleh nampak Ranu Kumbolo dari kejauhah. Weehuu, we almost there. Tapi sayang cuaca agak mendung masa ni. Aku suspect macam dah nak hujan. Tapi masa tu berharap biarlah sampai di Campsite Ranu Kumbolo dulu. Dan sepanjang nak sampai ke Pos 4 memang view dari atas ni sangat memukau. Aku target kalau cuaca cerah mesti lagi awesome. Dan sebab terpukau dengan keindahannya, asal nampak spot menarik je, kami stop & amik gamba, hahaha. Rasanya tak terkira berapa kali dah. Yang pasti different angle menjanjikan view yang berbeza & sesuatu.


A must place to take photo

Masa on the way nak sampai ke Pos 4, aku disapa oleh mamat omputeh yang bisa bertutur dengan bahasa Indonesia. Terkejut akak, walaupun bunyi agak pelik tapi memang bahasa Indon lah dia cakap. Agaknya bila dia dengar je aku speaking & cakap bahasa yang bunyi tak macam Indon, terus dia tanya aku.. bisa cakap bahasa Indonesia?... Errkkk. Apakah? teruk sangat ke slang Indon aku cakap sampai dia kena tanya soalan macam tu. Anyway, nice knowing them. Siap main teka-teki lagi dengan aku suruh teka which one anak dia. Hahaha, memang tak sangka betul yang chinese look tu anak dia. Actually, aunty ni married with Vietnamese, so, no wonder lah anak dia rupa sedemikian. Tapi aunty tu memang fluent bahasa Indon. Maybe, sebab dah lama menetap kat sini. Aku guest umur dia more than 60 tapi energy dia mengalahkan kami.


Jumpa mat saleh celup jawa otw to Ranu Kumbolo

On the way nak sampai ke Ranu Kumbolo tu ada satu spot amik gamba yang menarik. Batu besar & berlatarbelakang kan Ranu Kumbolo. Cuma nak kena turun ke bawah sikit lah. And we did it. 


Antara port menarik nak amik photo
 
Aku rasa tak terkira berapa banyak shot kat batu ni saja. Nak bergamba punya pasal kan. Belum tentu last day kami ada masa nak berhenti. Anyway, bukan selalu pon. Kalau tak mengenangkan ada jejaka hangat, dah lama buat video Gerua kat sini.

Kami sampai di Pos 4 Semeru after 3hrs trekking. Rehat & makan Semangka lagi... orang belanja lagi, hahaha. Rezeki. 


Pos 4 Semeru... dari sini dah boleh lihat indahnya Ranu Kumbolo

Yes... ada Semangka lagi

Masa ni semua dah selamat sampai di Pos 4 & kami bergerak bersama ke Ranu Kumbolo

Route menuju Ranu Kumbolo

Ranu Kumbolo view from top... agak mendung sedikit cuaca masa ni

Dari Pos 4 nak sampai ke Camp site Ranu Kumbolo tak jauh dah. Kalau tak stop amik gambar maybe boleh sampai within 30min. Bila dah turun bawah, nanti ada dua route boleh follow nak sampai ke Campsite. Samada lalu tepi tasik Ranu Kumbolo or lalu hutan lavender which kena trekking naik bukit sikit. Aku follow Puteri & the guys trekking naik bukit which lagi cepat sampai. Takdelah hutan sangat pun tapi adalah lavender which is actually Verbena brasiliensis Vell. The rest follow route kat tepi tasik.

Instead of lalu tepi tasek Ranu Kumbolo, Aku & Cikgu Nisah pilih route yang berbeza nak sampai ke Campsite Ranu Kumbolo...

Ada toilet available on the way turun dari Pos 4 menuju Campsite Ranu Kumbolo tapi kondisi nya, sabar jelah. Tapi sebab dah takde option lain kan. Terpaksa harungi juga. Nampaknya shovel Gojes tak laku kat sini. Hahaha. 


Sampai dah di Campsite Ranu Kumbolo

Sila patuhi arahan

Macam tak caya je dah sampai sini... almost 3.5hrs journey

Kami sampai di Ranu Kumbolo kurang lebih pukul 1.30. Terus cari port nak solat & lunch. Kami cari tempat tersorok sikit, al-maklum, pompuan ni complicated sikit. Kami diberi masa yang agak kritikal oleh Aunty. Memang rushing jugalah. Solat dulu, makan & terus gerak ke Kalimati. Tak sempat nak menikmati keindahan Ranu Kumbolo to the max. Takpe lah, keep it for the last day trekking. Lagipun kami akan spend a night kat sini nanti after turun dari summit.


Lunch kami yang dibekalkan dari Ranupani

Ranu Kumbolo

Selepas ni nak kena panjat Tanjakan Cinta yang kat belakang tu


To be continued...


Friday, June 10, 2016

Misi Semeru 2016: Ranupani to Ranu Kumbolo Part 1

Ranupani, Indonesia
Sunday, 29 May 2016


Alhamdulillah, pagi ni kami dapat tahu pendakian dibuka semula dan kami boleh bergerak awal juga katanya. Dan agak strict sikit protokol nak hiking kat sini, kena pi dengar briefing dari renjer Semeru. Aku, Aunty & budak lelaki saja yang join. Kira kena tunjuk muka lah. Ramai juga yang datang briefing pagi tu. And most of them are locals. And briefing also in Bahasa, sabo jelah tengok mat saleh yang duduk kat barisan hadapan dengar briefing tu (faham barangkali macam mamat yang aku jumpa dengan mak dia otw to Ranu Kumbolo). Kami datang lambat tak masuk dalam bangunan, so, stay kat luar jelah. Mana tahu habis je briefing, ada renjer lain yang stay kat luar suruh kami tunggu the next briefing session, group kami je pulak tu. Katanya tadi baru first briefing session. Since kami dah datang lambat & briefing pun dah mula, so, sepatutnya kena tunggu next punye session lah. Aduh, macam ni, bila nak mula pendakian. Nak tak nak terpaksa lah patah balik tapi nasib kami baik Mas Muhe, our guide kata tak perlu, huh. So, kami pun berjalan lah bersama Muhe bagi mengelakkan kemusykilan renjer yang yang kasi arahan tadi. Akhirnya, berjaya meloloskan diri tak dengar the next briefing. Lega.

Basically, briefing more to safety & peringatan kepada para pendaki. Apa yang boleh… apa yang tak… so on & so forth. Aku pun tak berapa nak dengar sangat sebab kami berdiri kat luar… dah datang lambat kan. Lepas tu ngelat tak nak masuk the next briefing. Hahaha. 


Breakfast untuk energy pagi ni

Breakfast pagi tu di Warung Bagus agak berat juga. Aku ni dah lah tak biasa makan berat sebelum start mendaki, so, breakfast pagi tu makan hanya sekadar alas perut. Tapi nak puji juga, goreng pisang kat Warung Bagus ni memang lain dari yang lain. Montel-montel macam tuan empunya kedai juga, bagus. Aku tak pasti tepung apa dia pakai tapi I is like. Nasib baik takde cheese. Kalau tak, mahu lupa sekejap nak kena mendaki lepas ni.


Menu breakfast pagi tu

Documents required... Copy of Passport & Medical certificate
 
Syarat nak mendaki Gunung Semeru ni kena ada medical certificate yang menyatakan kita fit for outdoor/ physical activities. No need full medical check-up. Panjang berjela-jela pulak nanti medical report tu, sapa nak baca. Kalau pergi klinik just cakap kat doctor nak buat physical examination untuk outdoor activties. Fees for physical examination varies according to klinik juga. Kalau kat Prima Saujana Kajang, dalam RM30 saja. Ada antara kami yang kena sampai RM60 juga. Selain itu, copy of passport also required for the trekking. Make sure prepare this 2 documents before sampai Ranupani. And kalau datang in group tu, better prepare siap-siap name list dalam satu paper for ease of registration.

Ohh... since kami masuk hari Ahad, ada extra fee yang dikenakan. IDR100k per pax. This extra fee hanya untuk hari Ahad saja, Isnin sampai Sabtu still normal fee. Unfair pulak aku rasa, takde bezanya pun masuk sabtu or Ahad, still consider weekend. Tak pasal-pasal kami kena bayar extra on top of main package price.


Warm-up dulu bersama abang sado kita

Bacaan Doa semoga Allah swt memberkati perjalanan kami
 
We're ready for the journey
 
Perjalanan menuju Semeru kami bermula pada pukul 9.30pagi. Alhamdulillah, sudah ditakdirkan perjalanan ini pasti. Syukur atas segala izin Allah swt.


Bismillahirrahmanirrahim...


Berjalan dalam 10min menuju pintu gerbang Jalur Semeru

Group Photo

Permulaan pendakian kali ni aku gerak slow sikit. Main reason nak teman kan Fad, tapi ntah kenapa macam lain macam sikit pulak energy aku hari ni. Mula-mula tu memang saing sekali dengan yang lain tapi suddenly I cannot go. Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba rasa semput semacam. Mungkinkah debaran masih belum berakhir. So, jalan lah aku bersama Gojes & Aunty. Yang lain dah jauh meninggalkan kami. Tapi aku akui mana-mana pendakian pun, memang enjin aku lambat panas sikit.


Permulaan trail masih lagi landai
 
Signboard lokasi sentiasa available di setiap track untuk info para pendaki

Trail makin lama makin steep menuju Pos 1

Hampir satu jam lebih juga nak sampai ke Pos 1 Semeru. Weehuu, terus nampak Semangka (tembikai). Terus semangat nak teruskan pendakian. Kami rest 20min sebelum meneruskan pendakian. Kali ni aku tak jalan dengan Fad dah. Pass baton to Eein sebab katanya penat sangat, so, nak slow-slow dibelakang teman fad jalan. Ok. Lepas tu banyak jalan dengan Thirah…


After about 1 hour trekking, sampai di Pos 1

Relax dulu kita bergamba sambil enjoy semangka

Next Post 2, tak jauh dah dari Pos 1. Kejap je dah sampai. Rehat lagi… makan Semangka lagi. Aku tak ingat pun keluar duit beli Semangka sebab ramai sangat yang murah hati offer suruh amik je, hahaha. Terima kasih kalian. Not only Semangka, energy drink seperti Pocari Sweat & Isotonic juga ada dijual selain Mineral water. So, tak perlu risau sangat tak cukup air ke apa sebab supply boleh dikatakan ada kat setiap Pos Pendakian. Cuma perlu sediakan duit yang cukup saja. Standby siap-siap kat pocket seluar, senang nanti nak membeli. Baru aku akui, kebenaran aunty suruh prepare duit dulu dekat tempat yang senang nak capai before trekking, ini rupanya tujuan utamanya.


Happy Mizz Nier dapat makan tembikai di Pos 2

The mystical route

IDR5000 untuk 2 slice Semangka
Kalau macam ni  merah lah gayanya mendaki gunung Semeru, memang I rela repeat, hahaha

Bagi aku, harga semangka yang dijual berbaloi dengan kudrat orang yang nak angkut Semangka tu panjat Jalur pandakian Semeru. Seksa. Dan disebabkan Semangkalah, water bladder aku yang 2L tu boleh bertahan dari start pendakian sampai hari aku turun dari puncak Mahameru. Thanks Semangka, you save my supply. 


Kagum makcik ni mampu angkut tembikai sampai ke Pos 2 ni

Dah kenyang makan semangka, jom sambung balik pendakian kita. Next, menuju Pos 3.


Signboard reminder for trekkers

Another 4.5km menuju Ranu Kumbolo

Trail menuju Pos 3

Trail menuju Pos 3

Beautiful view korang boleh nampak dari Pos 2 menuju Pos 3

Kami rest sebentar di Pos 3

After Pos 3, jalan mulai steep menuju ke jalur seterusnya.


Track yang paling steep dari Pos 3 menuju Pos 4


To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...