Pages

Thursday, August 20, 2015

Rinjani Expedition Day 7: Last day

Tuesday, 2nd June 2015 
Mataram, Lombok


Continue from previous post


Sampai jer di Lombok Island dengan speed boat, van kami dah setia menanti. Kami akan bergerak ke Mataram city dahulu before ke Airport Lombok. Seperti yang dirancang, kami akan singgah di tempat membeli ole-ole khas Lombok. Aku pun tak ingat apa nama souvenir shop yang kami singgah ni tapi semua jenis ole-ole khas lombok ada dijual disini. T-shirt, keychain, Fridge Magnet, Kain sasak (batik khas lombok), etc. Aku tak shopping beria sangat pun tapi sempat jugalah rembat satu lagi batik. Hahaha. Hari tu beli untuk Ayahanda tapi kali ni untuk Bonda pulak. FM suda semestinya tapi tak banyak yang menarik pun di sini.

Batik lombok ni agak berbeza sikit dari batik indon yang lain. Color & design pun agak unik skit. Ohh, agak susah nak dapat t-shirt Rinjani kat souvenirs shop di sini. Kalau ada pun mesti simple & design tak kreatif macam yang member Uncle Rashid jual di Senaru village.

After done with shopping souvenirs, kami ke next destination pulak, kedai makanan khas Lombok. Kiranya on the way nak sampai ke Mataram jugalah laluan nya. Ingat tak nak fikir dah nak membeli tapi kalau dah masuk tu, ada jelah nanti, adoi. Hahaha, layannnn...beli lagi. Huish, kalau banyak lagi perhentian kami ni, lagi banyak spend ni. Dalam nak berjimat tu spend IDR100K jugalah beli jajan ajer. Ada pulak pisang salai cheese jual kat sini, emmhhh.

Nasib baiklah Lombok ni daya tarikan nak membeli tak macam di Bandung, Surabaya, Bali & Medan, kalau tak macam-macam lagi nak borong. Nasib lah buat budget ngam-ngam saja kalau ikut nafsu shoppaholic ni memang boleh terbabas.

Selepas dah membeli bagai, barulah kami mula bergerak ke Mataram Mall. We will having our lunch around there. Hopefully this is the last before sampai ke airport, hahaha.


Welcome to Mataram

Itulah destinasi kami yang terakhir before berangkat ke airport

Welcome to Mataram Mall... 
Kami tak masuk dulu pun, pergi jalan-jalan cari makan dulu kat sekitar tempat ni

Aku, Kak Syu & Kay follow Uncle Rashid makan Mie Hijau Bakso dibelakang Mataram mall. Yang lain choose to eat Sundanese food. Aku fikirkan tak nak terlalu kenyang sebab aku dah order nasi lemak Pak Nasser dalam flight back to KL. So, aku prefer makan yang simple jer tapi boleh alas perut. Dah alang-alang Uncle ajak join, kami pun follow jelah. Agak jauh sikit lah nak menapak tapi boleh jer nak short cut lalu dalam Mataram mall tapi sebab Uncle nak tunjuk banyak nya pilihan makanan di sini, tu yang kami tawaf satu Mall, hahaha. Nasib baik Mie Ayan Hijau with Bakso ni best & sedap. Price pun murah.


Me, Kay & Kak Syu choose to eat Mie Ayam Hijau with Uncle Rashid

Inilah Mee Ijo yang special tu... best

Dah habis makan, kami ke Mataram Mall pulak. Hajatnya nak ke Outdoor shop, Eiger Adventure. Tak beli apa-apa pun, cuci mata jer. Kak Syu sorang saja yang shopping. Lepas tu sambung pusing-pusing satu Mataram mall. Kami keluar pulak jalan-jalan kat kedai berhampiran teman kan Kak Syu shopping lagi. Dah sampai tak tahu nak buat apa lagi dah, kami masuk balik Mall & menunggu di KFC, waiting for others. Sebab janjinya pukul 3 kami akan berkumpul di sini & bergerak ke airport.

Sampai di airport, our timimg just nice. Masih ada masa nak kemas beg before check-in baggage. Kami sampai around 4.30pm tapi flight kami pukul 7.15pm. Another 3 hrs tapi rasa macam cepat jer masa berlalu. Tak sangka dah 7 hari kami disini. And now, its time to get back to normal.


Time to say goodbye 
(Peringatan baik punya kat belakang atas tu untuk ahli rombongan yang berkenaan, hahaha)

Kali ni paling lama amik masa nak habiskan entry trip jenjalan. Sebab balik jer dari Rinajani, 2 weeks after that, dah mula puasa. Memang takde masa lansung nak mengadap laptop. Lepas tu raya, busy dengan open house & jenjalan pulak... emmhhh. Kerja kat ofis tak payah cerita lah. Memang berlambak. Dah confirm nak kasi MSS pun kerja masih tak luak. But, I'm lucky at this stage masih survive tapi tak tahu lah nasib bulan 9 & 12 ni. 25% each department confirm tapi candidate masih rahsia. Tapi aku nekad nak habis kan juga entry ni sebab draft cerita semua dah buat. Cuma takde masa nak pilih gambar yang sesuai. jer. Aku tak nak kenangan indah itu berlalu begitu sahaja, hahaha, poyo tak. Rasa sedih pulak nak menamatkan entry Rinjani Expedition ni.


InsyAllah kalau ada rezeki, ke sini lagi kita
Miss so much this beautiful moment

Saya nak ambil kesempatan ini, nak mengucapkan tahniah kepada semua yang dah berjaya sampai ke Puncak Rinjani, Alhamdulillah. Korang semua memang excellent & hebat. Siapa sangka disebalik keayuaan (tak termasuk jejaka yang bertiga tu ya), tersimpan semangat juang yang tinggi. Thanks to Fad, Adeq, Thirah, Eein, Kay, Cikgu Nisah & kawan baru kami, Kak Syu (first time ni jumpa sebab trip Rinjani ni) kerana berjaya merealisasikan impian sama-sama nak ke Rinjani. To Wan, Ash & Cha, nice knowing korang semua walaupun this is our first time trip together. Korang semua memang best.

Till then, until the next trip... Bye.

Wassalam...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...