Pages

Thursday, August 13, 2015

Rinjani Expedition Day 6: Sendang Gile & Tiu Kelep Waterfall

Monday, 1 June 2015   
Senaru Village, Lombok


Hari ni agenda utama pagi kami adalah trekking to Sendang Gile & Tiu Kelep Waterfall. So, after light breakfast, kami pun memulakan perjalanan seawal 6.30pg dari Pondok Indah Senaru Cottage, our guesthouse at Senaru village. Uncle Rashid tak bersama-sama kami hari ni tapi dia telah hantar sorang guide tempatan untuk mengiringi perjalanan kami ke waterfall.

Aku teringat suggestion dari beberapa orang gadis semasa yang tak nak pergi air terjun masa kami trekking down to Senaru. Mereka suggest why not kita skip waterfall and ke Gili lebih awal, so that, boleh spend lama di sana. Masa tu aku rasa macam kecewa jugalah sebab aku memang teringin sangat nak ke situ. Lagipun, Uncle Rashid dah cakap lepas turun panjat Rinjani, elok sangat kalau ke air terjun, katanya boleh massage urat kami yang dah hura hara selama 4 hari trekking. Aku tak terus buat keputusan tapi nak tunggu jer bila sampai Senaru homestay ni baru decide. Lagipun group kami bergabung dengan group TSB, let say, mereka nak pergi waterfall, kami terpaksa tunggu juga lah kalau nak ke Gili. Confirm Uncle takkan asingkan kami. Tapi cerita lain pulak yang aku dengar once dah sampai Senaru village bila semua memberi persetujuan nak pergi except Fad yang memang aku dah jangkakan takkan pergi. Barangkali semalam cakap masa tengah penat kan, so, memang tak boleh nak fikir sangat.

Indeed, aku rasa apa yang Uncle cakap tu memang betul sebab aku rasa ni lah first time hiking travel aku yang tak rasa sakit kaki lansung after balik bercuti. Kalau ikutkan dengan trek yang agak horror, boleh jadi seminggu juga nak recover kan tapi this time aku rasa macam ok sangat. Bagi aku, penat balik bercuti tu is normal tapi kaki sihat selepas trekking Rinjani memang sesuatu diluar jangkaan. Alhamdulillah, berkat rahmat Allah swt juga melindungi perjalanan kami.


From our guesthouse, kena berjalan sikit sampailah nampak Signboard hijau tu, bawahnya ada tulis "waterfall" & laluan inilah permulaan perjalanan kami menuju Tiu Kelep & Sedang  Gile waterfall

View pagi yang indah mengiringi perjalanan kami menuju waterfall

Perjalanan nak sampai ke Air Terjun Sendang Gila & Tiu Kelep tak semudah yang disangka. Kena trekking dalam 1jam jugalah nak sampai the first waterfall. Kondisi jalan nak menuju air terjun ini pun boleh tahan penat juga dimana kami perlu menyusuri jalan berbatu-batu, masuk hutan, naik turun tangga batu yang agak curam, menyeberangi sungai yang berbatu-batu licin dan agak deras arusnya.


Permulaan trek yang agak leisure

Trek melalui hutan

Kena turun tangga untuk menuju destinasi utama kami

Air Terjun Sendang Gile

Air Terjun Sendang Gile terletak di ketinggian 600 m (asl) dan memiliki ketinggian kurang lebih 31m. Air terjun ini terdiri dari dua tingkat, dimana tingkat pertama muncul dari atas tebing dan jatuh ke dasar kolam dibawahnya. Seterusnya, air akan meluncur ke bawah membentuk tingkatan kedua dan jatuh membentuk sungai yang ada di bawahnya. Dasar air sungai ini relatively agak mendatar & air dibawanya pun agak cetek, that’s why kami boleh mandi sakan di bawah air terjun ni. Oh lokasi wisata ini masih berada dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani.(Source)

Al-kisah, kononnya nama Sendang Gile diambil dari cerita penduduk setempat yang secara tidak sengaja terjumpa air terjun ini ketika sedang memburu singa gila yang mengacau di sebuah kampung dan kemudian lari masuk ke hutan.


Destinasi utama kami

Sendang Gile waterfall

Ada cerita menarik yang membuat air terjun ini berbeza adalah para penduduk setempat mempercayai bahawasanya air terjun ini memiliki unsur magic yang dikatakan bisa membuat seseorang menjadi lebih muda dari usianya apabila membasuh muka atau mandi dengan air terjun tersebut. So, GSH korang ada feel something tak lepas balik dari Lombok, hehehe.


Tinggikan Air Terjun ni

Luckily, we’re the first group to reach the Sendang Gile waterfall. Tak sia-sia kami bergerak seawal pagi nak sampai ke sini. Group 20 pax hanya sampai sesudah kami enjoy sakan menikmati Air Terjun Sendang Gile. Masa tu Cha, Wan & Ash pun join group 20pax nie. Kiranya kali ni je kami tak bersama-sama nak buat aktiviti. Aku pun tak pasti kenapa Uncle tak bagi tau mereka suruh join kami sekali atau boleh jadi dia orang bangun lambat, oppsss. Kalau dah ramai sangat, what I could say, tak berapa nak enjoy lah sebab space kat air terjun ni limited, so, nak beria-ia macam kami tadi susah jugalah, hahaha. Tapi kami enjoy juga lah duduk bawah air terjun deras tu sambil menjerit-jerit macam orang gila sebab seronok sangat.

Tak jauh dari Air Terjun Sendang Gile ni, ada dua air terjun lain juga  i.e Air Terjun Tiu Kelep dan Air Terjun Batara Lejang. Posisi kedua air terjun ini dikatakan berada di atas air terjun Sendang Gila ke arah hulu.

Next destinasi kami, ke Air terjun Tiu Kelep lah pulak. About half an hour walk from Sendang Gile To Tiu Kelep waterfall. Kami pun berlalu meninggalkan group 20pax and geng TSB. Kali ni, perjalanan lebih terjal compare to Sendang Giler.


Perjalanan kami yang seterusnya

Laluan menuju Tiu Kelep waterfall... masih lagi jalan rata

Turun tangga menuju air sungai

Our first river crossing... jaga-jaga arus agak deras juga

So irresistible

Our next river crossing

Trek thru hutan juga

Air Terjun Tiu Kelep

Air Terjun Tiu Kelep memiliki ketinggian 42 meter dan bertingkat-tingkat Air terjun kat sini cukup deras dan besar dengan kolam besar yang terbentuk di bawahnya. Kolamnya tak begitu dalam, hanya separas pinggang saja. Boleh lah kalau nak berenang tapi awas jangan duduk di bawah air terjun ini. Katanya ada washing machine di situ (bukan washing machine basuh kain tu tapi air yang berputar seakan-akan air dalam washing machine tu). Ada kes pernah ada orang mati kat sini sebab tak berjaya keluar dari dalam pusaran air tu. Uncle cakap kalau let say lah dah termasuk kan, caranya cuma perlu roll body & probably air tu sendiri akan kick out mangsa. So, kalau boleh jauh kan jelah dari duduk kat bawah waterfal tu.

Dalam bahasa sasak yang merupakan bahasa seharian masyarakat Lombok, tiu bererti kolam, sedangkan kelep membawa maksud terbang. Terjemahannya lebih kurang kolam tempat buih-buih air beterbangan. Dan pada masa-masa tertentu, butiran air yang beterbangan itu dikatakan bisa menghadirkan pelangi di hujung air terjun. Mungkin sama kes macam air terjun pelangi.


Subhanallah beautiful Tiu Kelep waterfall

Nampak tak kat belakang... seriously best

Cantik untuk dilihat saja... kami tidak dibenarkan menghampiri bawah air terjun

Air terjun ini juga masih berada dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani dengan sumber airnya yang dikatakan berasal dari Danau Segara Anak di puncak gunung Rinjani.

Sama seperti air terjun sendang gile, ada juga mitos penduduk setempat yang mengatakan boleh awet muda kalau mandi kat air terjun ini. Ohhhhh... patutlah rasa macam lagi muda jer lepas balik dari Lombok, hahaha.


Best sangat rasa tak nak balik jer, hahaha

After spend about an hour at Tiu Kelep waterfall, kami pun bergerak pulang semula. Honestly, kami mula berhenti bersuka ria bila group 20pax mula kacau daun, hahaha. Ingatkan mereka spend lama kat Sendang Gile rupanya tak lama lepas kami bertolak tu, mereka pun mula menyusul. Anyway, kasi chance lah pulak kat group 20 merasai nikmat di Tiu Kelep. Kalau ikutkan nafsu hantu air memang tak nak balik jer rasanya. Tak puas walaupun dah menggigil satu badan. Yang bestnya, terasa badan fresh sangat lepas dah mandi-mandi kat situ. Ada baiknya juga perancangan trip kami ni, a day after a hectic hiking trip, berjimba-jimba di air terjun pulak. Fuhh, memang terasa nikmatnya. 

Anyway, memang enjoy giler mandi kat Tiu Kelep waterfall ni. Sengal-sengal satu badan pun beransur kurang. Trekking balik kali ni kami bersama-sama geng TSB semula. Sebabnya nanti kami akan gerak sama-sama ke Gili. Dan kami follow the same route kami sampai ke sini.


Next aktiviti... slide dalam terowong macam ala-ala kat water therme park tu, air memang sangat deras tapi jangan risau sebab guide kami dah stand-by kat hujung sana nak sambut jejaka 3 org ni... tapi awas kalau terlepas alamat sambung masuk dalam terowong gelap lah... anyway memang best lah... tiba-tiba rasa menyesal plak tak join skali


Tips

Di kawasan objek wisata ini memang tak banyak kemudahan yang disediakan, yang aku perasan cuma ada satu toilet dan tempat salin pakaian serta beberapa pondok tempat berteduh. Visitors disarankan juga bawa makanan sendiri atau beli dulu siap-siap disekitar desa Senaru sebelum masuk sebab takde jualan di lokasi air terjun ya. Kalau dah trekking & main air bagai tak hingat confirm perut akan cepat lapar, so, better standby makanan. Junk food pun ok buat alas perut sebab nanti nak bergerak trekking balik ke Desa Senaru from Tiu Kelep waterfall another 1 hour trekking thru the same route.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...