Pages

Tuesday, August 18, 2015

Rinjani Expedition Day 6: Gili Trawangan Day 1

Monday, 1 June 2015 
Gili Trawangan, Gili Island, Lombok


Continue from previous post

Kalau keluar dari our guesthouse, Beach Wind Bungalows, take the right side nak kejar sunset. Kayuh jer basikal tu sampai nampak orang ramai-ramai duduk kat tepi pantai. Kami tak direct ke situ tapi singgah tepi pantai lain dulu. Lagipun masih awal lagi. Banyak masa nak jalan-jalan tempat lain dulu. Yang pasti kali ni aku memang tak tertarik lansung nak beli apa-apa. Mungkin sebab tak banyak ongkos yang tinggal lagi, hahaha. So, sendiri mahu ingat. 


Aktiviti petang kami

Way to the other side of Island

So many tshing you could see on the way to the sunset viewpoint

On the way menuju ke sunset viewpoint, kami singgah kat side tepi pantai lain dulu. Tak mandi-mandi pun, just enjoy amik gambar, layan view yang ohsem & buat video klip lagi, adoi. Nasib baik lah ni first time Uncle dengar kami nyanyi live, agaknya lepas ni mesti dah serik dah, hahaha. Tapi Uncle memang sporting, layan kami macam layan anak-anak dia jer. Anyway, memang enjoy sangat & sungguh terhibur. Dah agak-agak nampak matahari nak landing tu, kami pun bergerak semula ke destinasi utama kami.


Aksi wajib ni walau di mana-mana

Sehati Sejiwa

Beautiful beach view

Matahari dah mula melabuhkan sinarnya... jom ke spot best sikit

One of the best spot to see the sunset

Nak juga tu

Setia menanti

Alhamdulillah, the perfect sunset we could see. Perasan tak left side on picture below, beautiful Mount Agung at Bali Island. Teruja sekejap. Tiba-tiba, rasa bersalah pulak nak dekat waktu Maghrib pergi tengok sunset.


Subhanallah... Beautiful Mount Agung just next to the sunset

Kita zoom in sikit Mount Agung di Bali

The perfect sunset we could see

Dah berangan nak duk atas buaian tu tapi macam takde chance jer time cenggini

Matahari pun dah terbenam, hari pun dah gelap, perut pun dah lapar, jom kita cari makan pulak. Seperti plan asal, kami ke Green Cafe untuk dinner. Actually, this place was recommended by Uncle Rashid sebab ikan bakar nya. To me memang ok & best especially sotong bakarnya. Memang tak boleh nak compare dengan kat Malaysia tapi layan jugalah. Total kami makan untuk 11pax, 4 ekor ikan + 3 sotong besar + 3 sup iga + jagung + drinks around IDR925K. Berbaloi jugalah walaupun sedikit mahal. Tapi aku rasa price kat sini memang ikut harga pelancong. Sebab masa kami makan pun keliling kami mat salleh. Dah rasa macam pergi bercuti kat obersea jer. That's why a bit expensive. Memang ada muslim tapi sangat susah nak tengok.


Serius akak kat belakang tu pilih Ikan ya, hahaha... 
Ohh katanya kek dihadapan ni sedap-sedap belaka (pic credit to Kay)

Hati senang bila dah dapat makan

Sotong Bakar ni memang best... highly recommended

Ikan Bakar pun best juga cuma tak banyak option ikan yang fresh, maybe sebab kami dah lambat ikan pun dah nak habis

Ohh lepas dinner kami tak terus balik ke homestay, kami pergi cari desert pulak, makan eskrim ferero roche dulu. Lokasi tak jauh pun dari tempat makan kami tadi. Ni semua gara-gara ajakan geng TSB. Teringat lagi cewek yg layan kami ni sangat peramah, dah kena marah dengan bos dia pun sebab kami letak speda kat dalam kedai dia pun, masih mampu tersenyum.

Next agenda, balik ke guesthouse lah kan. Tapi otw nak balik tu memang sepanjang perjalanan kami agak happening. Terasa macam ada kat Hawaii pun ada, hahaha.

Aku, kak syu, thirah & kay pergi buat massage tak jauh dari guesthouse kami. Ramai tak ramai kena tunggu turn juga lah. Sempat lah balik bilik dulu nak tunggu turn. Nak juga manjakan diri tu selepas dah susah payah menawan rinjani kan. Bukan selalu pun. And kali ni, I choose balinese massage.

To be continued...
 

1 comment:

  1. Ya Allah fiza cantiknya gambar..guna gopro k nih? neway bestnya tengok jln2 ramai2 cmni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...