Pages

Friday, August 21, 2015

Rinjani Expedition: Total Expenses


This is my first time using package from Malaysia. Kalau sebelum ni aku lebih prefer direct kat sana saja tapi kali ni nak rasa kelainan sikit kan. Ternyata, sangat puas hati dengan pengurusan Karat Adventure. Thanks Uncle Rashid for the great arrangment from A-Z walaupun package agak sedikit mahal, hahaha. Maybe next trip boleh amik dengan Karat lagi. Ranu Kumbolo memang dah dalam igauan. InsyAllah.
 

Summary of my total expenses for 7 days in Lombok.


Flight Budget

AA Return Flight (KLIA2 - Lombok)(Fuel surcharge + Airport Tax + KLIA2 fees + processing fee) – RM296
Airport Tax Lombok – RM50 (sekarang dah include siap-siap kalau buat AA booking to all Indonesia Flight)
AirAsia Insure return (1-10 days) - RM25
AA Pre-Book Meals, Luggage & Seat – RM136

Total = RM507 


Basic package: Rinjani & Gili Island

Package included:
• 1 night homestay sembalun
• 3 night camping
• 1 night homestay Kg senaru
• 1 night homestay Pulau Gili
• Makan & minum
   - 4d3n Hari pendakian (breakfast-lunch-dinner)
   - diluar hari pendakian: mkn sdiri- sebab tekak masing2 lain selera
• Alatan perkhemahan (Sleeping bag, Tent, Sleeping mats, cooking gears etc.)
• 2 Guides & porter kumpulan (Untuk angkat alatan perkhemahan)
• Pengangkutan sepanjang trip
• Entrence Fee to Rinjani National Park
• Permit Pendakian
• Speedboat to Gili Island

Total Basic Package: RM850
 

Optional Budget:

Personal porter -RM300 (Maximum 16kg for 4D3N trekking) – boleh shared 2 persons
Personal guide - RP175K (From campsite to puncak Rinjani only & return)

Total Optional:  RM150 + RM49 = RM199


For details of the package, u may contact:
Karat Adventure
No 27-ACD Block C, Persiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
Contact No: 03-42877543 / Uncle Rashid (012-209 7756)


Miscelleneous 

Simkad XL - IDR70,000
Air kosong (Airport) – IDR5,000
Air kosong (Senaru) – IDR10,000
Kain Pelikat Lombok – IDR235,000
T-shirt lombok – IDR85,000
Fridge Magnet & Batik Lombok – IDR295,000
Shopping jajan – IDR100,000

Gili Island
Snorkeling (private boat) – IDR150,000
Bicycle rental – IDR50K
Balinese Massage = IDR150,000


Meals (not included in package)

Day 1: Airport to Sembalun
Nasi Balap Puyung + Es Soda Gembira = IDR31,500

Day 5: Senaru Village Guesthouse
Nasi goreng vege + ayam + es jeruk - IDR105,000

Day 6: Senaru Village - Senggigi - Gili
Empal penyet + tempe + sirsak = IDR48,000
Dinner Ikan Bakar @ Green Cafe (Gili Trawangan) - IDR925,000/11 = IDR84,000
Aiskrim - IDR40,000 for 3 scoops any flavor

Day 7: Last day (Mataram)
Mee ijo + bakso + es jeruk - IDR14,000

Total = IDR1,472,500 = RM525 (Rate RM2.80 = IDR10,000)

GRAND TOTAL = RM2081


Under miscellaneous budget tu macam spend banyak kat makan-makan jer. Tapi memang aku akui, budget makan kat Lombok ni memang sedikit mahal. Even kat Senaru Village tu jer pun dah mahal. Souvenirs memang tak perlu cakap lah memang mahal. Mahal lah bagi aku sebab kat kejiranan lain kami mampu dapat harga yang jauh lebih murah. Tapi memang tak boleh nak compare lah sebab Lombok ni agak isolated sikit & penduduk pun tak seramai yang kat kepulauan lain. 


Keep on dreaming for next trip
 

Thursday, August 20, 2015

Rinjani Expedition Day 7: Last day

Tuesday, 2nd June 2015 
Mataram, Lombok


Continue from previous post


Sampai jer di Lombok Island dengan speed boat, van kami dah setia menanti. Kami akan bergerak ke Mataram city dahulu before ke Airport Lombok. Seperti yang dirancang, kami akan singgah di tempat membeli ole-ole khas Lombok. Aku pun tak ingat apa nama souvenir shop yang kami singgah ni tapi semua jenis ole-ole khas lombok ada dijual disini. T-shirt, keychain, Fridge Magnet, Kain sasak (batik khas lombok), etc. Aku tak shopping beria sangat pun tapi sempat jugalah rembat satu lagi batik. Hahaha. Hari tu beli untuk Ayahanda tapi kali ni untuk Bonda pulak. FM suda semestinya tapi tak banyak yang menarik pun di sini.

Batik lombok ni agak berbeza sikit dari batik indon yang lain. Color & design pun agak unik skit. Ohh, agak susah nak dapat t-shirt Rinjani kat souvenirs shop di sini. Kalau ada pun mesti simple & design tak kreatif macam yang member Uncle Rashid jual di Senaru village.

After done with shopping souvenirs, kami ke next destination pulak, kedai makanan khas Lombok. Kiranya on the way nak sampai ke Mataram jugalah laluan nya. Ingat tak nak fikir dah nak membeli tapi kalau dah masuk tu, ada jelah nanti, adoi. Hahaha, layannnn...beli lagi. Huish, kalau banyak lagi perhentian kami ni, lagi banyak spend ni. Dalam nak berjimat tu spend IDR100K jugalah beli jajan ajer. Ada pulak pisang salai cheese jual kat sini, emmhhh.

Nasib baiklah Lombok ni daya tarikan nak membeli tak macam di Bandung, Surabaya, Bali & Medan, kalau tak macam-macam lagi nak borong. Nasib lah buat budget ngam-ngam saja kalau ikut nafsu shoppaholic ni memang boleh terbabas.

Selepas dah membeli bagai, barulah kami mula bergerak ke Mataram Mall. We will having our lunch around there. Hopefully this is the last before sampai ke airport, hahaha.


Welcome to Mataram

Itulah destinasi kami yang terakhir before berangkat ke airport

Welcome to Mataram Mall... 
Kami tak masuk dulu pun, pergi jalan-jalan cari makan dulu kat sekitar tempat ni

Aku, Kak Syu & Kay follow Uncle Rashid makan Mie Hijau Bakso dibelakang Mataram mall. Yang lain choose to eat Sundanese food. Aku fikirkan tak nak terlalu kenyang sebab aku dah order nasi lemak Pak Nasser dalam flight back to KL. So, aku prefer makan yang simple jer tapi boleh alas perut. Dah alang-alang Uncle ajak join, kami pun follow jelah. Agak jauh sikit lah nak menapak tapi boleh jer nak short cut lalu dalam Mataram mall tapi sebab Uncle nak tunjuk banyak nya pilihan makanan di sini, tu yang kami tawaf satu Mall, hahaha. Nasib baik Mie Ayan Hijau with Bakso ni best & sedap. Price pun murah.


Me, Kay & Kak Syu choose to eat Mie Ayam Hijau with Uncle Rashid

Inilah Mee Ijo yang special tu... best

Dah habis makan, kami ke Mataram Mall pulak. Hajatnya nak ke Outdoor shop, Eiger Adventure. Tak beli apa-apa pun, cuci mata jer. Kak Syu sorang saja yang shopping. Lepas tu sambung pusing-pusing satu Mataram mall. Kami keluar pulak jalan-jalan kat kedai berhampiran teman kan Kak Syu shopping lagi. Dah sampai tak tahu nak buat apa lagi dah, kami masuk balik Mall & menunggu di KFC, waiting for others. Sebab janjinya pukul 3 kami akan berkumpul di sini & bergerak ke airport.

Sampai di airport, our timimg just nice. Masih ada masa nak kemas beg before check-in baggage. Kami sampai around 4.30pm tapi flight kami pukul 7.15pm. Another 3 hrs tapi rasa macam cepat jer masa berlalu. Tak sangka dah 7 hari kami disini. And now, its time to get back to normal.


Time to say goodbye 
(Peringatan baik punya kat belakang atas tu untuk ahli rombongan yang berkenaan, hahaha)

Kali ni paling lama amik masa nak habiskan entry trip jenjalan. Sebab balik jer dari Rinajani, 2 weeks after that, dah mula puasa. Memang takde masa lansung nak mengadap laptop. Lepas tu raya, busy dengan open house & jenjalan pulak... emmhhh. Kerja kat ofis tak payah cerita lah. Memang berlambak. Dah confirm nak kasi MSS pun kerja masih tak luak. But, I'm lucky at this stage masih survive tapi tak tahu lah nasib bulan 9 & 12 ni. 25% each department confirm tapi candidate masih rahsia. Tapi aku nekad nak habis kan juga entry ni sebab draft cerita semua dah buat. Cuma takde masa nak pilih gambar yang sesuai. jer. Aku tak nak kenangan indah itu berlalu begitu sahaja, hahaha, poyo tak. Rasa sedih pulak nak menamatkan entry Rinjani Expedition ni.


InsyAllah kalau ada rezeki, ke sini lagi kita
Miss so much this beautiful moment

Saya nak ambil kesempatan ini, nak mengucapkan tahniah kepada semua yang dah berjaya sampai ke Puncak Rinjani, Alhamdulillah. Korang semua memang excellent & hebat. Siapa sangka disebalik keayuaan (tak termasuk jejaka yang bertiga tu ya), tersimpan semangat juang yang tinggi. Thanks to Fad, Adeq, Thirah, Eein, Kay, Cikgu Nisah & kawan baru kami, Kak Syu (first time ni jumpa sebab trip Rinjani ni) kerana berjaya merealisasikan impian sama-sama nak ke Rinjani. To Wan, Ash & Cha, nice knowing korang semua walaupun this is our first time trip together. Korang semua memang best.

Till then, until the next trip... Bye.

Wassalam...


Wednesday, August 19, 2015

Rinjani Expedition Day 7: Gili Trawangan Day 2

Tuesday, 2nd June 2015
Gili Trawangan, Gili Island, Lombok


Today is our last day at lombok. So, aktiviti utama kami hari ni was snorkeling. Actually, memang part of my plan pun di Gili Trawangan ni.

Seawal 6am kami dah berkumpul dihadapan Wind Beach Bungalow sebab plan kami nak start seawal 6.30pg tapi at the end 6.45am baru nak start naik boat. Kat Gili Island ni, 6.30pg memang dah cerah sangat and matahari pun tengah naik. So, the weather is just nice for snorkeling. Package kami IDR150K per person for 2hrs and with private boat. 


Subhanallah... Pagi yang indah untuk permulaan aktiviti kami hari ini

Beautiful sunrise

Berlalu meninggalkan Gili Trawangan,
Uncle Rashid hantar kami naik boat jer, tak join skali pon.
(Credit to Uncle Rashid for this pic)

Rinjani Mountain seen from our boat

Tak sabar rasanya

Our first spot snorkeling lebih banyak coral compare to fish. Layan juga lah walaupun tak seperti yang diharapkan. Kami spend lebih kurang 20mins before proceed to next spot. Masih dalam misi mencari penyu. 


Port pertama kami (pic credit to Iphone Kay)

Spot snorkeling kami yg ke-2 adalah spot penyu. Excited sangat, al-maklum tak pernah berenang bersama-sama penyu kan tapi harapan hanya tingggal kenangan. Paling kecewa sebab tak sempat nak kejar penyu. Sebab by the time nak tunggu semua turun dari boat, penyu pun dah jauh dari pandangan. Adoi. Mcm mana orang yang tak snorkeling bersama pun boleh nampak dari atas. Kecewa. Maybe bukan rezeki kami. Kami naik balik boat & menuju ke spot lain pulak.

Before ke next snorkeling spot, boatman kami stop by kat Gili air nak dapatkan roti untuk umpan ikan ke next snorkeling spot kami. Apsal lah awal-awal tak cari, adoi. Pergi cari roti jer dah makan masa. Kami pun tak terfikir nak bawa roti ke apa ke untuk umpan ikan-ikan kat sini. Dulu masa snorkeling kat Krabi, mewah ikan datang lepas kasi butterscotch, huhuhu.

Spot ketiga kami kali ni katanya spot banyak ikan. Tapi takdelah sebanyak yang diharapkan tapi boleh lah kan dari takde. Mungkin sebab dah ada umpan roti sedap barulah ikan nak datang. Anyway, aku rasa Sabah juga yang paling best sebab lagi puas hati. Coral pun cantik, Nemo pun ada, hehehe. 


Dah kenapa kat situ aje berkumpul
(pic credit to Iphone Bungolale)

Memang enjoy snorkeling kat sini walaupun ikan tak banyak
(pic credit to Iphone Bungolale)

Cukuplah untuk kali ni ya, jom kita balik
(pic credit to Iphone Bungolale)

Kami hanya sempat ke-3 spot snorkeling saja. Emmhhh... Rasa tak puas lagi nak snorkeling tapi apakan daya masa yang kami ada pun terhad & kami harus cepat pulang ke lombok. Janjinya mahu beli ole-ole lagi untuk pulang ke malaysia. So, uncle dah arrange masa, so that, kami sempat ke semua tempat before ke airport. Macam banyak jer lagi tempat nak singgah kan. 


Breakfast kami after return from Snorkeling

Around 11am macam tu, kami pun check-out & bergerak balik ke Lombok naik speedboat. Haaa... rasa tak puas jer, semalam dah sampai, hari ni nak kena balik dah. InsyAllah, jika ada rezeki & peluang, mahu saja ke sini lagi. Anyway, pada pendapat aku, Gili Island ni agak kurang sesuai untuk bawa kanak-kanak or orang tua sebab bagi aku view kurang menyenangkan sebab terasa macam berada dekat Hawaii jer. So, faham-faham jelah. Cuma aku tak pasti the other 2 Gili Islands, Gili Air & Meno. Apapun, we’re really having fun.


Balik ke Lombok Island semula

To be continued...


Tuesday, August 18, 2015

Rinjani Expedition Day 6: Gili Trawangan Day 1

Monday, 1 June 2015 
Gili Trawangan, Gili Island, Lombok


Continue from previous post

Kalau keluar dari our guesthouse, Beach Wind Bungalows, take the right side nak kejar sunset. Kayuh jer basikal tu sampai nampak orang ramai-ramai duduk kat tepi pantai. Kami tak direct ke situ tapi singgah tepi pantai lain dulu. Lagipun masih awal lagi. Banyak masa nak jalan-jalan tempat lain dulu. Yang pasti kali ni aku memang tak tertarik lansung nak beli apa-apa. Mungkin sebab tak banyak ongkos yang tinggal lagi, hahaha. So, sendiri mahu ingat. 


Aktiviti petang kami

Way to the other side of Island

So many tshing you could see on the way to the sunset viewpoint

On the way menuju ke sunset viewpoint, kami singgah kat side tepi pantai lain dulu. Tak mandi-mandi pun, just enjoy amik gambar, layan view yang ohsem & buat video klip lagi, adoi. Nasib baik lah ni first time Uncle dengar kami nyanyi live, agaknya lepas ni mesti dah serik dah, hahaha. Tapi Uncle memang sporting, layan kami macam layan anak-anak dia jer. Anyway, memang enjoy sangat & sungguh terhibur. Dah agak-agak nampak matahari nak landing tu, kami pun bergerak semula ke destinasi utama kami.


Aksi wajib ni walau di mana-mana

Sehati Sejiwa

Beautiful beach view

Matahari dah mula melabuhkan sinarnya... jom ke spot best sikit

One of the best spot to see the sunset

Nak juga tu

Setia menanti

Alhamdulillah, the perfect sunset we could see. Perasan tak left side on picture below, beautiful Mount Agung at Bali Island. Teruja sekejap. Tiba-tiba, rasa bersalah pulak nak dekat waktu Maghrib pergi tengok sunset.


Subhanallah... Beautiful Mount Agung just next to the sunset

Kita zoom in sikit Mount Agung di Bali

The perfect sunset we could see

Dah berangan nak duk atas buaian tu tapi macam takde chance jer time cenggini

Matahari pun dah terbenam, hari pun dah gelap, perut pun dah lapar, jom kita cari makan pulak. Seperti plan asal, kami ke Green Cafe untuk dinner. Actually, this place was recommended by Uncle Rashid sebab ikan bakar nya. To me memang ok & best especially sotong bakarnya. Memang tak boleh nak compare dengan kat Malaysia tapi layan jugalah. Total kami makan untuk 11pax, 4 ekor ikan + 3 sotong besar + 3 sup iga + jagung + drinks around IDR925K. Berbaloi jugalah walaupun sedikit mahal. Tapi aku rasa price kat sini memang ikut harga pelancong. Sebab masa kami makan pun keliling kami mat salleh. Dah rasa macam pergi bercuti kat obersea jer. That's why a bit expensive. Memang ada muslim tapi sangat susah nak tengok.


Serius akak kat belakang tu pilih Ikan ya, hahaha... 
Ohh katanya kek dihadapan ni sedap-sedap belaka (pic credit to Kay)

Hati senang bila dah dapat makan

Sotong Bakar ni memang best... highly recommended

Ikan Bakar pun best juga cuma tak banyak option ikan yang fresh, maybe sebab kami dah lambat ikan pun dah nak habis

Ohh lepas dinner kami tak terus balik ke homestay, kami pergi cari desert pulak, makan eskrim ferero roche dulu. Lokasi tak jauh pun dari tempat makan kami tadi. Ni semua gara-gara ajakan geng TSB. Teringat lagi cewek yg layan kami ni sangat peramah, dah kena marah dengan bos dia pun sebab kami letak speda kat dalam kedai dia pun, masih mampu tersenyum.

Next agenda, balik ke guesthouse lah kan. Tapi otw nak balik tu memang sepanjang perjalanan kami agak happening. Terasa macam ada kat Hawaii pun ada, hahaha.

Aku, kak syu, thirah & kay pergi buat massage tak jauh dari guesthouse kami. Ramai tak ramai kena tunggu turn juga lah. Sempat lah balik bilik dulu nak tunggu turn. Nak juga manjakan diri tu selepas dah susah payah menawan rinjani kan. Bukan selalu pun. And kali ni, I choose balinese massage.

To be continued...
 

Sunday, August 16, 2015

Rinjani Expedition Day 6: Senaru village to Gili Trawangan

Monday, 1 June 2015
Gili Trawangan, Gili Island, Lombok


After a leisure hiking to Sendang Gile & Tiu Kelep waterfall, kami balik semula ke guesthouse. Preparation untuk next trip to Gili Island. Kami bertolak around 12pm from Senaru village to Gili Island. On the way, kami singgah lunch dulu di Gili Gaya Galeri Food Center yang terletak di Jl. Raya senggigi pemenang . Mula-mula ingat nak lunch di Gili Trawangan saja tapi bila memikirkan lambat lagi nak sampai & kami pun dah kelaparan after trip to waterfall, rasanya better having lunch di Lombok dulu before ke Gili. Not only food center, Gili Gaya Galeri juga terdapat galeri souvenir, fashion, handycraft, Musolla, rest room, galeri aneka perhiasan mutiara and just nearby ATM center. Kiranya macam one stop center before ke Gili Island. Tapi kalau nak shopping, harga boleh tahan mahal lah.


Lunch dulu di Gili Gaya Galeri Food Center before gerak ke Gili

Dalam tak berapa kata nak shopping tu, last-last membeli jugalah. Ni semua sebab menunggu lunch order kami nak sampai. Konon-konon nak pusing-pusing jelah tengok sekitar Gili Gaya Galeri ni, bila dah masuk souvenirs shop dia, banyak pulak yang menarik hati, emmhhhh. Terbeli juga lah satu t-shirt lombok & sarung Lombok buat Ayahanda. Aku cuma takut tak jumpa t-shirt yang aku berkenan nanti after balik dari Gili Island esoknya. So, beli dulu mana yang sempat & yang dah berkenan tu.


My simple lunch... Empal Penyet

After a heavy lunch at Gili Gaya Galeri, kami pun mula bergerak menuju speed boat pick-up point. Tak macam jetty pun sebab tepi pantai je boat pick-up. Alhamdulillah, cuaca sangat cantik hari ni walaupun dalam kepanasan. Tak sabar rasanya nak sampai.


Beach view before heading to Gili Trawangan


Kami sampai di tempat menunggu boat sekitar 3pm. Panas giler masa ni tapi view memang layan. Kami tak perlu menunggu lama sebab boat tak lama lepas tu pun sampai.


While waiting for the speed boat

Gili Island

The Gili Island consists of three small islands which is Gili Trawangan, Gili Meno and Gili Air located just off the northwest coast of Lombok, Indonesia. The islands are only a few minutes apart from each other (by boat). Gili simply means "small island" in Sasak. Gili Trawangan is the largest of Lombok's Gili Islands and the busiest among the three. The name Trawangan originates from the Indonesian word Terowongan (Tunnel) due to the presence of a cave tunnel built there during Japanese occupation in World War 2. On Gili Trawangan (as well as the other two Gilis), there are no motorized vehicles. The main means of transportation are bicycles (rented by the people who live on the island to tourists) and cidomo (a small horse pulled carriage).(source)


Gili Island seen from top

The fastest and easiest ways to travel to Gili Trawangan from Lombok is by speed boat. Duration is around 15-20min. 


Naik Speed boat heading to Gili Trawangan

Kami sampai around 3pm plus kat Gili Trawangan. Rasa macam less than 15min jer Aisyah speed boat bawa. Anyway, aku tak pasti Aisyah boat ni ada kena mengena dengan Aunty Aishah karat (yang juga wife kepada Pak Rashid) tapi yang pasti pandai Uncle pilih boat operator, senang nak ingat kat bini, hahaha. So sweet. Anyway boat yang kami hire ni is a private boat. Ada jer option lagi murah tapi akan bercampur dengan other pelancong and boat ada timing kena follow. Apapun kami yang 11 orang ni dah memang ngam-ngam aje satu boat included Uncle Rashid & 2 boat operator.

Jangan terkejut pulak bila dah sampai akan ada view luarbiasa kat tepi pantai. Maybe to mat salleh is normal but not to Asean people macam kami ni, hehehe. Terang-terang aku percaya cakap uncle nanti ada banyak penyu kat tepi pantai, rupanya ini yang uncle maksudkan. Tipah tertipu. Cuci mata lah korang group TSB.


Yeah, kami dah sampai pun

Welcome to Gili Trawangan
 
Awesome beach view from Gili Trawangan

The seatone colors are beautiful
 
Dari tempat boat kami dropped, cuma perlu berjalan tak sampai 5min nak sampai ke accomodation kami, Beach Wind Bungalow. Landmark guesthosue kami, “CIMB niaga” betul-betul next to our homestay. Sampai jer terus check-in & kami ambik masa yang ada untuk rehat, solat & mandi before our next aktiviti petang. Hanya after 4pm, kami berkumpul balik.


Perjalanan menuju our guesthouse... walk about 5minutes

Our accomodation for 2D1N at Gili Trawangan

View inside Beach Wind Bungalow

Bukan honeymoon, so, bilik budget jelah

Aktivity utama kami hari ni, jalan-jalan disekitar gili trawangan. And the best way to explore gili trawangan is riding a bicycle. And kami telah menyewa basikal untuk memudahkan perjalanan kami. Lagipun jarak nak tengok sunset dari homestay kami agak jauh. So, bila dah ada basikal ni pantaslah skit pergerakan. Lagipun memang kami dah plan awal-awal pun nak naik basikal. Kereta kuda pun available tapi memang tak lah nak naik, kami ni godang-godang belaka, terseksa kuda-kuda tu nanti, hahaha. Kami sewa basikal di homestay yg sama kami stay. Ongkosnya IDR50K boleh guna selama tinggal di homestay. 


To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...