Pages

Wednesday, March 4, 2015

Road To ABC day 3: Kyumi to Jhinu

Monday, 16 Feb 2015A
Annapurna Base Camp Trek


Continue from my previous post


This is ending point for jeep and starting point for our trekking

Starting Point di Kyumi

Porters last preparation before start trekking

We are Ready to go

Bismillahirrahmanirrahim, We started at 10.37am. Alhamdulillah, permulaan yang sangat baik.


Marked our Starting time

Permulaan yang baik

Permulaan trek thru Kyumi

Laluan di lereng-lereng gunung

Trail heading to Jhinu

View that I guaranteed that most of you not gonna miss it
 
Perjalanan diteruskan

Beri laluan... beri laluan

Anak sungai di pertengahan jalan

Ada sesuatu di situ yang menarik

Kami sampai di one of the Tea House otw to Jhinu around 12.15pm. Mula-mula ingat nak rehat sekejap saja sudahnya terus rehat for lunch. Actually Rabin our guide plan nak lunch on the next stop (tea house) tapi bila tengok cikgu Nir tiba-tiba macam tak berapa nak ok, katanya dia dah nampk mcm glare apa ke ntah, aku conclude pening lah tu. So, Kami decide nak stop & having lunch first while at the same time Nir can have a short rest before we proceed. Untuk permulaan ni, kami belum tahu lagi kami boleh order makan, so, kami makan saja apa yang dimasak oleh guide kami.


Kita makan dulu

Makanan yang dihidangkan di sini kurang berasa sikit, nasiblah kami bawa siap-siap serunding daging 2kg, serunding bilis, tuna, sambal tempe dan yang sewaktu dengan nya. Perlu sangat bawa kalau korang adalah jenis yang cerewet bab-bab makan contohnya macam aku. Next time kalau ada rezeki pergi lagi, perlu rasanya include belacan segera dalam food checklist. 

Untuk permulaan trekking ni, aku tak makan banyak sangat sebab rasa macam banyak sangat portion yang dia kasi. Macam nak kasi orang yang kerja keras seharian makan jer. Rasa sayang pulak tak habis. Rasanya dia orang pun tak dapat nak budget berapa banyak keperluan kami. Walaupun kita memerlukan makanan untuk lebih energy tapi bagi aku kalau nak trekking aku prefer makan ringan & sikit jer. Dah terbiasa agaknya kan. Lepas-lepas tu, guide dah mula boleh agak banyak mana jer perlu kasi kami makan, itu kalau guide or porter yang tolong masak lah.


We rest & having lunch first

Helping her mother to prepare lunch for us

Ni lah Bahadur. Pernah bekerja di Malaysia hampir 10 tahun lamanya. Now, become ABC guide. Actually, his a guide to 2 Chinese ladies tapi yang aku nampak dia lagi suka habiskan masa dengan kami. Pantang nampak kami, hahaha.

Lunch kami... Nasi Goreng Vege + Mee Goreng Vege Nepali Style

Ni adalah salah satu kepakaran guide kami, Roshan... hahaha

Kami stop rehat, lunch & solat lebih kurang 2 jam before we proceed back trekking to Jhinu. Nir pun dah getting better. We started trekking back around 2.15pm. Trek selepas lunch tu agak steep juga at a few section especially masa dah dekat-dekat nak sampai Jhinu.


Dah makan haruslah boleh tersenyum riang kan

Trek agak steep menuju Newbridge

Passed by Newbridge dulu

Every Tea House yang korang lalu pasti akan ada map  & estimated time from one checkpoint to another. Tapi map kat newbridge ni menjadi tanda tanya juga, kenapa ada gambar Tok rimau kat situ... errkkk

Kehadiran kami menarik perhatian mereka

Another steep section heading to Jhinu

Kenapa bermuram durja si comel

While stop & rest kejap... amik kenangan dengan orang kampung yang ramah di sini

Trek ni pon agak bahaya juga, lebih-lebih lagi kalau hujan sebab kemungkinan besar batu-batu dari atas akan jatuh
 
Cross the small bridge to the last steep section to Jhinu

Supposely kalau ikut plan asal kami sepatutnya hiking up until Chomrong tapi Rabin advised not to proceed for today sebab katanya trail to chomrong steep all the way up. Nanti dia takut kami terkejut pulak & katanya we still have time to reach Bamboo even we start from Jhinu tomorrow. So, plan has changed & kami proceed until jhinu danda sahaja. Tapi firasat aku kuat mengatakan, dia dapat estimate kami tak cukup masa nak sampai Chomrong on time by looking at our group condition. Aku tak kisah pon sebab His a guide, what the best for him also best for us. Trekking to Jhinu danda agak steep juga lebih-lebih lagi bila dah lepas cross sungai. Time taken trekking from our last stop to reach Jhinudanda is about 2hour 30min. 

We reached Jhinudhanda around 5.15pm. Alhamdulillah, after about 5hrs trekking n 2 hours rest in between.


Jhinu Danda... our tea house for overnight

Kami dapat bilik kat level atas atas tu

Tahu tak apa yang kami cari bila dah sampai sini dulu... Wifi. Tapi macam tak berbaloi kat sini sebab signal strength low and bukan boleh upload photo pun. Tapi ok lah kalo nak whassap & telegram kepada insan-insan tersayang. Yang paling penting masa tu bagi aku cuma nak update kat adik-adik aku, so that, dia orang boleh update kat mak, aku dah safely sampai kat Himalaya.


Sila kasi phone kat kaka for password

Dekat Jhinu ni, aku hanya pakai duit untuk Wifi (NPR100) & Hot Shower (NPR100).

Malam kat sini memang melampau sejuk. Average bawah 10degC. Tapi aku rasa nak almsot 0degC dah, hahaha. So, faham-faham lah. Ohh, setiap tea house disini takde provide selimut (blanket), so, adalah perlu bawa sleeping bag sendiri. Tapi aku tak pasti pulak kalau ada tapi kena bayar. Better bawa yang boleh cover sampai -10degC kalau yang jenis tak tahan sejuk tu. Tapi macam aku cakap, member aku Fad & Eein yang bawa sleeping bag biasa dari Malaysia survive jer tido malam. Tapi ikut ketahanan jugalah kan.


Room for two

Dinner kami malam tu

Rajin betul guide kami si Roshan ni, hahaha

Malam tu after dinner, Rabin brief sikit pasal agenda for tomorrow. "Tomorrow we will climb up 2 hrs to Chomrong, then go down 1 hour, climb up again 2 hrs, little-little flat & last 1.5hrs down to Bamboo". Not much flat (jalan bahagia) katanya. Malam ni hujan meaning there's a snowy in the mountain. Kata Rabin lagi, we don't need the crampon but we have to face the snow (maybe masa ni "we" to refer pada dia, Roshan & porters). Aku ingat lagi dia cakap, "Ignorance is bliss, sometime if u don't know something is good for you, if you know everything, sometime bad for you". Macam tak boleh pakai kata-kata ni dah bila menerjah hari-hari terakhir kami mendaki, huh. 


To be continued...


3 comments:

  1. ketaq kepala lutut tgk anak2 tangga tu..apa pun tq sebab update dgn lajunya..skurang2nya dah dapat gambaran utk treknya huhuhu

    ReplyDelete
  2. Breathtaking view.. I wish i have the guts to climb ..huhuhu... saya dok kat bawah aje blh la..huhuhu... out of 10, tahap mencabarnya brp ya..?

    Zilla, u memang minat le trekking2 ni kan..? he..he..

    ReplyDelete
  3. Farikica, 5 out of 10 :-)

    Trek tak susah cuma lama jer perjalananya nk sampai ke ABC

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...