Pages

Tuesday, March 10, 2015

Road To ABC day 4: Chhomrong to Bamboo

Tuesday, 17 February 2015
Annapurna Base Camp


Continue from previous post

Kami meneruskan perjalanan menuju Sinuwa selepas 30min short rest at view point Panaroma Hotel Chhomrong. Tak puas rasanya tapi misi nak ke ABC lebih penting.


View otw turun dari Chhomrong Village

Cik Eein Meneruskan Perjuangan

On the way turun dari Chhomrong village kami dikejutkan dengan kehadiran helicopter. Ingatkan sepintas lalu jelah tapi ni siap landing lagi. Tapi tak nampak pulak orang keluar masuk. According to Rabin, something might happened up there, either MBC or ABC, not sure. Masa tu berdoa sajalah takde apa yang buruk berlaku. Kami nak sampai ABC kalau boleh tak nak lah apa-apa yang tak baik kan. Aku notice sepanjang kami trekking ada few times jugalah helicopter lalu lalang.


Kehadiran Helicopter di area Chhomrong Village attract our attention

School at Chhomrong... They also aware of good education

Smile although she has to carry heavy load after this

Ayam pun kena kendong juga

Toll Gate Girl... for chocolate & sweets only, hehehe... somehow they are nice girls

Take five lagi

Cross suspension bridge... boleh tahan juga panjang dia
 
Uphill Climb to Sinuwa

Rehat lagi, hahaha

Banyak betul tangga nak kena lalu ni

we will stop up there for lunch

Passed by Himalaya Guest House to next tea house

Hanging corns not for sale

Alhamdulillah kami sampai Sherpa Guesthouse & Restaurant around 12.45pm for lunch. While waiting for lunch to be ready, kami minta Rabin carikan tempat yang selesa untuk kami solat. Yes, Rabin managed to get us comfortable room for solat tapi bila tengok view ohsem dekat luar tempat kami amik wudhu terus tukar plan nak solat kat luar jer, open air. Sejuk tapi terasa sangat ketenangannya. Air nak amik wudhu tak payah citer lah sejuk sokmo tapi kami tabah kan hati saja. Urusan ibadat kami di sini agak lancar walaupun terpaksa trekking sepanjang hari. Luckily we had guides that respect & understand our religion. That one good thing about them.


Lunch time always the best time during trekking

Like yesterday menu cuma kali ni sedap skit sebab ada kentang masalla & Honey Lemon & yang pasti kali ni guide kami dah boleh budget banyak mana keperluan kami, hahaha, tapi rasa macam tak cukup plak

We started trekking back at 2.24pm. Masa mula-mula nak gerak tu hujan pulak, nasib lah kejap jer. Ingat dah habis citer tangga azabedah rupanya ada lagi yang menanti, kali ni nak menuju uppper Sinuwa pulak. Estimated time nak sampai ke Bamboo lebih kurang 2 jam.


Continue Uphill to upper Sinuwa

Reminder for trekkers tapi yang aku perasan menu kat guesthouse kenapa ade chicken... errkkk

On the way tu, aku perasan ada satu husband & wife dari China bawa anak dia yang masih 18 bulan panjat. Tapi that baby girl dia letak dalam small basket & was carried by her father at the back. Memang hebat betul and the best part, they did it up to ABC. Cayalah, kagum sungguh dia dapat mengharungi avalance & heavy snow sambil bawa anak kecik dia macam tu. That baby girl memang redha jelah agaknya, hahaha. Comel. Kami jumpa lagi on the way masa kami turun dari Deurali to Bamboo.


We have the same mission... Annapurna Base camp & She did it

Nettle Plant... be careful with this sebab beracun katanya, aku tak sengaja terkena, merana lah sekejap but it's ok later lepas dah letak minyak gamat

Passed by Sinuwa Guesthouse

For Hikers Information

Continue trekking to Sinuwa

Arrived at Sinuwa Guest House
 
Short rest at Sinuwa Guest House before proceed

After Sinuwa, trek seterusnya akan masuk hutan pulak. Tapi trek kali ni leisure sikit sebab jalan bahagia. Haaa, boleh lah nak rilex & gerak laju sikit. Lepas tu trek akan steep down to Bamboo. Masa ni aku dapat energy untuk gerak lebih laju sebab nak sampai cepat ke Guesthouse kami.


Trek ni nampak biasa jer tapi antara view sangat cantik masa otw kami return

Continue trekking inside beautiful forest

They are turbo team

Leisure trail

Alhamdulillah, arrived Bamboo at 5.20pm with Cikgu Nisa. Yang lain masih dibelakang kami tapi tak jauh pun. Masa ni kami dah berada di ketinggian 2300m.


Kami akan overnight di Buddha Guest House

Buddha Guest House Bamboo

Shared Bathroom. Gas Hot Shower available upon request but not free ok

Kat Buddha Guest House, aku cuma guna gas hot shower (NPR150) and kami kongsi bayar hot water satu flask besar (NPR300) untuk masak maggi & minum. Actually, menu package kami memang dah termasuk dengan any choice of hot drinks tapi let say nak additional hot water kena bayar lah.


Room for two tapi kena shared katil... sempit sikit

Kami dinner around 7.00pm. Malam tu agak ramai hikers lain yang esok nya pun akan ke ABC. Aku sempat kenal sorang mamat dari Kuwait yang tegur aku masa mula-mula aku sampai kat bamboo guesthouse. Dia excited sangat masa nampak aku dengan cikgu Nisa baru sampai. Aku ingat lagi dia mula-mula tanye, "Are u a muslim", bila aku jawab "yes" terus dia kasi salam & follow kami sambil borak-borak pasal dia & pengalaman dia. Excited kot sebab saudara seagama kan. His a solo traveller tapi dia join group dari China nak ke ABC. Mamat ni sangat friendly & kami nak balik ke Malaysia last day pun jumpa lagi kat Airport.


Late Dinner

Dinner malam tu, menu kami Nasi Goreng vege & kentang masalla lagi. Malam tu lepas makan kami terus tido sebab esok katanya perjalanan lagi mencabar & dijangkakan kami akan melalui trek bersalji. Huish, tak sabar rasanya bila dengar rabin cakap kami akan lalu trek bersalji on the way nak sampai ke Deurali. 


To be continued...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...