Pages

Saturday, December 12, 2015

Bangkok day 3: Chao Phraya River Cruise tengok sunset

Bangkok, Thailand
Saturday, 21 Nov 2015


Plan nak ke wat Arun supposedly plan kami after Chatucak market tapi kami balik hotel dulu. Rehat-rehat dulu tido, petangnya baru plan ke Wat Arun. Padahal masa tu rasanya agak lambat dah nak sampai situ sebab kalau ikutkan closing time 5.30pm. Tapi misi aku pun cuma nak tengok sunrise on the way nak ke situ sebab katanya view sunset lawa di situ. So, takde hal pun tak ke wat Arun tu.


Getting there from our Hotel or Sukhumvit 
  • BTS skytrain (nearest station) --> change at siam station,take a silom line --> Saphan Taksin Tier
  • From Saphan Taksin Tier to Tha Tien Tier (N8) by boat (chao phraya express) - Fare: 40bht (peak hrs) 

Saphan taksin... Central Pier for Chao Phraya boat

Kena queue juga nak naik boat

Dalam kes kami ni, since kami dah sampai agak lambat & boleh jadi kalau ada masa lagi pun macam tak berbaloi, so, kami hanya stay di Tha Tien Tier untuk melihat sunset sahaja. Actually, station sebelum tu, memang dah ada satu spot special untuk enjoy the sunset tapi sebab kami dah beli tix nak ke Tha Tien Tier, so, kami abaikan saja. Rasanya sama saja kot kalau view dari mana pun. Tapi maybe ada kelebihan kalau tengok dari sunset viewpoint ni. Mungkin akan kelihatan Wat Arun dengan lebih jelas disebalik beautiful sunset. 


Chao Phraya cruise to Tha Tien Pier

Bangkok city from Choa Phraya Express

Tak sure tempat apakah ini

Alhamdulillah, kami sempat sampai di Tha Tien Pier untuk menyaksikan sunset yang indah disini.


Sunset seen from where we stay

Subhanallah... nice sunset

Wat Arun on the left side dari kejauhan

Happy kekakaks semua

Kami lepak di area sini sambil tunggu sunset

Before balik ke Hotel, kami singgah makan di one Halal Food yang terdapat di area jetty sini. So, kami semua try lah menu yang masih available lagi masa tu. Agak kecewa sebab nasi dah habis masa tu walaupun Tomyam Kung ada. So, nak tak nak kami order sajalah Pad Thai & Tomyam Kung. Boleh tahan juga harga kat sini. Mahal. Tomyam Kung semangkuk besar je THB100 & Pad Thai THB60. Anyway, tomyam kung dia tak berapa nak memenuhi citarasa aku.

After that heavy dinner, kami pulang semula ke Cheqinn Hotel. Tak plan ke mana-mana pulak selepas tu. Rasanya nak tido awal saja sebab esok kami nak gerak awal ke floating market.


First time beli dah jatuh cinta…dengan nenas manis si dia



To be continued...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...