Pages

Friday, May 1, 2015

Selamat Hari Buruh


Selamat hari buruh :-)

Actually, aku nak mengimbau kenangan pahit & manis semasa mula-mula aku kerja OnG. Dulu lepas grad tak pernah terfikir pun nak masuk industri minyak & gas ni. Sapa sangka kan, aku mampu bertahan sehinggak kini. Aku tolak tawaran jadi lecturer kat UIA, tawaran keje gomen & tawaran kerja kat Celcom juga. Semua offer datang lepas aku dah mula kerja di first company. First time start keje lepas dah 2 minggu menganggur, hahaha.

Kenapa aku tolak tawaran tu semua... emmhhh biarlah menjadi rahsia.


My first job... bukan lah keje kat platform cuma bila ada design modification saja baru kena pergi  :-)

Kenangan yang aku paling tak dapat lupakan sepanjang kerja kat OnG ni, first time kena pergi offshore. First site visit... memang seriously aku rasa tercabar disebabkan aku seorang perempuan. Kami diberi tugasan 1 minggu untuk completekan checklist yang kami prepare. Masa tu aku ingat lagi, aku sajalah perempuan dikalangan 5 jejaka. Kami amik flight firefly direct dari Subang to Kerteh. Kalau ikut perancangan, the same day juga kami akan amik chopper ke Guntong platform, tapi disebabkan ada emergency (apa ntah... nak kena kasi priority kat medic person dulu), salah sorang dari kami tak boleh naik skali sebab chopper dah penuh. Bukan naik the next flight tau tapi kena naik the next day punya flight. And dalam ramai-ramai kami tu, client lelaki yang hampeh tu suruh aku tinggal and naik chopper the next day. Masa dia kasi tahu kat aku tu member aku semua dah gerak masuk ke balai berlepas. Aku tak cakap apa-apa lah masa tu sebab dia client kan, sapa lah aku ni nak bantah. Tapi yang aku jadi hairan takde sorang pun dalam group aku yang willing nak stay juga & pergi the next day. Semua berlepas dulu. Bagi aku, kita work as a group patutnya sorang tak pergi semua pun takkan pergi. Ok, aku mengalah masa tu sebab aku tak nak tunjuk aku lemah.

Di tempat yang agak asing bagi aku masa tu, sedih & geram bercampur. Terfikir juga macam nak terus jer balik KL sebab takde geng nak pergi skali esok. Aku pun pandai-pandailah call HR & PE masa tu minta book kan bilik kat mana-mana. Aku buat janji dengan driver taxi kat kerteh tu soh pickup aku awal esok sebab misi ke Guntong harus diteruskan. Itu pun berani juga tu soh pickup pukul 5 pagi. Masa tu tak terfikir pun driver taxi tu akan buat jahat ke apa kan. Yang pasti 2 hari dengan aku jer dia dah boleh dapat RM100. Hebat kan driver taxi kat kerteh ni, kayo.

Esoknya memang aku pandai-pandai sendiri lah. Tak kelihatan perempuan pun masa tu. So, terpaksalah tebal kan muka ni tanya tu & tanya ni, al-maklum tak nak kena tinggal lagi kan. Luckily, aku kenal dengan 2 orang operation yang kebetulan nak ke platform yang sama masa tu. So, aku just follow dia orang ni. Tak pasal-pasal kenal dengan orang yang takde kena mengena dengan aku kan. Dia yang ajar aku apa nak kena buat masa nak kat atas chopper tu nanti. Nasiblah ada mereka-mereka ni & dia pun rasa aku tak patut ditinggalkan macam tu saja. Dia pun cakap kalau first time patutnya kena ada orang yang dah pernah pergi bawakan. Sepanjang naik chopper tu, memang aku berjaga sepanjang 1 jam tu. Semua orang dalam tu tido except aku & pilot lah, of cos. Chopper ni akan landing kat a few platform, so, kena ingatlah platform mana nak kena turun nanti. Nasib baiklah ada 2 orang brother ni kalau tak memang kelam kabut jugalah aku masa tu.

Masa dah sampai tu aku terus masuk control room nak report. Kebetulan member-member aku yang tak boleh diharapkan semalam pun ada. Dorang tak mula pun keje lagi sebab permit to work tak approve lagi. Emmhhh, ada hikmahnya juga aku tak pergi semalam. Dan sebab aku shot one day, terpaksalah aku & designer aku ditemani client yang hampeh tu, buat keje sampai malam. Scope kami banyak compare to structural & piping, so, memang terpaksa pulun lebih sikit. Dan hanya kami bertiga saja yang buat keje malam tu. Hampir 3 jam juga lah sebab aku nak kena cross 2 bridge nak ke platform yang paling hujung. Ketaq kaki kakak ni tapi aku gagahi juga, hahaha. Giler ah... first time gi offshore dah wat OT.

Issue aku kena tinggal dengan chopper tu seakan menjadi hot topic masa aku dah masuk ofis. Sampai masuk dalam meeting dengan client. Of cos lah bukan aku yang mengamuk tapi lead engineer aku lah. And yang pasti dia memang backup aku kaw-kaw lah masa tu. Cuma yang aku agak tak terkilan kenapa bukan lelaki yang dia suruh tinggal & kenapa geng-geng aku tergamak abaikan aku sorang-sorang. Aku tak mengaharapkan belas kasihan pun masa tu cuma I really hope teamwork form my team. Tapi nak buat macam mana kan benda dah jadi pun... dan biarlah ia menjadi kenangan manis sepanjang berkerja dalam OnG ni. 

My first time offshore was really a horrible experience.


First time gi Offshore dah kena keje sampai malam ;-)

Agaknya kalau tak buat keje malam maybe tak dapat aku capture view yang cantik ni

Tapi after my first experience, aku rasa macam best juga. At least, ko akan nampak actual situation apa yang ko design. Next site visit, aku lebih ke arah sabah & sarawak offshore dan yang part paling mencabar sebab naik boat dengan laut yang bergelora & kena swing dari boat nak ke platform landing. Adoih, scary juga but I love challenge myself in everthing seems to be hard.


I miss my old job ;-)

Antara pengalaman keje in OnG yang tak mungkin dilupakan

Waiting for boat to pick up

Rindunya nak mabuk laut lagi

Apapun itu hanyalah cerita dulu-dulu, sekarang aku dah bertukar company dan maybe tak merasa dah nak ke offshore lagi. Sekarang keje pun banyak dihabiskan dihadapan PC & masuk meeting.

Entahlah keje aku sekarang ni takde lah best sangat pun. Ada suatu ketika tu, kalau dah rasa stress sangat rasa nak bawa jer diri ni mengembara, mencari kerjaya baru. Aku sendiri pun tak pasti tapi yang pasti something that makes me happy and can make everyone around me happy too. Tapi yang pasti bukan lah jadi ratu lawak ya sebab aku ni belum ada bakat lagi nak buat orang ketawa. Hahaha. Apa-apa pun I'm happy with what I'm doing now. Belum terfikir lagi nak terjun ke industri lain. Rasanya sekarang nak kumpul jer experince banyak-banyak lepas tu jadi otai. Berangan jer lebih kan. Tapi berangan tu kan gratis.


To all workers all over the world... Happy Labor Day. Jangan stress stress tau ;-)


4 comments:

  1. kak nurul meh la keja sini balik.
    dpt khabar angin dari kompeni kuda liar yg kompeni sini berjaya bidding projek dari client cengkerang 9 thn. msti byk nk kena gi offshore. meh le meh la.

    ReplyDelete
  2. Hai..I just stumbled upon your blog.Really adored the way you expressed your hiking experience in words. :).Would you mind leave your email sebab i nak tanya how to go to Mulu Cave. Btw nama i fiza jugak :).Salan Perkenalan.

    ReplyDelete
  3. Cinta, ada hati juga tp nnt lah, sekrg tgh busy bt kapal kt sini,
    nk mnta takut org sana xmo ;-)

    ReplyDelete
  4. Hafiza, my email nurfiz@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...