Pages

Monday, May 25, 2015

Weekend Hike at Gunung Angsi

Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Sunday, 24 May 2015


Ini bukan lah kali pertama aku ke sini. Kalau ikut kan malas juga nak pergi lagi sebab trail dia agak menyeksa jiwa & lutut, hahaha. Tapi bila mengenangkan kami perlu training untuk ke Rinjani, so, penderitaan sementara itu terpaksa aku tolak ke tepi demi kebahgiaan yang bakal kami kecapi, InsyAllah. Anyway, trail Gunung Angsi ni takdelah susah mana pun kalau nak dibandingkan dengan menyeksa diri panjat KL tower yang 2058 steps tu. Trail dia, I would say, memang sesuai untuk beginner yang ingin kan permulaan yang mencabar tahap sederhana.

Untuk kali keduanya, aku & geng telah memilih untuk naik thru Ulu Bendul & turun ikut Bukit Putus. Beza antara dua trail ni hanya lah 3km up & down. So, kalau park dekat Ulu Bendul, turun kat Bukit Putus kena menapak lebih kurang less than 3km nak sampai ke Taman Rekresai Ulu Bendul, lebih kurang 45mins walking with normal pace.

Trail thru Bukit Putus is about 3km distance & will take you approximately 1.5hrs descending. Tapi, kalau start hike from Bukit Putus kena double lah kot sebab trail yang agak steep all the way up.

Ulu Bendul trail is more or less 6km distance with 4hrs hike included short rest in between. Maybe kalau lagi fit boleh buat better than this. 


Kalau tak mengenangkan nak panjat Angsi nak saja aku santai-santai di sini

Kami rehat dulu before proceed with next challenging trail

Beirut kat belakang tu pon dah nak runtuh

The other side view at puncak Gunung Angsi
 
Alhamdulillah, we did it walaupun hanya 825m... hehehe

Awesome view from Puncak Gunung Angsi

Kalau naik dari Bukit Putus, sinilah starting point nya

Balik tak pasal-pasal kena menapak another 3km to our cars park at Ulu Bendul

Apapun still enjoyed today's hike with geng gadis semasa. Hopefully, can maintain the stamina until the day of event.

Semoga Allah swt permudahkan perjalanan kami di sana nanti. 


Wednesday, May 20, 2015

My 4th KL Towerthon

KL Tower
Sunday, 17 May 2015


Kalau ikutkan, tahun di dah kali ke-5 aku join KL Towerthon tapi atas sebab-sebab yang dapat dielakkan, aku tak join larian 2 tahun lepas. Luckily, aku training panjat bukit & gunung every week, so, kesemputan nak panjat tu takdelah terasa sangat & aku boleh naik tangga tanpa perlu berhenti rehat untuk jangka masa yang lama. Cuma yang jadi penghalang nak gerak lebih laju kali, keadaan kaki yang masih belum pulih sepenuhnya. First 1km run, nak sampai ke starting point tangga pun dah amik 5minit.

Apapun aku berjaya habiskan larian walaupun target nak less than 30min tak berjaya. Aku cuma berjaya buat 34min 40sec. Hahaha, pektis naik tangga pun malas, nak berangan nak naik laju kan. Semenjak kejadian aku pektis naik tangga 15 tingkat kat ofis about 2 mnths ago tu, rasanya cukuplah nak buat training panjat tangga sorang-sorang lagi. Tak berani dah, takut nanti lain pulak jadinya. So, aku lebih prefer training kat gym. panjat bukit hujung minggu or lari-lari saja. Which aku rasa lagi safe & if anything happen pun still ada somebody around you.

InsyAllah will join again next year... selagi termampu.


Harap dapat tambah koleksi lagi untuk tahun berikutnya ;-)

Nice finisher medal from KL Tower

Tuesday, May 12, 2015

Larian Pekerja Muda

Saturday, 9 May 2015
Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya

Starting Point: Kementerian Kewangan


Last saturday, for first time, for this year, aku join 10km running. Itu pun sebab mengenangkan nak kena panjant KL tower this coming weekend & gunung berapi hujung bulan ni. Aku gagahi juga lah nak join, konon-konon nak practice lah kan. Sebab dah lama tak lari atas jalan tar ni, tune pun ke laut. Dah lah aku start 20min lambat. Alhamdulillah, I did it in 1 hr 25min, unofficial time. Not my best time for 10km run, anyway.

Actually, tujuan larian ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang pekerja profesional dan bukan profesional dari sektor awam dan swasta yang berbilang kaum di negara ini... konon-kononya lah. Teringat lagi masa aku adik aku tanya, kenapa "larian pekerja muda". Aku dengan konfiden pun jawab... Untuk perkerja muda saja yang boleh join. Kecik hati orang veteran kan, hahaha. Anyway, ada je category veteran tapi sasaran larian ni untuk golongan pekerja muda yang berumur dari 18 hingga 40 tahun.


Antara laluan kami... Jambatan Seri Saujana

Pusing kat sini untuk 3km terakhir

Finisher Medal

Antara yang menarik pasal larian ni, adalah lucky draw yang ditawarkan lah, of cos. Sanggup tu tunggu sampai habis announce baru gerak balik, hahaha. Yelah, who knows, I might be the lucky winners kan. Tapi nampaknya satu pun tak mengena, ni semua sebab YB KJ cabut undi. Tapi macam meragukan juga sebab category E saja yang banyak menang compare to other category. Sampai rata-rata runners yang ada pun  sempat kata "next year kalau ada lagi nak tukar category lah". Hahaha, kecewa punya pasal ya bang.  Anyway, tuah & rezeki masing-masing kan.


One of the reason aku masuk sebab ni lah... wakaka

Nampaknya belum ada rezeki nak setanding dengan Cik Thirah ;-)

After that 10km run, aku suffer teramat kat tapak kaki aku. Until today, still feel the pain, lebih-lebih lagi kalau aku menapak jauh sikit. Huish, risau juga ni. Mak aku cakap salah urat jer. Tapi tanye member-member kat gym, katanya tu normal kalau join marathon. Tapi menjadi kehairanan sebab aku ok saja sepanjang larian & tak pernah plak terjadi sepanjang aku suka marathon dulu-dulu. Emmhhh, dah hampir 2 hari aku tuam dengan ais ni, hopefully getting better before panjat KL tower this weekend, InsyAllah.


Friday, May 1, 2015

Selamat Hari Buruh


Selamat hari buruh :-)

Actually, aku nak mengimbau kenangan pahit & manis semasa mula-mula aku kerja OnG. Dulu lepas grad tak pernah terfikir pun nak masuk industri minyak & gas ni. Sapa sangka kan, aku mampu bertahan sehinggak kini. Aku tolak tawaran jadi lecturer kat UIA, tawaran keje gomen & tawaran kerja kat Celcom juga. Semua offer datang lepas aku dah mula kerja di first company. First time start keje lepas dah 2 minggu menganggur, hahaha.

Kenapa aku tolak tawaran tu semua... emmhhh biarlah menjadi rahsia.


My first job... bukan lah keje kat platform cuma bila ada design modification saja baru kena pergi  :-)

Kenangan yang aku paling tak dapat lupakan sepanjang kerja kat OnG ni, first time kena pergi offshore. First site visit... memang seriously aku rasa tercabar disebabkan aku seorang perempuan. Kami diberi tugasan 1 minggu untuk completekan checklist yang kami prepare. Masa tu aku ingat lagi, aku sajalah perempuan dikalangan 5 jejaka. Kami amik flight firefly direct dari Subang to Kerteh. Kalau ikut perancangan, the same day juga kami akan amik chopper ke Guntong platform, tapi disebabkan ada emergency (apa ntah... nak kena kasi priority kat medic person dulu), salah sorang dari kami tak boleh naik skali sebab chopper dah penuh. Bukan naik the next flight tau tapi kena naik the next day punya flight. And dalam ramai-ramai kami tu, client lelaki yang hampeh tu suruh aku tinggal and naik chopper the next day. Masa dia kasi tahu kat aku tu member aku semua dah gerak masuk ke balai berlepas. Aku tak cakap apa-apa lah masa tu sebab dia client kan, sapa lah aku ni nak bantah. Tapi yang aku jadi hairan takde sorang pun dalam group aku yang willing nak stay juga & pergi the next day. Semua berlepas dulu. Bagi aku, kita work as a group patutnya sorang tak pergi semua pun takkan pergi. Ok, aku mengalah masa tu sebab aku tak nak tunjuk aku lemah.

Di tempat yang agak asing bagi aku masa tu, sedih & geram bercampur. Terfikir juga macam nak terus jer balik KL sebab takde geng nak pergi skali esok. Aku pun pandai-pandailah call HR & PE masa tu minta book kan bilik kat mana-mana. Aku buat janji dengan driver taxi kat kerteh tu soh pickup aku awal esok sebab misi ke Guntong harus diteruskan. Itu pun berani juga tu soh pickup pukul 5 pagi. Masa tu tak terfikir pun driver taxi tu akan buat jahat ke apa kan. Yang pasti 2 hari dengan aku jer dia dah boleh dapat RM100. Hebat kan driver taxi kat kerteh ni, kayo.

Esoknya memang aku pandai-pandai sendiri lah. Tak kelihatan perempuan pun masa tu. So, terpaksalah tebal kan muka ni tanya tu & tanya ni, al-maklum tak nak kena tinggal lagi kan. Luckily, aku kenal dengan 2 orang operation yang kebetulan nak ke platform yang sama masa tu. So, aku just follow dia orang ni. Tak pasal-pasal kenal dengan orang yang takde kena mengena dengan aku kan. Dia yang ajar aku apa nak kena buat masa nak kat atas chopper tu nanti. Nasiblah ada mereka-mereka ni & dia pun rasa aku tak patut ditinggalkan macam tu saja. Dia pun cakap kalau first time patutnya kena ada orang yang dah pernah pergi bawakan. Sepanjang naik chopper tu, memang aku berjaga sepanjang 1 jam tu. Semua orang dalam tu tido except aku & pilot lah, of cos. Chopper ni akan landing kat a few platform, so, kena ingatlah platform mana nak kena turun nanti. Nasib baiklah ada 2 orang brother ni kalau tak memang kelam kabut jugalah aku masa tu.

Masa dah sampai tu aku terus masuk control room nak report. Kebetulan member-member aku yang tak boleh diharapkan semalam pun ada. Dorang tak mula pun keje lagi sebab permit to work tak approve lagi. Emmhhh, ada hikmahnya juga aku tak pergi semalam. Dan sebab aku shot one day, terpaksalah aku & designer aku ditemani client yang hampeh tu, buat keje sampai malam. Scope kami banyak compare to structural & piping, so, memang terpaksa pulun lebih sikit. Dan hanya kami bertiga saja yang buat keje malam tu. Hampir 3 jam juga lah sebab aku nak kena cross 2 bridge nak ke platform yang paling hujung. Ketaq kaki kakak ni tapi aku gagahi juga, hahaha. Giler ah... first time gi offshore dah wat OT.

Issue aku kena tinggal dengan chopper tu seakan menjadi hot topic masa aku dah masuk ofis. Sampai masuk dalam meeting dengan client. Of cos lah bukan aku yang mengamuk tapi lead engineer aku lah. And yang pasti dia memang backup aku kaw-kaw lah masa tu. Cuma yang aku agak tak terkilan kenapa bukan lelaki yang dia suruh tinggal & kenapa geng-geng aku tergamak abaikan aku sorang-sorang. Aku tak mengaharapkan belas kasihan pun masa tu cuma I really hope teamwork form my team. Tapi nak buat macam mana kan benda dah jadi pun... dan biarlah ia menjadi kenangan manis sepanjang berkerja dalam OnG ni. 

My first time offshore was really a horrible experience.


First time gi Offshore dah kena keje sampai malam ;-)

Agaknya kalau tak buat keje malam maybe tak dapat aku capture view yang cantik ni

Tapi after my first experience, aku rasa macam best juga. At least, ko akan nampak actual situation apa yang ko design. Next site visit, aku lebih ke arah sabah & sarawak offshore dan yang part paling mencabar sebab naik boat dengan laut yang bergelora & kena swing dari boat nak ke platform landing. Adoih, scary juga but I love challenge myself in everthing seems to be hard.


I miss my old job ;-)

Antara pengalaman keje in OnG yang tak mungkin dilupakan

Waiting for boat to pick up

Rindunya nak mabuk laut lagi

Apapun itu hanyalah cerita dulu-dulu, sekarang aku dah bertukar company dan maybe tak merasa dah nak ke offshore lagi. Sekarang keje pun banyak dihabiskan dihadapan PC & masuk meeting.

Entahlah keje aku sekarang ni takde lah best sangat pun. Ada suatu ketika tu, kalau dah rasa stress sangat rasa nak bawa jer diri ni mengembara, mencari kerjaya baru. Aku sendiri pun tak pasti tapi yang pasti something that makes me happy and can make everyone around me happy too. Tapi yang pasti bukan lah jadi ratu lawak ya sebab aku ni belum ada bakat lagi nak buat orang ketawa. Hahaha. Apa-apa pun I'm happy with what I'm doing now. Belum terfikir lagi nak terjun ke industri lain. Rasanya sekarang nak kumpul jer experince banyak-banyak lepas tu jadi otai. Berangan jer lebih kan. Tapi berangan tu kan gratis.


To all workers all over the world... Happy Labor Day. Jangan stress stress tau ;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...