Pages

Sunday, April 26, 2015

Let's Pray for Nepal


Ini bukan lah sambungan entry Road to Annapurna aku yang lepas. Kalau ikutkan memang masih berbaki 2 posts lagi before ending. Tapi rasanya... apa yang sedang rancak berlaku sekarang lebih menarik perhatian aku untuk terus mengikuti status terkini nasib mereka yang malang di sana.

Berita yang kami terima semalam sewaktu kami sedang berada di puncak Bukit Kutu, betul-betul sesuatu yang mengejutkan. Mana tak nya... rasanya masih belum dapat melupakan kenangan manis di bumi Nepal kira-kira 2 bulan yang lepas... tiba-tiba gemba bumi yang dilaporkan berukuran 7.8 pada skala Richter melanda. Terdetik juga rasa bersyukur tidak berlaku dikala kami berada di sana tapi perasaan terkejut, risau & sedih melanda perasaan kami ketika ini.




"..Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia). Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9. Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter. Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf Unesco seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar. 

... Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam. Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian. Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) semalam.... " (Source)


So far, aku masih tak dengar cerita mereka yang melalui trek Annapurna Basecamp lagi. Hanya Everest base camp saja yang rancak diperkatakan. Apalah nasib mereka agaknya disana. Kalau ikutkan, sekarang adalah peak season hiking di Annapurna. Boleh jadi ramai juga hikers from Malaysia disana.  Ya Allah lindungilah mereka semua.

Semalam kami dah dapat news dari one of our guides, all of them are safe. Alhamdulillah... walaupun ada antara mereka yang kehilangan tempat tinggal. Semoga, mereka semua diberi kekuatan di saat-saat genting ini. All we can do is to keep pray for them.


Lega masih mendengar perkhabaran dari mereka di sana

Kejadian Gempa bumi di Nepal memang sesuatu yang mengejutkan & diluar jangkaan. Mana sangka negara yang tidak pernah aku dengar ada history gempa bumi suddenly hit by a huge attack. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui.  


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...