Pages

Sunday, November 16, 2014

Cuti-cuti Treasure Hunt Taman Negara

Mutiara Taman Negara
Friday, 14 Nov 2014


Sepatutnya, hari ni aku return from Taman Negara tapi memandangkan kami sempat buat a few a must do activity in Taman Negara in just half day, so, kesemua kami sepakat nak balik semalam juga memandangkan Fad planned nak masuk keje Ahad & kay pulak plan nak ke UTC sentul katanya. Anyway, both of them plan tak menjadi. Although, it was short trip to taman Negara, anyway, we’re really having fun.

Sebenarnya trip asal kami adalah cuti-cuit treasure hunt with 3D2N package at Mutiara Taman Negara. Somehow, plan bertukar & kami stay only for 1 night, so, package pun jadilah murah sikit. All managed by our organizer.

To be honest, this is my first time to Taman Negara. So, one of the main reason aku nak join treasure hunt ni pun sebab included 3D2N package at Mutiara Taman Negara. Walapun aku bukanlah treasure hunter yang tegar tapi minat nak buat activity yang agak menguji minda ni memang sentiasa ada. Kalau ikutkan dah nak hampir 2 tahun juga aku bersara tapi ajakan teman dengan package percutian yang affordable memang menarik minat aku yang sememangnya suka kan activity nature. Cumanya terpaksalah aku korban 1 day leave demi memburu harta karun, hehehe. Walaupun 3 ahli menarik diri atas sebab-sebab tertentu, perjuangan harus diteruskan walaupun hanya ber-6. Luckily, Cik Amy offer diri nak join one of the groups. So, 2 cars with 3 persons each. Cuma Cikgu Nir & Cikgu Nisa saja yang first timer. Yang lain at least ada pengalaman juga lah walaupun bukan regular.

Butiran Treasure Hunt

Perjalanan: Hotel Istana ke Mutiara Taman Negara
Jarak Perjalanan: 260km
Masa pertandingan: 7 jam (8am – 3pm)
Soalan: 30Q + 4 Treasures

Alhamdulillah, sempat sampai awal 1 jam before ending time. Submit soalan kat Kedai makan Matzenah opposite Masjid Tengku Abdullah. Lunch, solat & lepas tu kami proceed ke Jeti Kuala Tahan. About 60km dari Masjid Tengku Abdullah… lebih kurang 1 jam 30min juga drive… another long journey to Taman Negara.


Kuala Tahan Jetty

Kami naik boat dari sini menuju ke seberang... Mutiara Taman Negara Resort

Mutiara Taman Negara Resort
 
Welcome to Mutiara Taman Negara

Route heading to our room

Bilik sangat luas & selesa

Bathroom also Luas & Selesa... yang tak best nya no bath tub... baru berangan nak rilex sambil merehatkan minda yang dah penat berfikir seharian, hahaha

Clean & spacious

Malamnya. during dinner, tak sangka kami gadis semasa 1 & 2 menang, walaupun berbeza hadiah kemenangan, at least, kami menang juga dibelakang regular hunters 1-4. Total dapat juga RM700. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah... rezeki kami tempat ke-5

Malamnya kami plan nak night walk sendiri tanpa guide sebab manager Mutiara Taman Negara tu cakap kami boleh jalan sendiri. Just follow the right trail. Kami pun mulakan langkah berani kami ber-6 nak masuk hutan. Tapi baru jer sampai pintu masuk nak ke Night walk, ada yang less confident plak. Sudahnya kami decide nak patah balik & cari route yang lain pulak. Starting point yang lain pun tak jumpa juga sudahnya putus asa & kami decide nak balik saja. Mana tahu masa nak balik tu, terserempak plak dengan En Kheirul & geng yang kebetulan nak balik bilik tapi bila dia nampak je kami yang konon-kononya nak g night trekking terus dia pun ajak geng-geng dia skali. Haa, terus lega ada juga orang laki, hehehe. Nampak sangat penakut kan. So, kami pun proceed ke trail yang mula-mula kami tak jadi nak masuk tadi. Rupanya, dalam night trail tu saja ntah brapa group yang kami jumpa tapi semua dengan tour guide lah. Cuma kami yang sendiri-sendiri without guide.

Kami ke bumbu tahan dulu. Kena naik platform yang agak tinggi juga. Tujuanya nak tengok kot-kot adalah haiwan yang boleh nampak dari atas kan. Tapi hampa takde apa pon yang kami nampak. Sudahnya, kami turun & proceed with night walk. Takde apa yang menarik boleh dilihat sepanjang night walk kami sebab takde special guide yang boleh explain apa-apa. So, jalan jelah tanpa hala tuju yang pasti. We ended the tour dekat kelah aquarium.

Masa otw nak balik ke bilik, kami dikejutkan dengan kehadiran tapir dekat dengan café Mutiara. Apa lagi kami pun terus berkejaran ke objek dengan excited nya. First time kan nampak live, confirm lah jakun sekejap. Tapir ni memang besar & jinak. Suara punya lah halus. Petugas mutiara cakap, tapir ni mengigit juga kalau dia lapar, so, kena berhati-hati jugalah.


Tapir yang sangat jinak

Jiran depan bilik aku cakap, tapir ni tidur depan bilik aku malam tu…around 12am. Masa tu, aku & fad pun dah lama berlayar, tak dengar pun ada message masuk mahupun suara lunak tapir. Rugi-rugi, kalau tak confirm aku sambung selphie kat depan bilik pulak, hahaha. 


video

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...