Pages

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramdhan 1435H


Assalammualaikum....

Alhamdulillah, bulan yang umat Islam seluruh dunia nantikan sudah menjelma. Dan bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang olehNya untuk terus beribadah dimuka bumi ini.

Maafkan lah diri ini sekiranya apa yang cuba disampaikan tak seindah seperti yang diimpikan. Nobody’s perfect. Apa saja yang hamba cuba sampaikan sekadar berkongsi. Jika ada kekurangan, terlajak kata, ada yang terasa, terluka, makan hati  & terkasar bahasanya, hanya kemaafan yang ku pohon.

Selamat menjalankan Ibadah puasa para sahabat semua. Semoga Ibadah kita semua tahun ini akan lebih mantap dari tahun yang sebelumnya & mendapat keredhaan Allah SWT.




Rasulullah mengajarkan doa ketika dalam bulan Ramadhan. Sayidatina Aisyah bertanya: “ Wahai Rasulullah, ini bulan Ramadhan. Apakah yang patut aku kata padaNya?”

Rasulullullah bersabda: “katakanlah: 


Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku.” (Riwayat Ahmad)

"Tiga doa yang mustajab; doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi & doa orang bernusafir.” (Riwayat al Tirmizi)

Dalam Bulan Ramadhan kita dianjurkan untuk membanyakkan beristighfar & berdoa memohon keampunan. So, para sahabat, jom banyak-banyakkan lah berdoa sepanjang Ramadhan in semoga Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan. InsyAllah.

Antara petikan Tazkirah ustaz malam tadi... “Orang yang memberi makan orang berbuka puasa, Allah bukakan pintu rezekinya selama setahun”

Nabi SAW sabdanya: 

“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun” (At-Tirmidzi)

Jom kita gandakan ibadat & pahala di bulan Ramadhan ini. Reminder to myself too.

Sesungguhnya kekurangan itu datang dari saya & yang baik itu semua dari Allah SWT. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...