Pages

Wednesday, March 27, 2013

The sad ending of Bunga Buah


Gunung Bunga Buah 
Date: 23/03/2013 (Saturday) 
Time: 5.30 am at Tol Gombak
Location: Gohtong Jaya (Genting Highlands), Pahang, Malaysia. 
Start point: 3.395699N, 101.767510E 922m a.s.l. 
Summit: 3.374284N, 101.740044E 1441m a.s.l. 
Difficulty: Moderate to Very Hard (sebab guide salah jalan)


Seawal 4.30 pagi lagi aku dah bertolak from Kajang to Cheras nak tumpang ex-Aker collegue to our meeting point before departed to Gohtong Jaya. Aku sampai on time, tumpang Steve & amek member dia pulak kat Setapak. Then, jumpa yang lain around 5.45 a.m at Tol Gombak. Lewat 15 minutes than we’re supposed to arrive. Memandang kan semua dah ade, kami pun bertolak lah ke Gohtong Jaya, Genting Highland. We're arrived at Hotel Seri Malaysia, Gohtong Jaya around 6.15 a.m. Tak jauh pon… half an hour jer. 

Kami tak terus Solat tapi kami breakfast… pekena Neslo panas & roti canai dulu… sebab masa tu tengah fikir-fikir kat mana nak cari tempat solat ni. Emmhh… finally kita orang decide tumpang solat jelah kat Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah, dapat permission. Sempat juga lah lelap kan mata sekejap while waiting for the guide. 


Hotel Seri Malaysia... just next to Restoran Nasi Kandar Genting

Menunggu Guide yang sampai lambat

Masa ni pun guide tak sampai lagi... so, kami pun buat lah apa yang patut

Kalau ikut itinerary we're supposed to start hiking at 8.00 a.m. So, patut nye before 8 pagi, guide dah patut sampai, briefing apa yang patut before start sharp at 8 a.m. Dia org patut tahu yang our group is not regular hikers so, patut start lagi awal kan. Tapi, nak buat macam mana pkl 8.15 baru sampai and masa sampai pun dia orang baru lah nak siap2 apa yang patut. Nampak macam kelam kabut skit pun ade. Briefing start 15minutes later and kita orang start hiking around 8.45 a.m. Agak lambat lah bagi aku... sebab kalu kami ikut group uncle-uncle & aunts yang sama-sama sampai dengan kami kat Hotel Seri Malaysia tadi confirm kami dah saing sekali. But what to do, kami ade guide sendiri kan. Tak ramai pun yang hiking that day cuma kami and group veteran mix with mat salleh. Reason dia agak acceptable lah "anak sakit" tapi aku sendiri yang rase tak sedap hati sebab citer dia maybe akan mengganggu konsentrasi dia masa tu. Uteh tak dapat jadi guide sebab tengah sakit... siap hantar MMS kaki dia kena simen... injured masa rafting kat Sungkai kata nye.


From Hotel Seri Malaysia cuma kena drive less than 1 minute jer ke sini... sebab lalu kat belakang Restoran Nasi Kandar tadi

Tak sabar dah nak mendaki ni setelah 1 jam lebih menunggu
 
Starting point lalu kebun sapa ntah nie sebab nampak orang Bangla jer buat keje... musykil juga sebab tanah kebun ni macam tak terurus skit pastu macam banyak rumah tumpangan yang dah agak buruk

Lalu sini pulak... emmhhh tak nampak dah bayang orang veteran dekat depan kami tadi... takkan cepat sangat kot padahal gerak lebih kurang sama jer

Lepas tu kami lalu sini...
Permulaah jer dah nampak orkid yang tumbuh liar

The monkey pot also almost everywhere

Starting point dah macam nie... agak pelik bin ajaib pun ade. Selama kami hiking 1 jam tak nampak pun tanda-tanda jalan lama Genting which is supposed to be the correct direction. 


Permulaan yang agak meragukan... jalan yang dipenuhi dengan tempat pembuangan barang-barang lama, Guide cakap sebelum ada jalan genting lama tu inilah jalan yang dia orang guna... emmmhhh

Sinonim dengan nama Bunga Buah... banyak juga bunga yang menarik

First... kami follow this way (refer gambo kat bawah) jalan yang agak meragukan sebab tak pernah plak aku baca orang lalu area sini. Huish... betul ke jalan nie. Jalan pun macam semacam sebab kena lalu tepi gaung & tempat pembuangan sampah sarap & old things. Dan paling agak meragukan tak nampak pun tanda-tanda orang lalu that way sebab our guide terpaksa tebas halangan dihadapan kami.


Kami teruskan juga
Angah cakap ni Jalan lama orang guna before jalan masuk kat Bulatan tu. Sekarang Jalan kat Bulatan tu dah tutup, so, terpaksa guna jalan ni. Emmmhh, maybe bulatan yang dia maksud kan jalan raya besar Gohtong Jaya yang kat depan Hotel tadi. Ok, aku tak tahu pasal tu tapi memang pelik lah takkan lah starting dah macam ni. At the end, memang salah jalan pun & the most appropriate word...LOST, our guide memang tak ingat jalan. Not a good sign. Dulu masa kat Bukit Kutu pun... permulaan je dah sesat tapi nasib baik lah ade guide lain yang dah pernah pergi.


Haaaa... kami salah jalan rupanye.... emmmhhh, menunggu next step

Ni laluan kami tadi... turun dari sini dan naik another way pulak

Jalan yang kami lalu mula-mula tadi... further down jumpa gaung

Ulat bulu dah naik daun

Cendawan putih yang hidup subur disini

Kulat pun tumbuh merata-rata kat area-area sini

Second... kami follow jalan lain plak... turun dari jalan yang salah tadi. Yang ni lagi horror almost everywhere kami kena tempuh pokok berduri and pokok buluh. Nak berpaut kena tengok dahan dulu ok. Silap langkah... padah mengundang. Tangan aku jer dah luka-luka sebab terkena duri-duri pokok. Cikgu Zawiyah dah siap berdarah-darah dah tangan dia... sian first time join jer dah horror. Hopefully dia tak serik join aku dah lepas ni.


Pokok keras pun berduri tau

No sign of people hiking tapi ade bau something yang sangat hamis apabila kami semakin naik tinggi... guest what??

Kali ni kami tak sesat tapi ade tetamu tak diundang dihadapan kami. No wonder lah ade bau yang agak menusuk hidung aku. Tanpa banyak bertanye kami pun patah balik tanpa mempersoalkan kenapa?? Sebab kalau oing-oing tu terkejut mahu kami pun sama-sama terkejut bertempiaran lari nanti. Dah lah laluan pun macam nak suruh aku give-up... tak pasal-pasal lain pulak citer nye nanti. Again, kami turun lagi and kali ni terus ke starting point yang mula-mula tadi sebab dah takde jalan lain dah. Nasib baik lah energy aku mantap lagi untuk meneruskan pendakian kami untuk kali yang ketiga nyer.


The color is so nice

Masa on the way kami sampai bawah ni ade sorang mat bangla ni... aku percaya he must be working at the farm... panggil-panggil kami macam nak tunjuk direction yang betul...”Hey adik manis, itu geng orang tua ka... ikut sini, ikut sini” His showing us the way. Tapi sebab guide kami tak cakap apa-apa kami pun ignore jelah. Last-last setelah Angah berhempas pulas ke hulu & ke hilir tanpa arah, mencari jalan lain, finally dia pon follow juga lah mat bangla tu cakap. Memang betul lah jalan masuk yang dia tunjuk tu. Finally, jalan tu yang membawa kami ke jalan genting lama. Tapi aku still tak sedap hati sebab di permulaan track, our guide Angah dah tiba-tiba sakit dada, nampak memang serius lah...emmmhhh lama juga lah kami tunggu dia nak cool down. Aku macam bagi cadangan juga, it’s OK kita tak perlu proceed. Tapi dia berkeras juga nak teruskan, he said “everything OK”. Fuhh... not a good sign too.


This is the right way... and already 10.45 a.m masa ni

Jalan dia memang agak pacak sikit sampai atas

Finally sampai pon

Ni lah jalan yang sepatut nye kami lalu seawal pagi tadi

Follow this way... Jalan Genting lama

Take five kejap...

Inilah kutu jalan

Fresh mosses on the road
Again... we proceed until the end of the road

End of the road... jumpa simpang nie masuk and again proceed

Yeahh... nampak gambaran keriangan kami sudah

Bukan kat atas tu yang kami nak naik... jauh lagi perjalanan nye, ni cuma sign of right way

Jumpa Orkid liar lagi

Rasanye route macam dah betul tapi bleh tahan juga horror dia. Dah 1 hour macam tu kami terpaksa stop bila kwn nadiah tiba2 cramp. Lama juga lah kami stop pastu samb balik tapi haf an hour macam tu stop balik sebab guide nak rehat makan. Most of kita orang tak lapor pon lagi sebab fikir nak lunch kat peak (poyo) tapi sebab dia cakap dah lapor sangat kan sebab tak breakfasr, so, kita org pon follow jugalah makan. Haf an hour macam tu before nak proceed balik, wawa suruh aku bt keputusan sebab kawan Nadiah tak nak proceed lagi dah and 2 orang lagi pon nak follow dia. Tough juga ni. Aku tengok yg lain mcm taknak give up, so, aku buat decision kami nak teruskan juga walaupun dengan hanya satu guide.

Dalam hati aku... boleh ke wawa guide nie padahal dia sendiri pun tak pernah ke sini. Macam aku, dia pon first time juga ke sini. Ok nak sedap kan hati (walau pun hatiku memang tak sedap dah) and nak sedapkan hati orang lain juga, kita orang agreed to proceed sebab kalau ikut instruction from Angah, macam dah nak sampai. Tapi yang menjadi keraguan sebab dia suruh kita orang follow kertas putih yang konon-konon nye direction to the peak. Bagi aku itu bukan permanent sign & macam mana guide yang terlatih macam dia boleh simply decide to follow that white paper. OK, nak sedap kan hati lagi dia guide kan... follow jelah. Yang aku pelik apsal bukan Angah yang pernah naik Gunung Bunag Buah yang guide kami tapi dia suruh Wawa yang tak pernah naik pulak bawa kami and dia pulak bawa yang lagi 3 orang tu turun. Lagi sengal kan... tapi aku fikir maybe sakit dada dia yang tadi tu datang balik sebab tu dia decide nak turun dulu. Ok, whatever. Wawa pon aku nampak macam tak confident jer masa tu... yelah orang tak pernah pergi tempat tu ko suruh guide lepas tu follow kertas yang entah dari mana source nyer.

Ulat gonggok yang pemalu but this is how they protect themself

Ni lah kertas putih yang aku cakap kan tu

Kami pun proceed punye proceed... follow kertas putih tu lah... bila sampai kat satu direction memang turun jelah tapi lagi extra horror... macam lagi dasat dari Nuang dah ni. Bukti nye track horror, sampai aku tak sempat nak amek apa-apa gambo pun. 

Tahu tak apa yang terjadi lepas kami turun... turun.... turun dannnn turun. Haish... dengar suara orang... macam kenal jer. Rupa nye kami jumpa balik geng-geng kami yang bertiga tadi with Angah... yang dah mula nak masuk laluan jalan lama genting tadi. Ya Allah... apa kah bala yang menimpa kami nie. Kenapa lah kesusahan yang kami terpaksa tempuh kalau at the end kami jumpa orang-orang yang dah turun. Bukan dia orang jer kami jumpa, mat salleh and geng-geng veteran tadi juga pon sama... tengah otw nak balik. Dia orang pon macam pelik tengok kami.... macam mana dah boleh ade kat situ padahal tak nampak pon kat peak tadi. Masa tu aku memang dah bengang, kecewa and rasa nak mengamuk jer tapi nak buat macam mana kan. Tak tahu nak salah kan sapa dah. Memang bukan rezeki kami nak sampai puncak. Tiga kali sesat dalam satu hari bukan lah satu pentanda yang baik untuk kami teruskan lagi. Masa tu pon dah nak pukul 3.00, kami pon decide balik jelah. Aku pon dah tensionnnn nie.  


Kepenatan & kekecewaan

Angah & Wawa pon tak cakap apa dah tapi Angah dah mula dengan citer-citer mistik dia which is aku rase tak sesuai citer masa tu sebab kami kat dalam hutan tu lagi. Dan untuk mengelakkan kekecewaan kami yang tengah memuncak tu, Angah pon cover balik nak bawa kami pergi tempat lain tapi semua yang dia offer tu aku reject sebab dah pernah pergi (aku jer pon, hehehe)... at last dia ajak join hiking Berembun, Irau & Brinchang on 27-28/4 sebab dia ade organize trip utk student UITM. Trip ni siap ade camping lagi tapi campsite dia kat bawah lah, so kira macam day trip hiking lah. And dia promise akan tanggung semua tanpa perlu bayaran. Emmmhhh... menarik juga. Aku terus OK sebab Brinchang & Berembun tu memang dalam wish list. 

Dengar citer... nadiah trauma selepas kejadian di Gunung Bunga Buah ni sampai amek MC. Terkejut barangkali. 

The End...

5 comments:

  1. persoalan aku: mcm mne guide pon bole salah jln sdgkan dia dh pernah ke situ dan mmg terlatih la kan? mcm something wrong la.

    ReplyDelete
  2. Aku last pergi bunga Buah before helikopter terhempas.

    Dulu2 boleh naik terus dari Goh tong jaya tu je.

    Tapi Bunga Buah ni mmg boleh tahan la letihnya. Tapi berbaloi sebab ada view yang cun.

    ReplyDelete
  3. rezeki nak pergi dgn GGK kot

    ReplyDelete
  4. nk join kita org gi gunung rinjani x ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...