Pages

Wednesday, July 11, 2018

Incredible India 2018: New Delhi Part 1

New Delhi, India
Sunday, 18 Feb 2018


The first visit at New Delhi was Humayun’s Tomb.

Humayun’s Tomb

Humayun’s Tomb ini merupakan makam Maharaja Mughal, Humayun di Delhi, India. Pembangunan makam ini dilancarkan oleh isteri pertama Humayun Bega Begum (Haji Begum) pada tahun 1569-70. Bangunan ini direka oleh Mirak Mirza Ghiyas, seorang arkitek Persia yang dipilih oleh Bega Begum. Kompleks ini merupakan makam dalam taman pertama di benua India. Makam Humayun persisnya terletak di Nizamuddin Timur, dekat Dina-panah yang juga dikenal dengan nama Purana Qila (yang didirikan oleh Humayun pada tahun 1533). Makam Humayun merupakan struktur pertama yang menggunakan batu pasir merah. Selain makam Humayun, terdapat beberapa monumen yang lebih kecil sepanjang jalan menuju makam, termasuk yang sudah dibina 20 tahun lebih awal, seperti kompleks makam Isa Khan Niyazi, seorang bangsawan Afghan di istana Sher Shah Suri dari dinasti Suri yang bertempur melawan Mughal.

For more info --> Humayun’s Tomb


Isa Khan Tomb yang terletak sehala menuju Humayun's Tomb

On the way to Isa Khan Tomb

Tak masuk pun kat dalam tu kami tengok dari luar saja

Sempat posing kat sini

Main Gate to Humayun's Tomb

Humayun’s Tomb ni boleh dikira “a must visit place” kalau ke New Delhi. Senibina Humayun’s Tomb ni seakan-akan Taj Mahal kalau dilihat dari semua sudut. Dan ada juga sumber yang menyatakan bahawa Taj Mahal mendapat sumber inspirasi daripadan Humayun’s Tomb untuk membina Taj Mahal. Disebabkan itu, Humayun’s Tomb juga dikenali sebagai Baby Taj Mahal sebab architecture nya yang hampir menyerupai Taj Mahal cuma versi yang lebih kecil & agak kurang menarik. So, kiranya kalau dah ke Taj Mahal tu, Humayun’s Tomb ni memang biasa saja kat korang walaupun Humayun’s Tomb ni dibina lebih awal sebelum Taj Mahal.


Humayun's Tomb

Namaste

Humayun's Tomb checked

India Gate

Terletak di tengah New Delhi, India gate merupakan struktur gerbang setinggi 42 meter. Binaannya hampir sama dengan Arc de Triomphe yang terletak di Paris. Ia dibina sebagai memorial mengingati 70,000 askar yang terkorban semasa menentang British di dalam perang Dunia pertama. Di memorial ini juga terukir nama 13,516 nama askar British dan India yang terkorban semasa Afghan war pada tahun 1919.

Masa kami sampai sini, penuh dengan local people saja. Aku kagum betul dengan rakyai India ni. Tempat attraction negara dia saja penuh dengan rakyat sendiri. Tak kurang juga yang berjual pun ramai.

India Gate Checked.


India Gate

India Gate Checked

Next destination, Parliament House yang terletak tak berapa jauh dari India Gate. Sehala dah pun. Kebetulan masa kami sampai sini, ada lawatan politik duta Canada ke sini… tak pasti ada persidangan ke or lawatan saja ke, so, kenderaan tak dibenarkan masuk & berhenti. Makanya, kami hanya buat pusingan U-turn saja disini. Tak dapat nak tengok Parliament House daripada dekat.


Parliament House... sekilas lalu je sebab ada Duta dari Canada datang

Sebelum destinasi kami yang seterusnya, Mr Kumar bawa kami lunch di salah satu kedai Halal katanya. Tapi yakin sajalah sebab ada orang Muslim yang masuk makan di kedai yang sama. Selepas solat, kami singgah di Masjid berhampiran untuk Solat Jama. Tapi lain macam skit aku Nampak orang kat sini solat sebab bawa batu sekali. Emmhhh. Masa kami dah habis solat kat situ pun, yang lain pandang semacam je. Maybe sebab kami solat di kawasan lelaki agaknya. Hahaha. Tak jumpa mana tempat solat perempuan. Hentam sajalah, lagi pun tak ramai Jemaah lelaki pun masa tu.


Our lunch


Lotus Temple

Sewaktu kami sampai kat Temple ni, panjang gila orang beratur nak masuk. Kami tak ada lah join beratur sekali ya. Memang ada plan juga nak sampai ke sini tapi nak tengok dari jauh saja. So, kami terus potong queue terus pergi ke pintu masuk hadapan. Tak masuk pun tapi berdiri kat luar pagar ambil gambar. Hahaha. Daya tarikan Temple ni barangkali sebab strukturnya yang berbentuk Lotus Flower.


Lotus Temple... tak masuk tapi tengok dari jauh saja


Delhi Haat

Tak jauh daripada Lotus Temple ni terletaknya Delhi Haat. Delhi Haat ni merupakan tempat jualan barangan textile & pastinya Saree yang menarik perhatian kami. Pada mulanya aku tak tahu pun pasal tempat ni tapi suggested by Mr Kumar. Katanya tempat ni much much better than Sarojini Market. Yes indeed. Tempat ni agak khas sikit dan normally pelancong yang guna agent akan dibawa ke sini untuk membeli. Nak tengok saree & material kain yang lain juga pun mudah & senang. Korang akan dapat seat khas untuk melihat saree pelbagai jenis. Still boleh bargain tap ikat sini macam ada limit price juga. Actually, masa kami sampai sini tak banyak option color dah untuk jenis kain saree silk yang kami nak. Tapi, aku sempat beli 2 helai saree juga sebab ada color yang berkenan di hati. Aku dapat price INR2000 untuk 6m. Itu saja yang aku dapat tawar. Yang lain tak membeli lagi pun.


Delhi Haat untuk pecinta saree

Indian National Arts

Selepas Delhi Haat, kami dibawa ke satu lagi tempat membeli Saree di Indian National Arts. Bunyi macam tempat exclusive kan tapi percayalah di sini harga Saree Silk lebih murah berbanding dengan Delhi Haat. Argghhh rugi pulak rasa. Nasib baik tak beli banyak. Dan bangunan di sini jauh lebih besar & luas daripada Delhi Haat. Macam-macam jenis kain juga ada dijual disini. Kami dilayan dengan baik sekali oleh peniaga di sini & dapat minuman free untuk lihat saree pelbagai jenis. Fad, Adeq & Thirah sakan borong saree silk kat sini. Aku mampu beli 2 saja lah sebab tadi dah rugi 1000Rs. Kat sini kami boleh dapat INR1500 for 6m. Berbaloi sangat. Kualiti kaim sama juga & di sini kami lebih banyak pilihan color. Lama juga kami spend kat sini, al maklum memborong, hahaha.


Another option nak shopping saree pun boleh ke sini & harga pun jauh lebih murah compare to Delhi Haat


Sarojini Market

Selepas dah shopping sakan Saree di Indian National Arts, kami pun ke Sarojini market pula. Padahal tak rasa nak shopping dah pun sebab dah membeli banyak. Tapi sebab nak puaskan hati nak tengok juga Sarojini market tu macam mana, so, Mr Kumar layan kan kami saja. Mr Kumar siap cakap yang dia berani guarantee kami takkan lama kat dalam Sarojini market ni. Memang ternyata tepat sekali. Belum masuk saja dah nampak serabut. Tapi better than Main Bazaar di Old Delhi. Macam-macam ada dijual disini tapi itulah tengok keadaan disekeliling saja sesak. Maybe sebab harga di sini jauh lebih murah berbanding kedai-kedai yang kami sebelum ni. Tapi kalau tengok kualiti Saree, macam kurang sikit daripada tempat yang kami singgah sebelum ni. Kami masuk juga kat dalam Sarojini market ni tapi tak sampai 15min kot. Mr Kumar sengih-sengih tengok kami keluar daripada Sarojini market.


Nak puaskan hati juga... kami ke Sarojini Market

Tak sampai 10min masuk kat dalam ni, rasa macam tak sanggup nak teruskan

Anyway, Sarojini Market Checked


Sarojini market checked.

Ok now, our last destination for today.

To be continued…

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...