Pages

Wednesday, July 25, 2018

Annapurna Expedition Day 8: Night at Annapurna Base Camp

Annapurna Base Camp, Nepal
Friday, 08 Dec 2017

Malam tadi sebelum tidur, masih tak nampak bintang banyak lagi, langit pun tak berapa nak cerah. So, aku dah pasang niat dengan Fad nak bangun awal pagi nak buat photoshoot milky way. Aku dah tersedar lebih awal lagi tapi pukul 4 baru start keluar sebab takut nak keluar awal sangat. Lagipun tak nampak sesiapa pun kat luar. Fad macam biasalah, koya je lebih, last-last aku beranikan diri sorang-sorang keluar bilik. Tak sure lah berapa suhu masa tu tapi sejuk yang aku rasa masih boleh tolerate lagi. Kalau tak, tak adalah aku spend nak sampai 1 jam kat luar.

Pada mulanya aku start dekat pintu depan bilik paling hujung sebab situ saja yang ada tempat rata nak letak tripod & mengadap Annapurna. So, bermulalah night photoshoot dalam kesejukan dibawah paras beku. Mula-mula tu, pakai Nikon tapi aku tak familiar dengan setting camera Fad, so, aku decide guna GoPro sajalah. Menyesal juga rasa tak bawa DSLR sendiri, emmhhh. Tapi tulah time aku perlukan lah time tu tak ada dengan aku. Anyway, percubaan aku yang pertama berjaya. Outcome dia memang cantik walaupun tak secantik & se detail DSLR. Tapi aku tak bersendirian sebab ada Johnny yang menemani. Ntah dari mana datang keberanian aku, tiba-tiba boleh pulak rilex je dengan Johnny duduk kat depan tak jauh dari aku. Agaknya dia pun curious nak tahu apalah yang aku buatkan.


Mt Annapurna View from Base Camp

Mt Annapurna Night View from Base Camp

Milky Way

Dah bosan dengan angle yang sama aku mula bergerak ke tengah kawasan campsite. Johny pun follow juga. Actually, aku nampak ada seorang hiker ni, tertonggeng-tonggeng kat atas meja dengan camera phone & tripod. So, aku rasa dia pun ada hobby yang sama macam aku. Aku pun approach lah dia. The way dia cakap macam dari Malaysia. Rupanya ni group yang team leader dia tegur kami malam tadi masa dinner. Aku tengok gambar dia tak berapa nak menjadi, nak tolong setting pun tak tahu macam mana. Bila aku tunjuk gambar aku terus dia excited sangat & minta share. Dr Sajar Othman, seriously sampai sekarang I lupa nak send kat you. Hahahah.

Bukan kat situ saja, lepas tu kami berdua mula bergerak ke arah lain pula. Kali ni view yang mengadap Machapuchare. Fuhhh, awesome. Sesungguhnya adalah rugi bagi orang yang dah sampai ke Annapurna Base Camp tapi mensia-siakan peluang melihat keindahan yang Maha Esa. Subhanallah. 


Machapuchare View from Annapurna Base Camp

"Sesungguhnya kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang" 
(Al-Quran 37: 6)

Annapurna Base Camp at 4 a.m

Rahmat penghulu segala hari

Bila dah nak hampir pukul 5am, aku pun mula pulang ke bilik sebab fikir aku belum packing habis nak balik ni. Nanti sia-sia kena marah dengan trip leader, hehehe. Pagi ni kami akan bertolak awal sebab perjalanan kami agak jauh dari biasa hari ini sebab return time kami dah jadi 2 hari, so, memang terpaksa lah walaupun penat tak hilang lagi.

Masa aku sampai kat bilik, Kak Bad dah bangun, Fad & Nir masih tidur. Bestnya dapat tidur nyenyak. Tapi lagi best dapat layan night view di Annapurna Base Camp. Rare moment ok. Could be once in a lifetime, who knows. Thanks Dr Sajar kerana ada bersama menemani menyaksikan kehebatan malam di Annapurna Base Camp.

InsyAllah kalau ada jodoh bertemu lagi ABC.


To be continued...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...