Pages

Saturday, December 16, 2017

ABC & Poonhill... The story of Beautiful Journey

PoonHill & Annapurna Basecamp,
Kathmandu, Nepal
30 Nov - 11 Dec 2017


First and foremost, I would like to thanks to Almighty Allah SWT for the smoothness of this time ABC and Poonhill hiking trip. Thanks for the beautiful weather and all the blessings thru out the 12days hectic journey. 




Alhamdulillah, siapa sangka, misi yang tergendala hampir 3 tahun yang lepas nak sampai ke Annapurna Base Camp (ABC), kini dengan izinNya terlaksana. Sujud Syukur. Segala Puji bagi Allah swt kerana memakbulkan doa antara kami & memudahkan perjalanan sepanjang 12 hari di Never Ending Peace and Love (Nepal). Alamak tak sampai 1 week kat Malaysia, dah rindu gila kat Nepal. Kes berat ni.


Penantian hampir 3 tahun, akhirnya

Allah SWT sempurnakan impian kami yang tertangguh dahulu

Siapa sangka last minute unplanned end year trip turned out to be one of the best hiking journey in my life. Great teamwork, Good arrangement, met with awesome new friend eventho most of them dah OTAI, Siapa sangka pertemuan singkat demi misi yang sama sampai ke ABC membawa sebuah persahabatan yang bermakna. Thank to Abang Syuk & Wife Kak Ju, Edwar & anak terunanya Ikmal, Kak Bad, Mat Lan, Uncle Bad & Pakcik Karat kerana sudi terima kami bersama-sama untuk join trip ni. Walaupun semuanya bukan sezaman dengan kami dah tapi masing-masing punye character yang aku rasa memang sangat senang dibawa berunding. Sapa sangka Uncle Bad yang mula-mula tak banyak bercakap & tak bertegur sapa sangat dengan kami, suddenly turned out to be orang yang paling kelakar antara kami, hahaha. Jangan main-main mungkin yang paling senior antara kami tapi yang paling pantas antara kami. Buktinya, kami hanya akan bertemu masa breakfast, lunch & dinner saja. Nanti lah kita cerita panjang lagi. Banyak jasa dia kat Fad ni, hahaha. 


Our Team

Abang Syuk & Wife Kak Ju, Edwar, Kak Bad, Mat Lan… semua geng latepackers UIA batch 1991. Kalau tengok gaya memang tak sangka semua ni suata masa dahulu merupakan otai gunung kat Malaysia. Aku pulak yang rasa segan sebab tak tahu pun pasal kewujudan Latepackers UIA ni. Tak pasal-pasal jadi bahan budak engineering memang kaki study mana ada masa nak join kelab-kelab panjat gunung ni, hahaha. Dulu sapalah yang sudi ajak akak nak mendaki, takde sapa pun… gunung kat Malaysia pun akak tak amik port. Tapi benarlah Allah swt yang sebaik-baik perancang. In future sapa sangka, akak pernah digelar pendaki wanita Antarabangsa (buktinya sebab asyik panjat gunung obersea je). Hahaha, sapalah yang tergamak kasi gelaran sedemikian kat aku.


Terasa kerdilnya tatkala melihat hebatnya ciptaan yang Maha Esa

Tanpa mimpi, impian takkan jadi kenyataan

Dan sapalah trip kali ni kalau bukan bersama Uncle karat yang memang dah banyak tolong kami dari semua arah. Thanks Uncle kerana masih percayakan kami geng gadis semasa untuk sama-sama ke ABC & Poonhill. Walaupun Uncle dah tahu stamina some of us macam mana tapi Uncle still say Yes for every trip. Terharu sangat dengan ucapan Uncle on last day kita dinner kat Kathmandu. Uncle memang banyak habiskan masa dia during trekking ABC bersama kami yang jadi kaki sapu kat belakang. Rasanya dah kali ke-5 trip bersama Karat Adv tapi yang ni kali ke-4 bersama Uncle Rashid. Apapun trip bersama Uncle memang sesuatau yang diluar jangkaan and best. Apa yang aku boleh katakan Uncle bawa passion instead of business during his organized trip. Itu yang buat trip dia jadi menarik and we can easily get along together. Tak rasa ada gap antara kami. Dah macam bapa & anak jer.

Overall Good management & collaboration between Third Eye Advanture & Karat Adv. Tak sangka pulak Uncle buat collaboration dengan Third Eye. Terkejut juga aku bila nama aku dipanggil oleh someone masa di Airport. Ohh ganesh rupanya. Ganesh masih seperti dulu and masih nampak risau juga bila nampak aku. Kali ni, happy dia nampak aku & yang lain datang lagi. Untuk trip kali ni, dia siap yakin kan aku, Fad & Nir yang “this time trip I believe you will success to ABC”. Dengar kata-kata ganesh tu terus buat aku semangat nak sampai ke ABC.


The guides & the Porters

Aku nak puji guide kali ni memang much better than before. Raju & Ramji, Uolls did a good job. Porters kali ni pun boleh tahan juga ramah. Adik Didi, Jiban pun sekarang tak malu-malu macam dulu lagi lah. Dah pandai bergurau tau, hahaha. And he can speak English better than before. Porter yang lain sangat take care kami semua para peserta kali ni. Aku memang respect lah dia orang kali ni. Sanggup patah balik dalam gelap pickup kami yang belum sampai ke guesthouse. Rasanya ni first trip aku pass bagpack 32L kat porter untuk bawa walaupun jarak nak sampai hanya 20min lagi. Ini semua gara-gara kena paksa sebab nak suruh cepat sampai. Macam mana nak cepat dah, hari yang ke-7 ni saja, kami dah berjalan hampir 21km from ABC-MBC-Duerali-Himalaya-Dovan-Bamboo-Upper Sinuwa. Mahu tak pewai. Dah nak sama macam masuk half marathon punye jarak cuma yang bezanya jalan turun & naik macam trail run. Akak relakan walaupun berat hati. 

GSH bertiga



To all GSH, walaupun trip kali ni kita tidak bersama… Srikandi Elbrus & Kak Fad tetap buat trip kali ni sesuatu yang best & luarbiasa. InyaAllah masih banyak lagi gunung yang kita boleh daki bersama. Bak kata pepatah takkan lari gunung dikejar. Mana tahu, panjang umur murah rezeki, boleh repeat lagi. EBC perhaps. InsyAllah.


1 comment:

  1. nampaknya cerita ko trip gunung sebelum ni tak habis la ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...