Pages

Wednesday, November 15, 2017

Expedisi Mt. Raung Day 3: Summit Attack Part 2

Raung, Kalibaru, Indonesia
Sunday, 24 Sept 2017


Continue from previous Expedisi Mt. Raung Day 3: Summit Attack Part 1 .

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, jom tahu serba sedikit pasal Gunung Raung ni.


Route menuju puncak 17

Gunung Raung merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3344mdpl yang terletak di hujung timur Pulau Jawa, Indonesia. Secara umumnya, kawasan gunung ini berada di tiga daerah di wilayah Besuki, Jawa Timur i.e. Banyuwangi, Bondowoso dan Jember.

Secara geografinya, lokasi gunung Raung ini berada dalam kawasan kompleks Pegunungan Ijen dan merupakan puncak tertinggi dari gugusan pergunungan tersebut. Gunung Raung merupakan gunung kedua tertinggi di Jawa Timur setelah Gunung Semeru, serta menjadi yang keempat tertinggi di Pulau Jawa. Kaldera Gunung Raung juga merupakan kaldera kering yang terbesar di Pulau Jawa dan kedua terbesar di Indonesia setelah Gunung Tambora di Nusa Tenggara Barat. Terdapat empat titik puncak Gunung Raung i.e Puncak Bendera, Puncak 17, Puncak Tusuk Gigi dan yang tertinggi, Puncak Sejati (3,344 m).

Terdapat dua jalur pendakian yang biasa digunakan oleh para pendaki ke Puncak Raung i.e. 
  • via Kalibaru (Puncak Sejati) 
  • via Sumber Waringin (Puncak Bayangan)

Kebanyakan para pendaki lebih memilih jalur Kalibaru untuk sampai di puncak tertinggi i.e. Puncak Sejati yang juga merupakan jalur paling ekstrim di Pulau Jawa. 

Dan menjadi pilihan kami juga untuk trip ke Raung untuk edisi kali ini (macam ada edisi khas lain pulak kan).


Puncak 17, Puncak Tusuk Gigi & Puncak Sejati on clear day
 
Puncak Bendera - Puncak 17

Dari puncak bendera menuju puncak sejati tak semudah yang disangka. Untuk sampai ke Puncak Sejati kita akan melalui jalur yang boleh tahan extreme. Tengok gambar nampak macam tak berapa takut tapi kalau tengok video macam seram pun ada bila difikirkan balik. Alhamdulillah, dah lepas pun fasa gerun di Raung.

Dari Puncak Bendera, kita akan harus turun ke jalan yang agak landai dimana kiri kanannya ada jurang yang dalam. Sila pay extra attention bila lalu kat jalur ni sebab laluan ini melibatkan konsentrasi yang tinggi. Sebab trek berbatu & agak licin. Silap langkah memang bawa padah. 


Edelweiss yang menyeri jalan menuju Puncak sejati

Let's begin the journey

Di suatu sudut menuju Puncak 17

Masih boleh tersengih lagi walaupun dalam hati dah makin berdebar

Trek dari Puncak Bendera menuju Puncak 17

Trek Puncak Bendera menuju Puncak 17

Trek dari Puncak Bendera menuju Puncak 17

Trek dari Puncak Bendera menuju Puncak 17

Extreme 1 Raung

Sampai di extreme 1, kita akan mendaki tepian curam untuk naik menuju ke Puncak 17. Disini kita akan climb lebih kurang 5 meter. Antara aksi yang agak mencabar juga sebab kat bawah dia memang jurang yang tak nampak lansung kedalaman dia. Disinilah kita akan mula menggunakan ascender. Rasanya baru tahu nak guna benda ni masa briefing pagi tadi by Totok. First time guna ascender ni tapi sebab masih tak banyak menggunakan energy lagi, so, confident level tu masih tinggi & tangan masih kuat lagi nak push body naik ke atas. Alhamdulillah, berjaya menghadapi halangan pertama. Tapi lain pulak ceritanya bila dah balik nanti, hahaha.


kekuatan tangan sangat penting nak melepasi Extreme 1 ni

Continue hike-up until Puncak 17

Setelah melepasi extreme 1, perjalanan diteruskan menuju puncak 17. Extreme 2 berada di bawah puncak 17. Di sini, kita akan memulakan pendakian dengan bantuan carabiner and fix rope. Aku pun tak ingat term climbing macam ni. Tapi memang kena jalan ke tepi tebing puncak 17 tu guna harness & carabiner. And kat sini juga kena hati-hati juga sebab jalan kat sebelah curam yang tinggi. Tapi guide kami slumber jer jalan sebelah kami without using the carabiner. Kalau boleh jangan follow lah ya. Maybe, to certain people yang berani & biasa, mungkin tak jadi masalah tapi malang tak berbau, so, biar nampak remeh tapi safety always come first. 


Extreme 2 Raung

Penggunaan Tali kermantle & carabiner diperlukan disini

Extreme 2 Raung

Muka lega dah lepas Extreme 2

Di suatu sudut puncak 17

While waiting for our turn

Extreme 2 last section sebelum meniti Sirotul Mustaqim

  To be continued...


2 comments:

  1. Salam singgah sini dan follow :)

    takut weii tgk raung punya trek huhu

    ReplyDelete
  2. aku juga pernah kesituu,,treknya sangat menantang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...