Saturday, 27 Feb 2016
Continue from previous Gunung Bujang Melaka Part 1
Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Kem Lebah before 5pm. Pasang khemah, tolong apa yang patut and then baru kami mula bergerak turun menuju ke anak sungai berhampiran untuk mandi & buat apa yang patut.
Kem Lebah |
Kami tak dapat port khemah yang dekat dengan sungai tapi yang agak tersorok & paling hujung. Anyway, still good location nak buat project sebab jauh dari khemah yang lain, hahaha. Cuma masa nak ke anak sungai nanti kami still kena cross khemah group 1 yang dah sampai dari semalam lagi agaknya. Sebab kalau ikutkan masa kami hike tadi cuma ada dua group saja yang saing sekali, group kami & group 2. Tak perasan pun another group. And masa aku sampai di Kem Lebah, group 1 ni dah complete semuanya. While group 2 baru saja sampai sebelum kami dan baru sibuk-sibuk nak setup khemah bagai. So, aku assume memang dari semalam Group 1 dah sampai.
Actually, takdelah dekat mana pun anak sungai dengan campsite, still kena turun bawah sikit dari campsite nak ke anak sungai. Dan anak sungai kat sini takdelah seperti yang diharapkan tapi cukuplah sekadar ada sumber air juga. Air memang sangat limited walaupun sumber air mengalir. Kena bergilir juga lah nak mandi sebab yang datang pun ramai. Kami amik turn tunggu another group mandi sebab nak dapat tempat yang best & agak tersorok sikit. Al maklum, pompuan. Masa ni lah baru terasa nikmatnya dapat air nak mandi. Settled everything, we get back to our campsite. Sebab ada group lain pulak nak take turn mandi. Terpaksa lah cepat & pantas sebab hari dah nak gelap.
Santai-santai di petang hari sementara nak tunggu chef kami habis masak |
Selesai solat & bersiap, kami mula berkumpul untuk sesi minum petang. Cekodok bilis Adabi cicah sos tomat sambil minum teh O panas. Fuhh, best nya. Lepas minum petang terus dinner sebab hari dah nak gelap, so, better makan dikala tengah terang lagi ni. Nikmatnya kan, tengah-tengah hutan ada menu nasi beriani kambing. Thanks Uteh sebab hidangkan kami dengan menu yang diluar jangkaan. Hilang rasa penat mendaki dapat makan best.
Masa berkumpul nak makan, masing-masing tak sabar dah masa ni |
Menu dinner kami... |
Malamnya, aktiviti kami menghiburkan hati. Tadi siang masa kat stream hanya sebahagian saja hiburan sebab masa limited tapi malam ni boleh dikatakan semua permintaan lagu kami ditunaikan. The best part siap berpadu suara lagi, hahaha. Hebat guide kami ni, very the talented. Aku ingat lagi macam mana salah satu group tegur aku masa otw turun dari puncak, “Ohhh… ni lah group yang buat kugiran malam tadi (loghat perak)”… erkkk. Abang ni biaq betui, kalau kugiran mahu riuh satu gunung bang oii.
Tapi apa yang best sekali, malam kami di Kem Lebah ditemani jutaan bintang dilangit.
Beautiful Night Sky seen from Lebah Camp Gunung Bujang Melaka |
Around 10pm macam tu, masing-masing pun dah tak larat nak menyanyi. Sudahnya, kami masuk khemah tidur. Aku tak pasti semua dapat tidur dengan nyenyak tapi aku, dah nak masuk pukul 12mlm baru boleh lelapkan mata sebab bunyi bising kat luar.
To be continued...
No comments:
Post a Comment