Gunung Bujang Melaka, Kampar Perak
Saturday, 27 Feb 2016
Dulu mula-mula dengar pasal Gunung Bujang Melaka (GBM), hidup-hidup aku ingat gunung ni terletak kat Melaka. Aku rasa bukan aku saja kot, sapa-sapalah yang baru tahu pasal gunung Bujang Melaka & tak sempat nak google lagi pasal tempat ni, mesti akan terfikir macam aku juga kan. Anyway, sejujurnya, Gunung Bujang Melaka terletak di Kampar Perak. Yang pasti aku masih belum tahu lagi al-kisah disebalik nama Bujang Melaka. Yang pasti bukan khusus untuk yang bujang saja, hehehe.
Berada pada ketinggian 1233 meter A.S.L. GBM could be seen from North South Highway. The mountain is located on your left if you are driving towards Ipoh direction. We took Tapah exit to get to GBM starting point.
Aku rasa dah lama juga Uteh ajak kami buat hiking with overnight camping dengan dia tapi ntah apa cerita kali ni, semua pun macam agreed & free saja. Dan buat pertama kali menggunakan khidmat sahabat kami, Uteh untuk overnight hiking, finally, we’re here at Gunung Bujang Melaka. Kalau sebelum ni, kami lebih prefer day trip hiking tapi kali ni nak kelainan & cabaran lebih sikit.
Although day hike is possible but this time we preferred a relaxing trip by doing overnight camping at Kem Lebah (CP4). Lagipun, menurut Uteh, agak mustahil untuk group kami buat day trip memandangkan pengalaman bersama di ekspedisi yang lepas-lepas. Tambahan pula, kondisi sebilangan besar ahli GSH yang masih belum pulih sakit lutut, kaki sepenuhnya. Lagipun, kami pun dah lama tak trekking jauh & lama. Takut nanti nak catch up balik stamina yang dulu tak sampai-sampai, mahu hura-hara juga nanti. So, sebagai langkah berjaga-jaga & demi keriangan berganda di kemudia hari, kita santai-santailah dulu ya sempena permulaan ni.
Kami bergerak seawal 4.50pagi dari Tol jalan Duta. Kalau ikut perjanjian asal, 4.30am. tapi macam biasalah janji gadis semasa. About 2hrs drive juga nak sampai ke Pekan Kampar dari KL. Kami rehat sebentar untuk solat & breakfast di RnR Tapah sebelum perjalanan seterusnya ke Masjid An Nur, Kampar, meeting point kami bersama Uteh & the crew. Masa kami sampai, rupanya dah banyak kereta bersusun kat depan Masjid. So, dapat bayangkan lah berapa ramai lah orang yang hiking & camping. Aku ingat lagi masa salah seorang mamat ni tanya guide kami Uteh bawa group mana. Bila dia cakap bawa group kami, boleh pulak mamat tu response seakan-akan memperlekehkan keupayaan kami. Mungkin bergurau tapi takkan kau tak nampak kami tengah ada kat situ kot brader. Masa tu malas nak fikir apa yang dia cakap tu sebab aku tahu keupayaan sahabat yang lain, so, aku rasa kalau niat kita baik, InsyAllah semua dipermudahkan.
|
Masa kami sampai saja dah banyak kereta yang park kat Masjid Daerah An Nur |
Kami park dihadapan Masjid An Nur & mula berjalan masuk ke starting point untuk mendaki. Kena menapak dalam setangah jam juga melalui Jalan tar & kawasan perkampungan nak sampai ke car park (CP1) starting point. Dah sampai sini, barulah Uteh mula briefing sikit pasal Bujang Melaka. Terdapat map di sini untuk panduan para pendaki. Alhamdulillah, cuaca cantik hari ni untuk permulaan hiking trip kami.
|
Let's go |
|
Perjalanan seterusnya menyelusuri kawasan perumahan & kampung |
|
Sambil jalan sambil tangkap gambar |
|
Short briefing by Uteh |
|
Map Gunung Bujang Melaka |
|
Ready |
Jalan nak masuk ke hutan agak tricky juga mula-mula tu sebab tak ada petanda pun yang kami perlu masuk ke semak samun bagi permulaan pendakian. Untuk permulaan saja kami dah kena cross beberapa anak sungai kecil yang mengalir. Apa yang bestnya mendaki Bujang Melaka ni, boleh dikatakan permulaan pendakian, akan terjumpa saja sungai kecil yang mengalir.
|
Pokok color torquoise |
Tak lama berjalan selepas tu, kita akan bertemu empangan. Empangan ni tempat nak mandi-manda sebenarnya. So, untuk permulaan kami tak singgah pun di sini sebab plan nya after turun dari Bujang Melaka nanti. After empangan, just follow the piping route and it will lead you to the Pondok Orang Asli. Kami berhenti sebentar disini.
|
CP2 pondok orang asli |
|
15min rest at Pondok Orang Asli |
|
CP2 checked |
Perjalanan diteruskan ke next checkpoint Pangkalan Balak. Selepas Pondok Orang Asli, barulah trek dah mula terjal sikit. Kami berhenti lagi on next CP, Pangkalan Balak. Makan-makan ringan dulu. Spend about 30mins sebelum bergerak semula ke next CP,, stream. Next CP will be our stop for lunch time.
|
Trail menuju Pengkalan Balak |
|
Rehat lagi, al maklum newbies to Hutan Malaysia, hahaha |
|
Every checkpoint is properly marked & provided with distance to next CP |
|
30min rest at Pengkalan Balak |
Kami tiba di stream @ Kedai Kopi (small waterfall) another 1 hour later. Kami makan simple jer Nasi Impit Kuah Kacang & Kopi Panas. Kali ni rehat lagi lama sebab nak tunggu Uteh & Geng prepare makan-makan untuk kami. Sambil menunggu kami dihiburkan dengan guide kami Uteh yang very talented. Susah nak cari guide yang complete package ni, hahaha. Apappun memang seiously terhibur. Lebih-lebih lagi dengan my requested favourite song, Suatu Masa. Tak sangka Uteh tunaikan permintaan walaupun tak masuk dalam package hiking, hehehe. Thank u so much. Teringat Dejavu di Kinabalu (Mata Love).
|
Rehat lagi tapi kali ni kami nak lunch pulak |
|
Happy semua... makan dah kenyang |
Kenyang pun dah, hiburan pun sudah, so, jomlah kita proceed ke destinasi terakhir untuk hari ni Kem Lebah. Dan kali ni perjalanan memang lagi dasyat dari sebelumnya. Dan kami amik masa sekitar 2 jam juga nak sampai ke Kem Lebah dari Kedai Kopi.
|
Trail heading to Kem Lebah |
|
Trek yang agak mencabar juga |
|
Trail heading to Kem Lebah |
|
Trail heading to Kem Lebah |
|
Trail heading to Kem Lebah |
|
Cendawan cantik ni maknanya dah nak sampai dahh |
Alhamdulillah kami berjaya sampai di Kem Lebah around 4pm.
|
Finally sampai pun di Kem Lebah at 4pm |
|
Complete hike for today... kita rest dulu di kem Lebah |
To be continued…
"Kalau ikut perjanjian asal, 4.30am. tapi macam biasalah janji gadis semasa"
ReplyDeletedah ada tanda2 redha di ayat ini hehehe
Mcm mana nk kontek guide uteh..
ReplyDeleteTulong..
Joe, Contact Uteh ORL: 012-4350530
DeleteGunung Bujang Melaka nie boleh daypack tak...?
ReplyDeleteterbaik story dan info serta pic... ohsemmmmm.. keep on blogging....
ReplyDelete