Pages

Tuesday, January 20, 2015

Road to ABC

Pine Tree Hill, Fraser's Hill
saturday, 17 Jan 2015


Alhamdulillah perancangan nak hiking bersama gadis-gadis semasa & kami guru malaysia terlaksana juga akhirnya after so many things yang berlaku lately. Walaupun tak cukup korum but the trip somehow still the best & awesome. And aku pun agak kagum juga dengan semangat yang ditunjukkkan masing-masing pada trip kali ni. Mungkin faktor cuaca yang cantik & keinginan nak ber karoks pada malamnya, barangkali menyuntik semangat sebahagian kami menjadi lebih aktif & luar biasa laju dari trip sebelum ini. Tahniah wirawati-wirawati, hahaha. Fad pun nampak lebih meyakinkan pada mulanya walaupun agak pancit sikit lepas dah salah step masa otw return. Kesian menahan sakit.

Aku kalau sebelum ni lebih suka laju but this time aku prefer stay kat belakang menemani gojes & sweetie.

The best part, kaki aku lansung tak rasa sakit & lenguh-lenguh seperti trekking sebelum ni. Alhamdulillah.

Personally, aku memang suka trekking dekat Pine Tree Trail ni sebab trail dia memang sesuai nak training sambil-sambil layan view yang awesome. Trail dia tak susah mana pun cuma agak jauh & lama sikit & the last part yang berbatu tu sajalah. Trail yang paling memenatkan bila jumpa stairways to hell. But somehow, that worst part reminds me more about our sweet memories at Pine Tree.


A must caption before start trekking

View that I always love to see otw to Pine Tree Peak

Ray of Light... sign of nice weather

Pondok menunggu Cik Amy... cuma kali ni Amy dilarang keras join kami, hahaha

My Favourite Trail at Pine Tree... always

Don't count the steps.. just walk and feel the heart beat

Trail ni bisa mengingatkan aku pada kenagan mencuit hati
 
Alhamdulillah we've made it in just 3 hours... harap-harap maintain the stamina until trip to ABC ya semua

The best hiking buddies ever ;-)


Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk kami di ABC nanti

Ameen...

Wednesday, January 14, 2015

Satu bulan lagi...


Kalau ikut kan we have only one month before trip to Nepal. Bukan pergi makan angin kat Nepal ya tapi lebih kepada menikmati keindahan hiking to Annapurna Base Camp. Masa ofimate aku tanye, pergi Nepal ada apa jer yang menarik… banyak jer tapi aku cuma highlight nak pergi Everest base camp jer, sebab itu jer tujuan asal aku pun.

Persiapan for hiking gear, biasa-biasa saja cuma nak melengkapkan apa yang takde sajalah. Persiapan fizikal pun so so jer tak seperti yang dulu-dulu. Pergi gym pun macam dah malas-malas sikit. Dah makin dekat lagi makin malas. Cuma yang aku harapkan sekarang hanyalah, strong mental preparation. 

Entah lah, aku rasa, training nak ke ABC tak se gah macam kami nak mendaki Kinabalu dulu. Dulu boleh katakan, agak rancak juga training. Itu yang aku paling risau sekali. Less training tends to easily get tired & low fitness level. And salah satu penyumbang AMS adalah less fit. 

Fear level yang aku cuma fikir hanya lah sejuk. Aku belum pernah hiking below 0 degC. Kat KK dulu tak salah aku, tak sampai pun 0degC. Tapi, Alhamdulillah aku berjaya sampai ke puncak dua kali dengan izin Allah swt. Really missed that beautiful moment. 

I really hope I could make it. Buat sehabis baik. InsyAllah. 

Semoga Allah swt permudahkan urusan kami & lindungi kami sepanjang berada di bumi Nepal. 

To all geng mendaki, pray hard for our trip. OK. 


View macam ni lah yang aku paling nantikan

Antara trail bersalji otw to Annapurna

Trail heading to ABC


Picture from Ganesh FB, Third Eye Adventure.



Tuesday, January 6, 2015

Dabong... Suatu ketika dahulu


Kenangan hampir 5 tahun lepas … 

Gambar kiriman Gojes di group whassap semalam mengimbau kenangan sewaktu kami mula-mula sampai di stesen dabong. Tapi yang tragis nya, stesen yang penuh dengan ciri-ciri nostalgia pada suatu ketika dahulu kini mengalami nasib yang sama seperti kawasan sekitarnya yang dilanda musibah tsunami banjir. 


Stesen dabong after banjir yang dasyat

Dabong Station

Inside koc... seram dah jadi nya

Sedih… sayu… memikirkan apalah nasib orang di sekitarnya. Apalah khabar agak nya nasib uncle Adam... guide cave tour kami di Dabong & hiking to Jelawang. Aku ingat lagi kedai dia betul-betul dekat dengan stesen keretapi Dabong tu. 

Agak-agaknya terpelihara lagi kah kecantikan dabong & jelawang seperti dahulu. Apa cerita agak-agaknya gunung-gunung di situ & khazanah alam yang lain disekitarnya. Harap-harap masih kekal asli keindahanya. Aku masih ada hati nak ke sana lagi… aku hanya sempat ke puncak Jelawang pada masa tu tapi masih belum menawan Gunung Stong sebab takde dalam perancangan tok ketua kami masa tu.


 I miss this beautiful moment



Kepada sahabat yang di timpa musibah banjir, semoga lebih tabah & sabar dengan dugaanNya.


Thursday, January 1, 2015

Welcome 2015


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi kita diberi peluang untuk terus menikmati kehidupan di atas muka bumi ini... di tahun yang baru 2015.




" Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)


May this year bring us all the happiness not tears, full our lives with all sweet memories, strengthen our love to each other and make us stronger and better person than ever.

Dan semoga kedatangan 2015 akan membawa rahmat & rezeki yang yang banyak.

InsyAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...