Ladang Epal, Malang
Monday, 9th January 2014
Malang memang terkenal dengan ladang epalnya. Barangkali disebabkan suhu semulajadinya menyebabkan buah yang sinonim dengan Iphone itu mampu hidup dengan suburnya di bumi Malang ini. Mungkin buah epalnya agak jauh berbeza dengan imported epal yang kita biasa makan kat Malaysia ni tapi epal Malang ternyata mempunyai keistimewaannya tersendiri. Mungkin to certain people, epal dia macam biasa-biasa saja by looking at the condition outside tapi rasa dulu lah baru rasa kelainannya. Yang intimewanya, epal kat sini kita akan petik sendiri & no chemical coating to maintain the durability. Petik, timbang, packing & bawa balik sendiri. Memang tak tahan lama sikitlah nanti tapi aku dah sampai Malaysia sekejap jer dah habis. Macam kes aku, hari-hari pun aku makan masa lunch kat ofis. Tapi aku beli tak banyak pun dalam 1kg sahaja. Risau borong banyak sangat nanti over weight pulak.
|
Keunikan Apple Malang terletak pada...? |
|
Luasnya ladang epal Malang ni, seolah-olah tiada penghujung |
Masa kami sampai, ada welcoming drink, apple malang juice. Memang best juice ni. Kalau tak, takkan lah ada orang borong sampai sekotak sorang bawa balik Malaysia kan, hehehe… tambah beban lagi 24kg. Lepas tu, kami akan diberi plastic bag untuk buah epal yang bakal kami petik nanti. Ladang kat sini memang sangat luas. So, take your time, enjoy picking the apple & have fun. Satu pengalaman menarik kat kami gadis-gadis semasa ni.
|
Welcoming drink... Apple juice Malang |
|
Kita minum dulu... lepas ni nak kena berhempas pulas petik epal |
|
Apple Malang ni memang agak unik sikit compare to Apple yang aku pernah makan especially the taste |
Dah puas minum apple juice, jom kita mulakan operasi.
|
Samaada petik apple
dari bawah jer (macam model di atas) |
|
Panjat pokok apple...
kalau nak lebih kepuasan |
|
Suruh tour guide panjatkan pun bisa, bilang saja yang mana mahu |
|
Or pakai galah tolong jolokkan... hehehe
Sebab buah dia memang sangat senang nak jatuh, trust me |
|
Sambil petik apple... sambil makan juga |
Jangan risau kalau buah yang dipetik rosak or less quality, buang jer and petik lagi, hehehe. Takde orang marah pun sebab banyak sangat buahnya. Bukan nak membazir tapi sebab nak bawa balik Malaysia kan, so, quality must be the best. One more, kalau korang nak makan banyak mana pun apple kat ladang ni pun, makanlah, tak kisah tapi kalau nak bawa keluar kena timbang dulu & bayar lah. Tapi, confirm lah tak boleh nak makan banyak kan. Aku rasa makan 2 biji pun dah kenyang.
So, after dah puas, buah yang dipetik akan ditimbang. 1kg equal to IDR20K, murah kan? dalam RM5.50 macam tu. Dahlah kenyang makan buah free, beli buah pun murah. Alhamdulillah.
|
Hasil petikan akan ditimbang, 1kg = IDR20K
|
|
Susu segar kat luar ladang epal pun jadikan, hahaha... aku rasa kalau lagi banyak berhenti, macam-macam lagi lah kami akan beli... haish |
Bagi aku, ladang epal Malang ni patut termasuk dalam "10 tempat wajib di Malang" yang kena pergi.
After Ladang Apple Malang, kami ke agenda kami yang seterusnya ke Oleh-Oleh Batu Malang nak shopping souvenirs sikit. Kat tempat oleh-oleh ni memang macam-macam product apple yang dijual e.g. kerepek epal, Apple juice, Apple pie, Cokelat Epal & product from other fruits as well. Cuma takde Iphone, Ipad & yang sewaktu denganya lah, hehehe. Anyway, apple pie dia memang best. Oh, buah apple yang kami borong tadi akan di packing proper sikit dalam kotak, so that, senang nak masuk dalam kargo nanti & lebih terjamin kondisinya. So, shopping dulu di oleh-oleh batu & then just combine everything in one box. Charge packing IDR6K per box.
|
View Gunung Panderman dari Batu Malang |
Dah puas shopping, ingat dah habis, rupanya kami ada satu lagi, last destination before balik ke Surabaya Airport…. Singosari.
To be continued…