Pages

Sunday, April 15, 2018

Incredible India 2018: The Amazing Taj Mahal

Taj Mahal, Agra, India
Thursday, 15 Feb 2018


Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Yes, a visit to the one of the seven wonders of the world. Orang cakap tak sah kalau lawatan ke India kalau tak sampai ke Taj Mahal. Honestly, aku terlebih dahulu mengenali Taj Mahal melalui Buku Teks sekolan rendah. Sebab tu sampai sekarang boleh ingat pasal Taj Mahal ni, begitu juga Shah Jahan & Mumtaz Mahal. Lambang Cinta Agung, seorang suami kepada isterinya.


Bukan ini yang ku pinta, cukuplah terima diriku seadanya

Ohh, sepatutnya lawatan kami ke Taj Mahal ditemani seorang guide. Itu memang dah termasuk dalam package lawatan kami. Tapi hampa sebab tour guide kami tak muncul tiba. Masa aku call driver kami, tak pula dia angkat. Semalam dia suruh kami tunggu pukul 6.30am di Lobby Hotel Kamal. Memandangkan masa dah agak lewat, kami decide nak gerak dulu ke Taj Mahal, lebih kurang 10min saja jalan kaki. Aku bukan apa, risau kena beratur panjang je nanti. Al maklum Taj Mahal ni pun antara Tourist favourite spot kat Agra. At least, kalau kami sampai awal, boleh beli ticket awal & boleh jumpa guide terus di sana. Nasib baik, kami tak perlu beratur panjang sebab ada lorong khas untuk pelancong luar. Harga ticket 1000Rs (≈RM60), nanti akan dapat 1 botol 500ml mineral water & sarung kaki putih. Kalau local people perlu bayar 40Rs (≈RM2.40) only, gila beza. Kat Malaysia, jangan harap lah nak dapat macam ni. Nak beratur masuk pun ada lorong khas untuk lelaki & wanita. Sebab nanti ada security check dekat main entrance dulu before boleh masuk. So, sila patuhi apa yang tak boleh bawa masuk.


Ticket Counter... just in front of Eastern Gate
 
Sebelah kanan tu ada security check at the entrance eastern gate

We're ready for the tour

Aku punya lah dengar cakap staff Hotel Kamal yang jaga pagi tu, kata tak boleh bawa masuk stick Gopro. Tak pasal-pasal aku tinggalkan kat Receptionist sebab takut kena rampas. Tapi kecewa gila bila masuk, ramai kot yang bawa. Aduh. Melepas nak buat video pusing-pusing.


The main entrance to Taj Mahal

Bila kami dah dapat masuk, aku call Mr Noor balik tanya pasal guide. Dia cakap guide maybe lambat, so, minta aku cari sendiri dekat situ dengan harga 200Rs sebab nanti dia akan bayar balik. Mana nak dapat harga guide macam tu kalau dah masuk, kat luar maybe boleh. Banyak saja guide kat dalam ni tapi semua boleh offer minimum pun 600Rs. Malas nak argue dengan Mr Noor pasal harga guide yang kami dapat tu sebab dia macam tak percaya cakap aku. Malas nak fikir dah, kami decide nak jalan sendiri saja. Nanti kalau lambat masuk, orang dah ramai pula. Nak bergambar pun susah nanti. Tak apa lah, nanti aku study sendiri pasal Taj Mahal. Sampai hari ini pun, aku tak dapat refund for guide eventho dia dah cakap nak bayar balik.


We entered from the Eastern Gate

First sight of Taj Mahal

Taj Mahal adalah sebuah pusara atau makam yang dibina dengan perintah Maharaja Mughal, Shah Jahan bagi memperingati isterinya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal yang mangkat sewaktu melahirkan anak mereka yang ke-14. Mengambil masa lebih kurang 22 tahun (1631-1653) untuk disempurnakan, bangunan ‘lambang cinta’ agung seorang raja terhadap isterinya itu itu dijaga kemas dan rapi sehingga kini.


Taj Mahal seen from the Main Gate

The incredible Wonders of the world

Perfect Architecture
 
The main dome

Mesti ramai yang fikir Shah Jahan membina Taj Mahal didorong atas kehendak sendiri (aku pun fikir macam tu juga) tapi sebanarnya ada versi cerita lain yang menyatakan ia adalah salah satu permintaan Mumtaz sebelum meninggal dunia agar dirinya kekal diingati. Menurut guide kami di Agra Fort, sebelum Mumtaz menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat meminta Shah Jahan berjanji kepadanya 3 perkara:

1. Never take another wife.
2. Look after her Children.
3. If he really and truly loved her, to make her a grand burial place.

Disebabkan janji Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, baginda menunaikan permintaan berkenaan. Dan Shah Jahan telah memilih tempat dimana dia & Mumtaz mula berjumpa sebagai tempat untuk mendirikan Taj Mahal. Menurut guide kami di Agra Fort, Taj Mahal pada mulanya adalah Taman yang dihiasi dengan Bunga Rose.


One of the seven wonders of the world checked

Terletak di bandar Agra, kira-kira 165 kilometer dari Delhi, Taj Mahal yang dibina daripada marmar putih ini bukan tersohor kerana cerita cinta agung seorang raja terhadap isterinya semata-mata tapi ia juga dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat kehebatan seni binaannya yang dikatakan antara tujuh bangunan ajaib di dunia.


Perfect Reflection

The amazing architecture

Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam

The other side of Taj Mahal

The garden seen from Taj Mahal

Taj Mahal merupakan Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'.

Taj Mahal dilaporkan selesai pembinaannya pada 1653, di bawah pengendalian Ustaz Ahmad, menteri yang juga bertindak selaku arkitek. Dia mengumpul 20,000 pekerja termasuk juruukur, tukang binaan, tukang batu dan tukang emas untuk menzahirkan pembinaan sebagaimana diarahkan Shah Jahan.


Masih kukuh hingga kini

Main door to the Tomb, dihiasi dengan ayat suci al-quran
 
The white marble

Sungai Yamuna yang memisahkan Taj Mahal & Agra Fort

Sesuatu yang ajaib, Taj Mahal dikatakan begitu indah sewaktu matahari terbit dan terbenam, kerana membiaskan kilauan cahaya yang berlainan. Waktu paling baik untuk melihat keajaiban itu dikatakan, sejurus sebelum matahari terbit atau terbenam.

Sewaktu bulan mengambang, Taj Mahal dibayangkan begitu indah, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Ada yang mengatakan seri cahaya perak meliputi Taj Mahal ketika itu, sungguh memukau sehingga kebanyakan benda lain dilihat selepasnya nampak biasa. Ia antara keunikan dan kehebatan seni bina dinasti Mughal, yang tidak terungkap. So, kalau ada peluang, pilih lah untuk melawat Taj Mahal di waktu malam ketika waktu bulan penuh. Normally, night viewing is allowed on the full moon night, two days before it and two days after it. And ticket also must be booked one day in advance.

Bahagian dalaman taj Mahal tertera pelbagai corak ukiran timbul dan ‘inlay’ yang dihasilkan dengan begitu kemas & teliti pada permukaan batu semula jadi oleh pelukis pada zaman itu. Kagum.

Dalam Taj Mahal (makam) tak dibenarkan bergambar. Hanya dikawasan luar sahaja. Menurut Agra Fort Guide, the real tomb is actually below the tomb yang visitor boleh nampak bila masuk ke dalam Taj Mahal. 

For more information & knowledge --> Taj Mahal


Pic taken from Taj Mahal

The Mosque seen from Taj Mahal

Taj Mahal ditutup pada setiap hari Jumaat untuk memberi laluan kepada umat Islam Solat Jumaat di Masjid Indah ini

Taj Mahal Mosque

Selepas habis tour inside & outside Taj Mahal area, lawatan kami yang seterusnya ke Masjid yang terletak betul-betul disebelah Taj Mahal. Masjid yang indah ini juga merupakan sebagian daripada Taj Mahal Complex & masih digunakan masyarakat Islam di Agra, India untuk beribadat. Taj Mahal ditutup setiap hari Jumaat kerana hendak memberi penghormatan & peluang umat Islam menunaikan Solat Jumaat di Masjid ini. Compare to Taj Mahal, this mosque is made from red sandstone inlaid with white rectangular marble.


Inside the mosque

Inside the mosque

Interior view of the mosque

Incredible design outside the masjid

Pelancong dari Jepun yang sporting

Love till Jannah

It's like dream comes true

iPhoneX Potrait Mode
 
Finally, berempat

Nasib baik kami nak balik dah, tak patut aku rasa dia buat kerja-kerja permbersihan sewaktu tourist tengah ramai

Till we meet again

We spend almost 3hrs tour inside this world wonders, Taj Mahal. Nasib baik kami sampai awal, kalau tak, terpaksa lah mengadap cuaca yang tengah panas & crowd yang ramai pada masa tu. Kami pulang semula ke Hotel kamal sebelum pukul 10am. Selepas ni, kami akan terus check-out & meneruskan tour kami di Agra yang seterusnya ke Agra Fort. Sebelum check-out, kami sempat lagi menikmati breakfast yang simple from Hotel Kamal, Roti, telur & Masalla Tea. Driver kami Sunil dah setia menunggu kami untuk ke Agra Fort.


To be continued...


1 comment:

  1. Taj Mahal buka awal ye?

    SOpan semua pakai labuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...