Srinagar, Kashmir
Sunday, 11 Feb 2018
Selepas bershikara di Dal Lake, aktiviti kami yang seterusnya ke Mughal Garden. Terdapat beberapa Mughal Garden di sekitar Srinagar ni, tak salah aku ada 6 kesemuanya. Mughal Garden di Srinagar adalah antara tempat yang wajib datang melawat juga kalau dah sampai ke Srinagar ni. A visit to Mughal garden is actually part of part of our itinerary & ada 3 Mughal garden yang akan kami melawat hari ini. Cukuplah 3 sebab konsep Mughal Garden kat sini lebih kurang sama saja. Entrance fee to each Mughal garden is Rs. 24.
Mughal Garden merupakan kelompok taman yang dibina Maharaja Mughal bercirikan seni bina Islam & dipengaruhi Taman Parsi mennerusi struktur Charbagh (taman). Some of the typical features include pools, fountains and canals inside the gardens.(source)
Pari Mahal
Pari Mahal or also known as the Angels' Abode is a seven terraced garden located at the top of Zabarwan mountain range over-looking city of Srinagar and south-west of Dal Lake. The architecture depicts an example of Islamic architecture and patronage of art during the reign of the Mughal Emperor Shah Jahan.
The Pari Mahal was built by Mughal Prince Dara Shikoh in the mid-1600s. It served as a library and an abode for him. Dara Shikoh was said to have lived in this area in the years 1640, 1645, and 1654. It was further used as an observatory, useful for teaching astrology and astronomy. (
source)
Untuk tahu kisah disebaliknya boleh baca kat
Six Most Beautiful Mughal Gardens of Jammu and Kashmir
|
The Pari Mahal was built by Mughal Prince Dara Shikoh in the mid-1600s |
|
The garden at Pari Mahal |
|
The enchanting architecture of Pari Mahal |
|
At Pari Mahal Garden |
|
A view of terraced structure of the Mahal |
|
The highest level at Pari Mahal |
|
The other side of Pari Mahal with stunning view of Zabarwan Mountain Range |
|
View from Pari Mahal |
|
View Srinagar City from Pari Mahal |
Selepas Pari Mahal, tour kami seterusnya dilanjutkan ke Chashma Shahi Garden. Chashma Shahi terletak tak berapa jauh daripada Pari Mahal. Actually, sebelum sampai ke Pari Mahal, kita akan lalu Chashma Shahi Garden ni dulu. Tapi sebab Pari Mahal terletak lagi tinggi dari Chashma Shahi, so, kami ke yang paling atas dahulu. Sebab plan selepas Pari Mahal tu pun, garden yang berhampiran situ-situ juga. Tapi memang banyak lah garden yang kami lalu on the way nak sampai ke Pari Mahal ni.
Chashma Shahi
Chashme Shahi Garden, meaning 'The Royal Spring', is situated at the foothills of Zabarwan Mountains in Srinagar. This garden is the smallest amongst the three Mughal Gardens in the city. The highlight of Chashme Shahi Garden is its natural spring of freshwater, which has mineral content.
Boleh bawa bekas kalau nak ambil air suci di sini tapi botol plastic tidak dibenarkan sama sekali.
|
Entrance to Chashma Shahi |
|
Chashma Shahi |
|
Ada kedai di luar yang menjual Souvenirs & kraftangan yang lain juga |
|
Macam-macam perisa Lays ada kat sini |
Selepas melawat Chashma Shahi, kami dibawa Owais ke kedai jual carpet & Shawl. Seperti semalam, kedai ni pun antara tempat wajib pelancong yang bersama agent kena datang. Owais pun dah rasa bersalah juga pada mulanya bila aku mula bising-bising cakap tak perlu ke sini tapi dia sendiri pun tiada pilihan sebab itu adalah agenda yang telah disusun oleh Highland Travels & kerajaan Kashmir sendiri. Seperti semalam, dia dah kasi warning kat kami tak perlu beli apa-apa pun kalau tak tak nak, just masuk & tengok-tengok saja. Sebab yang penting tugas dia nak bawa kami ke sini dah selesai. Masalahnya di sini kami ni yang tak kuat iman, hahaha. Ok, kita layankan saja. Masuk-masuk nampak carpet dulu. Aduh cantik-cantik belaka design nya & murah pulak tu. Huish, nasib baiklah carpet bukan agenda utama nak ke kashmir.
Seterusnya lawatan kami dilanjutkan ke level 2 bangunan dimana terdapat pakaian & juga Pashmina. Nasib kami tak baik sebab orang yang layan kami tu faham apa yang kami cakap. Pernah kerja kat Malaysia 7 tahun katanya. Patutlah dia senyum-senyum & boleh response dengan cepat bila kami cakap Malay. Dekat Malaysia pun kerja jual tudung juga. Dan sebab kepakaran mereka dalam menambat hati wanita Malaysia membeli, akhirnya kami tertewas juga. Sebab dia siap tunjuk demo nak pakai tu lah yang buat aku jadi tak teguh iman. Tak pasal-pasal aku beli Pashmina sampai 2. Tapi yang aku beli ni of course lah kualiti yang lagi better aku pernah ada sebab original Pashmina from Kashmir. Kain dia memang lagi lembut & best. Cuma bab tak perlu iron tu saja aku tak setuju sebab kalau dah renyuk memang kena iron balik nak kasi nampak cantik. Owais dah senyum-senyum dari dalam kereta sewaktu melihat kami bawa plastic bag keluar dari kedai tu.
Ok, no more shopping, sekarang kita akan ke kedai makan untuk lunch. Since, kali ni kami teringin nak makan makanan tradisi masyarkat di Kashmir, so, Owais bawa kami ke Sunset Boulevard. Tempat makan di sini lebih kurang tempat yang seringkali pelancong datang untuk lunch. Hari ni kami nak cuba "
Wazwan", makanan tradisi orang Kashmiri. Actually, wazwan ni banyak menu rupanya, mengikut kata Owais ada 36 jenis semuanya. Bila tengok harga untuk setiap menu, fuhh takkan nak order semua kan, so, kami order yang recommended by Owais i.e. Rista. Rista ni merupakan bebola daging yang dimasak bersama kuah yang berempah. Tapi 4pcs bebola kecil tu saja dah kos Rs 380. So, kami Add on, Cheese Naan, Mutton Biryani & Chicken Biryani. Macam biasalah kami akan berkongsi. Alhamdulillah, memang best Biryani kali ni sebab pedasss. Makan sambil menangis sebab pedas & sedap sangat, hahaha. Ohh, Biryani kat sini kalau masa order tak cakap nak masak macam mana, automatically dia akan kasi yang pedas or spicy. So, kalau tak tahan makan pedas tu, sila cakap awal-awal masa nak order tu, nak yang biasa or less spicy. Tapi kalau suka pedas, sila lah cuba sebab memang pedas rempah yang lazat.
|
Lunch hari kedua di Sunset Boulevard |
After lunch & solat, kami sambung semula tour yang berikutnya ke Nishat Bagh, one of the beautiful Mughal Garden in Srinagar. And the last Mughal Garden for today's trip.
Nishat Bagh
Nishat Bagh is one of the most beautiful terraced Mughal garden located at the side of the famous Dal Lake near Srinagar. The Garden of Gladness or Nishat Bagh is the second largest Mughal garden in the Kashmir Valley located on the bank of the Dal Lake with the Zabarwan Mountains at the back and offers a magnificent view Pir Panjal mountain range.
|
Beautiful landscape at Nishat Bagh |
|
Cantik kalau time autumn & spring ni |
Terdapat taman yang indah & luas di sekitar Nishat Bagh ni. Luasnya sampai boleh lah nak guling-guling & lari-lari macam dalam filem Hisdustan tu. Imagine kalau musim bunga atau musim luruh memang lagi cantik lah. Kalau datang musim sejuk yang tak ada salji tu, memang macam taman biasa sajalah sebab tak ada yang menarik sangat pun selain architecture & landscape di taman ini.
|
Awesome view |
|
View berlatarbelakangkan Dal Lake |
Hazratbal Shrine
Selepas habis lawatan ke Mughal Garden, kami dibawa oleh Owais melawat ke masjid popular di Srinagar iaitu Hazratbal Shrine. Masjid ini terletak di tebing kiri Tasik Dal dan merupakan sebuah tempat suci bagi penduduk Kashmir. Sewaktu kami sampai di Hazratbal Shrine, suasana dihadapan Masjid penuh dengan masyarakat di sini. Kebetulan sewaktu kami sampai di situ, Hazratbal Shrine masih under renovation, so, kami hanya berjalan di sekitar luar masjid sahaja.
Kalau tengok sekali imbas, Masjid ni tak ada beza pun dengan masjid lama yang lain tapi yang menariknya Masjid ini dipercayai oleh masyarakat di sini turun-temurun menyimpan sehelai rambut junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Mereka percaya terdapat rambut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas azimat yang tersimpan di masjid tersebut. Mengikut cerita, rambut tersebut dibawa oleh seorang keturunan Nabi ke India dan seterusnya ke Kashmir pada tahun 1700 dan di simpan di masjid itu. Wallahhualam.
|
Depan pintu masuk to Hazratbal Shrine |
|
Kami hanya dibenarkan masuk di kawasan luar sahaja sebab sebahagian kawasan masih under renovation |
|
Hazratbal Shrine yang mempunyai keunikannya yang tersendiri |
|
The other side of Hazratbal Shrine |
Kami masih banyak masa lagi sebelum pulang ke Houseboat, so, masa yang ada kami luangkan berjalan-jalan dihadapan Masjid sambil melayan anak-anak kecik disini yang sedang bermain. Kehadiran kami menarik perhatian kanak-kanak disini. Ada yang siap datang tanpa segan bila kami panggil & ajak bergambar. Dan ada juga yang segan-segan tapi Mahu, hahaha. Lagi happy bila kami beri gula-gula sebagai cenderahati. Sebenarnya, gula-gula tu salah satu taktik nak menarik perhatian anak-anak kecil di sini. Kami sempat berbual dengan sebahagian dari mereka. Kagum sebab kebanyakkan mereka fasih berbahasa Inggeris walaupun duduk dikawasan yang agak terpencil. Tapi lagi kagum bila melihat keindahan ciptaan Allah swt. Ya Allah, geram dengan kanak-kanak di sini. Cantik & cute sangat. Itu jugalah antara daya penarik orang di Kashmir ni, cantik-cantik.
|
With this beautiful little angels at Hazratbal Shrine |
|
She has a such beautiful eyes... MasyaAllah |
|
Apasal lah comel-comel sangat dia orang ni |
Bila hari dah makin gelap, kami mula beransur pulang ke Houseboat. Walaupun lawatan kami di Hazratbal Shrine hanya seketika tapi pengalaman dapat beramah mesra dengan orang tempatan & kanak-kanak Kashmir sesuatu yang berharga. At least, dapat jugalah kami tahu aktiviti masyarakat di sini bila waktu petang, memang suka beriadah. Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, lelaki mahupun perempuan. Tak jauh beza pun dengan masyarakat kita.
To be continued...
dah macam adik beradik korang plak adik2 Kashmir ni
ReplyDeletecantik2nya tempat disana
ReplyDeleteperghhhh serius best
cantik cantik gambar
ReplyDelete