Pages

Saturday, March 31, 2018

Incredible India 2018: From Kashmir to Agra

Srinagar, Kashmir
Wednesday, 14 Feb 2018


Hari ni merupakan hari terakhir kami di Srinagar, Kashmir. Baru 5 hari kat sini tapi rasa macam dah lama sangat. Tapi yang pasti rasa tak puas lagi nak explore Kashmir. Actually, 4 hari saja kami dapat spend kat Kashmir ni sebab hari ke-5, flight kami pukul 10 a.m from Srinagar. Aku saja pilih flight awal pagi sebab kami akan terus ke Agra hari ni. Perjalanan ke Agra dari Delhi pula mengambil masa kira-kira 3-4jam. Itupun bergantung kepada traffic juga. Kalau amik flight lewat petang, nanti tengah malam pulak nak sampai Agra. So, aku pilih Flight AA yang paling awal. Ohh, ada saja option Airline lain tapi sebab aku dah book last minute, price pun lebih kurang dengan Airline lain, so, aku pilih AA. Domestic flight AA dapat 15kg Baggage free. So, save sikit lah kat situ.

Tips: Nak dapat price yang murah & affordable for Domestic Flight, sila book ticket 2-3 bulan lebih awal.


Dal Lake after Suboh

Pagi tu kami breakfast awal pagi sebab dah janji dengan Owais pukul 7.00am dari Houseboat. Pada mulanya, ingat nak tapow saja, tapi tak sangka Adel & Asif bangun awal pagi ni nak make sure kami sempat breakfast sebelum ke Airport. Uncle Ghulam pun dah standby seawal pagi juga sebab nak menunggu hutang Air Mineral 16 botol yang belum dibayar kami, hahaha. Rindu lah lepas ni nak dengar suara dia yang macam Amrish Puri tu. 


Our last day with both of them, gonna miss them

Kami plan keluar awal pagi sebab ramai traveller yang cakap akan ada security check lebih kurang 1km sebelum sampai airport & normally akan ambil masa yang agak lama. Tapi aku rasa sebab flight kami awal pagi, so, security check sebelum sampai airport tu agak smooth juga & tak ramai orang pun yang menunggu. Sampai saja, Kami terpaksa keluar kereta, ambil bag dari dalam kereta untuk lalukan di laluan bag & kemudian begerak bersama bag untuk di scan.

Dah sampai Srinagar Aiport, sebelum masuk dalam pun ada security check. Tapi kali ni lebih extreme sebab kena raba satu badan, for ladies lah, aku tak sure lelaki macam mana. Security procedure di Srinagar ni memang sangat ketat. For ladies, memang ada satu bilik kecil khas yang ditutup & habis satu badan kena raba. Kalau nasib tak baik dia siap selak baju lagi. Bertabah lah ya.

Dah lepas satu Airport security checkpoint, akan ada satu lagi security checkpoint sebelum masuk ke boarding area. Kali ni semua barang dalam handcarry pula akan dikeluarkan dan diperiksa satu persatu. Kalau tak bernasib baik, kena rampas & tak boleh bawa masuk. Electronic items kena make sure ON. Kalau bawa gula-gula dalam bekas macam “Eclipse” tu, nanti dia siap suruh korang makan kat situ lagi. So, kalau tak ada apa-apa yang berlaku lepas makan tu, boleh lepas lah, hahaha. Dia akan stamp dekat handcarry pass kalau dah lulus semua.

Ohh, ada lagi satu security check masa nak naik kapal terbang nanti i.e. depan pintu sebelum masuk dalam plane. For ladies, siap ada tempat tertutup lagi tau walaupun tak penuh. Kena raba lagi tapi kali ni biasa saja tak macam mula-mula masuk airport tadi.

So, total semua ada 4 security checkpoint sebelum berlepas ke Delhi from Srinagar Airport. Patutlah ramai yang suggest datang awal. Inilah sebab utamanya. Kalau ikutkan Airport tak jauh pun dengan Houseboat di Dal Lake tapi sebab security check sampai 4 level ni yang buat lambat. Kalau datang lambat Airport boleh miss flight macam ni.

Alhamdulillah, kami berjaya melepasi semua 4 security check point. 


View Kashmir after the heavy snowfall

Aku baru dapat tahu last week, rupanya, hari ini 14 Feb 2018, penerbangan baru dibuka semula selepas 2 hari delay disebabkan heavy snowfall. Alhamdulillah, perjalanan kami ke Delhi dipermudahkan. Owais siap patah balik kasi tahu kami, if flight delay, contact dia, so that, dia boleh datang ambik kami semula. Agaknya, dia pun baru tahu tak ada penerbangan keluar 2 hari ni.

Suhu pagi tu kat Srinagar Airport -2 degC. Nak keras jugalah masa kena beratur tunggu kat luar sebelum boleh masuk dalam Airport. Luckily, no flight delay.

Lepas je melepasi awan kelabu di Srinagar, kami dihidangkan dengan view yang Subhanallah dari atas awan. The awesome view of Himalaya range. Kalau flight dari Nepal, boleh tengok dari jauh saja kan tapi penerbangan dari Kashmir siap boleh lalu atas lagi. Memang seriously cantik & kagum. Ish, tak sabar pulak nak tunggu big plan hujung tahun ni. Semoga Allah swt mempermudahkan perancangan kami nak sampai ke sana nanti.


Selepas je melepasi awan mendung di Kashmir, wow

Himalaya Range from AA flight

Subhanallah

Bye... bye... see u again end of this year

Kami tiba di Delhi International Airport lebih kurang pukul 12pm. Urusan security tak complicated. Kami terus ke Luggage pickup area selepas keluar saja dari AA flight from Srinagar. Cuma urusan nak mendapatkan bag saja yang jadi lambat.

Masa tu aku dapat call daripada Mr Noor yang beritahu driver kami dah ada kat airport, ready dah nak pickup kami. Tapi jadi satu masalah, bila dia cakap bag yang kami tinggalkan untuk trip Delhi-Agra-Jaipur pula dia pergi letak kat rumah dia & kebetulan waktu tu, dia pula masih di Kashmir. Ada miscommunication sebenarnya sebab dia ingat aku akan ambil bag tu masa tiba di delhi semula selepas Jaipur. Takkan lah aku tinggal beg besar semata-mata nak ambil masa aku last day kat Delhi. Mungkin tak jadi masalah kalau dia letak di office dia kat Delhi, tapi sebab kat rumah, so, jadi masalah sebab dia sendiri tak ada kat rumah massa tu.

Aku paksa dia kasi bag kami hari tu sebab aku dah cakap clearly dengan dia kat phone yang aku akan ambil batu semula selepas kami return form Kashmir. Kalau tak nanti kami nak pakai apa, semua kelengkapan kami untuk trip Delhi-Agra-Jaipur semua kat dalam bag yang kami tinggalkan. Aku tak tahu macam mana dia settle dengan staff dia tapi sebelum kami ke Agra, kami singgah dulu di rumah Mr Noor untuk mendapatkan bag-bag kami. Hahaha. Tak pasal-pasal kena punggah semua bag sekali. Kalau ikut plan asal, kami sepatutnya akan tinggalkan bag kami dari Kashmir di office Mr Noor tapi kalau dah macam gini gayanya. Lupakan sajalah, bawa jelah semua. Tapi memang kelakarlah sebab kereta kami kecil, lepas tu, guna NGV pula. Memang limited lah space kat bonet. So, solution, semua bag kami kena letak kat atas & diikat. Kelakar pulak bila difikirkan. Macam manalah kau boleh kasi kereta biasa je untuk penumpang 4 orang. Sepatutnya standard MPV or at least size taxi yang boleh letak muatan lebih kat belakang.

Kecewa juga tapi nak buat macam mana perjalanan harus diteruskan. Dah puas berseronok di Kashmir, tak sangka di India lain pulak ceritanya.

Tak banyak nak cerita perjalanan dari Delhi to Agra sebab driver pun tak banyak cerita. Hanya akan cakap bila ditanya. Huh, bosan. Aku rasa aku dah tahu kenapa perjalanan nak sampai ke Agra jadi lama kalau naik kereta pun. Noted highway limit 110km/hr tapi dah kenapa kau bawa tak sampai 80km/hr. Aku yang duduk depan ni jadi stress bila highway yang luas, kereta tak banyak, kau boleh bawa macam nak makan angin saja. Rasa nak ganti dia tolong drive saja. Bila aku tanya boleh pula dia jawah endah tak endah. Still bawa macam tu juga. Actually, member aku yang pergi dulu pun pernah cerita benda yang sama juga sampai dia sendiri pun jadi sakit hati sebab kita nak cepat tapi jadi lambat sebab driver bawa slow. Kami cuma berhenti sekali saja di RnR on the way to Agra for lunch break.


Highway menuju Agra

Kami tiba di Agra dah malam walaupun baru pukul 6pm. Kami tak berhenti di mana-mana pun terus ke Hotel Kamal. Tapi, kami tak bernasib baik sebab ada event apa ntah, so, kami kena naik beca masuk ke dalam. Tak jauh pun sebenarnya tapi sebab bag kami banyak, so, terpaksa lah naik Beca. Kesian pulak aku tengok orang yang bawa kami masuk tu sebab terpaksa kayuh basikal dengan beban bag kami yang memang berat tu. Sampai satu tahap, dia kena turun & tarik basikal sebab tak mampu nak kayuh dah. Aku & Fad dah offer nak turun jalan saja untuk kurangkan beban tapi dia tak kasi. Rasa bersalah pulak. Nasib baik lah tak jauh.

Ohh, sebenarnya, Mr Noor offer Hotel lain untuk penginapan kami di Agra. Tapi bila aku survey, hotel tu macam banyak bad review. So, aku suggest dia book Hotel Kamal saja. Ikut plan asal kami kalau tak guna agent. Walaupun dia tak suggest hotel Kamal sebab terletak di tempat yang agak crowded. Tapi bagi aku ok saja sebab dekat dengan Taj Mahal & boleh jalan kaki. Lagipun kami nak stay one night saja.


Naik beca nak sampai ke Hotel Kamal

Jalan menuju Kamal Hotel From Taj Mahal's entrance

Kedatangan kami disambut dengan staff Hotel Kamal yang sangat helpful, Sunny. Walaupun hotel Kamal ni hotel budget & nampak biasa saja tapi sebab staff dia sangat helpful & friendly, tak rasa macam ada kekurangan. Sunny banyak bantu kami untuk lebih memahami keadaan di Agra & India. Tak rasa pulak dia macam orang India sebab siap ajar kami macam-macam lagi pasal nak travel di India. And dia kagum sebab ramai ladies traveller from Malaysia. Bilik kami simple saja. Ok lah, untuk stay overnight. Apa yang best pasal Hotel Kamal ni. Boleh Nampak Taj Mahal from rooftop of this Hotel and it takes only 10mins walk to Western gate (main entrance to Taj Mahal).


View around Hotel Kamal

Hotel Kamal... about 10min walk to Western gate of Taj Mahal

Room for Two

Taj Mahal view from Rooftop of Hotel Kamal

Sambil breakfast sambil enjoy the view

Taj Mahal view from Hotel Kamal

Sempat snap picture ni before bergerak ke Taj Mahal on the next day

Awesome

After check-in, kami rest about half an hour while waiting for Auto-rickshaw yang Sunny dah tolong cari kan untuk kami untuk ke Kedai cenderamata. Padahal, tujuan utama nak cari tema pakaian untuk masuk Taj Mahal esok, hahaha. Dia suruh kami bayar 100Rs saja tapi sebab kami spend lebih dari 1 jam kat kedai tu, so, bayar extra 150Rs sebab agak jauh juga dari Hotel Kamal. Alhamdulillah, dapat beli sorang satu walaupun nak bargain punya lah susah. Fad sorang saja tak beli, tak geng lah.

Malam tu kami dinner simple saja di bilik. Makan Maggi & Wrap bersama Tuna yang kami bawa dari Malaysia. Kami minta Staff Hotel Kamal masakkan Air Mineral 2 botol untuk makan Maggi & minum Hot Choc.


To be continued.

Tuesday, March 27, 2018

Kashmir Winter Trip 2018: Pahalgam

Pahalgam, Kashmir
Tuesday, 13 Feb 2018


Pahalgam terletak lebih kurang 95km dari ibukota Jammu-Kashmir i.e. Srinagar. Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam menaiki kereta mengambil masa kira-kira 3 jam. Nasib baik snowfall dah mula reda hari ini. Jalan menuju Pahalgam pun sudah mula clear dari snow yang turun semalam, Alhamdulillah. Kami lalu highway yang agak panjang & luas menuju Pahalgam. Dan seperti biasa, kiri & kanan sepanjang perjalanan kami di Highway menuju Pahalgam, ada saja tentera India yang berkawal. Boleh dikatakan setiap KM. Terasa macam masuk kawasan tengah berperang pun ada. Anyway, perjalanan kami lancar hari ini menuju ke Pahalgam. Tak sabar rasanya nak sampai. Honestly, Pahalgam adalah antara tempat yang paling aku nanti-nantikan nak sampai di Kashmir ni.


Highway on the way to Pahalgam

Normal view kalau nampak tentera berkawal di sepanjang highway menuju Pahalgam

Dalam perjalanan menuju Pahalgam, kami singgah di kedai menjual kekacang, dried fruit & Saffron.

Rasanya tak sah kalau datang ke Kashmir ni, kalau tak cuba Saffron. Saffron atau Za'faran berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow) merupakan sejenis herba daripada kumpulan eloridaccesi yang mahal dan digunakan secara meluas dalam masakan India dan Timur Tengah. Kenapa mahal? Sebab kalau tahu macam mana nak pelihara Saffron ni, memang patut pun harga dia mahal.

Saffron juga memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent stimulant) sejak dari zaman Rasulullah saw lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Timur Kashmir merupakan pengeluar Saffron kedua terbesar dunia selepas Iran. India (Jammu dan Kashmir) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia (sejarah menyatakan di wilayah inilah bermulanya era penanaman saffron) dan 1 gram Saffron boleh mencapai harga sekitar 250 Rs to 300 Rs bersamaan RM15 - RM18.


Singgah sebentar di kedai menjual Kekacang & buah-buahan kering

Kekacang seperti Almond, walnut, Pistaschio etc. memang murah dua kali ganda daripada Malaysia. Buah-buahan kering pun banyak & macam-macam ada jual kat kedai ni. Kami diberi free tester untuk semua jenis kekacang & dried fruit. Makan je sepuas hati sebab nanti dah habis dia akan topup lagi, hahaha. Aku sempat lah borong walnut 500g & dried berry 400g, 1 packet each. Beli pun sebab mengenangkan aku selalu buat overnight oat.

Menjadi sesuatu yang hairan juga sebab masa kami dapat makan free tu, semua kekacang tu sedap tapi bila dah bawa balik Malaysia, pahit lain macam pulak. Emmhhh. Jangan jadi macam kes jagung di Cameron sudah. Aku rasa perubahan cuaca saja yang menjadi penyebab begitu. Apapun dah selamat habis pun aku Makan. Tapi dah lama-lama tu, tak ada dah rasa pahit tu. 


Free to eat, Kehwa Tea pun dapat minum free

Nak pakai kad pun boleh kalau tak bawa cukup cash, hahaha
  
Kalau bukan musim sejuk, mungkin kami dapat melawat Ladang Saffron & Apple dalam perjalanan menuju Pahalgam sebab disinilah terletaknya ladang Saffron yang terbesar di Kashmir.

Beberapa kilometer sebelum sampai ke Pahalgam kami disambut dengan pemandangan gunung-ganang bersalji di puncak dan air sungai yang mengalir. Tak sangka view selepas heavy snowfall semalam memang sangat cantik. Kalau sebelum ni, aku selalu tengok roadtrip orang lain kat IG saja tapi kali ni, Alhamdulillah, dapat tengok dengan mata sendiri. Subhanallah, memang cantik sangat. Rasa macam tak puas nak menikmati view sepanjang perjalanan kami menuju Pahalgam valley.

Patutlah, Kashmir juga dikenali sebagai “Paradise on earth”. Syurga yang cuba digambarkan di sini adalah pemandangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, cantik & wow sangat. Aku tak sure lah season lain tu cantik macam yang dikatakan “Paradise on earth” tak, tapi Winter at Pahalgam during our road trip memang seperti yang digambarkan “Paradise on earth”. Memang sangat cantik & mendamaikan. Dan boleh jadi, disebabkan jolokan “Paradise on earth” itu, musim sejuk di kashmir & pemandangan gunung bersalji sering menjadi lokasi menarik pilihan sutradara filem Hindi terutamanya di kawasan Baisaran di Pahalgam dan di Sonamarg (cerita semalam). Pahalgam juga lebih sinonim dikenali sebagai “mini Switzerland” oleh masyarakat setempat.


Perjalanan kami diteruskan menuju Pahalgam

Black & white saja view menuju Pahalgam

Masjid Hijau kat atas tu dikatakan pernah menajdi lokasi filem Bajrangi Bhaijan

Semalam heavy snow, hari ni Subhanallah view
 
We took a different route to Pahalgam

Road to Pahalgam after the heavy snow yesterday

Road to Pahalgam after the heavy snow yesterday

Nice & beautiful

Alhamdulillah, dah sampai

The Journey

Entering the Pine Tree Route

Snow makin tebal semakin kami menghampiri Pahalgam Valley

Setiap kali tengok filem Bollywood, boleh dikatakan, kita seringkali disajikan dengan nyanyian & tarian yang berlatarbelakangkan panorama indah di kawasan pergunungan walaupun kadangkala rasanya takda kaitan pun dengan cerita. Kadang-kadang dalam cerita, berlakon kat tempat lain tapi bila masa nak menyanyi & menari mesti kat lokasi yang background yang indah yang kadangkala tu membuat kita yang menonton pun seolah-olah terbawa dengan alunan lagu yang merdu & keindahan yang digambarkan. Rasanya budget nak buat tarian & nyanyian dalam movie saja mengalahkan aksi lain dalam movie tersebut. Aku pernah juga pasang angan-angan, aku akan sampai kat sini juga suatu hari nanti. Tapi itulah yang menjadi daya penarik filem Hindustan tanpa kita mengetahui hakikat disebaliknya. Dan aku tak terkecuali, suatu ketika dahulu juga merupakan peminat tegar filem Hindi. Sampai satu tahap tu, dah boleh hafal lagu hindi yang menjadi favourite aku suatu ketika dahulu. 


Welcome to winter wonderland

Jalan sedikit sesak kalau heavy snow

Entering the Pahalgam Valley

Baisaran menjadi destinasi pertama pilihan kami sebaik menjejak kaki di Pahalgam.

Cuaca di Baisaran Valley sememangnya sejuk tapi sebab cuaca cerah hari ni, nampak matahari, so, kurang sikit kesejukan itu. Kalau dah sampai sini, aktiviti wajib disini adalah menuggang kuda untuk sampai ke Baisaran valley. Baisaran valley ni terletak dikawasan pergunungan & boleh tahan juga jauh kalau nak jalan kaki tapi sebab keadaan snow yang tebal tak benarkan kami untuk berjalan kaki. Boleh jalan tapi maybe penat lah sebab perjalanan akan terganggu sebab salji tebal. So, pilihan terbaik adalah menunggang kuda. Apa yang bestnya menunggang kuda kat sini, tak perlu risau sebab kuda-kuda di sini sudah full training katanya, hahaha. So, memang rasa safe saja bila naik tu walaupun tanpa tuannya. 


Kami dah sampai

Kami akan sewa Pony di sini untuk ke Baisaran Valley

Nak naik kuda kat sini pun kena pandai bargain sebab macam biasalah dia akan letak harga yang mahal (konon-kononya dia dah diskaun siap-siap). Sebab aku dah buat survey, kami letak satu harga di mana dia orang agree to take. Tapi memang berbaloi sewa kuda kat sini sebab nak sampai ke Baisaran Valley pun boleh tahan juga nak kena mendaki. Jangan pulak pertikaikan, "alamak panjat gunung boleh, naik bukit sikit pun nak naik kuda". Itu different story ya. Aku datang Kashmir nak jalan-jalan & happy bukan nak memenatkan badan. Lagilah dengan snow yang tebal hampir 1ft menuju Baisaran, memang tak lah nak jalan kaki kan. Boleh jadi, trip mendaki di Kashmir dalam edisi khas yang lain, hahaha.


Standard Rate but still can nego

Package kami kos lebih kurang 1200 Rs (sewa boot 100 Rs kira asing) dan akan berhenti kat 3 tempat sebelum sampai di Baisaran i.e. package no. 1 & 3 seperti dalam gambar di atas. Mula-mula tu, dia orang offer kami 1,2 & 3 tapi kami tak nak sebab sejuk membeku macam ni nak ke waterfall, rasanya waterfall pun beku. So, kami decide enjoy view saja sepanjang perjalanan menuju Baisaran. Tapi memang tak menyesal lah sebab pemandangan sepanjang menuju Baisaran Valley memang sungguh mengagumkan. Tak ramai tourist hari ni tapi kami sempat juga jumpa dengan 2 orang pelancong dari Malaysia masa kami turun dari Baisaran Valley.


Pony ride menuju perhentian pertama kami

Awan dah mula nampak biru masa ni

Perhentian pertama kami

Pahalgam Valley view from our first stop

Tiger yang banyak berjasa harini

Himalaya Range seen from our first stop

Perjalanan ke perhentian kami yang seterusnya

Mesti lagi cantik view kalau musim lain

Boleh tahan juga jauh nak sampai ke Baisaran Valley

Kalau snowfall hari ni memang tak dapat lah kami nak naik pony ke Baisaran Valley

Kami tiba di Baisaran Valley selepas 1 jam lebih perjalanan. Selalu kalau tengok gambar dekat IG, FB or blog mesti nampak view hijau saja kat sini. Tapi kedatangan kami disambut dengan putih salju. Still cantik cuma tak banyak variasi colour sajalah. Anyway, according to our guide, kat sinilah salah satu tempat lokasi penggambaran filem Hindi pecah panggung Bajrangi Bhaijaan. Kami spend 1/2 jam juga kat sini, rehat sebentar & ambil gambar. Hajat dihati nak buat video klip tapi nak bergerak pun susah, inikan nak buat aksi bukan-bukan, hahaha.


Baisaran Valley

Salji dah sampai paras lutut, nak berjalan pun susah

Photo sakan walaupun kat atas snow

Test Potrait Mode Iphone-X

Apalah yang best sangat tu

Sempat lagi membawang tu

Terbukti

See u again in next season

Jom balik Tiger... suka sangat dengan Potrait Mode Iphone X ni

View on the way back

Kami tak sempat ke Aru Valley & Betab Valley, kawasan pergunungan yang mempunyai muara. Kalau ikutkan, 2 tempat ni adalah tempat wajib yang dilawati kalau ke Pahalgam. Tapi kami dapat tahu daripada Owais yang Betab Valley ditutup sebab snow sangat tebal. So, Pahalgam & Baisran Valley sajalah yang kami mampu pergi. Itupun nasib baik cuaca cantik hari ini, kalau tak memang tak merasa nak ke semua tempat. Syukur Alhamdulillah. 


Pekan Pahalgam

Selesai lawatan ke Baisaran, kami ke Pekan Pahalgam yang terletak tidak jauh dari Pahalgam Valley. Sebab hari pun dah makin petang, kedai pun banyak yang dah tutup & tak buka. Kecewa juga Restoran Food Point tutup. Tujuan nak dapat Wifi Free terkubur. Kami ke Hotel Paradise & Restraunt yang terletak berhampiran. Ohh, Restraunt ni pun antara yang recommended for tourist untuk makan. Tapi seriously Nasi Beriani dia memang antara yang terbaik aku pernah rasa. Rasa nak menangis makan Butter Chicken dia, hahaha. Sedap sangat. Kami macam biasa akan order 2 Nasi Beriani & berkongsi 4 orang sebab dah tahu portion dia saja dah besar. Add on Butter Chicken & Roti Naan. Lupa sekejap segala diet, hahaha. Rugi kalau berjalan kat negara orang ni diet. Kalau datang makan kat sini, memang recommended sangat makan Beriani Kambing or Ayam & Butter Chicken. Kashmiri Kahwa Tea is a must. Memang resipi terbaiklah. 


Singgah lunch di sini

Lunch kami yang best

See you again

Kami mula bergerak pulang ke Srinagar sekitar pukul 5pm. Dah agak lewat sebenarnya tapi kami terpaksa pulang juga sebab esok nak balik New Delhi dah. So, next time kalau berhajat nak ke Pahalgam, silalah consider overnight to enjoy more activity & sightseeing sebab Pahalgam ni jauh dari Srinagar & cantik sangat. Rugi rasanya kalau buat day trip sebab tak puas. Banyak tempat boleh melawat kalau spend one night di sini. 


Ladang Epal during winter season

We took a different way back from Pahalgam... jalan yang sepatutnya kami follow pagi tadi

The Kashmiri

Back to Srinagar

Sunset on the way back from Pahalgam

Seperti yang dijangkakan kami tiba di Houseboat Srinagar sekitar 7.30pm. Again, terpaksa lah kami naik Boat malam-malam nak sampai ke Houseboat. Sejuk tak payah ceritalah.

Malam tu, kami dinner menu yang sama macam semalam tapi kali ni more chicken. Balas dendam sebab semalam tak puas. Tapi hari ni tak ada lah lapar macam semalam sebab kami dah makan banyak kat Pahalgam tapi sebab dah request menu dinner nak more chicken, so, nak tak nak, paksa juga lah habis kan. 

Malam tu kami diberi tahu, no train ticket available for Delhi to Agra. Kata Abdullah, dah sold out. Kami check juga timing yang kami nak tu tapi yang available semua petang & awal pagi. Pagi memang tak sempat lah, petang pulak macam dah lewat sangat, so, kita orang decide hire car saja ke Agra from Delhi Airport. Kami dapat price 600 Rs per pax. Bagi aku, kira ok & murah juga. Sebenarnya, ada saja kuota untuk tourist kalau walk-in beli train ticket pun tapi sebab kami dah check online tak ada, malas pulak nak amik risiko. 


To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...