Pages

Thursday, October 12, 2017

2 running events in a day


A week after my 1st half marathon, aku buat kerja gila lagi pergi join 2 running event dalam sehari.

Aku  tak sempat training bersungguh pun sebab penat balik Raung tak kebah. Minggu ni saja aku dah kena penyakit tidur pulak. Setiap masa rasa nak tidur saja. So, I decided to take rest for 2 weeks, nak kasi rest kat my body & knee.

IIUM Trail Run tu aku join sebab teringin juga nak tahu trail dia macam mana. Tahu ada hutan kat belakang kolej kami dulu tapi tak sangka sekarang dah ada buat construction kat belakang tu. Maybe dalam process nak membangunkan lebih banyak kolej kediaman lagi.

Ohh, back to main story, sungguh tak sangka trail run kali ni, lagi teruk dari yang 2 bulan lepas aku join di Putrajaya. Dan lebih malang, hujan pulak pagi tu... so, faham-faham lah. Mula-mula tu macam stress juga sebab ingat nak leisure sikit tapi bila dah masuk first 2km tu, memang redha jelah sebab trek tanah merah selepas hujan. What you expect? 

Banyak juga kelemahan larian kali ni sebab trail tak berapa nak organize especially masa dah masuk km yang ke-6. Anyway, berjaya habiskan larian dalam 1.5hrs. Tak target apa pun, cuma nak training untuk larian malam tu saja.


Kasut lama yang masih lagi berjasa...

Malamnya, tak plan pun nak lari untuk Asics Relay tu tapi sebab member ofis ajak join skali nak cukup kan korum, aku register juga. Since, aku tahu dia orang pun memang suka lari-lari, so, aku pun terus setuju.Yang tak boleh blah tu terus setuju ambik category yang 42km. Sebab nak juga dapat full marathon medal punya pasal kan, akak gagahi juga. 

Aku merupakan last runner dalam group, so, nak tak nak memang kena tunggu semua orang habis lari dulu lah, baru boleh lari. Next time kalau join lagi, aku nak jadi 1st runner, ok, hahaha.

Personal timing... berjaya habiskan larian 10.5km within 1hr 14min. Ketiga terbaik dari 4 org. Ok lah walaupun target nak laju lagi. Tapi sebab dah menunggu lama tu, lari juga fokus. Lagilah tak ramai orang yang lari lagi dah, uisshh... risau juga. Aku ingat lagi, 2X aku pusing kat jambatan depan PICC tu, 2 kali juga kena kacau. Nasiblah, jadi last runner. Mental kena kuat.


Ada juga medal 42km

42km finisher

2 comments:

  1. 42 km tu lari berganti2 ke? sbb mentioned utk 10.5 km. Sori mokcik tak paham :-D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...