Kalibaru, Banyuwangi, Indonesia
Friday, 22 Sept 2017
Pos 1 – Camp 1 - Camp 2
Estimated time: 3 - 4jam
Dari Pos 1, perjalanan dimulai dengan jalan landai menyusuri ladang kopi sehinggalah sampai di kawasan perkebunan dan hutan. Perjalanan menuju Pos 2 memakan waktu yang agak lama dan akan melalui ladang kopi yang luas, trek hutan, semak-samun & belukar. Dan aku advise sangat kalau dah masuk area semak tu, better lah pakai long sleeve & glove (kalau perlu) sebab banyak sangat pokor berduri (kalau sayang tangan lah ya).
|
Short briefing by our guide |
|
Permulaan trek melalui ladang kopi |
|
Ladang kopi ni saja makan masa nak lalu sebab terlalu luas |
|
Nak masuk trail hutan dah |
Kami tiba di Camp 2 kira-kira pukul 1pm. Kami berhenti rehat sebentar, lunch & solat jamak. Camp 2 terletak di tengah hutan. Di camp 2 inilah tempat yang paling sesuai sekali untuk mendirikan khemah kerana kawasanya yang agak luas.
|
Camp 2 yang sangat luas |
|
Kami di Camp 2 |
Camp 2 – Camp 3
Estimated time: 1 - 2hrs
Perjalanan kami diteruskan dengan melalui jalur yang agak menanjak dengan jalan masih melewati hutan dimana terdapat jurang di sisi kiri. Waktu untuk sampai di Pos 3 adalah sekitar 1 hingga 2 jam perjalanan. Pos 3 berada pada ketinggian sekitar 1656m ASL dan terdapat kawasan yang cukup luas juga untuk mendirikan khemah. Boleh jadi kalau camp 4 penuh, memang camp 3 lah alternatif untuk kami bermalam sebelum ke Camp 7 untuk the next day.
Kami berhenti sekejap saja di Camp 3 sebelum meneruskan perjalanan ke Camp 4.
Camp 3 – Camp 4
Estimated Time: 1hr
Perjalanan menuju Camp 4 pada mulanya agak landai tapi kemudian kita akan melalui jalan yang lebih menanjak dari sebelumnya dan kali ni agak panjang sedikit. Estimated time nak sampai di Camp 4 adalah sekitar 1 jam perjalanan kalau tak banyak beban yang digalas. Dekat camp 4 ni, kawasannya agak terhad sikit untuk mendirikan khemah. Tak seperti di Camp 2 & Camp 3 dimana kawasannya lebih luas & lapang. Nasib baik geng porter kami sampai lebih awal kat Camp 4. So, masih ada ruang yang agak selesa juga lah untuk kami walaupun terpaksa duduk berdepan sangat dengan khemah para peserta yang lain. Ketinggian Camp 4 adalah sekitar 1855m ASL.
|
Trail sudah mulai berkabus menuju Camp 4 |
Aku tiba bersama Wani di Camp 4 sekitar jam 3.15pm. Diikuti Thirah, Didi & Bai. Rupanya takde lah jauh mana pun dari Camp 3 nak ke Camp 4. Adeq & Fad tiba 20min kemudian. Campsite dekat camp 4 ni masih lagi kat dalam hutan yang tebal, so, bila sunset tu memang tak boleh nak enjoy the view sangatlah.
|
Camp 4 |
|
Menu dinner kami malam tu |
Best pulak dapat makan lauk best dari Malaysia kat tengah-tengah hutan ni. Panas pulak tu.
|
We enjoyed the dinner very much |
Malam tu tak banyak aktiviti pun tapi langit malam memang sangat cantik lah. Rugi kalau tak keluar menikmati malam kat Camp 4 ni. Memandangkan masih awal lagi nak tidur, so, aku & Fad menggunakan masa yang ada buat milky way. Ada juga yang interested layan kami buat night photoshoot. Malu aku dengan soleiman sebab dia dah pakar rupanya amik night photo. Aku tahu pun bila kami dah turun dari Raung masa stay kat Rumah Pak Widi. Patutlah duk melayan kami juga sekali malam tu tapi masa tu aku tak tahu lagi kehandalan guide kami ni selain mendaki. Aku ingat lagi dia cakap, masa tu dia takut nak tegur kami sebab nampak serius sangat masa setting night mode. Fokus lah bukan serius, hahaha. Kalau tahu dari awal dia pandai guna SLR memang aku dah pass camera aku kat dia since first day kami start panjat Raung. Rugi pulak, emmhhh.
Ohh, khemah dekat sebelah khemah aku & Fad merupakan pendaki dari Indonesia. Mereka ni sama-sama naik dengan kami juga sampai ke Camp 4 tapi berehat sebentar je rupanya kat sini. Lepas saja aku & Fad masuk khemah, tak salah aku dalam pukul 10mlm mcm tu, mereka dah mula bergerak for summit attack. Gila mantap mereka ni, summit attack Raung start dari Camp 4. Apalah sangat kan bagi mereka. Tapi memang kena start timing macam tu pun kalau mula dari Camp 4 sebab nak sampai Camp 7 pun dah makan masa 3 - 4hrs juga.
To be continued...