Pages

Wednesday, April 5, 2017

Hiking @ Bukit Batu Putih

Tanjung Tuan, Port Dickson N9
Saturday, 1 April 2017


5 years back… aku pernah ke sini bersama-sama geng hiking tapi masa tu kami ke Rumah Api Tanjung Tuan saja and we did hiking but only follow trail yang available kat Tanjung Tuan, and at that time, tak pernah tahu pun kewujudan Bukit Batu Putih. Suddenly, jadi viral pulak since last year tu yang rasa macam nak kena cuba pergi juga ni. Jadi viral pun sebab view Selat Melaka yang awesome bila berada kat atas Batu Putih ni, aku budget kalau takde view maybe takde apa pun yang nak di “viral” kan, hahaha.

Rugi pulak baru tahu sekarang kewujudan bukit batu putih, kalau tahu 5 tahun lepas boleh jadi antara tempat favourite juga barangkali pada masa tu. Boleh jadi masa tu juga, kami antara yang terawal yang tahu pasal tempat ni, hahaha. Tapi tu semua kalau dulu lah, dulu tau, 5 tahun lepas… kalau sekarang memang takde makna nya lah bila dah start viral ni. Memang tak merasa lah nak berdiri sorang-sorang tanpa ada orang kat atas puncak join skali bergambar. 

Back to main story, kami bertolak ke PD seawal 5.30pagi dari Kajang. Kali ni tak ramai yang dapat join sebab masing-masing ada hal & kena kerja. So, berlima saja kali ni. Masa singgah solat kat RnR Seremban, jumpa satu grup dari PJ katanya nak ke Bukit Batu Putih juga…emmhhh… masa tu dalam hati, huish…. ramainya dah macam rombongan sekolah. Tu yang kami tahu, yang tak tahu berapa ramai lagi daaa.

Kami sampai di Parking depan Ilham Resort about 8.30am. Ilham Resort ni adalah hotel yang terletak paling hampir dengan pintu masuk ke Tanjung Tuan. Dan nak ke Bukit Batu Putih pun kena follow route nak ke Rumah Api Tanjung Tuan, so, it’s better to park kereta kat area sini, nanti takde lah nak kena menapak jauh sangat. By the time kami sampai tu pun dah ramai sangat orang. tak boleh bayangkan traffic kat atas Bukit Batu Putih nanti, huhuhu. 


Kena masuk Hutan rekreasi Tanjung Tuan menuju Bukit Batu Putih

Dah banyak rombongan yang sampai dulu rupanya

Ohh, actually kami akan bermalam di Ilham resort, so, trekking hari ni santai-santai je dulu bila memikirkan crowd yang makin ramai. Thanks to staff MMC yang menaja penginapan kami. Pada pendapat aku, kalau saja-saja datang nak panjat Bukit Batu Putih, macam tak berbaloi plak datang jauh-jauh sebab trekking tak sampai 30min pun kalau follow trek yang paling senang & santai. So, plan wisely, trekking & sambil bercuti, barulah rasa berbaloi sikit datang kat sini. (ini untuk orang yang datang jauh tau, kalau yang sekangkang kera jarak tu, just ignore). Tapi depend juga lah, ada certain tu nak kepuasan, tak kisah budget, so, tak heran pun, dekat ke… jauh ke… cepat ke… janji sampai. 

Memandangkan masih awal lagi nak check-in, so, kami decide trekking dulu. Entrance Fee RM1 per person. 


Let’s go… 


Kena trekking thru route menuju rumah api Tanjung Tuan


Route #1
Trail melalui pantai nak sampai ke Bukit Batu Putih
Trail level: Moderate
Estimated Time: 45min to 1hr

Lepas pondok rehat ni (refer pic below) nanti ada satu laluan nak masuk ke hutan. Landmark ada tong sampah kat laluan masuk. Laluan ni akan bawa korang ke laluan tepi pantai nak sampai ke Batu Batu Putih. Just follow the route sebab memang dah ada proper trail. InsyAllah selamat.

Nanti dah nampak pantai, ambik KIRI and follow route ni sampai hujung masuk hutan. Dari sini, ada dua cara nak sampai, samada naik melalui hutan dengan trail yang agak steep OR jalan laluan yang berbatu nak sampai ke puncak Batu Batu Putih. Kalau follow hutan, ada proper trail cuma agak steep nak sampai ke atas. Tali pun ada disediakan untuk memudahkan pendakian.

Kalau follow laluan berbatu, kena jalan depan lagi sampai nampak batu-batu putih nak sampai ke puncak bukit. Basically, trekking dengan view laut kat belakang. Bagi aku agak risky juga kalau yang tak confident tu sebab takde tali disediakan kat sini. Kira hike at your own risk. Both route agak challenging sikit tapi worth sebab view cantik lalu tepi pantai. Kalau yang nak peluh lebih tu boleh lah try this two route.


Lepas pondok ni, sila refer below pic (follow yellow arrow for direction)

Nak ke Bukit batu Putih thru trail menuju pantai

Landmark... ada tong sampah kat trail masuk

Starting Trail

Trail menuju pantai dari jalan tar ke rumah api tanjung tuan

Bila dah nampak pantai just follow route on your left side

Bukit Batu Putih (refer arrow hijau) & trail berbatu (refer light green)

Geram je tengok air laut ni

Jalan masuk ke trail menuju Bukit Batu Putih

Cuaca mendung 2 hari kami hiking kat sini

Trail ada tali for easy hike

Boleh tahan juga lalu trail yang panjang ni

Steep all the way up

Trek tak kasi chance tapi I like

Almost there

Dah sampai... Hiking sampai nampak batu besar ni


Route #2
Trail pendek, senang & santai
Trail level: Easy
Estimated Time: 30-40min 

Route ni akan masuk hutan juga tapi masa dah dekat-dekat nak sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan. This route sangat santai & senang. Route ni yang aku cakap kalau dari pintu masuk nak sampai ke Bukit Batu Putih dalam 30min saja. Member yang baru pergi 2 minggu lepas cakap, laluan masuk ke sini ada letak barricade, macam tak kasi masuk lah, katanya Jabatan Hutan N9 yang letak. Tapi orang redah juga. Aku notice masa kami sampai tu, dah takde pun. Actually, dekat balai penerangan pintu masuk ke Tanjung Tuan tadi pun ada notice "Semua laluan ke Batu Putih ditutup atas faktor keselamatan" tapi orang macam tak heran je & lebih hairan lagi sebab takde pulak orang yang jaga kat situ cakap apa-apa pasal laluan tutup or whatsoever. So, kami assume boleh je masuk.

Trek memang santai & boleh berlari lagi kalau nak cepat sampai. Kalau trail runners memang suka lah kot trek macam ni. Boleh training.

Untuk permulaan kami cuba route yang paling senang dulu, hehehe. Kami stay 2 hari disini, so, 2 hari tu kami spent training kat Bukit batu Putih cuba trail yang berbeza. Tapi yang pasti, dua2 hari pun full house kat puncak. Mungkin lepas ni kena trekking masa pukul 12pm-3pm or masa nak dekat sunset kot baru tak ramai orang, hahaha.


Entrance to easy trail to Bukit Batu Putih (Refer arrow)

Trail landai jer

Just follow the trail

Bukit Batu Putih easy trail

Bukit Batu Putih easy trail

Bukit Batu Putih easy trail

Dah sampai

Alhamdulillah sampai juga walaupun orang ramai giler kat atas ni

Cantik view kat atas ni


View memang cantik kat atas ni tapi masa kami sampai cuaca agak mendung...
Nak amik gamba kat signboard pun kena queue, hehehe

Selat Melaka yang Indah

Masa kami sampai kat Puncak Batu Putih ni, seperti yang dijangkakan memang tak terkira ramai nya manusia kat atas ni. Dah macam crowd kat Broga Mall waktu pagi. Anyway, memang bagus lah semua ada kesedaran nak sihat tapi kalau dah lama sangat kat atas tu ingat-ingat lah nak kasi chance kat orang lain pulak stay kat atas tu. Sebab yang aku perasan ada yang duduk atas tu macam tak nak turun pun ada. Kalau dah tahu crowd ramai tu, tak payah lah lama sangat kat atas. Kesian orang lain yang nak merasa view kat atas ni juga. Tapi tulah tak semua fikir benda yang sama. Yang ada fikiran saja akan mengalah. Kami tak spend lama kat atas ni sebab makin ramai pulak orang yang sampai kat sini & ada pulak yang tak reti nak turun.


Untuk hiking hari ni kami follow route #1 lalu tepi pantai nak balik

Trail menuju pantai

Thanks to Pak Man yang sudi tunjuk kat kami trail lain yang available kat sini

Nak turun ok tapi bila nak naik boleh tahan juga

Trekking sampai nampak laut kat bawah ni, follow kiri nak ke trail lain (trail berbatu) naik semula ke Bukit Batu Putih or follow kanan nak lalu pantai

Awesome view boleh nampak kalau follow trail yang berbatu kat tepi pantai

Nice view
 
Ada group lain tengah camping kat tepi pantai ni masa kami lalu

Best jer tengok pantai kat sini tapi Pak Man tak advise mandi-mandi kat sini sebab air dalam

Nak masuk balik ke hutan, trekking sampai nampak kayu ni

According to Pak Man, ada banyak trail kat area sini, dari level yang paling senang ke paling susah. Trail yang kami sempat buat 2 hari kat sini cuma 3 trail sajalah. Trail lain yang level agak susah tu maybe boleh cuba next time kalau ada kesempatan nak datang sini lagi. Thanks to Pak Man yang sudi guide kami tunjuk trail yang ada kat sekitar Tanjung Tuan ni & sekitarnya. Kenal Pakcik ni masa kami sampai kat Batu Putih tapi dia baru turun & suddenly offer nak tunjuk route lain yang available kat area situ bila kami bertanya. Boleh kata semua trail yang dia tunjuk tu, at the end akan end up kat Jalan TAR menuju Rumah Api Tanjung Tuan kalau lalu dari pantai.


After Bukit Batu Putih, kami singgah ke Rumah Api Tanjung Api dulu... mengimbau kenangan yang lalu...

View dari Rumah Api Tanjung Tuan

Dulu masa mula-mula datang sini, atas tangga ni pun jadikan amik gambar, hahaha

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun tak capai tahap kepuasan maksima.

InsyAllah will come back again to try different route.

Bye...

4 comments:

  1. kalau Sabtu Ahad ko pergi tengahari pun, lagi la ramai, siap org bawak bekal... Aku naik jam 11.30 pagi... berbondong2 lagi rombongan... nak takde org, p hari Rabu bukan cuti umum, kompem Batu Putih tu ko yg punyaa

    ReplyDelete
  2. Banyaknya cara hendak naik ke atas ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kami pun baru tahu dihari kejadian, thanks to Pak Man ☺

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...