Pages

Wednesday, April 26, 2017

Mount Angsi... after 2 years

Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Saturday, 22 April 2017


Last Saturday, my kakigym ada organize hiking trip to Gunung Angsi. Actually, open to members of kakigym tapi maybe sambutan yang agak kurang dari member, boleh jadi sebab cuti panjang kan, so, boleh lah nak ajak kawan-kawan juga. And aku pun amik kesempatan ajak GSH join sekali memandangkan training kami masih belum cukup sepenuhnya nak menghadapi Kerinci. Padahal, ada 5hari lagi kot sebelum our real adventure to Kerinci (highest volcano in Indonesia). Dengar pun dah serem, inikan nak panjat yang paling tinggi kan.

Actually, this is not my first time panjat Angsi. Last was 2 years back... rasanya masa tu 3 hari sebelum our trip to Rinjani. Dah macam jadi tradisi pulak panjat Angsi sebelum trip hiking kami. Nasib baik panjat Semeru dulu tak buat juga, hahaha. Ohh, kali ni kami masih memilih Ulu Bendul as starting point & berakhir di Bukit Putus. So, half of our cars will be parked at Bukit Putus. Lesson learnt from previous trans Angsi-Bukit Putus. Tak sanggup rasanya nak menapak 3km dari Bukit Putus ke Ulu Bendul. Bagi aku kalau tak bahaya maybe takde masalah sangat tapi sebab laluan nak ke Ulu Bendul tu akan masuk Jalan Besar yang macam highway, so, aku rasa agak risky juga. Lagilah takde proper laluan untuk pedestrian. Kereta laju tak hingat... scary.

Trip kali ni bermula seawal 8pagi. Risau juga pagi tu bila hujan turun macam tak nak berhenti. Alhamdulillah by the time kami sampai, takde hujan dah. Trek pun tak lecak & licin. Kali ni aku & geng amik masa 4jam juga nak sampai puncak sebab banyak emergency stop. Risau pulak tengok kondisi ahli GSH kali ni. Tak cukup training satu, ramai juga yang ada masalah lutut yang agak merisaukan. Harap-harap semua ok by the time kami sampai kat Padang nanti.

Jom layan a few photos taken during our trip. Banyak lagi nak share tapi rasanya boleh refer kat post yang lepas-lepas untuk trek Angsi sebelum ni.


Barisan Jemaah

Last Training for Kerinci for us

Kali ni kami naik Hilux nak ke Ulu Bendul... kereta kami tinggal kat Bukit Putus

Antara daya tarikan kalau lalu trek Ulu Bendul... bisa tergoda ni

Pipeline ni marked the trail heading to Angsi

Hebat sangatlah tu

Antara halangan yang agak getir kali ni

View on the way to the top

Mix of kakigym member & friends

Dulu-dulu favourite place kalo nak amik gamba kat puncak, sekarang tak lagi dah

Alhamdulillah, we did it

After 2 years... sekarang dah ada signboard baru

Alhamdulillah, kami berjaya turun thru Ulu bendul before 4pm. Anyway, really enjoyed sebab dapat kenal ramai kawan baru, hehehe. Thanks so much to our very supportive sweeper yang sanggup menunggu kami ber-6 bersama-sama naik & turun dengan jayanya.


Haji Shariff Cendol... penutup cerita hari ni

Until the next trip...

And PRAY FOR OUR SAFETY TO KERINCI

May ALLAH ease everything.


Saturday, April 15, 2017

Cambodia: Total Budget 5D4N

Siem Reap - Phnom Penh, Cambodia
9/2/2017 - 13/2-2017


Transport
  • Flight KLIA2 to Siem Reap : RM155.70 (incl. ins & shared baggage 25kg)
  • Flight Phnom Penh to KLIA2 : USD58.5 = RM258.90 (incl. ins, meals, seat & shared baggage 25kg)
  • Tuk Tuk Siem Reap (3 Days) : USD 15/day X 3 = USD45/2 = 22.50
  • Tuk Tuk Phnom Penh (2 Days tour + Airport Transfer) : USD20/day X 2 = USD40/2 = USD20
  • Giant Ibis Bus (Siem Reap to Phnom Penh) : USD 16/pax (320km about 6.5hrs journey) 
         For booking --> http://www.giantibis.com/book.php

Subtotal: USD 152


Accomodation
  • Angkor Orchid Central Hotel (3D2N) : RM192/2 = RM96 
  • City Centre Hotel (2D1N) : RM109.09/2 = RM54.60 

Subtotal: RM150.60 = USD34


Entrance Fee 

Siem Reap
  • War Museum + Tour Guide : USD 5 
  • Cambodia Cultural Village : USD 15 
  • Angkor Wat 1 Day Pass : USD 37
  • Bayon Temple (Termasuk tiket Angkor Wat) 
  • Taprohm Temple a.k.a Tomb Raider Temple (Termasuk harga tiket Angkor Wat) 
  • Angkor Silk Farm : Free, USD2 tip for tour guide 
  • Siem Reap Killing Field (not real one) : Free 

Phnom Penh
  • Choeung Ek Killing Field + Audio Guide (BM) : USD 6 
  • Tuol Sleng Genocide Museum + Audio Guide (BI) : USD 6 

Subtotal: USD 71


Miscelleneous
  • Simcard with call, sms & data : USD 6
  • Makan-makan = USD28 (budget sehari sekali makan luar)
  • Air Kelapa = USD1 sebiji X 2
  • Jus Mangga = USD1 X 2
  • Souvenirs (FM, Keychain) = USD10
  • Poscard = USD1 for 10pcs
Subtotal: USD 49

TOTAL DAMAGE: USD306 = RM1354 


Note: 
1. Above expenses DO NOT include my personal shopping budget (refer below)
2. The exchange rate is USD 1 = RM 4.425


Other budget for info:
  • Seluar gobos small - USD2/pc 
  • Seluar gobos XL - USD5 for 2pcs 
  • Seluar gobos XXL – USD3/pc (beli kt PP) 
  • Cambodian Silk Gred A – USD6/mtr 
  • Cambodian Silk Gred AA – USD9/mtr tapi kami dapat lagi murah 
  • Table Cloth Silk – USD7 

Cambodian silk tu based on negotation skills, so, tak sure betul ke tak tapi kain yang beli tu memang lembut & best compared to yang kat Phnom Penh which is much cheaper. Aku beli dua je sebab tak mampu nak beli banyak, mahal. So, maybe kakak tu berkeras tak kasi murah lagi.

Tapi aku suggest kalau nak pi shopping, pergi waktu pagi sebab senang nak nego lagi & dapat murah. Kalau jadi first customer lagi bagus sebab dia consider good luck, macam tu lah, kepercayaan mereka kat sini. 


Phnom Penh Tour: Central Market (Phsar Thmei)

Phnom Penh, Cambodia
Monday, 13 Feb 2017


After Tuol Sleng, kami terus ke Central Market. Central Market ni terletak di Jalan 128 (Kampuchea Krom) in Phsar Thmei 1 Commune, Daun Penh District, Phnom Penh, Cambodia. The Khmer name of the market is Phsar Thmei which means “new market”.

Opening hours: Monday to Sunday from 7am-5pm.

Central Market ini telah dibina pada tahun 1937 semasa zaman penjajahan Perancis. It consists of four wings dominated by a central dome. Market ini baru sahaja diubah suai untuk mengembalikan era kegemilangannya. Dan pengubahsuaian ini dibiayai oleh kerajaan Perancis dan telah siap sepenuhnya pada Mac 2011.


Central Market of Phnom Penh seen from the top

Central market ni penuh dengan gerai-gerai menjual barang kemas dan perak, elektronik items, pakaian, silk, jam tangan, beg, foods, souvenirs dan macam-macam lagi. Some people says that this market has a reputation for overpricing on most products. But not so sure since kami tak banyak shopping kat sini. Tapi kami sempat juga survey cambodian silk yang dijual di Central market Phnom Penh. Compare to Siem Reap, cambodian silk kat Phnom Penh ni macam kurang kualiti sikit. Aku tak sure lah kalau ada yang pernah buat comparison tapi yang aku survey tu quality gred A katanya tapi bila rasa kain dia tak selembut kain yang dijual di Night market Siem Reap. Boleh jadi kami kena tipu juga, hahaha. Tapi yang pasti harga kat cambodian silk kat Phnom Penh ni memang jauh lebih murah compare to Siem Reap. Mungkin juga sebab kualiti kain yang not 100% orginal sebab tu harga lebih murah. Ada 2-3 kedai juga yang kami survey and mostly price range pun lebih kurang. Yang pasti kami tak beli pun, saja jer nak test market. 


Entrance to central market

Dalam kata tak nak membeli tu, akhirnya tertewas juga. Nasib baik budget yang ada pun memang dah tak spend ke mana lagi kan, so, spend setakat yang mampu. Membeli yang perlu sajalah. Hahaha, nasib baik fulus tak banyak dah. Kami sempat tour 1 jam juga dalam central market ni walaupun tak membeli sangat. Saja cuci mata. Besar sungguh market ni sampai kami pun hampir sesat juga. 


Macam-macam ada

Kat centrol dome market ni, mostly stalls selling gold and silver jewelry

After central market, kami pulang ke Hotel untuk check-out. Tak banyak masa yang tinggal tapi kami sempat minta receptionist check-out lambat sikit sebab nak solat dulu. Dah alang-alang waktu Zohor pun dah dekat, so, takde lah kelam kabut nanti. By 12.40pm, kami check-out and ke destinasi terakhir kami sebelum ke Airport, of cos lah makan dulu. Dan sebab tak tahu nak makan apa, kami decide nak ke gerai yang dekat dengan masjid semalam. Again, kami order menu yang sama juga sebab dah tak tahu nak makan apa. Lagipun, aku dah order makan dalam flight, so, rasanya cukup untuk alas perut saja.
.

Lunch yang sama macam semalam sebab tak tahu nak makan apa dah... anyway mee hun sup kat sini memang best

After lunch, kami terus ke Phnom Penh Airport. Flight back to KL 4.40pm. Kami stuck in the jam on the way nak ke airport. Tak sangka pulak jalan jam waktu pukul 1.30pm macam tu. Cuak juga masa tu sebab jam nak pukul 3pm tapi kami masih tak sampai lagi. Nasib baik by the time kami sampai, queue for check-in bag still in progress. Alhamdulillah.


The end of our tour

Alhamdulillah berjaya menghabiskan entry to cambodia walaupun makan masa 2 bulan juga nak habiskan. Nanti nak cuba habiskan entry to Mount Pulag pulak, tengoklah sejauh mana yang mampu.

Till then, until the next journey.

Wednesday, April 12, 2017

Phnom Penh Tour: Tuol Sleng Genocide Museum

Phnom Penh, Cambodia
Monday, 13 Feb 2017


Agenda kami pagi ni adalah lawatan ke Tuol Sleng Genocide Museum. Located in Phnom Penh city & about 30min travel by Tuk Tuk from City Centre Hotel. Entrance Fee is USD3 without the tour guide. And additional USD3 if u need an Audio Guide. Kali ni tak banyak pilihan bahasa compare to yesterday tour at Killing field. Anyway, local guide is also available. So, kalau datang in big group tu, better take local guide, so that, you will get more idea & information about this place. Since kami hanya berdua saja, so, Audio guide is the best option.

Actually, Killing Field should be visited after Tuol Sleng tapi sebab kami tak buat research lebih which one should be visited first, so, we just follow with the flow. Tapi aku rasa better juga pergi Tuol Sleng waktu pagi compare to waktu petang sebab kurang rasa seram sikit, hahaha. Anyway, both place ada sejarah tersendiri kekejaman Khmer Rouge suatu masa dahulu. Dan Tuol Sleng Genocide Museum dibangunkan semula pun sebab nak memperingati mereka-mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman syaitan yang tak berperikemanusiaan ini.

Back to main story...

Tuol Sleng Genocide Museum merupakan sebuah muzium di Phnom Penh yang mencatatkan kisah pembunuhan beramai-ramai di Kemboja. Muzium ini merupakan bekas sekolah tinggi yang dijadikan Security Prison 21 (S-21) oleh rejim Khmer Rouge sewaktu kebangkitan kekuasaan mereka pada tahun 1975 sehinggalah kejatuhan mereka pada tahun 1979. Tuol Sleng means “Hill of the Poisonous Trees” atau “strychnine Hill”. Tuol Sleng merupakan antara salah satu daripada 150 execution centers in Cambodia and about 20,000 prisoners were killed there.


Welcome to Hell... suatu masa dahulu

Audio Tour Stop List Map

Masuk-masuk akan nampak memorial ni dulu

Toul Sleng on the other side
 
Jom Kita tour building A dulu

History

Tuol Sleng is formerly the Chao Ponhea Yat High School, named after a royal ancestor of King Norodom Sihanouk, the five buildings of the complex were converted in August 1975, four months after the Khmer Rouge won the Cambodian Civil War, into a prison and interrogation center. The Khmer Rouge renamed the complex "Security Prison 21" (S-21) and construction began to adapt the prison to the inmates: the buildings were enclosed in electrified barbed wire, the classrooms converted into tiny prison and torture chambers, and all windows were covered with iron bars and barbed wire to prevent escapes.

From 1975 to 1979, an estimated 17,000 people were imprisoned at Tuol Sleng (some estimates suggest a number as high as 20,000, although the real number is unknown). At any one time, the prison held between 1,000–1,500 prisoners. They were repeatedly tortured and coerced into naming family members and close associates, who were in turn arrested, tortured and killed. In the early months of S-21's existence, most of the victims were from the previous Lon Nol regime and included soldiers, government officials, as well as academics, doctors, teachers, students, factory workers, monks, engineers, etc. Later, the party leadership's paranoia turned on its own ranks and purges throughout the country saw thousands of party activists and their families brought to Tuol Sleng and murdered. Those arrested included some of the highest ranking communist politicians. Although the official reason for their arrest was "espionage", these men may have been viewed by Khmer Rouge leader Pol Pot as potential leaders of a coup against him. Prisoners' families were often brought to be interrogated and later executed at the Choeung Ek extermination center.

In 1979, the prison was uncovered by the invading Vietnamese army. In 1980, the prison was reopened by the government of the People's Republic of Kampuchea as a historical museum memorializing the actions of the Khmer Rouge regime. (source: wikipedia)


This building is a former high school which was used as the notorious Security Prison 21 (S-21) by the Khmer Rouge regime

From the moment they arrived as a prisonor at S-21, their rights and responsibilities were made painfully clear by a set of ten standing orders (refer below). These rules dictated how you acted, how you responded to questioning, and how you had no choice but to accept the fact that you were a traitor and would be treated as such.


Rules for prisoners undergoing interrogation at Tuol Sleng (S-21)

The moment you step in into this building, you will feel something different. Feeling as if you were in that era of Khmer Rouge regime. Scary juga bila jalan sorang-sorang tu. Rasa macam ada orang follow pun ada juga. Paling scary bila aku dapat rasakan aku diperhatikan sewaktu melangkah masuk ke dalam sel-sel yang menempatkan banduan yang telah diseksa dengan kejam ditempatkan. Tak tahu lah macam mana perasaan takut tu tiba-tiba datang kan. Macam boleh dengar suara orang pun ada juga. Dan seingat aku, masa tu hanya aku sorang saja yang masuk kat sel-sel banduan tu. Lama juga aku kat situ & sel-sel mangsa disini pulak panjang sampai ke hujung bilik yang terakhir nak kena habiskan baru boleh keluar. Aku pun terpaksa lah jalan sampai hujung dengan laju sampailah aku disapa oleh Cik Fad yang datang dari belakang. Cara dia sapa aku macam dia tahu aku tengah takut. Anyway, kalau yang tak kuat semangat tu, memang boleh rasa macam-macam lah once korang dah masuk sini.


Rooms to Interrogation Cell

Interrogation Cell

Another Interrogation Cell
 
Interrogation Cell yang menempatkan 3 tahanan sekali

Sel-sel yang menempatkan prisoners yang tak bersalah... Kat sini lah yang aku cakap agak scary tu, tak jadi amik gamba sebab seram, hahaha (credit: google image)

Tempat ni dahulu untuk student exercise tapi masa jadi penjara S-21, palang ni dijadikan tempat untuk gantung tahanan dengan kaki diatas dan kepala direndam masuk ke dalam tempayan sewaktu di soal siasat


Life in the prison

Apabila tiba di penjara, tahanan akan diambil gambar  mereka dan dikehendaki memberi autobiografi terperinci, bermula dari zaman kanak-kanak sehinggalah berakhir dengan penangkapan mereka. Selepas itu, mereka telah dipaksa menanggalkan pakaian mereka, dan harta benda mereka dirampas. Tahanan kemudian dibawa ke sel-sel mereka. Mereka dibawa ke sel-sel yang lebih kecil & akan dirantai pada dinding atau lantai konkrit. Mereka yang dibawa ke dalam sel yang lebih besar akan dirantai bersama-sama tahanan lain dengan rantai besi yang panjang. Tahanan akan tidur dengan kepala mereka dalam arah yang bertentangan. Mereka tidur di atas lantai tanpa tikar, kelambu, atau selimut. Mereka telah dilarang untuk bercakap antara satu sama lain

Kehidupan di S-21 bermula seawal 4.30pagi apabila tahanan akan diarahkan untuk menanggalkan semua pakaian untuk pemeriksaan. Ini adalah dengan tujuan untuk mengelakkan tahanan menyembunyikan objek yang boleh digunakan untuk membunuh diri mereka sendiri. Over the years, several prisoners managed to kill themselves, so the guards were very careful in checking the shackles and cells. Tahanan cuma menerima empat sudu kecil bubur nasi dan sup daun dua kali sehari. Minum air tanpa kebenaran juga akan menyebabkan tahanan dipukul teruk. 

S-21 mempunyai peraturan-peraturan yang sangat ketat dan hukuman yang kejam akan dikenakan ke atas mana-mana banduan yang cuba menderhaka. Hampir setiap tindakan harus diluluskan oleh salah seorang pengawal penjara. Kadang-kadang mereka terpaksa makan najis manusia dan minum air kencing manusia. Keadaan hidup yang tidak bersih di dalam penjara telah menyebabkan penyakit kulit, ruam, kurap dan penyakit lain. Kakitangan perubatan penjara adalah tidak terlatih dan menawarkan rawatan hanya untuk mengekalkan kehidupan tahanan selepas mereka cedera semasa disoal siasat. Apabila tahanan ditahan dari satu tempat ke tempat lain untuk soal siasat, muka mereka akan ditutup. Pengawal dan tahanan tidak dibenarkan untuk bercakap antara satu sama lain. Selain itu, sewaktu dalam penjara, orang yang berada dalam kumpulan yang berbeza tidak dibenarkan mempunyai hubungan antara satu sama lain. 

Banyak lagi cerita pasal tahanan di sini, rasa macam tak sanggup nak share cerita mereka yang pernah hidup disini. Kejam sangat. Anyway, for more info boleh google wikipedia.


Building B

Basically kat level 1 building akan ada pameran gambar-gambar mangsa yang pernah ditempatkan disini

This museum contain thousands of photos taken by the Khmer Rouge of their victims

Kebanyakan tahanan di S-21 akan ditahan selama dua hingga tiga bulan. However, several high-ranking Khmer Rouge cadres akan ditahan lebih lama. Dalam masa 2 atau 3 hari selepas mereka dibawa ke S-21, semua tahanan akan di soal siasat. Sistem penyeksaan di Tuol Sleng telah direka untuk membuat tahanan mengaku kepada apa sahaja jenayah yang didakwa ke atas mereka dengan sebab penangkapan mereka. Tahanan akan dipukul dan diseksa setiap hari dengan kejutan elektrik, logam panas yang dibakar dan macam-macam cara kejam lain lagi. Ada juga tahanan dipotong dengan pisau atau dilemaskan dengan beg plastik. Kaedah-kaedah lain yang digunakan untuk memaksa pengakuan tahanan termasuk mencabut kuku, mencurah alkohol pada luka, memegang kepala banduan dibawah air dan penggunaan teknik waterboarding. Kadang-kadang, ada juga tahanan wanita yang dirogol oleh interrogators, walaupun penderaan seksual adalah bertentangan dengan dasar Demokratik Kampuchea (DK). Tahanan yang didapati bersalah akan dihukum selepas dipaksa mengaku kesalahan mereka. Fuhh, kejam sungguh.


Building C dipagar dengan dawai bagi tujuan mengelak banduan terjun bunuh diri atau melarikan diri

Building C
 
The last building

This site are from Pol Pot's secret prison, codenamed "S-21" during his genocidal rule (1975-79)

The exterior of the Tuol Sleng Genocide Museum

From 1975 to 1979, an estimated 17,000 people were imprisoned at Tuol Sleng

We ended the tour after 2 hours. Lama juga kami tour tapi tak sempat nak tengok tayangan video sebab tayangan cuma ada at certain time saja. Kami terlepas nak tengok yang pukul 10am punya. Kalau nak tunggu next tayangan pukul 11am tak salah aku. So, rasa macam dah lambat sangat pulak. Dan kami masih ada tempat lain lagi nak pergi after this before lunch & check-out Hotel. Rasanya dah banyak info yang kami dapat & dengar hari ni from the Audio Tour. So, tak terkilan sangat kot rasanya tak dapat tengok S-21 tayangan video.


Banyak pengalaman ngeri yang kami dengar hari ni

A visit to Tuol Sleng is a depressing experience. Banyak sangat kekejaman yang berlaku disini. Tak dapat bayangkan kehidupan para tahanan yang pernah hidup suatu masa dahulu disini. Bagi aku, lawatang ke Tuol sleng Genocide museum ni adalah satu kemestian kalau ke Phnom Penh selain Killing Field. Dalam buku sejarah dunia tak pernah ada pun pasal sejarah kekejaman Khmer Rouge, S-21... so, a visit to Tuol sleng akan dapat mempelajari sesuatu. For sure, "NOT to let History repeat itself".

Friday, April 7, 2017

Phnom Penh Tour: Russian Market & Night Market

Phnom Penh, Cambodia
Sunday, 12 Feb 2017


Dari Killing Fields Cheung Ek kami terus ke Russian Market. Ingatkan nak direct ke Tuol Sleng tapi Dalan cakap tempat tu agak jauh & by the time sampai mungkin dah pukul 5pm lebih. Walaupun Tuol Sleng tutup kul 7pm tapi risau jugak kalo dah lambat sangat sampai nanti tak sempat nak tour. So, kami tukar plan esok sajalah. Lagipun esok kami banyak masa lagi before flight back to KL. Since Russian Market tu on the way nak ke Tuol Sleng (S-21), so, kami tukar plan ke Russian Market. By the time kami sampai tu dah banyak kedai yang dah mula mengemas nak tutup. Rupanya market ni tutup dalam pukul 5pm. Russian market opening hours is between 6am - 5pm.

Anyway, market ni mendapat nama “Russian Market” sebab dulu-dulu katanya ramai expats dari Russia suka datang shopping kat sini during 1980s. Russian Market ni jugak antara salah satu tempat popular for shopping souvenirs kat Phnom Penh ni. Other than souvenirs, there were handicrafts, antiquities, miniature Buddhas, woodcarvings, silks, shawl, t-shirts, silver jewellery, musical instruments and so on. 


Inside Russian Market

Russian Market from outside

Kami tak spend lama pun kat dalam ni sebab dah sampai lambat kan. So, banyak kedai yang dah tutup. Tapi dalam tak lama tu pun sempat lagi lah shopping souvenirs lagi. Hahaha. Aku rasa ada dalam 1/2jam saja kami meronda kat dalam market ni. And lepas tu kami terus call Dalam suruh pickup kami untuk ke destinasi seterusnya, Night Market.

Plan kami nak ke Night market terhenti bila kami passed by Pavillion at Royal Palace. Ramai giler orang masa ni macam ada pesta pun ada and mostly Cambodian. So, kami minta Dalan dropped us here first while waiting for the sunset. Hahaha, itulah tujuan asalnya. Bukan nak cuci mata sangat pun, jauh skali nak join the crowd for picnic & makan-makan. Tapi sunset yang kami kejarkan. Lagipun masa tu dah nak pukul 6pm pun. So, kami tak perlu menunggu lama. Matahari pun nampak mengancam.


Dah macam ada pesta kat depan Pavillion Royal Palace ni

Sunset at Pavillion Royal Palace

Senja nan merah

Beautiful Sunset

Night market was our last destination for today’s tour at Phnom Penh city. And berakhirlah khidmat Dalan as our Tuk tuk’s driver for today. The good thing about Dalan, dia bukan tinggal kan kami macam tu saja tapi dia ajar kami jalan nak balik ke Hotel. So, siap pusing-pusing area between night market & Hotel dulu before dropped us at Night market. Tak jauh pun, about 20min berjalan.

Night Market di Phnom Penh terletak di tepi sungai Tonle Sap. Night market ni pada asalnya nak aim pengunjung dan pelancong tetapi lebih bila tengok orang yang datang kat night market ni, macam popular dikalangan rakyat Kemboja saje daripada tourists. This Night Market is opened every Friday, Saturday and Sunday evening from 5 pm to midnight.


Ada pintu gerbang nak besar nak masuk ke Phnom Penh Night Market ni

Nigt Market open concept

Aku gambarkan night market ni sesuatu yang unik or something lah tapi macam pasar malam kat Malaysia juga je rupanya. Macam-macam jualan yang ada i.e. handicrafts, clothes, souvenirs, foods etc. Tapi for food section, kena jalan masuk dalam lagi kalau masuk dari main entrance. Dan tujuan kami pun nak cari makan sebab tengah kelaparan. Luckily ada satu kedai yang jual Halal Food kat Night Market ni. An as suggested by member yang dah pergi a week earlier, so, kami pun cuba lah mee yang dikatakan sedap tu. Bagi aku biasa-biasa saja sebab aku memang tak berapa suka makanan manis. Pedas kalau manis sikit is ok tapi ni memang manis yang terus potong selera. Lupa pulak, mek kelate yang cakap sedap makan kat sini, hahahah. Patut pun dia suka. Last-last makan coconut Ice cream je & minum air.


Ada Halal Food also at this Night Market

Dinner kami malam tu... Jemput Makan

After dinner, kami pulang ke Hotel. Dari Night market nak ke City Centre Hotel dalam 20minit berjalan kaki melalui jalan belakang night market. Hari pun dah malam by time kami balik ke Hotel. Sampai bilik hotel terus masak maggi, sebab masih kelaparan lagi. Nasib stok maggi masih ada lagi. Tak puas makan kat Night market tadi.

Esok our last day at Phnom Penh city and Cambodia. And masih ada tempat yang kami akan melawat lagi esok.

Nite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...