Pages

Monday, December 26, 2016

Day Hike @ Kota Damansara Community Forest Reserve

Taman Rimba Komuniti Kota Damansara
Sunday, 18 Dec 2016


Rasanya dah lama sangat tak update blog. Cerita travel semua terkubur di pertengahan jalan. Hahahah, dah tak tahu apa kesudahanya. Anyway, just nak share satu tempat hiking yang agak menarik di Damansara Community Forest Reserve.

Ohh, last weekend, aku & geng try explore satu tempat baru hiking kat Taman Rimba Komuniti Kota Damansara. Actually, takde lah baru sangat, dah lama pun wujud taman rimba komuniti tapi cuma popular dikalangan orang kota Damansara. Tapi since aku first time kat sini, so, kira something new kat aku lah. Tertarik pun sebab ada orang share kat HACAM. Tengok trek macam tak berapa susah & macam trek kat bukit saga. So, berpandukan map yang kami jumpa kat google, kami pun memandai-mandai lah ke sini. 

Tak susah pun nak ke sini tapi about 30-40min juga kalau dari Kajang, depend on traffic. Just cari "Kota Damansara Community Forest Reserve" kat Waze, confirm akan sampai kat sini. Betul-betul kat depan Sekolah Seksyen 10. Luckily, parking kat sini tak horror macam kat Bukit Saga, Bukit Gasing, Puchong Forest Reserve & yang sewaktu dengannya. So, memang heaven jugalah. Tak perlu nak parking jauh-jauh menapak. Betul-betul parking kat depan starting point. Tapi kalau lepas ni dah viral, aku tak guarantee lah, hahahah. Sebab macam ramai sangat dah excited nak share pasal trek yang makin "popular" ni.



Kalau dah nampak tasek yang cantik ni, meaning dah sampai lah

Map yang kami guna nak sampai ke Unity Peak

Sewaktu kami sampai around 8am, memang tak ramai orang. So, berpandukan segala info yang ada, kami pun redah saja. Mula-mula ingat nak cuba trail yang mudah saja tapi bila belum jumpa apa yang kami inginkan terus decide sampai ke Denai 3 puteri. Nasib baik lah, ada saja orang yang kami jumpa tolong guide kan jalan, so, takde lah rasa lost sangat. Ohh, trail kat sini memang sangat leisure cuma agak panjang & lama sikit lah. So, depend trail mana yang korang pilih. No wonder lah trail kat sini sangat popular dikalangan trail runners & cyclist. Sepanjang kami trekking pun ada saja yang lalu lalang.


Permulaan Trek betul-betul depan Sekolah Seksyen 10

Ada proper signboard di permulaan trek

Permulaan trek

Proper sign for u to follow

Ada tempat rehat di laluan trek Temuan

Singboard kat sini banyak membantu, so, no problem for 1st timer

Dari trek Sahabat menuju Denai Tiga Puteri, barulah terasa mencabar sikit. Sebab sebelum tu memang trek landai & leisure saja. Ada turun naik juga nanti. Boleh tahan penat tapi I is like sebab baru lah terasa nak berpeluh banyak sikit. So, kalau first timer yang decide nak trek sampai ke Denai Tiga Puteri tu, please make sure bawa air yang cukup sebab trek agak jauh nak sampai ke sini. About 5km or more, 1.5hrs from starting point. So, memang akan cepat rasa bosan & banyak consume air kalau yang tak biasa trekking lama-lama tu. Kita orang pun hampir pancit juga sebab air tak cukup sebab selalu trekking panjat Saga, dalam 1/2 hr sampai puncak, air 500ml return pun tak habis. Tapi sebab trek ni panjang sangat & lama, so, memang boleh dehydrate juga.


We decided hike up to Denai Tiga Puteri

Follow this route to Denai Tiga Puteri



Ada tangga kayu di situ

Tangga kayu provided at both side for trekkers

Trek menuju Denai Tiga Puteri

Dah jumpa longkang besar ni, dah nak sampai ke Denai Tiga Puteri

NKVE & Kota Damansara seen from Denai Tiga Puteri lookout

Puncak Denai Tiga Puteri

Finally sampai juga

This magnificent tree could be seen along Sahabat Trail

Don't forget to take photo at this bautiful lake

We ended the trip around 11.30am, 1.5hrs return journey. Kami follow the same route. Mula-mula tu terfikir juga nak guna trail lain yang lagi cepat kami boleh keluar tapi bila semua orang yang kami tanya pun first timer, so, kami mengalah, follow jugalah jalan yang sama nak ke pangkal jalan. Hahaha. Mungkin kalau ada view yang menarik, jalan lama nak sampai keluar pun tak kisah. Tapi sebab takde view & mostly pokok saja, so, ada satu tahap tu akan bosan juga. Tak rasa nak cuba trail ni lagi sebab tak puas. Rasanya kalau nak prektis hiking, bukit Saga lagi better trail for training. Pendapat aku saja, tak tahu lah orang lain yang dah pernah sampai ke sini. Anyway, worth to try.

4 comments:

  1. ade pacat x situ nurul.,, aueweww ;p

    ReplyDelete
  2. salam tahniah ya anda sudah berjaya mengharungi hutan simpan KD tu
    Nasib baik 3 puteri saya ingatkan 3 putianak tadi hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...