saturday, 2 April 2016
Kejadian berlaku kira-kira seminggu lebih yang sudah tapi disebabkan busy je memanjang, baru la ni ada masa nak update aktiviti terkini. Tak banyak yang boleh diperkatakan sebab cuaca pun agak kurang mengizinkan sekarang ni, so, aktiviti outdoor pun aku rasa patut dikurangkan juga. Training memang training sebab kami ada misi penting hujang bulan depan tapi bila mengenangkan banyak kes yang diluar jangkaan berlaku lately, rasanya better slowdown dulu aktiviti outdoor.
Tak terfikir pun nak join larian malam di Penang sebab dah lama tak lari jauh tapi bila mengenangkan takut tak cukup training before nak ke Semeru, so, aku sambut jugalah cabaran 12km AIA women's Night Run. Penyebab lain aku nak join sebab Kak Fad join walaupun Fun Run tapi bagi aku sudah cukup untuk kasi semangat kakak buat comeback. Tapi mana tahu di hari kejadian, kakak Fad tak lari pulak,walaupun sudah dijangkakan, hahahah. Anyway, aku, Eein & Cikgu Nisa tetap teruskan juga.
Pencapaian malam tu walaupun tak seberapa pantas (Apps: Runkeeper) |
Maybe boleh improve timing kalau aku makan something before running. Tak pasal-pasal perut masuk angin time lari, tak pernah happened before this & this is my first time. Dan sebab tulah aku banyak berhenti kasi rest kat perut aku. Ini semua sebab makan macam-macam before running event lepas tu perut meragam, hahaha. Lesson learnt, jangan makan macam-macam sangat kalau nak lari selepas itu, kalau tak perut binasa.
Agak kurang setuju dengan flag off timing kali ni sebab penganjur kasi laluan kepada Fun Run dulu followed by 12 km & 21km, jarak setengah jam every category. Apalah cerita yang lari 21km tu. Orang semua dah habis balik, dia orang pun tak habis larian lagi agaknya, hahaha.
Tapi memang mencabar larian kali ni sebab cuaca panas yang melanda seluruh Malaysia kini. Even lari malam pun, tepi pantai lagi tu tapi panasnya hanya Allah yang tahu. Memang dah hampir nak give up juga. Tapi nasib baik lah water station yang disediakan banyak. Aku rasa sepanjang aku lari tu, ada 4 water station juga lah.
Goodie bag tak meriah tahun ni walaupun running fees mahal, emmhhh. Tak puas hati juga, 4km terakhir tu, lampu jalan takde, aku tak pasti
samada rosak atau sebab lain tapi memang kami lari dalam gelap lah.
Nasib baik running t-shirt color oren. Tahulah Night Run tapi jangan lah
sampai betul-betul gelap tak nampak jalan. Next time, sila provide head lamp
kalau tak nak perkara sama berulang sebab bagi aku agak bahaya juga lari
dalam gelap. And takde committee yang standby pun nak monitor runners kat area gelap tu.
Nice Medal |
Rasa macam puas sangat dapat habis kan 12km. Lepas habis running macam excited pulak nak join the next night run kat Putrajaya & JB, hahaha. Gian nak marathon datang balik. Hopefully dapat istiqomah.
Can't wait for next running event, KL Towerthon, acara wajib tiap-tiap tahun ni. Kalau boleh nak cuba buat less than 30mins. Poyo. Nampaknya nak kena keje keras lah practice hari-hari naik tangga kat Menara Technip, hehehe.
'kak fad' eh... :D
ReplyDeletealaa tahun ni aku lupa betul pasal KL towerthon :(
ReplyDeletesape masuk lagi hah? mesti dah close registration kan
Whooz, aku rasa boboi & thirah register juga. Tak sure dah close ke blom. Jom lah kalo bukan lagi ;-)
Deleteitulah, kakak sangat kak fad tu
ReplyDelete