Haneda International Airport
Friday, 15 Apr 2016
Alhamdulillah perancangan hampir 4 bulan, akhirnya kami dibumi negara matahari terbit, jepun. Pelik juga kali ni, aku mampu bertahan 6 jam tanpa lena untuk penerbangan kali ni sambil layan last 2 episodes Descendants of the Son. As expected, macam biasalah happy ending.
Kebetulan masa kami sampai tu, tengah earthquake dekat selatan jepun,
Kyushu Island. Apa yang lagi scary, gegaran 7.0 skala richter. Later
followed by Fukuoka pulak masa kami di Osaka, about 4.7 skala richter.
Dan kebetulan the next day, kami akan ke Hiroshima. And jarak Hiroshima
boleh tahan dekat jugalah dengan Fukuoka. Since banyak sangat area yang
affected by earthquake, masa tu baru lah terpikir nak inform embassy kat
Japan. So, malam tu juga kami email personal details to Malaysian
embassy dekat Japan to inform about our traveling to Japan. Selebihnya,
berdoa berharap tiada apa yang berlaku sepanjang kami berada di Japan.
|
Sebab lambat beli reserve seat, so, terpaksalah beli Quiet Zone sebab itu saja yang available kalau nak seat together, cuma Kay saja tak join kami kali ni
(sila abaikan si polan bertiga yang kat belakang skali tu) |
|
Train operation suspended due to earthquake |
Just wanna share some tips kalu nak ke Jepun during Sakura season (Cherry Blossom).
First thing first, kena check dulu season yang korang nak pi ke Jepun sebab amat penting. Lebih-lebih lagi kalau nak tengok sakura di Jepun. Sakura Full bloom normally bertahan seminggu sahaja, so, amat penting korang check dulu date yang korang nak pi time sakura tu. Normally, sakura akan bermula dari selatan jepun and berakhir di utara jepun, which is between Mac to early of May.
|
Cherry Blossom latest forecast for this month (source) |
Aku rasa trend sakura tahun ni lebih kurang macam tahun yang lepas juga, especially for major cities like Tokyo, Kyoto & Osaka which is between end of March to early of April.
For autumn & winter, maybe takde masalah sebab tempoh masa yang agak lama. Berbeza sekali dengan timing sakura yang bertahan hanya seminggu saja sebelum gugur, so, konfem lah tengok sakura masa tengah full bloom kan. Tapi still boleh survey juga kalau nak enjoy any season to the fullest.
Tapi kalau ada target nak panjat Mount Fuji, kena pilih date between July to Mid September sebab hiking activities normally opened during summer time. Maybe due to safety reason, they have limit the hiking activities during summer season only. Boleh refer kat
sini for hiking Mount Fuji in detail. Jangan jadi macam kes aku yang berangan nak panjat tapi tak check detail dulu.
Second, dah tahu trend sakura macam mana, baru decide korang nak pergi mana dan ke mana. Buat rough idea berapa hari nak pergi dan target nak cover area mana. Lepas tu baru book ticket. Nak book dulu, plan kemudian pun ok tapi macam biasa lah nanti mesti banyak area tak boleh cover sebab dah book ticket dulu. Check distance, transportation & masa dari satu tempat nak ke satu tempat. The best way, tanya member yang dah pernah pergi atau masih tinggal or study di Japan, tak pun search saja blog orang yang dah pernah ke Japan, konfem banyak info berguna. Anyway, thanks to Yat sebab banyak kasi info berguna untuk trip aku ke Japan kali ni.
For transportation, kalau nak cover satu area saja e.g. Tokyo saja boleh abaikan apa yang aku nak cakap ni. Macam kami yang nak cover area Tokyo-Osaka-Kyoto-Hiroshima, Shinkansen (bullet train) is the best choice sebab boleh jimat banyak masa. So, kami sepakat beli 7 days
Japan Rail Pass (JR Pass) from Malaysia sebab JR Pass cannot be purchased inside Japan. Basically, beli exchange order at any JTB counter at Malaysia before come to Japan and change for real JR Pass at airport after arrive at Japan. Memang mahal banyak tapi boleh cover bandar besar kat Jepun kira ok lah kan untuk 7 hari. JR pass ni boleh guna untuk Shinkansen, all JR lines, Tokyo Monorail, Ferry at Miyajima & some busses. Tapi memang berbaloi sebab nak ke Hiroshima saja dah guna hampir sebahagian dari harga JR Pass. Kalau dah beli JR Pass, make sure make full use of it. Aku tak survey transportation lain sebab memang rasa banyak nak guna train saja.
|
JTB counter at Level 2 Isetan KLCC |
Back to main story, kami sampai di Haneda International Airport around 10.30pm waktu Jepun, after about 6 hrs journey. Malaysia Cuma lewat 1 jam saja dari Jepun. First thing sampai airport dah aim toilet dulu, orang lain sibuk berebut nak sampai dulu kat Imigression. Masuk toilet jer pun dah kagum. Canggih sungguh toilet kat Jepun ni, semua pakai button jer (jakun sekejap). Takde bau lansung & sangat bersih. Yang paling penting ada air & ada pilihan pulak tu, hahaha, rasanya tak perlu citer detail kot kat sini. Anyway, bukan kat airport saja, kat mana-mana pun sama juga. Really respect the way they keep the cleanliness.
Dah habis Imigression procedure & collect backpack, next destination terus ke area yang kami boleh santai while waiting for JR counter to open. Kalau open 24hrs, memang malam ni juga kami ke Osaka tapi tulah sebab opening hours between 7.45am to 6.30pm, so, kami akur. Bermalam lah kami di Haneda Airport. Ada 2 prayer room (surau) yang selesa & luas di level 3 departure. Nak masuk kena tekan button interkom dekat pintu masuk ke surau. Dia dah detect baru pintu buka. Since ada somebody yang monitor, tak boleh nak suka-suka hati tidur kat surau. So, terpaksalah lepak di kerusi arrival floor area. Tak perlu risau sebab ramai jer traveler yang akan buat benda yang sama. Dan takde yang heran pun.
|
Arrival Hall area ni lah tempat kami lepak tido sambil menunggu esok hari |
|
ABC Counter to pick up the Pupuru wifi online booking. Since, kami bukan tertumpu kat satu tempat sahaja, so, better ada wifi sendiri sebab bukan semua tempat ada free wifi kat Japan ni |
|
Dah dapat sila baca instruction kat dalam macam mana nak guna |
|
Late Dinner at Haneda Airport |
Sementara nak tunggu kaunter to open, kami berjalan ikut giliran ke observation deck Haneda airport yang terletak di Level 5. Memang layan view kat sini walaupun boleh tahan juga sejuk.
|
Observation Deck View |
|
Observation Deck located on Level 5 Haneda Airport |
|
Observation Deck |
JR counter hanya akan buka pada pukul 7.45am, so, while waiting for JR counter to open, kami berjalan pergi cari pasmo dulu. Sebab nanti ada tempat yang kami nak pergi will not cover by JR Pass. Pasmo/Suica ni lebih kurang macam T&G concept lah. Pasmo / Suica boleh beli sendiri dekat konbini kat airport or keikyu line machine. New card ada deposit 500yen. Pasmo boleh jual balik kad & dapat refund with no charge. Tapi kalau Suica ada charge.
|
Kami beli Pasmo di Keikyu Line Machine ni |
Aku & Thirah queue 40min awal kat depat JR kaunter sebab kami target nak naik
shinkansen paling awal ke Osaka. Bertabah lah berdiri, nasib baik kami
antara yang paling awal kalau tak, berlingkar nak tunggu turn. Ingat nak gilir-gilir berdiri tapi bila tengok yang lain tengah sedap tido, rasa tak sampai hati pulak.
|
Tabah mereka ni tunggu seawal 7.00 pagi... kami sambung queue belakang tu, so, bertabah jugalah |
Staff kat JR counter ni sangat mesra alam & very helpful although not so fluent in english but she tried her best to convince us. Kena sangat sangat lah dengan nama Ogawa tu, hahaha. Siap bagi kami suggestion pasal seat. Kalau ikutkan nak amik reserved seat at 9.10am tapi bila check seat hampir semua dah full, kami amik lewat sikit yang pukul 10.10 sebab itu saja yang available untuk dapat seat together. Pukul 9.40am seat available tapi Ogawa tak suggest sebab dekat dengan smoking area. So, plan dah lari sikit lah sebab naik train lambat 1 jam. Anyway boleh jer nak walk in without reservation tapi kena stay dekat non-reserved seat koc lah. Kalau nasib baik dapat seat yang ok.
|
Instruction for JR Pass Holder |
|
Seat Map for reserve seat, boleh lah nak pilih nak duduk mana tapi depend on availability |
|
Ogawa yang sangat konsisten melayan kami |
|
Reserved seat ticket |
Done with JR Pass, kami mula bergerak ke next destinasi, naik monorail from airport to Hamamatsucho station & interchange JR line to Shinagawa station for Shinkansen to Shin-Osaka since the nearest station for Shinkansen from airport is Shinagawa station. All covered by JR Pass.
To be continued...