Pages

Friday, September 25, 2015

Everest


Cerita yang sangat mendebarkan dengan plot penceritaan yang menarik. Kalau dah pernah pergi Everest or EBC mesti boleh fefeeling berada di kawasan kejadian.




This movie is based on the real events of the 1996 Mount Everest disaster that claimed the lives of eight climbers and guides following a storm and avalanche. This movie focuses on the survival attempts of two expedition groups, one led by Scott Fischer (guide for Mountain Madness) and the other by Rob Hall (Adventure Consultants).

In May 1996, two expeditions, Adventure Consultants and Mountain Madness, meet at base camp and prepare to summit Mount Everest in the following days. Rob Hall (Jason Clarke) is one of three guides for Adventure Consultants, whose eight clients include Beck Weathers (Josh Brolin), who had been climbing for ten years, Doug Hansen (John Hawkes), who was climbing to prove an ordinary man can pursue an extraordinary dream, and Yasuko Namba (Naoko Mori), who had previously climbed six of the Seven Summits and was attempting to become the oldest woman to summit Mt. Everest, Nepal.

More detail of this movie --> Everest



From base camp to Camp 2, include walking across a fixed ladder over a deep crevasse

Sepanjang menceburkan diri dalam extreme aktiviti ni, belum pernah pun pasang angan-angan nak capai ke puncak tertinggi dunia itu. Kalau ada pun dalam mimpi jelah. Sedar diri hanya pendaki runcitan sahaja. Rasanya, impian terus terkubur lepas tengok citer ni, hahaha. Nak tahu sebab apa, kena tengok dulu lah.

Salah satu sebab aku terpanggil nak tengor citer ni pun sebab aku memang dah pasang angan-angan nak ke Everest Base Camp next year. Actually, plan & budget semua dah start survey this year lagi cuma date & masa yang belum ditentukan. Member yang confirm nak pergi pun memang dah ada. InsyAllah, jika ekonomi & cuti mengizinkan, akan ke EBC kami tahun depan.

To all the hikers and mountain lovers out there, you should watch this movie. 


Wednesday, September 23, 2015

Salam Aidiladha


Tahun ni untuk julung-julung kalinya aku beraya di Kajang. Rasanya... ni lah first time merasa beraya kat bandar. Even kalau sebelum ni pun, hari ni keje esok raya pun tapi malam raya dah confirm berada kat kampung tapi kali ni... emmhhh. Entahlah, mak nak beraya di sini sebab anak-anaknya yang dah berkahwin semua tak balik kampung kali ni. Memang kurang sikit lah feel raya tu sebab aku rasa macam duk rumah jelah. Lagipun, minggu ni merupakan episode sedih buat para sahabat yang baru saja menerima MSS. Apalah perasaan mereka sekarang ya. Ya Allah, kau bukakan lah pintu rezeki sahabatku semua.

Bukan rezeki Ayahanda nak menunaikan Haji tahun ni. 2 weeks before penerbangan akhir (yang dijadualkan Ayahanda) ke Jeddah, ayah dimaklumkan pihak pengurusan, 30 out of 60 quota VIP invitation to perform Hajj ditarik balik. Dan Ayahanda antara yang termasuk dalam list 30 tu. Ya Allah, ujian apakah ini. Sedikit terkilan & kecewa sewaktu menerima perkhabaran itu tapi aku redha, ini semua ketentuan Allah SWT. Ayah pun seakan akur & redha dengan keputusan yang diterima walaupun persiapan semua sudah dibuat. Mungkin ada hikmah disebaliknya.  

Apa pun, salam Aidiladha buat sahabat sekalian. Semoga amal ibadah kita semua diterima Allah SWT.


Subhanallah... 
masa-masa raya Haji ni lah teringat Indahnya beribadah di Tanah Suci


Semoga Allah SWT murahkan rezeki kami sekeluarga untuk bersama-sama menunaikan rukun Islam yang ke-5, InsyAllah.


Tuesday, September 22, 2015

Buka mimpi ngeri lagi


Hari ni datang keje macam suram jer... bukan sebab jerebu masih bermaharajalela tapi bila datang kali ni, 2 meja sebelah kanan dah kosong.

Finally, perkara yang paling sukar buat staff in my company buat masa sekarang ni sudah pun terjadi. Bukan mimpi ngeri lagi dah tapi realiti pahit yang terpaksa nak kena hadapi.

Sekarang bukan yang dah kena retrench je nak kena fikir masa depan tapi yang masih stay and belum tahu lagi nasib pun nak kena fikir juga future. Adoi dalam kegawatan ekonomi sekarang ni, mana saja company yang nak hiring.

Semalam saja, 3 persons from my project team officially retrenced. Previous week, 2 orang. So, total 5 instrument people from my current project team. Project still on going and for some package still in bidding stage, tapi nak buat macam mana, percaturan sudah dibuat.

Sakitnya tuh disini bila tengok member kiri kanan packing barang. Mata still mengadap PC sebab banyak benda nak issue tapi hati & perasaan ni, hanya Allah yang tahu, berdebar. Nasib baiklah aku masih mampu nak menahan air mata ini. Kesian... sedih... marah... tak puas hati... redha... macam-macam perasaan hadir tapi apa saja yang mampu aku buat untuk member yang dah kena.


Kenangan with my Instrument project team sewaktu jamuan raya project lepas, sekarang dah minus 4

And persoalannya bila akan berakhir pun... belum tentu. Next week, ada lagi yang akan dapat surat cinta and next batch, katanya, December pulak.

Maybe akan keep continue this practice until next year if no more upcoming big project. 

Sekarang hanya berdoa sajalah supaya rezeki kami masih panjang lagi di sini. Dan masih ada sinar untuk mereka yang kena retrench masuk balik. Hope so.

KF, Hanif, Faizal & Nurul... be strong OK.

Tuesday, September 15, 2015

Mahameru akan ku seru namamu


Syukur Alhamdulillah, sahabat hiking kami, Kak Syu dah berjaya menawan Semeru sehari yang lepas. Kami hanya kenal sebab trekking skali ke Rinjani. Tapi semangat dia memang tak dapat diragukan. Mother of 3, yang paling cute & kecik antara kami masa tu tapi the most toughest among all of us. Seriously kagum. Kecik-kecik cili padi.

Risau pulak bila dengar citer Kak Syu yang menggambarkan permulaan Semeru menuju Kalimati basecamp landai sahaja dengan aggaran masa 8jam. Hanya jalan menuju puncak Mahameru yang agak pacak & paling horror (memang dijangkakan pun).

Estimated Hours
Ranu Pane – Ranu Kumbolo – 4hrs
Ranu Kumbolo – Kalimati – 3hrs
Kalimati – Puncak – 5-6hrs


Thanks Kak Syu for this memorable caption... Really appreciate it

Apapun Tahniah Kak Syu, I know u can do it. Thank kerana mengabadikan nama kami di puncak Mahameru. Nama dah sampai dulu, orangnya tak tau bila, hehehe. Nama atas kertas putih tu bukan cabaran tapi misi GSH for year 2016. Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk kami di sana nanti.


Ranu Kumbola... harap jadi kenyataan


Apa yang menjadi persoalan sekarang… mampukah aku?

Keep our dreams alive GSH & we will survive, In Sya Allah



Perjalanan mahameru itu bukan perjalanan alam tapi perjalanan hati -5cm-



Monday, September 7, 2015

Bukit Saga new starting point

Sunday, 6 Sept 2015
Bukit Saga Ampang


Officially 1hb sept 2015, laluan utama ke Bukit saga ditutup sepenuhnya. Dan terkini, laluan baru, Jalan Saga 30 berhampiran Pangsapuri Saga dibuka sebagai alternatif kepada route yang lama. Dan aku & Thirah secara rasminya dah pun melawat kawasan kejadian. And wan yang join skali kami panjat for the first time pun lalu route yang baru juga.


Jalan Saga 28 old staring route to Bukit Saga, kini tinggal kenangan

Notice penutupan aktiviti pendakian melalui signboard Jalan Saga 28

Untuk minggu pertama ni, jalan menuju bukit Saga 28 telah ditutup laluannya kepada kenderaan yang ingin menuju ke Bukit Saga, siap ada orang jaga lagi tu tutup jalan dengan payung besar lagi, hahaha. Tapi bagus juga sebab aku rasa masih ramai lagi tak aware yang Jalan Saga 28 telah ditutup sepenuhnya. So, dengan adanya anggota rela ni, senang sikit lah sebab lalu lintas lebih terkawal. Instead of turn left to Jalan Saga 22, drive jer sampai hujung Jalan Taman Saga menuju ke Rumah Pangsa Saga. Sampai lah nampak orang ramai-ramai park kereta tepi jalan. Ending point Jalan ni adalah permulaan laluan baru ke Bukit Saga. Kalau pangsapuri belah kanan, laluan baru ni menghala belah kiri.

GPS Coordinate: 3.111354, 101.772125


Baru pukul 7.30 tapi Sepanjang perjalanan dah penuh dengar kereta bersusun... kalau lambat memang sambung sampai kat parking lama bukit Saga lah, hahaha


Landmark new starting point is Rumah Pangsa Saga... starting point on the left side

New starting point to Trail A & Trail C Bukit Saga, kalau ikut kanan ada signboard Trail B route tapi aku tak sure dia akan bersambung dengan Trail B route yang lama

Abaikan saja pemandangan kiri & kanan sebab permulaan tempat laluan ni macam tempat construction yang tergendalai

About 5min walk akan jumpa starting route yang lama, dah dipagar untuk mengelakkan orang masuk

After route kat atas, jumpa balik laluan normal yang sama nak ke Bukit Saga. Tapi agak menjadi kehairanan sebab tak ramai pulak yang panjat hari ni. Masa aku, Wan & Thirah naik adalah dalam 4-5 orang saja yang panjat bersama kami. Nak kata awal tak juga sebab dah nak pukul 8pagi kot. So, aku just assume ramai yang lalu Train B baru tadi sebab laluan nak panjat terus nampak saja. Tapi kalau Trail A & C kena menapak jauh ke dalam sikit lah, dalam 5min berjalan.


Laluan baru ke Trail A Bukit Saga

Masa otw nak balik nampak ramai komuniti disini tengah bergotong royong bersihkan laluan baru nak ke Bukit Saga

Menurut Thirah, batu-batu besar ni digunakan untuk buat load test

Pengakhiran trek Bukit Saga

Alhamdulillah, hiking hari ni habis awal sebab aku rasa turun naik dalam 1jam sahaja. Mungkin sebab tak banyak sembang macam selalu. Walaupun aku bawa orang baru kali ni tapi sebah dia banyak cakap sama laju macam dia hike, so, kami pun terpaksa jugalah follow pace dia. Hahaha. Masa kami turun baru perasan ramai orang baru nak naik and that time around 9.30am macam tu. Maybe sebab new route kan, masih tercari-cari lagi. Anyway, aku salute komuniti Taman Bukit Saga disini yang sama-sama bergotong royong membersihkan laluan baru nak ke Bukit Saga ni. Keep it up Uncle & Aunty.

Wednesday, September 2, 2015

Ada apa dengan Kota Tinggi

Ahad, 30 Aug 2015
Kota Tinggi, Johor


Plan asal nak mendaki Gunung Panti bertukar kepada plan lain, jalan-jalan di Kota Tinggi. Hajat di hati memang nak panjat Panti tapi apakan daya, takde cukup informasi untuk kami nak ke situ. Risau juga walaupun trek dikatakan agak leisure for beginners. So, plan has changed and we all decided nak jalan-jalan di Kota Tinggi sahaja. Apa yang menariknya Kota Tinggi ni? Jom explore...


Air terjun Kota Tinggi

Dulu selalu dengar antara daya tarikan kat Kota Tinggi ni, Air terjun nya. And finally, aku di sini. Kalau ikutkan plan asal, air terjun suppose to be our second agenda after Gunung Panti tapi memandangkan harapan tak kesampaian, makanya, kami memulakan agenda pagi Ahad kami, ke Air Terjun Kota Tinggi yang katanya sangat popular suatu ketika dahulu.

Kalau ikutkan hari ni, Johor tak cuti tapi menjadi kehairanan kerana wataerfall sangat ramai orang. So, aku assume yang ramai datang ni, mereka-mereka yang dari KL balik bercuti di Kampung halaman, hahaha. Apa taknya hampir setiap ceruk waterfall penuh dengan orang. Ingatkan dapat lah nak berjimba sakan tapi emmhhh. 


Hari sekolah kat Johor pun ramai orang

Ohh, nak ke waterfall yang paling atas kena hiking sikit lah naik tangga. Tak lama pun, kalau dari bawah lebih kurang 10-15min juga. Kami naik sampai atas tapi kat atas pun rama juga orang, adoi. Spoil lagi. Cuma yang tak ramai orang tempat waterfall yang paling atas lah, tempat yang air paling dalam. Lagipun, tempat ni dah diletak tanda amaran disebakan pernah ada kes disini dan juga halangan untuk tidak dimasuki pengunjung tapi ramai jer yang masuk. Tapi bagi aku kalau pandai berenang memang takde masalah, air tu dalam mana pun. Cuma konfiden atau tak jelah.


Kena trekking nak sampai yang paling atas

Trekking lagi untuk sampai ke waterfall paling atas

Waterfall yang paling atas & paling dalam

Sampai sini jelah waterfall nya

Kami spend tak lama pun kat sini. Adalah dalan 2 jam saja. sebab makin lama makin ramai pulak orang yang datang. Air pun macam keruh jer. I pun risau nak berenang. So, after mandi-mandi, kami pulang semula ke Felda Pasak & petangnya kami plan nak menjejak sejarah pulak. 


Menjejak sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Idea nak melawat Sultan Mahmud mangkat dijulang datang sewaktu kami berada di rumah Mak Mah (mak kepada sahabat, Fad & Adeq). Masa duk tengah diskus apa nak buat sempena cuti merdeka ni, tiba-tiba datang plak idea nak gi Kampung Makam yang dikatakan tempat bersejarah yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. So, after a short trip to Kota Tinggi waterfall, petangnya kami menjejak sejarah pulak. Aku excited pun sebab aku pernah terlibat dalam pementasan drama sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Kiranya mengimbau kenangan lalu lah ni, hahaha. KLMJ sangat. 




Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah antara tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini. 


Makam Sultan Mahmud

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, al-kisah... cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II (keturunan sultan Melaka).

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawanangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Tak salah aku, nak menunjukkan yang Dang Anum mengidam disebabkan bayi dalam kandungannya, setelah perutnya dibelah, dengan kuasa Allah swt, bayi dalam tersebut sedang memegang seulas nangka & disaksikan lah seluruh yang ada disitu, wallahualam. Aku tak pasti kesahihan cerita ini tapi dulu masa zaman sekolah rendah, aku terlibat dalam pementasan drama “Sultan Mahmud mangkat dijulang”. Dan salah satunya melibatkan adegan ni lah. Masa tu aku bukanlah pelakon utama nya tapi hanya pencerita untuk keseluruhan drama sebab ini adalah pementasan pantomin.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.(source)

Katanya, sumpahan tu dah berakhir pun. Last sumpahan, waris dikatakan muntah darah sehingga menemui ajalnya ketika berada di Kota Tinggi. Tapi kenapa mesti 7 keturunan ya. Rasanya mana-mana sejarah pun, kalau nak sumpah mesti 7 keturunan. Anyway, aku takdelah percaya pada sumpahan ni. Boleh jadi dah ajal dia kan. 


Makan ini terletak di dalam kawasan masjid Kampung Makam

Makan Sultan yang dijaga rapi

Senarai Sultan yang dimakan kan di sini, sebahagian nya tidak diketahui


Beautiful sunset di Teluk Sengat

Selepas menjejak sejarah di Kampung Makam kami bergerak ke Teluk Sengat pulak, otw jalan menuju Desaru. Katanya disini sunset sangat cantik. So, kekecewaan nak mengejar sunset di Puteri Harbour terubat sikit jugalah hari ni. Walaupun tak perfect tapi ada jugalah kan dari takde, hahaha. Anyway, sunset ni ikut nasib juga. Kalau bertuah memang dapat capture moment yang ohsem.


Sunset di Teluk Sengat


Keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty 

Next agenda after sunset, kami ke Jetty Tun Sri Lanang pulak. Jetty di sini adalah antara jetty yang dijadikan tempat untuk membawa pelancong menyaksikan keajaiban kelip-kelip. Compare to Kuala Selangor, kat sini boat ada engine. Dulu kat Kuala Selangor kami naik boat yang pakai pendayung jer. Scary juga sebab boat kecik dan penumpang pun boleh naik 5 orang sahaja including the boatman. Sungai yang ada buaya pulak tu, hahaha. But still we supplied with a life jacket. Berlainan sekali dengan Jetty Tun Sri Lanang dimana boat with engine & sangat besar yang boleh memuatkan hampir 40 orang dalam satu masa. Kiranya kehebatan kelip-kelip disini setanding juga dengan di Kuala Selangor. Bezanya cuma route nak tengok kelip-kelip di Sungai kota ni lebih panjang compare to Kuala Selangor yang lebih pendek routenya. Kelip-kelip di Kuala Selangor juga lebih banyak compare dengan kat sini. 

Trip tengok kelip-kelip ni lebih kurang 45min melalui Sungai Kota. And fee yang dikenakan RM20 per person. Macam biasalah, it's hard to capture the fireflies with camera. Maybe kena special camera kot baru boleh kan. So, enjoy tengok sajalah keajaiban Allah swt.


Jetty Tun Sri Lanang

Alhamdulillah, dalam satu hari saja kami dah sempat khatam 4 tempat yang menarik & unik di Kota Tinggi ni. Kota Tinggi waterfall, Makan Sultan Mahmud mangkat dijulang, sunset di Teluk Sengat dan kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty. Tak sangka banyak juga daya tarikan Kota Tinggi. Yang aku hairan orang Kota Tinggi pun tak habis lagi explore apa yang menarik yang ada kat Kota Tinggi ni. Sanggup tu ke Kuala Selangor semata-mata nak tengok kelip-kelip padahal kat kampung sendiri yang lagi dekat tu pun ada, hahaha. Mungkin tak kerana kami yang dari KL ni datang, maybe sampai sekarang, Cik Fad & Adeq tak tau ada tempat nak tengok sunset cantik & keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang. Anyway, thanks bawa kami jalan-jalan kat Kota Tinggi ni. Terima kasih tak terhingga to Fad & Adeq kerana kesudian mengajak kami bercuti di Kota Tinggi. 


Tuesday, September 1, 2015

Apa ertinya Merdeka


Tahun ni erti merdeka pada aku... merdeka kejap lah dari menghadap kerja yang agak menimbun kat ofis, hahaha. 

Zaman berlalu, tahun berganti, pengertian merdeka kepada golongan muda sekarang semakin kabur maksudnya. Sekarang let say lah, merdeka tu jatuh weekend, Ahad or Friday or Monday or any combination dengan weekend, confirm lah masing-masing plan nak bercuti. Tak semestinya oversea tapi cukuplah dapat spend kat dalam Malaysia or sekadar balik kampung halaman. Macam aku, takde special plan pun tapi sebab dek ajakan sahabat bercuti di kampungnya, Kota Tinggi, so, aku pun ikut jelah. Lagipun takde sapa-sapa pun kat rumah nanti, so, better I have something to do during my Merdeka weekend. Plan asal nak mengibarkan bendera Malaysia di puncak Gunung tapi apakan daya tak cukup informasi nak sampai ke situ.

Tapi bagi aku tak kisah lah nak bercuti ke, nak buat apa-apa pun masa 31/8 asalkan, pengertian kemerdekaan terus diwarisi dan difahami. Tanpa mereka yang terdahulu sapalah kita kan. Semogo Roh pejuang Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan dirahmati Allah swt & terus diingati dan menjadi lagenda sebab wujudnya Malaysia.


We proud to be part of Anak Merdeka

Plan nak tengok sunrise tak jadi sebab kami salah tempat, last2 ended up kat Puteri harbour sambil layan view & main belon air kat sini, hahaha

Keep peace Malaysian

To all Malaysian let's keep this country peace forever.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...