Pages

Tuesday, November 5, 2013

Short trip to Sungai Chiling

Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu 
Sat, 26 Oct 2013


Memandangkan kami on the way nak ke Fraser Hill akan lalu Sungai Chiling so, aku dah buat plan nak ke situ memikirkan kami ada banyak masa lagi before nak sampai ke Tanglin Bungalow, Fraser Hill. Suppose kami dibawa oleh somebody tapi memandangkan dia segan sangat dengan kami-kami, dia pun cancel. Anyway, tak kisah pun sebab ada member yang dah pernah pergi cakap tak perlu guide pun takpe sebab ade map & clearly marked trail towards the main waterfall & kalau pergi weekend confirm ramai yang hiking ke puncak air terjun. So, berbekalkan keyakinan member aku ni, kami pun cubalah memandai-mandai sendiri.

Sungai Chilling is a waterfall and fish sanctuary at the foothills of Fraser's Hill, located after the Selangor Dam from Kuala Kubu Bharu and not far from Kampung Pertak. Kalau nak ke Bukit Kutu, memang akan ambik simpang ke Kampung Pertak tapi kalau nak ke Sungai Chilling proceed jer until nampak signboard seperti photo di bawah. Actually kalau pergi weekend, before nampak entrance "santuari ikan sungai chiling" dah nampak kereta berderet kat tepi jalan... pendek kata nak cari parking pun susahlah... hehehe, statement untuk orang yang sampai pukul 10.30pg ok. So, next time kalau nak dapat port parking best datanglah awal sikit yea, kalau tak alamat menapak jauh sikit lah. Kalau dari Kajang pun 7.30pg & pastu breakfast dulu kat KKB... memang terpaksa menapak lebih sikit dari biasa.


Entrance to Sungai Chiling

Sebenarnya, kami tak terus masuk ke entrance di atas kerana memikirkan jalan dah ditutup. Masa tu kami cuma nampak the other side yang ramai orang turun. Kami pun ke situlah, bila dah sampai ke bawah baru perasan... haa macam pelik je laluan ni. Sepatutnye kami masuk trek hutan dulu baru jumpa sungai kot tapi ada pulak orang mandi-manda kat bawah ni. So, aku pun naik balik dan tanya kakak yang berniaga air kat atas. Ok, kami sepatutnya masuk kat laluan entrance tadi. Actually, laluan tu bukan ditutup cuma palang dijatuhkan, maybe reason tak bagi kenderaan masuk. Kami pun patah balik and follow the right direction.


Our journey thru leisure jungle trail

Opening hours

Dah sampai pun

Map to guide visitors... kami tengok map ni pun sesat dah simpang yang pertama

Need to register first & declare your stuffs... RM1 pp entrance fee & deposit RM20 for rubbish, so, kalau tak nak burnt RM20 sila bawa balik quantity asal yea

Ada toilet and surau

Need to cross this bridge to start the trekking

Only 7 of us... one missing busy taking photo at this time

Beautiful view just before you reach the other side of bridge

Actually, just after  you cross the bridge, take the left side, masuk semak. Kami take left juga tapi after crossing anak sungai. Follow map kat atas tu lah. Masa kami passed that bush on the left side tu tak terfikir pulak nak bertanye kat one Indian group yang tengah tunggu kat simpang tu. Boleh masing-masing dengan confident nye berjalan tanpa menoleh ke belakang... hehehe. Budget betul lah tu. After crossing anak sungai tu, trek nampak macam dah agak steep juga. Agak-agak dah berjalan dalam 20min baru lah perasan yang kami macam follow jalan yang salah sebab takde kedengaran suara group-group lain pun samada di hadapan atau belakang kami. Trek memang nampak macam trek orang hiking tapi tak nampak macam orang baru lalu. Huish... hairan juga, kalau follow map macam betul. Dengan tak sedap hati kami pun patah balik follow the same way until simpang yang mula-mula tadi. Masa tu ade another group juga baru sampai situ and about to start trekking. Kami pun follow that group. Baru perasan jalan ni lah yang sepatut nye kami ambik tadi... huhuhu. 

Kami tak trekking pun sampai atas memandangkan macam dah lambat sangat. So, kami decide nak stop kat tempat yang bawah ni jer. Yelah kalau nak proceed, another 7km maybe... sebab kalau dari simpang tadi ke sini estimated distance dalam 1km jugalah. Kalau proceed juga maybe 1 hr baru sampai. Return another 1 hour. Macam dah banyak buang masa pulak. Masing-masing pun dah nampak macam takde hati nak teruskan lagi. Takut juga nanti sampai ke Fraser Hill dah petang sangat sebab kami start pun dah lambat. Anyway, tak sempat pun nak cross sungai.


Boleh tahan juga deras air Sungai Chiling waktu kami mandi di sini

Ini sajalah yang kami mampu nikmati

Kami spend lebih kurang 1 jam and then return back. Hahaha... memang short trip betul lah. Honestly, memang tak puas hati lah tak dapat sampai atas tapi this is not our main agenda. Ada yang lagi menarik menunggu di Tanglin Bungalow, Fraser Hill. Hahahaha... tak sabar rasanya.

Insyallah kalau ade rezeki, kita ke sini lagi yea geng.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...