Pages

Thursday, May 23, 2013

Story of my wisdom tooth


Klinik Pergigian & Surgery Dr Aina
Prima Saujana Kajang
Wed, 22 May 2013
Time: 3pm - 4pm



Sekilas Fakta...

Gigi bongsu (or Wisdom Tooth in English) adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.

Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bongsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah. 

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh. 

(Source: Wikipedia Malay and English)

And ade source juga mengatakan, pertumbuhan gigi bongsu juga bermakna tumbesaran juga sudah terhenti. Bukan tembesaran badan yea tapi "ketinggian".  


Impact on wisdom teeth


My Story...

Actually, aku tak pernah terfikir pun nak buang gigi bongsu aku... Dulu mula-mula doc pernah suggest buang saja tapi aku taknak sebab sayang, aku tahan jer sakit selama seminggu... lama-lama ok jer. Tapi doc cakap nanti dia sakit lagi ni sebab gusi dah block sebahagian dari gigi yg nk keluar tu. Doc suggest potong gusi, aku tak nak juga. Hahaha... nampak sangat penakut.

Aku rasa tak brape lama dari tu, sakit yg sama datang juga tapi tak brape teruk sangat, still boleh bertahan and aku cuma amalkan penjagaan gigi yang rapi sebab doc cakap penjagaan amat perlu sebab gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi. Aku masih ingat lagi... masa tu aku masih dalam regular treatment on braces/retainer. About 2 years back.

Tapi kali ni, sakit yang dulu macam melanda lagi dan kali ni agak worse sebab aku tak boleh nak berus bahagian yang sakit and makan hanye bergantung gigi sebelah kanan sahaja. Kali ni doc suggest cabut jer sebab gusi dah halang gigi tu nak keluar. Tak pun potong gusi tapi ni tak lama lah sebab akan tumbuh sel yang baru balik. And boleh jadi kesakitan yg sama akan berulang. So, lepas 3 hari aku pun decide lah nak cabut juga walaupun dengan berat hati.

Cabut gigi bongsu ni bukan macam cabut gigi geraham biasa. That's why dia consider as minor surgery and harga dia pon boleh tahan juga mahal. Alhamdulillah, my company cover.

Rawatan nak cabut jer makan masa 1 jam. And before cabut doc akan bius kawasan sekitar untuk hilangkan kesakitan semasa surgery dilakukan. Macam kes aku, makan masa 20min juga nak cabut and bila dah cabut tak semua yang keluar, mcm ade tertinggal skit... Aku rase patah sebab masa dia tunjuk kat aku gigi tu mcm tak sempurna keseluruhan nye. So, doc godek-godek still tak dapat keluarkan sebab too deep & blood was unstoppable. Macam-macam scary tools yang dia pakai tapi aku tak ade perasaan lah sebab tak rasa apa-apa kan. Kalau tak bius memang alamat menangis tak berlagu lah aku. Doc cakap dia tak dapat keluarkan yang balance tu tapi dia dah berjaya hancurkan serpihan tu dengan tools yg dia pakai tadi. Errrkkk... So, the last treatment was covering the opening part, jahit lah. Dah jahit but still darah still keluar. Aku rasa pagi ni kot baru dah betul-betul darah stop. Kalau tak dari malam tadi aku asyik meludah darah jelah. Risau juga aku.


Successfully being pulled out.
Perasan tak akar dia agak panjang compare to normal teeth

Lepas dah cabut banyak lah pulak pantang nye. Tapi yg pasti tak boleh kumur-kumur untuk the next 24hrs. Makan & minum after 2 hrs. Tapi kalo dah sakit, mana lalu nk mkn... minum & makan rasa ubat jer masuk tekak. No hot food for few days. Nak buka mulut pun limited.

Hari ni, mulut sebelah kiri dah start membengkak. Dan aku masih tak boleh berkukmur cuma masukkan air garam and biar sekejap and then keluar kan balik... untuk mempercepatkan pengecutan. Aku dapat 3 days leave dari doc. Aku saja pilih hari yang dekat dengan cuti, so that aku tak perlu cuti lama sebab doc dah kasi tahu impact nye.

Bertabah lah yea untuk a few days ni.


Do's & Dont's... manually written by the Nurse, OK

My supplements after the surgery

3 comments:

  1. cantiknye tulisan nurse. macam printed

    ReplyDelete
  2. Nur Adibah, kos rawatan dlm rm400 sbb dh kira minor operation

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...