Pages

Thursday, May 23, 2013

Story of my wisdom tooth


Klinik Pergigian & Surgery Dr Aina
Prima Saujana Kajang
Wed, 22 May 2013
Time: 3pm - 4pm



Sekilas Fakta...

Gigi bongsu (or Wisdom Tooth in English) adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.

Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bongsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah. 

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh. 

(Source: Wikipedia Malay and English)

And ade source juga mengatakan, pertumbuhan gigi bongsu juga bermakna tumbesaran juga sudah terhenti. Bukan tembesaran badan yea tapi "ketinggian".  


Impact on wisdom teeth


My Story...

Actually, aku tak pernah terfikir pun nak buang gigi bongsu aku... Dulu mula-mula doc pernah suggest buang saja tapi aku taknak sebab sayang, aku tahan jer sakit selama seminggu... lama-lama ok jer. Tapi doc cakap nanti dia sakit lagi ni sebab gusi dah block sebahagian dari gigi yg nk keluar tu. Doc suggest potong gusi, aku tak nak juga. Hahaha... nampak sangat penakut.

Aku rasa tak brape lama dari tu, sakit yg sama datang juga tapi tak brape teruk sangat, still boleh bertahan and aku cuma amalkan penjagaan gigi yang rapi sebab doc cakap penjagaan amat perlu sebab gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi. Aku masih ingat lagi... masa tu aku masih dalam regular treatment on braces/retainer. About 2 years back.

Tapi kali ni, sakit yang dulu macam melanda lagi dan kali ni agak worse sebab aku tak boleh nak berus bahagian yang sakit and makan hanye bergantung gigi sebelah kanan sahaja. Kali ni doc suggest cabut jer sebab gusi dah halang gigi tu nak keluar. Tak pun potong gusi tapi ni tak lama lah sebab akan tumbuh sel yang baru balik. And boleh jadi kesakitan yg sama akan berulang. So, lepas 3 hari aku pun decide lah nak cabut juga walaupun dengan berat hati.

Cabut gigi bongsu ni bukan macam cabut gigi geraham biasa. That's why dia consider as minor surgery and harga dia pon boleh tahan juga mahal. Alhamdulillah, my company cover.

Rawatan nak cabut jer makan masa 1 jam. And before cabut doc akan bius kawasan sekitar untuk hilangkan kesakitan semasa surgery dilakukan. Macam kes aku, makan masa 20min juga nak cabut and bila dah cabut tak semua yang keluar, mcm ade tertinggal skit... Aku rase patah sebab masa dia tunjuk kat aku gigi tu mcm tak sempurna keseluruhan nye. So, doc godek-godek still tak dapat keluarkan sebab too deep & blood was unstoppable. Macam-macam scary tools yang dia pakai tapi aku tak ade perasaan lah sebab tak rasa apa-apa kan. Kalau tak bius memang alamat menangis tak berlagu lah aku. Doc cakap dia tak dapat keluarkan yang balance tu tapi dia dah berjaya hancurkan serpihan tu dengan tools yg dia pakai tadi. Errrkkk... So, the last treatment was covering the opening part, jahit lah. Dah jahit but still darah still keluar. Aku rasa pagi ni kot baru dah betul-betul darah stop. Kalau tak dari malam tadi aku asyik meludah darah jelah. Risau juga aku.


Successfully being pulled out.
Perasan tak akar dia agak panjang compare to normal teeth

Lepas dah cabut banyak lah pulak pantang nye. Tapi yg pasti tak boleh kumur-kumur untuk the next 24hrs. Makan & minum after 2 hrs. Tapi kalo dah sakit, mana lalu nk mkn... minum & makan rasa ubat jer masuk tekak. No hot food for few days. Nak buka mulut pun limited.

Hari ni, mulut sebelah kiri dah start membengkak. Dan aku masih tak boleh berkukmur cuma masukkan air garam and biar sekejap and then keluar kan balik... untuk mempercepatkan pengecutan. Aku dapat 3 days leave dari doc. Aku saja pilih hari yang dekat dengan cuti, so that aku tak perlu cuti lama sebab doc dah kasi tahu impact nye.

Bertabah lah yea untuk a few days ni.


Do's & Dont's... manually written by the Nurse, OK

My supplements after the surgery

Thursday, May 16, 2013

Bachelorette Party @ Awanmulan


Awanmulan
Kampung Jelebu, N9
14 - 15 Dec 2012

Acara ni berlansung kira-kira 6 bulan yang lepas, tapi masa tu aku lupa yang aku dah buat draft untuk entry nie. By the time aku post entry ni, Farah dah nak masuk 3 bulan pregnant. Alhamdulillah.

Awanmulan... bunyi seindah nama tempat dia kan tapi sebenar nye nama tu diabadikan kepada seekor Anjing. Ya, Anjing peliharaan tuan empunye tempat ni yang dah dah arwah pun. Anyway aku bukan lah nak citer asal usul tempat nie tapi kalau nak tahu further detail bolehlah ke link ni. 

Tak susah pon nak ke sini tapi sebab tempat dia macam terceruk sikit, so, kami, tersasar juga lah masa nak masuk simpang ke kawasan ni. Dan jalan nak ke sini pun agak horror juga sebab dikelilingi hutan & jalan TAR yang tak berapa nak rata.

Actually, plan bachelor party & pilihan tempat ni, semua idea Nadiah. Cari kelainan sikit, kalo sebelum ni aku berkhemah sambil ber BBQ di tepi pantai & ditemani nyamuk-nyamuk tapi kali ni aku masih ber BBQ cuma kami lebih kepada nak cari kedaiman dalam keindahan alam semulajadi.

Initial plan nak hiking sambil bercamping tapi memandangkan, yang bakal nak menamatkan zaman bujang request tak nak tempat yang ade nyamok cos ade 1 month jer tempoh so, kami choose tempat ni as our event party. Haa... nampak exclusive sikit kan. Yelah bukan slalu, skali skala apa salah nye kan. Tapi tak salah aku total spend utk semua, 2D1N stay, foods & extra around less than RM200 per pax.


Entrance to Awanmulan...tengok pun dah scary ek, jangan risau masuk jer

Masa kami sampai, kami disambuat oleh owner tempat ini. He is very helpful and friendly. Have a chat with Him to find out the story behind Awanmulan. Uncle ni siap bawa kami tour satu kawasan penginapan disini lagi... huhuhu. 


Entrance to Kesidang and Teratak Bonda

Laluan menuju ke Teratak Bonda

Actually rumah Kesidang yang kami duduk ni untuk 6 pax only, memandangkan kami berlapan so, we requested additional two extra beds.


View outside the Teratak Bonda

Yeahhh... it's ladies Night

Agak jarang nak nak nampak plug macam ni dah kan

The dining room

The kitchen... kalau macam ni hari-hari pun aku tak kisah nak masak

Yang penting semua kelengkapan dapur dah disediakan. Dining and Cooking Utensils, Drinking Water, Mugs, Glasses, Microwave, Fridge, Toaster, Kettle, Rice Cooker, Induction Stove, Salt, Pepper, Sugar, Cooking Oi... all provided. Breakfast also provided as part of the package but local breakfast only. Dinner & Lunch usaha sendiri lah nak masak. Dapur kalau dah cantik macam ni, kalau malas masak juga, tak tahu lah nak cakap apa dah... hehehe.


Barbeque set is available

Other things like Barbecue equipment (tongs, prongs, skewers, coal, barbecue tray), Steamboat, Hot Plate / Grill, Mosquito Coil are also provided upon request. So, make sure lah masa book tu request lah apa yang dirasakan perlu, ok.


Tempat santai

Jom kita tengok bilik-bilik yang ada...

Tapi apa yang aku perasan most of furniture kat sini banyak dari Ikea lah... hahaha.


Laluan menghala ke one of the room

Very creative interior design

Aku suka sangat penyidai ni, kat Ikea ade tak agak-agak nye

Interior design dengan sentuhan traditional... I like

Rumah kami... view from the other side

Lorong yang menghubungkan bilik

The shower

Kalau lah dapat menikmati keindahan macam ni hari-hari


Siap ade dapur kecik kat one of the room

Ni yang aku paling suka... Infinity Pool

Tengah amek mood @ infinity pool pektis for tonight's show.
Tengoklah view kat belakang tu memang awesome

Dasyat tak dasyat party kami siap ade Deko deko lagi... huhuhu

Our main menu for tonite

Our theme for that night... Pyjamas

Hokkaido cake for Birthday Girls

Tapi part yang paling tak best, kami tidak dibenarkan membuat bising after 12am bagi mengelakkan gangguan kepada rumah-rumah yang berhampiran. Tapi rasa nye baru pukul 11 malam kami telah diberi warning rumah sebelah to slow down our voice a bit. Huish...Awal nye dia orang ni tido, tak happening lansung. Kami tak karoeke pun cuma buat aktivity yang memerlukan kami excited terlebih sikit. OK, nampak sangat loudspeaker kan. Terus aktivity malam kami terbantut. Tapi kalau ikutkan memang tempat ni untuk menenagkan fikiran pun tapi kalo dah bising tu, tak tenteram dah lah nama nye.

Part yang paling best bila kami dah switch off the light and tidur sambil mengadap langit. Fuyoo, memang sangat lah tenteram dengan pemandangan jutaan bintang di langit. Subhanallah.


One of the place for BBQ & party

View of Teratak Bonda & Kesidang House from top

I wish I could have my dream house like this. Sungguh menenangkan. 

Kepada GGK member yang nak menamatkan zaman bujang anda hujung tahun ni, aku suggest tempat macam ni lah kalau nak buat bachelor party. Hahaha... best skit. 


Wednesday, May 15, 2013

Bilakah "SEMANGAT" itu akan tiba?


My Home sweet Home
Friday, 10 May 2013


Last week masa dok kemas-kemas my "TREASURE" in my personal stuff box, baru aku perasan yang aku dah lama meninggalkan hobby aku yang satu nie "Marathon". Masa tu macam baru terfikir, apa jer aktivity marathon aku for year 2013... oppsss, NONE. Ntah lah bila kah kerajinan itu akan hadir. Sebenar nye, aku bukan malas tapi macam nak cari kelainan sikit dalam aktivity yang aku buat, contoh nye macam "Marathon" nie, aku macam nak cuba kelainan macam lari dalam hutan ke, lari tepi pantai, lari panjat bangunan ke, climbathon ke... apa lagi ek, apa-apa lah asalkan lain dari yang pernah aku buat sebelum nie. Tapi itulah...bila ntah agak nye, yelah asyik lari atas Jalan tar jer takpun kat Highway. At least aku dah tahu aku boleh lari atas jalan lagi laju dari aku lari atas treadmill. Statement nampak macam poyo kan tapi kelainan itulah yang BEST.

One of my favourite Event yang aku nantikan hujung minggu ni "KL Towerthon" pon, maybe, aku terpaksa lupakan. Walaupun hakikat nye, kaki ini meronta-ronta nak panjat KL Tower tu. Dah macam anual event kan. Apa nak buat, aku terpaksa akur kepada ajakan seorang sahabat ajak pergi bercuti... yang tak boleh blah tu ayat pematah semangat dia "Alah tiap-tiap tahun pun ko panjat KL Tower, cuma tahun ni je tak... setakat nak dapat medal tu je pon kan, apalah sangat". Sebab kawan baik punye pasal, emmhhh... aku terpaksa akur jugalah memikirkan this is not my 1st time. Anyway, aku dapat merasakan prestasi aku agak turun this year sebab lutut aku dah macam loose skit & hari-hari pergi surau naik tangga from level 1 to 5 pon dah semput, lagilah space dia besar & ade ruang pengudaraan yang cukup. Hahaha, ayat nak sedapkan hati.

Tapi yang pasti ni jelah aktivity berlari yang aku berjaya register this year & tak dapat pergi pon. Anyway Good Luck to GGK member yang join this year & hopefully improve record last year, OK.


Some of my collection... arrggghhh rindunye nak ber "marathon"

Tuesday, May 14, 2013

Night Photography: Putrajaya Bridge Part 1


Seri Gemilang Bridge 
Presint 4, Putrajaya 
Sunday, 12 May 2013 
Time: 6.45 to 7.45 PM


Night Photoshoot is one of my favourite photograph works. Why?? Sebab memerlukan daya kesabaran yang tinggi walaupun saya ni bukan lah seorang yang agak penyabar orang nye. Anyway it was fun walaupun terpaksa bertahan dengan nyamuk & cuaca yang agak tidak menentu sekarang ni.

My target this week was to shoot Putrajaya Bridges during Night time. So, for beginning, I chose Seri Gemilang Bridge as my first target for this week. Target nak shoot more than one tapi masa tidak mengizinkan. We managed to spend 1 hour at this area. Initial plan nak capture the “Golden Hour” kat sini tapi sky colour not as stunning as previous day… so, we changed to Night Photo shoot.


Masa ni belum betul-betul gelap lagi

Bridge that are lit up at night look stunning when photographed well

The above photo was taken with 3 different exposure and blended into HDR mode. Below pic was the original.


Shutter: 30", Aperture F22, ISO 100, Flash: Not fired
Use small aperture to get star bursts from light


I chose Auto WB for natural look. For warmer colors, maybe can set the White Balance from Auto to Daylight. I think, the best angle is to place the camera so that the bridge, the water and the PICC can be seen. Maybe next time I should try take on the other side so that Putrajaya Buildings can be seen.


Wednesday, May 8, 2013

Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi


Sinonim dengan apa yang tengah terjadi di Negara kita kini... PRU13 or GE13 dah berlalu tapi masih dengan suara tidak kepuasan hati beberapa pihak yang menyangkal keputusan yang dah dibuat.

Aku cakap tidak menyebelahi mana-mana pihak... we're democracy country and we have freedom to talk. Saya cuma rakyat malaysia biasa yang inginkan keamanan dan "perubahan" ke arah yang lebih baik.

Sekarang ni buka social network jer... takde isu lain, mesti citer POLITIK and yang pasti nye HOT issues sekarang ni, PRU13... masing-masing dengan pendapat & ego masing-masing. Macam-macam andaian & teori yang dibuat... kenapa orang tu menang, kenapa orang tu kalah, Isu black-out, phantom voters, early voting, foreign voters. racism etc... betul ke tidak... logic ke tidak... emmhhh. Kalau benda yang kita “SHARE” yang memburuk-burukkan seseorang itu terbukti tidak benar bukan kah dah jatuh FITNAH nama nye. Bagus nye ade social network ni kalau kita gunakan ke arah saluran yang betul tapi kalau people are too fanatic about certain thing i.e. politic... ni lah masalah nye, semua nak disalurkan. Lepas tu banyak sangat version nyer & agak meragukan dan at the end mengundang fitnah. Nauzubillah.

Kadang-kadang tu aku agak tertarik dengan satu artikel politik tu... nak LIKE tapi fikir juga sebab pendapat dia seakan ade isu kurang menyenangkan. Ade satu tu, too racism sangat... aku nak comment kasi pendapat tapi fikir pulak... my friends dari perbilang kaum and some of us working on the same place, having the same interest and being friend for so long. Kalau aku “Like” or “Comment” bukan kah my other friends can also read and see what I read & commented. So, sebab taknak timbul kan issue sebigini lah saya lebih suka baca & berdiam diri... at least saya tahu kawan-kawan saya ni ramai juga yang berpotensi jadi ahli politik. Bagi aku tak semua kaum lain tu jahat and tak semua Malay tu baik... fikirkan.

Ade sorang kawan aku ni sampai tak suka nye dia dengan kaum ni & sebab mostly parti ni sapu bersih semua tempat... sampai isu Komunis zaman bapak dia dulu pon dia timbulkan dalam FB. Perlukah??? Have you checked your friend list? Ko antara top student kat U dulu tapi takkan lah tak boleh berfikiran secara rasional sebelum ko post kan apa-apa.

Kita bebas untuk memilih dan menyokong sapa yang kita rasa layak untuk dijadikan pemimpin. Kalah atau menang... itu adat pertandingan. Yang pasti kita dah jalankan tanggungjawab kita.

Kita nak kan perubahan tapi macam mana kalau kita sendiri yang tak nak berubah minda, masih di takuk lama... sampai bila-bila takkan berubah. Tapi, apa yang aku lihat orang bandar dah mula terbuka minda & hati... Cuma orang-orang luar bandar yang masih tak terdedah kepada dunia luar yang masih belum sepenuhnye terbuka minda... not all tapi most of them. Menilai dari apa yang mereka lihat dari TV, percaya apa yang dibaca & mudah termakan dengan janji-janji manis yang belum tentu dikotakan. Mereka merungut harga barang naik, tanah tergadai, semua benda mahal etc tapi mereka juga yang memilih pemimpin mereka.Tapi tak boleh nak salah kan mereka-mereka ini sebab mereka tak macam kita yang duduk di Bandar yang lebih terdedah kepada REALITY, teknology terkini, social network &...apa lagi, cakap je apa yang takde. Aku bukan omong kosong sebab aku alami nye sendiri bila aku pulang ke kampung. Kadang-kadang bila cakap lebih... kita pulak yang dimarahkan. Alahai susah lah macam ni. 

Ingatlah...

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ” (Ar-Ra'd:11) 


Inilah yang kita cuba nak ubah.

Cukup-cukuplah timbulkan isu perkauman...Kita ade perlembagaan. Bukan sewenang-wenang nye perlembagaan itu boleh diubah. Insyallah, takkan hilang nye hak keistimewaan melayu.

Satu lagi... kenapa Isu seks yang mesti digunakan untuk menjatuhkan kaum seagama kita sendiri walaupun tak sehaluan. Tak habis citer yang beberapa tahun lepas dulu tu timbul pulak mangsa baru. Entahlah aku pun tak pasti kesahihan cerita ini. Yang pasti tertuduh masih menjadi pilihan rakyat... kepercayaan terbukti sudah. Tapi, tempias serangan isu panas di saat akhir ni boleh jadi mampu mengubah penilaian seseorang... dah sumpah depan “Ruman Allah” takkan nak buat main-main lagi isu macam ni kan, of cos lah kita nak pemimpin yang berakhlak kan? Tapi bagi orang yang tahu rasional nye, apa yang kita nampak tak samestinye sahih dan terlajak perahu boleh ditarik... terlajak cakap tak boleh nak rewind dah. So, fikirkan.

Tahniah lah kepada mereka-mereka yang dah berjaya menggunakan isu seks & racism nak mengaburi mereka-mereka yang kabur. Are u going to do the same tactic for next coming election. Inikah yang kita ingin lihat... rakyat berpecah-belah.

Macam mana nak aman & makmur kalau tak ade perpaduan. Aku cakap bukan nak cakap aku bagus tapi aku takut "sejarah mungkin berulang" kalau kita takde perpaduan & hilang nye kerpercayaan sesama umat manusia.

Anyway...

All the best for this coming 5 years... to our beloved PM... sila jalankan tanggungjawab anda dan kotakan “Janji-Janji Manismu”.

Semoga ALLAH berikan petunjuk & hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami ini. Ameen.

Saya pun takdelah sempurna sangat, hanya manusia biasa & tak lepas dari melakukan dosa...


I love ISLAM, I love Malaysia & I want PEACE \(^_^)/



Sunday, May 5, 2013

I'm Done...


Alhamdulillah... sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, I'm done... tanggungjawab aku dalam menentukan sapa yang patut menjadi pemimpin.

Alhamdulillah juga semakin ramai orang muda yang dah ade kesedaran nak mengundi. Dan yang best nye juga, masa ni jugalah dapat berjumpa member & jiran-jiran lama yang dah lama tak pernah dengar citer... yelah tempat mengundi pon masih tak berubah walaupun masing-masing dah duduk merata-rata seluruh pelusuk tanahair. Tapi yang pasti, semua pun dengan satu tujuan & tanggungjawab... mengUNDI.


Saluran saya :-)

I'm Done

Part yang tak best... macam mana dakwat kekal yang dikatakan SPR mampu hilang dalam masa 7 hari can just faded away in just 2 minutes... with using clorox mix with normal soap. Emmhhh... apakah??

So, rumours aren't just rumours.


Fade away in just 2 minutes... Inikah yang dikatakan TELUS??


But anyhow, we have tried our best… let Allah do the rest.

May something miracle will happen.

Insyallah...

Saturday, May 4, 2013

Kali Ketiga



Insyallah tahun ni buat kali ketiga aku keluar mengundi and buat kali ketiga juga aku membuang undi di Lembah Pantai. Sebab masa ni address aku masih di Brickfield & sampai sekarang pun rekod di SPR tak berubah... maybe system masih boleh update until today. Seawal 21 tahun (umur layak mengundi) aku dah daftar mengundi & kebetulan masa umur aku cukup 21 tahun tu juga adelah tahun mengundi. Aku ingat lagi, masa tu aku baru sahaja dalam tahun ke-2 di UIA Gombak. Tapi, aku dah diajar mak & ayah aku keluar mengundi, penting ni nak tentukan sapa pemimpin kita. Boleh jadi satu undi itu yang menentukan masa depan Negara.

Mungkin betul juga masa kita student, mak ayah hantar suruh belaja kan, so, memang aku buat sehabis baik lah and tak sempat pon nak tahu perkembangan dunia luar terutama politik. So, masa hari mengundi tu aku balik umah semata-mata nak menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Aku pun tak pasti sapa yang aku pangkah masa tu. Masa aku tanye mak aku “Mak pangkah sapa”… mak aku jawab “Mana boleh kasi tahu, undi anda adalah rahsia”… hahaha. Mak & Ayah aku memang tak lansung mempengaruhi aku bila mengundi. Masa tu aku ingat lagi, Shahrizat wakil BN & bertanding dengan sapa ntah (masa ni PKR pun tak wujud lagi yea). Tapi yang pasti Shahrizat menang masa tu. Tapi tidak untuk the next season bila PKR dah mula wujud.

Aku dapat merasakan tahun ni tahun yang agak genting juga lah dalam sejarah pilhanraya... macam-macam benda yang berlaku & kadang-kadang tu sampai ade yang tak masuk akal lansung pon sanggup dipertaruhkan semata-mata nak pastikan masing-masing kembali berkuasa.

So, kawan-kawan semua, jangan lupa kewajipan kita semua pada hari Ahad ni... esok yea. Tentukan siapa pemimpin kita. Aku rasa rata-rata kita dah berfikiran matang & dah tahu mana yang terbaek.

Bagi aku nak jadi pemimpin bukan tugas yang senang nak dipikul. To me, pemimpin yang baik & bertanggungjawab adelah mereka yang seorang yang berakhlak, mampu berlaku adil & dapat mengurangkan beban rakyat.

Kalau boleh biarlah ade perubahan... peace \(-_-)/ 

Insyallah.


Saya bukan nak tunjuk saya sokong PR tapi this is what happened when I reached Gunung Nuang's peak last week... sampai sini nak berkempen... perlukah?? At the end akan jadi sampah saja... our Nature is our heritage, please stop spoiling with all this


Selamat Mengundi Semua 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...