Pages

Thursday, July 26, 2012

Perempuan muda berpendidikan tinggi sanggup jadi isteri kedua??


Persoalan nye di sini… sanggup kah anda pompuan2 kat luar sana???

Hot chat hari ni kat Hot FM…. Perempuan muda berpendidikan tinggi sanggup jadi isteri kedua bagi membantu ekonomi keluarga yang dah berkahwin. This topic really attract my attention to further listen comment from callers. Memang hot lah juga. Bukan nye terasa OK, tapi aku terpanggil untuk memberi pendapat aku dari segi rasional nye.

Aku tak tahu lah sama ade aku masih termasuk dalam kategori perempuan muda berpendidikan tinggi… hehehe. I think so… fresh grad yang baru masuk kat sini pun terkejut tahu aku dah lewat 20-an (masa dia tanye tu yea)… nampak macam baru 26 macam tu (ngeh ngeh ngeh)… budak ni nak mengorat aku ke apa. Lepas tu boleh plak tanye anak akak dah brape?? Erkkk… at least tanyelah dulu aku ni dah kahwin ke blom. Emmmhhh… jatuh saham aku sekejap. Anyway as long as kau rase muda & tak kahwin lagi maybe you’re still fall in this group but not group orang yang sanggup lah. Cuma takde jodoh lagi or more precisely belum bertemu jodoh yang Allah tentukan.

Ok, kita tengok kat sini kenapa perempuan muda berpendidikan tinggi sanggup jadi isteri kedua. Aku tak berani lah nak cakap aku takkan buat sebab Allah tu maha kaya, so, apa yang kita cakap tu maybe boleh jadi sebaliknye kan. Dulu aku ade kawan cakap tak suka lelaki pendek tapi end up She’s married with dengan apa yang dia tak suka tu… dulu cakap tak suka dengan lelaki rupa macam bangla tetapi end up pun dengan lelaki macam Hritik Roshan. So, conclusion nye maybe it could happened to me sebab Allah maha kaya & maha mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Tapi jauh di sudut hati ini, aku sentiasa berdoa biarlah jodoh aku bukan dengan suami orang sebab aku dah tengok orang yang rapat dengan aku menderita sebab suami dia kahwin dua. Kalau mampu sekali pun, tapi kalu bukan kerelaan isteri pertama tak guna juga. Ko bantu lah macam mana pun takkan dapat hak yang telah ko rampas. Macam kita sekarang lah, ade barang yang ko sangat sayang kan, nak ke ko biar orang tu rampas macam tu saja tanpa penuh kerelaan.

Apa yang aku merepek ni… maybe dari segi ekonomi, kalau lelaki tak berapa nak kaya (yang ade sekarang pun cukup2 makan) & pompuan (yang bakal jadi isteri kedua tu lah) tu plak kerja besar, sangat mampu dan nak berkahwin dengan dia sebab takde calon lain dah selain laki orang (umur dah makin lanjut takut jadi andartu). Emmhh… maybe ade logika nye kot nak buat decision "sanggup" kahwin. Dan mengikut nisbah kat Malaysia pun, lagi ramai pompuan dari lelaki… lagilah menguatkan semangat decision "sanggup" kat sini. Anyway, it depends on individual sebab ramai je caller yang call pun kasi pendapat prons & cons nyer.

Yang prons nyer… nak dapat payung emas lah (mayba ade juga yang sanggup), nak membantu pompuan2 yang kat luar sana tak kahwin lagi at least ade juga zuriat (kalau mengandung) & teman (walaupun hanya sekadar sekali sekala tp ni aku agak setuju lah tapi tengok keadaan juga) & dapat bantu ekonomi keluarga (ni aku rase macam tak best plak, takkan lah pompaun nak keluar kan duit dia untuk sara diri sendiri kan, apa guna nye ade suami). Apa lagi ek…emmhhh, tak banyak pun aku pun boleh fikir kebaikan nye. Banyak buruk je aku rasa.

Yang cons nyer… tak semua pompuan sanggup hidup bermadu (aku rase tanye mana2 pompuan pon dapat jawapan yang sama), ramai lelaki yang tak bertanggungjawab sekarang… yang ni fact yang paling banyak aku tengok sebab tak mampu berlaku adil.. Lagi lah dengan ekonomi yang semakin tak menentu sekarang ni. Masa bercinta semua nye manis tapi biasa lah bila dah dapat sekejap je or slowly the love will start to decay with time.Bagi aku sekarang no love without money, OK. Kalau lah orang tak cakap " I memang takde harta, tak bekerja tapi I ade cinta yang mampu buat you bahagia" … statement ni lagi lah tak boleh pakai. Ini memang lelaki penipu besar, dah lah tak mampu tapi ada hati nak kahwin or kahwin lagi. Macam mana nak tanggung anak orang kalu tak bekerja… unless memang nak jadi fulltime househusband.

Dulu dulu, ade sorang makcik ni cakap kalau nak tahu kita akan bermadu ke tak… tengok dekat line kat tapak tangan kita. Huruf jawi 81 & 18… kalau V nye tu tak bersambung dekat hujung, orang tu akan hidup bermadu. Aku tak tahu lah betul ke tak tapi aku dah tengok dekat kat tapak orang bermadu yang rapat dengan aku… emmmhh ade betul nye juga tapi wallahualam, takleh nak percaya sangat kan. Kalau dah tersurat takdir kita tu memang tak mampu nak elak lah.

Tapi aku selaku perempuan yang masih muda berpelajaran tinggi (walaupun setakat master jer) amat lah tak bersetuju dengan sebab yang aku dah mention kat atas tadi. Kalau boleh aku tak nak menghancurkan harapan isteri pertama orang tu sebab aku dah tengok betapa menderitanye orang yang rapat dengan aku menderita sebab laki dia kahwin dua. Memang madu tu manis tapi tak semanis hidup berkongsikan.

Dalam Islam pun, memang dibenarkan lelaki itu kahwin lebih daripada satu tetapi dengan syarat dia mesti berlaku adil & mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Tapi sekarang ni sebalik nyer, dah tahu tak mampu tapi ade hati nak kahwin lagi. Bukan kan itu akan menambahkan beban yang memang dah sedia digalas.

Renung-renungkan & Selamat beramal.

Ya Allah minta dijauhkan lah. Ameen.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...