Pages

Sunday, February 4, 2018

Annapurna Expedition Day 7: MBC to ABC

MBC to ABC, Annapurna Circuit, Nepal
Thursday, 07 Dec 2017


Continue from previous Annapurna Expedition Day 7: Deurali to MBC

After a short rest at MBC, kami meneruskan perjalanan semula menuju ABC. Kalau ikutkan memang best saja nak rehat lama-lama kat MBC ni lagilah dengan view Machapuchare yang sangat menawan hati. Tapi apakan daya, kami ada lagi 3 jam perjalanan untuk menuju Annapurna Base Camp (ABC). Bila memikirkan misi nak sampai ke ABC lagi penting, semangat nak meneruskan perjalanan terus mengatasi segala keinginan yang lain. Cuaca pun memainkan peranan penting juga bila dah berada di tempat yang tinggi ni. Mungkin langit nampak biru sekarang, cuaca pun cantik tapi boleh jadi dalam masa 3 jam perjalanan macam-macam boleh berlaku. Unpredictable. So, kalau boleh bergerak pantas tu, silalah jalan terlebih dahulu, jangan lengahkan tujuan & matlamat asal nak sampai ke sini. Kalau kau rasa dalam group kau adalah antara yang paling slow, silalah bergerak terlebih dahulu daripada yang lain. At least, bila kita lambat tapi kita mula bergerak awal berbanding yang lain, tak ada lah kita ketinggalan jauh di belakang. Dan ini jugalah salah satu strategi yang digunakan dalam group kami untuk balance kan pergerakan antara satu sama lain.


Route to ABC

Jauh meninggalkan MBC

Perjalanan dari MBC menuju ABC memang antara trek yang aku nantikan untuk lalu sepanjang trekking kat Annapurna circuit ni. Alhamdulillah, rezeki kami nak menikmati view yang indah dengan cuaca cantik sepanjang trekking dari MBC ke ABC. Speechless saat menikmati betapa indahnya ciptaan yang Maha Esa. Tak sangka aku mampu melangkah sejauh ini untuk sampai ke destinasi terakhir untuk hari ini, ABC. Impian 3 tahun lepas yang terkubur kini seolah-olah macam mimpi jadi kenyataan.


Bertiga bersama membawa satu impian

Just like dream comes true

Ambil masa menikmati kebesaran yang Maha Esa

Kalau ikutkan ramalan awal, kami akan menikmati trek yang bersalji sepanjang trekking dari MBC menuju ABC berikutan salji yang turun kelihatan sewaktu kami trekking di Chomrong. Tapi tak keliahatan salji pun sepanjang perjalanan menuju ABC, kalau ada pun adalah balance snow 2 hari yang lepas barangkali. Tak ada lah kecewa sangat pun sebab snow tak ada, yang penting cuaca cantik & trek yang mudah untuk perjalanan kami menuju ABC pun dah cukup terbaik. Tak berkesempatan lah kami nak manfaatkan crampon yang kami dah beli siap-siap di Thamel, hahaha. Ada hati juga tu nak guna kan. Perjalanan menjadi lebih mudah sebab kami tak perlu mengharungi salji nak sampai ke ABC.


Langit biru saksi kejayaan kami

View on the way to ABC from MBC memang tak pernah mengecewakan

On the way menuju ABC, pada mulanya memang banyak bersama-sama tapi lama kelamaan, kami terpisah juga sebab ada yang berhenti banyak kali sebab nak enjoy the view & take photo. Dan ada juga yang lebih suka berjalan pantas sebab nak sampai awal. Tapi bagi aku, at this rate, dah kira ok kalau kami tak berjalan bersama pun sebab ada yang stand-by dihadapan & juga dibelakang untuk monitor kesemua kami. Macam aku, masih dihadapan sebab aku memang banyak berjalan bersama Ram sambil ambil gambar & video. Fad & Nir masih dibelakang tak berapa jauh sangat tapi boleh nampak. Sebab tu gambar aku dibawah banyak aku ambik sorang saja, hahaha. Sila jangan bosan tengok ya. Thanks to Ram sebab sudi layan aku ambil gambar.


Take your time and enjoy the view

Jauh meninggalkan MBC

We're almost there

Annapurna South

Route ABC
  
Rindunya saat-saat indah trekking from MBC to ABC

Alhamdulillah, berjaya sampai di signboard Annapurna Base Camp less than 3hrs. Syukur sangat masa tu, tak sangka aku dah sampai. Masa aku sampai kat sini, Ram dah naik dulu ke base camp meninggalkan aku seorang di bawah. Kiranya aku the 2nd person yang sampai lah sebab Uncle Bad confirm dah sampai lebih awal. Dah sampai satu hal pula, tak ada orang yang boleh tolong nak capture that historic moment. Kalau tunggu tak sejuk tak apa. Nak keras jugalah tunggu orang lain sampai. Nak naik ke base camp dulu, nanti fikir malas pulak nak turun bawah, hahaha. Sudahnya mundar mandir dulu kat situ. Sampai lah ada satu 2 chinese lady yang baru sampai kat situ, minta tolong ambilkan gambar. Tapi memang mengecewakan lah sebab ntah apa-apa pulak yang dia ambil. Emmhhh. Nasib baik Ram turun balik ke bawah. So, boleh lah aku bergambar sakan dulu. Lagipun view Annapurna III kat belakang tu tengah clear sangat.

Yang lain mula tiba ABC setengah jam kemudian. Boleh bayangkan tak aku tunggu lama juga. Aku rasa keterujaan sampai di ABC buat aku lupa seketika yang aku kini berada di ketinggian lebih dari 4000m. Dan disebabkan keterujaan itulah aku lupa yang aku hanya pakai 2 layer saja at that time with waterproof jacket yang nipis. Sebab tak tahan dah sejuk aku mula bergerak turun semula ke bawah nak kasi semangat kat Fad dengan yang lain yang masih dibelakang. Alhamdulillah, kami semua selamat tiba di ABC around 4pm. Kami spend lama juga kat bawah before naik ke Base Camp. 

Annapurna Base Camp checked at 3.24pm, 7th Dec 2017.


Alhamdulillah, I did it

Cerita kejayaan kami di ABC banyak dah aku ceritakan dalam permulaan entry Annapurna Expdition, so, malas nak cerita panjang dah. Tapi memang syukur yang tak terhingga sebab impian kami yang terkandas 3 tahun lepas kini terlaksana dengan izinNya. Dan kalau ikut perancangan awal kami tak mungkin bermalam di Annapurna Base Camp sebab jadual perjalanan yang agak tight. Tapi Allah swt sebaik-baik perancang, kami dapat bermalam di ABC. Dan paling penting dapat menikmati indahnya Annapurna Range dari dekat dengan clear sekali.

Pencapaian terbaik sepanjang pendakian aku. The highest elevation yang aku pernah sampai, 4130m. Achievement unlocked.


Wish other GSH kat sini juga

2 negara 1 misi

Perjalanan dari signboard ABC to ABC

Perjalanan dari signboard ABC to ABC

Annapurna Base Camp
 
Annapurna Base Camp with view of Annapurna III

To be continued...


Saturday, February 3, 2018

Annapurna Expedition Day 7: Deurali to Machapuchare Base Camp (MBC)

Deurali to MBC, Annapurna Circuit, Nepal
Thursday, 07 Dec 2017


Bangun saja pagi tu terus tengok cuaca ok ke tak. Alhamdulillah, cuaca nampak cantik untuk pendakian hari ini. Kak Bad & Fad dah bangun lebih awal sebab mereka akan bergerak lebih awal dari kami yang lain. Hari ini perjuangan kami hampir ke kemuncak. Walaupun tak ada puncak yang nak ditawan tapi perjalanan menuju base camp juga sesuatu yang mencabar juga. Sebenarnya dari Deurali nak sampai ke Annapurna Base Camp (ABC) tak jauh pun dah. Kalau ikut masa perjalanan lebih kurang 5jam.


Morning at Deurali

2nd time for me at same guesthouse at Deurali

Sepatutnya, team yang akan bergerak awal pagi ni kena breakfast pukul 6.30am. Aku rasa malam tadi Raju dah kasi warning macam tak boleh lambat, emmhhh... sudahnya lambat juga. Dah nak pukul 7am baru mula breakfast. Kak Bad & Fad punyalah semangat bangun awal & bersiap bagai sebab nak gerak awal tapi bila dia orang dah standby nak ke dining hall, tak ada sorang pun lagi. Janji tinggal janji betul. Sudahnya kami juga yang temankan mereka yang nak bertolak awal breakfast. Teman tengok sajalah sebab breakfast untuk kami yang akan bergerak lambat satu jam ni pun masih belum siap. Kasi laluan kat mereka yang nak bergerak ke ABC terlebih dahulu.


Mereka yang akan bergerak dahulu

Garlic Soup & Gurung Bread menjadi pilihan untuk breakfast pagi tu di Shangrila Guesthouse, Deurali. Dan sudah semestinya permanent drink, Honey Ginger Lemon. Sebenarnya malam tadi, Kak Ju order Garlic Soup, so, sempat jugalah rasa sikit. Sedaplah pulak. So, masa si Ram Godha ambil order malam tadi for breakfast this morning tanpa ragu-ragu aku memilih Garlic Soup. Actually, dari hari kami kat Ghorepani lagi, Raju (guide leader) dah banyak kali stress juga suruh kami makan Garlic soup. Katanya Garlic Soup ni antara yang terbaik nak keep your body warm dalam cuaca yang sejuk ni. Tapi macam biasalah rasa macam tak menarik je mula-mula tu tapi bila dah rasa, nyummeh. Berselera aku makan pagi tu, seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Rasa sedih & risau pulak tak dapat bergerak bersama-sama Fad kali ni. Jarang kami berjauhan sepanjang trekking kat Annapurna circuit ni tapi sebab Uncle dah yakin kan yang kami akan berjumpa di MBC, so, aku kuat kan juga semangat pagi tu untuk bergerak lewat. Nanti cikgu Nir keseorangan pulak. Fad, Kak Bad, Abg Syuk & wife, kak Ju ditemani guide Raju memulakan perjalanan lebih awal dari kami yang lain. Plan Uncle supaya nak make sure yang kami akan bertemu di MBC kesemuanya tanpa ada yang ketinggalan.


Seriously that Garlic soup sangat best

After breakfast pagi tu, the 2nd team... Aku, Nir, Edwar, Ikmal, Mat Lan & Uncle Bad memulakan perjalanan menuju MBC bersama-sama guide kami, Ram & Uncle Rashid. Geng Porter pun bergerak bersama- sama dengan kami semua. Alhamdulillah, cuaca yang cantik untuk permulaan pagi menuju ABC. Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan kami semua. Perjalanan menuju Machapuchare Base Camp (MBC) dianggarkan 3 jam dari Deurali. Kami akan berhenti sebentar di MBC sebelum meneruskan perjalanan yang berikutnya menuju ABC.

Syukur Alhamdulillah, rasa terharu sangat pagi tu sebab aku dapat melepasi Deurali menuju MBC. 3 tahun lepas, perjuangan kami terhenti di Deurali selepas mendapat berita kejadian Avalanche yang berlaku pada hari yang sama kami sampai di Deurali. And the next day, guide kami seolah-olah tidak mahu menanggung risiko nak bawa kami ke ABC. Aku akur dengan keputusan yang dibuat & kami menacapai kata sepakat tidak mahu meneruskan perjalanan menuju ABC disebabkan kemungkinan yang Avalance akan berlaku lagi. Kecewa juga masa tu tapi nak buat macam mana, safety comes first. Tapi lebih kecewa bila group Gee & geng yang kami jumpa sewaktu kami turun dari Deurali berjaya sampai ke ABC on the next day. Mungkin masa tu belum rezeki aku lagi. Allah swt sebaik-baik perancang.


From Deurali to MBC

Aku, Nir, Uncle & Ram bergerak agak lambat berbanding yang lain. Uncle & Ram confirm lah menunggu kami yang dibelakang ni. Bukan lambat sebab apa pun, asyik berhenti menikmati alam semulajadi yang indah di sepanjang perjalanan kami. Hahaha, faham-faham lah. Aku rasa nak balik nanti confirm tak sempat nak bergambar sangat, so, peluang yang ada kami manfaat kan sebaik mungkin. Lagipun cuaca nampak cantik awal-awal pagi ni. Rugi rasanya kalau dibiarkan berlalu begitu saja. Nasib baik lah Uncle sangat memahami kami. Ram pada mulanya aku nampak macam buat muka juga tapi lama-lama dia layankan kami juga. At the end jadi photographer aku sampai ke ABC, hahaha. Ram ni memang berbeza sangat dengan Raju. Ram ni gila-gila sikit & suka bergambar & ambil gambar. Raju ni pula sebaliknya. Tolong jangan suruh dia ambil gambar kalau tak nak kecewa.


From Deurali to MBC with Ram & Nir

Perjalanan menuju MBC from Deurali

On the way to MBC

Kat area sini dulu lah kejadian Avalance berlaku masa Feb 2015

Perjalanan menuju MBC dari Deurali, tak ada lah berapa mencabar sangat. From easy to hard, aku rate medium. Permulaan saja kita akan menaiki tangga sehingga lah ke last Tea house di Deurali. Selepas tu, barulah the real trek to MBC bermula. Trek mostly leisure & agak landai. Kami akan lalu di suatu lembah yang agak panjang menuju MBC di mana terdapat gunung & ganang di kiri & kanan kami. Laluan ni akan jadi bahaya bila musim sejuk especially bila heavy snow sebab possibility Avalanche berlaku sangat tinggi. Itulah yang terjadi kepada trip aku sewaktu ke ABC yang lepas. Dan disebabkan kejadian Avalanche di sinilah yang menyebabkan pendakian kami terhenti setakat di Deurali sahaja. Anyway, memang lawa sangat pemandangan awal pagi dari Deurali menuju MBC, dari sungai yang mengalir sehinggalah view Annapurna dari kejauhan yang mengagumkan. Subhanallah.


Lembah yang dah dilewati

Perjalanan pagi menuju MBC

Dreams don't work unless you do

Dah nampak Machapucharre Base Camp (MBC)

Nampak macam dah dekat tapi boleh tahan lagi jauh tu

Welcome to MBC

ABC masih jauh lagi kelihatan

Machapucharre Base Camp (MBC)

Alhamdulillah, finally at MBC

Kami tiba di Machapuchare Base Camp lebih kurang pukul 11am. About 3hrs journey from Deurali. Itupun sebab banyak perhentian masa dalam perjalanan nak sampai ke sini tadi. Kalau tak banyak berhenti boleh jadi perjalanan kami akan jadi lebih pantas. Teringat lagi macam mana Uncle menjerit panggil kami naik ke MBC sebab lama sangat bergambar kat bawah camp site. Kalau ikutkan kami masih banyak masa lagi nak sampai ke ABC tapi sebab Uncle nak make sure semua sampai awal, boleh jadi salah satu sebab juga kami perlu mengikut timing yang telah ditetapkan guide. Lagipun, kita tak tahu kemungkinan yang mungkin ada dalam perjalanan dari MBC menuju ABC. Kami akan berhenti rehat sebentar di MBC sebelum meneruskan perjalanan menuju ABC.


At Machapucharre Base Camp (MBC) with Annapurna Mountain view

At MBC with background of Annapurna

We survived at this stage

Too early for lunch, so, kami rehat sambil menikmati light meals. Mula-mula tu ingat nak minum hot coffee je tapi sebab ada yang request nak makan Noodle Egg Soup, terus guide kami orderkan untuk semua. Aku yang pada mulanya ingat nak share saja terus dapat satu pot Noodle mee juga. Tak adalah lapar sangat tapi sebab perjalanan kami masih jauh, so, perlu sangat makan untuk energy. Hari terbaik dapat minum hot coffee at MBC di ketinggian 3700m dengan view yang WOW sangat, fuhh, nikmat. Kami berhenti lebih kurang 1jam juga di MBC sebelum menruskan perjalanan ke destiansi terakhir kami untuk hari ini, Annapurna Base Camp (ABC). 


Rindunya nak minum hot coffee above 3700m

To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...