Gunung Kerinci, Jambi
Monday, 1 May 2017
Kami bangun seawal jam 3 pagi untuk makan dan bersiap-siap untuk SUMMIT ATTACK! Cuaca pagi itu sangat baik. Langit pun cantik dengan bintang-bintang menyinari kegelapan malam petanda cuaca cantik di puncak. Suhu pagi tu memang sangat sejuk tapi bagi aku tak sedingin Rinjani & Semeru.
Untuk summit attire, aku mengenakan Outdoor Long John, Columbia Omni Heat Base Layer & Waterproof Jacket. Actually, dah pakai siap-siap pun sebelum tidur malam tadi, senang sikit, dah kurangkan sikit masa nak bersiap pagi ni. Itupun kat mana silapnya, nak pukul 4.30pagi barulah kami mula bergerak menuju puncak. Dah boleh agak dah.
Summit attack preparation
- Windbreaker / Waterproof Jacket or down jacket atau yang sewaktu dengan nya
- Heat Tech / Fleece / Thermal wear / Long John (kalau tahan sejuk tak perlu pun takpe)
- Gloves
- Buff (useful sebab trek yang agak berpasir & berhabuk, bau sulfur)
- Head lamp
- Gaiter (elak pasir masuk kasut for low cut shoes)
- Sunglass (useful masa kat atas puncak)
- Energy Food (Chocolate, Energy Bar, Honey, Power gel etc)
- Drinking water
- Personal Medicine (Panadol actifast, ORS, Pain killer, minyak angin etc.)
- Hiking Stick
- Raincoat/Poncho
- Small Daypack
- Personal First Aid kit
**Aku rs ni memang perlu sangat sebab selepas apa yang dah berlaku kat sahabat kami, Fad. Guide & Porter memang tak bawa apa-apa lansung keperluan first aid kit untuk para peserta. So, memang perlu sangat ada dalam team.
|
Supper before summit attack... aku makan daging dia je |
Kami memulakan perjalanan di awal pagi yang dingin dengan hanya bertemankan cahaya headlamp. Tapi impian & azam yg tinggi untuk menawan gunung berapi tertinggi di Indonesia menjadi motivasi kepada kami untuk terus maju & kuat.
Mula-mula tu kami semua memang bergerak dalam group tapi lama-kelamaan kami mula berpecah mengikut keupayaan & pace masing-masing.
Summit Attack Estimated time
4.30 am: Memulakan pendakian dari Shelter 3 (3319m)
6.40 am: Tiba di Tugu Yudha
7.30 am: Tiba di Puncak Gunung Kerinci
9.00 am: Mula turun dari Puncak kerinci
|
Subhanallah |
|
Meredah subuh menuju puncak |
|
Tiada yang mustahil dengan izinNya |
|
Tak sempat sampai puncak nak amik gambar full, so, half pun jadilah |
|
Tak rasa jauh perjalanan bila nampak sesuatu yang luarbiasa indah dibelakang |
|
Masih jauh lagi perjalanan |
Perjalanan daripada Shelter 3 menuju ke puncak Indrapura, pasti akan terjumpa kawasan memorial Tugu Yudha terlebih dahulu sebelum sampai ke puncak. Anggaran perjalanan lebih kurang 2 jam juga nak sampai ke Tugu Yudha dimana kita akan melalui trek yang berbatu-batu, berpasir dan berdebu. More or less trek macam kat Rinjani & Semeru. So, bila dah lalu trek berbatu & berpasir ni memang kena fokus betul lah sebab anytime saja perkara yang tak dijangkakan boleh berlaku. Contohnya, batu dari atas jatuh ke bawah.
Sedikit sejarah tentang Tugu Yudha.
"Tugu ini dinamakan sempena memperingati sorang pendaki bernama Yudha Sentika. Yudha merupakan seorang pendaki yang berusia 17 tahun ketika itu telah hilang semasa cuba untuk mendaki Gunung Kerinci pada 23 Jun 1990. Sehingga ke hari ini jasad Yudha masih belum ditemui."
Tugu Yudha ini dipercayai dibina dikawasan tempat hilangnya Yudha.
|
Yudha Sentika... sahabat yang tak pernah kembali |
Selain Tugu Yudha, terdapat juga tugu korban pertama di Gunung Kerinci Adi Permana yang dipercayai hilang pada tahun 1983 tetapi mayatnya berhasil ditemukan pasukan SAR.
|
Korban pertama Gunung Kerinci |
|
Kami jumpa pakcik ni masa stop kejap kat area Tugu Yuda... datang minta panadol, dalam ramai-ramai member dia, takde sorang pun bawa benda penting macam ni, kami memang tak kisah nak membantu tapi rasanya better bawa personal medical kit kalau tak jalan bersama dengan geng yang lain, kita mana nak tahu bila diperlukan...kann |
|
Carpet awan |
|
Negeri di atas Awan |
Aku sampai dipuncak bersama Miza lebih kurang 7.30 pagi. Kali ni takde benda nak dikejarkan, so, takde lah rushing sangat nak sampai ke Puncak. Sebelum ni, aku lah yang pegang record sampai paling awal, hahaha. Main reason pun sebab nak solat kat puncak & menikmati indahnya sunrise. Di Kerinci, semua itu hanya tinggal kenangan saja. Dah sampai kat puncak pun dah kira bersyukur tak terhingga. Athirah & Cikgu Nisah dah sampai lebih awal sikit dari kami.
|
Air kejayaan |
|
Berjaya sampai |
Ohh masa kami sampai tu, ramai juga pendaki yang dah berada di Puncak. Geng RPM hikers pun dah sampai lebih awal & conquer sebahagian besar space kat atas puncak tu. Al maklum, group ramai. So, while waiting for others to reach the peak & menunnggu giliran nak amik gamba di best spot puncak Inderapura, kami pun santai-santai dulu duduk & rehat. Lagipun, masih banyak masa lagi sementara menunggu yang lain sampai. Adik & Bai sampai setengah jam kemudian, diikuti Fad & Eein setengan jam kemudiannya. Alhamdulillah, kesemua kami telah berjaya sampai ke puncak, tiada yang tertewas.
|
Layan view from top of Gunung Kerinci |
View dari atas puncak Inderapura memang tak tergambar dengan kata-kata... Subhanallah, sangat cantik. Hanya mata yang mampu berbicara menyaksikan indahnya ciptaan yang Maha Esa. Dari atas puncak juga, kami boleh melihat denga jelas debu-debu yang keluar dari kawah yang dianggarkan seluas 400 x 120 meter. Sepatutnya, kami boleh lihat Danau Gunung Tujuh & Rawa Bento dari sebelah timur puncak tapi sebab carpet awan yang terlalu tebal menyebabkan penglihatan kami menjadi terhad. Still boleh nampak tapi takdelah keseluruhannya. Selain itu, boleh Kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang dan Bengkulu.
|
Gambar kejayaan bersama... tak cukup korum lagi masa ni |
|
Top of Gunung Kerinci |
|
Kawah Gunung Berapi Kerinci |
|
View from the other side |
|
Guide kami yang comel... Chimel |
|
Alhamdulillah... we did it |
|
Every angle of Kerinci kami abadikan kenangan |
|
Berlapan Berjaya |
|
Alhamdulillah, pencapain terbaik 2017 setakat ni |
|
Walaupun pace tak sama tapi semangat tetap satu |
|
Alhamdulillah, tiada yang tertewas |
Setelah puas menikmati pemandangan dan bergambar di atas puncak, kami mula bergerak untuk turun ke Shelter 3 pada pukul 9.00 pagi. Tak boleh lama sangat duduk kat puncak ni. Lagipun kami akan bergerak turun ke Pintu Rimba hari ni juga. So, memang tak boleh buang masa. Semua harus bergerak pantas. So, kami berlapan mula bergerak turun bersama ditemani guide kami, Chimel & porter, Tony.
|
Completed my Volcano Mountain bucket list |
To be continued...