Wed, 21 June 2017
Al kisah 2 hari lepas aku terjebak dalam kancah politikus seketika. Wahh, terasa sangat bila ko bukan lah antara calon yang terbaik untuk dijadikan ikon princess in Malaysia sebab ko bukan ahli princess. Aku tak kisah sekiranya aku tak terpilih sebab aku lemah tapi aku belum sampai ke tahap itu nak bukti kan yang aku tak mampu. Memetik kata-kata seorang sahabat yang juga tidak tercalon untuk ke next stage walaupun pada hakikatnya dia adalah hikers sejati… “Tak dapat sebab aku lemah takpe lah jugak. Tapi tak dapat sebab budak yang lemah dapat… aku rasa tak adil lah pemilihan tu”
Aku cuma tak puas hati bila exco ahli princess sendiri tak terlus dalam berbicara. Kalau dari awal dia kata aku memang tak layak sebab I’m not part of Princess, ok fine, aku boleh terima. Tak perlu lah aku nak mengharungi jam nak sampai ke destinasi & berkorban untuk 10 malam terakhir ni. Masa sebelum aku hantar resume, aku tanya apa criteria… dia cakap pengalaman hiking saja. So, aku pun suka-suka lah hantar nak cuba nasib. Sapa tak teruja kan nak dapat fully sponsored trip pendakian ke gunung tertinggi di Russia & Eropah, & antara 10 tertinggi di dunia tu. Lebih-lebih lagi yang memang kaki hiking.
Alhamdulillah, aku berjaya tercalon dalam top 15. Lepas tu, dia minta IC pulak… emmhhh, masa tu agak meragukan bila aku tanya sahabat aku yang terpilih dia cakap takde pulak exco princess yang minta IC. So, aku assume dia nak buat pengesahan kot. Mula rasa tak sedap hati dah. Aku rasa masa tu dia baru nak check kot sapa ahli princess sejati. And masa tu juga aku rasa dia dah assume, siapa yang akan terpilih berdasarkan criteria tu saja. Kenapa lah tak kasi tahu masa tu juga, kot ya lah tak layak sebab tak memenuhi criteria... bukan ahli princess. Aku redho. Maybe, my mistake tak peka benda-benda macam tu tapi sepatutnya organizer patut buat background check sebelum pilih calon yang betul-betul layak.
And nak nampak ada sesuatu lagi, boleh pulak susun nama ikut ahli & bukan ahli. Macam mana aku tahu? Mula-mula nama kami dipanggil based on list name yang kami dapat dalam group whassap tapi sorang trainer ni tiba-tiba tukar list pulak masa tu juga & ulang semula nama yang dipanggil and nama aku pulak yang jadi pertama. Dah rasa something fishy. Sebab yang tak terpilih tu semua nama no. 1 hingga 4. Nampak tak permainan dia disitu. Senang nak kick-out yang bukan ahli. Patutlah dia pasang-pasang kan kami ber-4, aku dengan no. 2 & 3 with 4. So, bila buat sama-sama kami jer, takkan nampak lah kelemahan ahli lain. Hanya kami akan nampak kelemahan antara kami. Tapi yang pasti pasangan aku bukan calang-calang calon.
Kalau lah yang terpilih top 15 tu, bukan ahli princess tapi dari sabah, sarawak, kelantan & yang jauh sewaktu denganya bukan ke macam lagi terkilan bila tahu hakikatnya. Even pasangan aku yang obvioulsy fit tu pun drive dari Muor nak cuba nasib. Kesian pun ada juga tapi dia orang ni buat pemilihan kenapa tak pandang semua tu sebelum buat decision nak pick 15 the best. Kalau ya memang tengok criteria lain juga i.e. hiking background, education, lifestyle etc. tapi kalau dah tak meet first criteria, it’s nothing.
Lebih terasa tak fair lagi bila dapat tahu dari ahli expedisi yang bakal ke Moscow juga nanti (yang kebetulan judge untuk ujian kecergasan) berkata “4 yang tak terpilih tu bukan sebab tercorot dalam ujian kecergasan”. So, konklusinya, tak kira lah kau buat sehabis baik manapun tapi sebab kau bukan ahli princess, you are not part of this game.
Malas nak fikir dah. Maybe ada hikmah disebaliknya. Nak fokus kat trip yang akan datang. Maybe bukan yang 10 tertinggi kat dunia tapi yang penting happy & tak perlu nak buat ujian kecergasan bagai.
Lebih kesal lagi sebab aku terpaksa korban kan salah satu malam dari 10malam terakhir Ramadhan untuk pergi berjuang untuk sesuatu yang tak pasti lagi. Mula-mula tu terfikir juga kenapa mesti nak buat bulan puasa & 10 malam terakhir Ramadhan pulak tu. Kalau fisabilillah tu lain lah ceritalah kan. Aku pada mulanya macam nak argue juga tapi sebab yang lain macam tak kata apa-apa, so, aku setuju jugalah nak cuba nasib. Terasa sangat duniawi ni mampu mengubah hati manusia walaupun akhirat nanti juga yang kekal abadi. Ya Allah minta dijauhkan tarikan duniawi yang melalaikan.
Tahniah kepada semua Top 10 yang terpilih.
Tahniah kepada yang terpilih... semoga berjaya dalam next stage |