Pages

Wednesday, September 28, 2016

Perth Road Trip 2016: Kailis Fish Market

Kailis Fishmarket
Fri, 26 Aug 2016


Target yang seterusnya ke Kailis Fishmarket, kami nak lunch di Kailis Cafe. Tak plan nak ke E-shed market lagi walaupun buka hari ni. Sebab takut lambat nanti sampai di Augusta. Sampai Kailis pun dah pukul 3 lebih. Initial plan target lunch kat sini pukul 12pm tapi ni dah 3 jam jauh dari plan asal, hahaha. Yelah kita ni hanya merancang. Masa kami sampai tu penuh orang tengah makan. Dan tak syak lagi memang ramai Malaysian. Mungkin sebab dekat dengan cuti merdeka kot, ramai pulak. Rasanya kat mana-mana kami pi pun, akan jumpa Malaysian. Dan aku rasa kami semua pun share lebih kurang itinerary yang sama. Sebab ada masa tu, ada 2-3X juga lah terserempak dengan orang yang sama.

Ada parking lot berhampiran Kailis fishmarket ni. Full parking masa kami sampai tapi luckily, ada kereta nak keluar. Kalau tak, berpusing jugalah nak mencari. Bukan free ya, parking berbayar. Tapi kebetulan masa aku tengah tunggu turn nak nak pi beli parking ticket tu, ada sorang aunty ni datang kat aku & offer parking ticket dia, katanya “still have 1 hour left”. Ohh, ingat dia nak suruh bayar kat dia baki yang 1 hour. Baik hati pulak dia offer kat aku. Rezeki. Save $2.5. Padahal kami stay more than 1 hour, hahaha. 


Ada muzium opposite to parking lot

Sampai sudah

Macam-macam menu ada kat kailis ni tapi semua pun berasaskan seafood lah. Aku order Fish & Squid, $16. Sila jangan convert. Portion untuk 1 set memang sangat besar. Sebab rasanya kalau makan fish je mahu tak habis. Aku rasa macam dah boleh makan 2 orang. Anyway, berjaya habiskan except the fries. Paksa jugalah habis sebab dah beli mahal kan, hahaha. Menu tak serve sekali dengan sos cili or tomato tau, so, kalau nak, kena beli asing. Kecik jer pon tapi mahal. So, bawalah sos cili peket sendiri, nak save budget. Actually kami bawa jer sos cili packet kecik tu tapi sebab excited bila dah sampai lupa semua benda. Nak patah balik ke kereta memang tak lah masa tu.


Ada kedai Cirellos yang terletak bersebelahan Kailis. Serve almost the same menu.

Sambil makan sambil layan view harbour kat sini

Nampak suci tapi dia tengah intai makanan kami tu
  
Fish & Squid

Happy sebab saka dah kenyang, hahaha

Habis makan kat kailis around 4pm plus. Kiranya kami spend lebih kurang 1hour juga lunch kat sini. Ingat nak solat kat area Freemantle ni tapi takde tempat yang sesuai pulak. Kami pun mula lah search masjid berhampiran. Ended up, kami ke Perth Mosque di William Street. Agak jauh juga dari Freemantle ni tapi tu sajalah option yang paling dekat kalau ikut WAZE. Tak rasa kami akan jumpa yang lain or sempat nak fikir dah nanti otw nak ke Augusta. 


Perth Mosque at William St, Perth



After solat, baru mula bergerak menuju Augusta. Tengok time masa tu dh pukul 5 lebih. Dari Perth city, agak jam juga walaupun tak horror macam KL. Ohh, lupa hari ni still working days in Perth. Kiranya, lepas 1 hour macam tu baru traffic ok sikit. Huh, confirm sampai malam lah kami.

Perjalanan kami smooth sehinggalah 1 hour sebelum nak sampai. Terlajak simpang, so, GPS route berubah sikit. Cuma yang tak best jalan yang kami lalu memang takde kereta pun lalu. Takde lampu jalan & bergantung lampu kereta kami saja. Jangan lah ada kangaroo melintas. Memang guna high beam sepanjang jalan sebab tak nampak apa lansung selain pokok & hutan. Ada sampai suata masa tu lalu kawasan “cemetery”. Masa tu tak perasan ada orang lain notice ke tak tapi yang pasti memang seram jugalah bila difikirkan walaupun baru pukul 8mlm. Dengan tempat yang kami tak familiar. Masa tu hanya terfikir berdoa sajalah semoga semuanya selamat. Nak hampir satu jam juga kami drive baru lah nampak sebiji kereta & few houses. Kiranya dah hampir nak sampai ke Augusta Escape Apartment. Kira macam kawasan luar bandar juga. Yang penting driver kami malam tu, Cik Fad memang steady lah walaupun masa tu dah exceed speed limit.

Alhamdulillah, kami selamat sampai walaupun dah pukul 9.30pm. Teringat lagi masa aku check-in, owner Augusta Escape, Kyra sambut aku dengan “Finally, you’ve made it”. Dia tak tahu aku berperang dengan debaran nak sampai ke sini. Lepas ni memang tak lah nak buat keje gila macam ni.


Nampak katil best terus hilang rasa penat

To be continued...
 

Monday, September 12, 2016

Perth Road Trip 2016: Lancelin Sandboarding

Lancelin Sand Dunes
Fri, 26 Aug 2016


Kami check-out agak lambat juga around 8.00am. Sepatutnya pukul 7pagi kami dah mula gerak ke Lancelin sebab kami akan ke Augusta hari ni juga. Lepas check-out kami singgah ke supermarket berhampiran dulu untuk shopping groceries. Shopping pun setengah jam juga. Dah alang-alang kan, mana tahu tak jumpa kedai lain lagi nanti. Kalau jumpa pun takut jadi macam semalam pulak, lewat & dah tutup. Ohh, kedai kat WA ni memang tutup awal. So, kalau nak plan shopping barang-barang makan, sila buat sebelum pukul 5pm. Sudahnya, kami bergerak nak hampir pukul 9am jugalah ke Lancelin Sand Dunes. 2hrs behind the schedule. Perjalanan jauh lagi hari ni sebab kami akan direct ke Augusta. Dapat feeling yang kami akan sampai lewat ke Augusta.


Cervantes Lodge

Kami book Room of 5 at Cervantes Lodge

Perjalanan dari cervantes lodge menuju Lancelin Sand Dunes dianggarkan 1 jam dengan jarak 88km through Indian Ocean Highway.


Our Perth Road Trip Day 2

Indian Ocean Highway to Lancelin

On the way ke Lancelin, kami stop sekejap di Wanagarren Nature Reserve. Kebetulan dah sehala, terletak disebelah kiri kami & ada lookout nak view this nature reserve. Nak tahu juga masa tu apa yang menarik sangat kawasan ni. Actually, mana-mana tempat yang kami rasa menarik & tertarik, memang kami akan terjah saja tapi itulah ada certain tempat tu terpaksa kami abaikan sebab kesuntukan masa. Takut lari dari agenda asal.

Wanagarren Nature Reserve kiranya kawasan kepada sekelompok pokok yang agak unik. Mungkin spesis yang agak rare & hampir pupus. Aku pun tak pasti tapi pokok-pokok nya memang lain macam sikit & agak unik.


Pokok-pokok yang unik ini telah menarik perhatian kami untuk berhenti seketika

Kami berhenti sekejap di sini

Wanagarren Nature Reserve

Species pokok yang agak rare

Kami sampai di Lancelin around 10am and terus cari kedai Lucky 7 yang dikatakan ramai boleh sewa board untuk sandboarding. Kedai ni memang terletak betul-betul on the way menuju sand dunes. Kira sehala lah. Sila ingat simpang, nanti jadi macam kami bila nak return balik sandboard dah menghala ke simpang lain. Ada jual groceries juga di Lucky 7 ni. Kami sewa 3 sandboard. $10 for 2hrs rental with $50 deposit for each. 2hrs tu termasuk masa untuk pulangkan semula sandboard. Let say, tengah seronok main, rasanya macam tak cukup 2jam, nanti boleh call cakap kat dia nak extend. Later, masa return just bayar extra sajalah. Ohh, sandboard yang nak disewa kena ambil & pilih sendiri. Nanti dia akan kasi lilin juga & kasi tahu apa gunanya. Jangan buang pulak lepas dah guna tu sebab nanti masa return dia akan minta balik. Lilin ni gunanya untuk melancarkan lagi pergerakan sandboard tu.


Singgah di Lucky 7 shop nak sewa sandboard

Business Card untuk contact

Kami sampai di Sand Dunes around 10.30am. Masa ni, hanya ada satu kenderaan saja di kawasan ni. Nak kata samapi awal tak juga. Dah lama sikit tu, barulah nampak kereta lain juga. Tapi kira ok lah, kami boleh pilih tempat yang best sikit. Parking pun kat area-area sini juga. Hanya menapak nak sampai ke kawasan pasir yang agak tinggi. Kalau nak ber sandboarding kena lah pilih lokasi yang strategik sikit, baru best. If possible, cari tempat yang pasir nya belum ada orang guna lagi, kawasan yang agak tinggi & steep sikit. Baru best nak slide ke bawah.


Dah sampai pun tempat yang dituju

Memang luas lancelin sand dunes ni... pilih saja mana lokasi yang korang rasa nak sand boarding

Tempat yang 3 orang nak slide tu tak cukup steep ya... sila ke tempat yang lebih curam

Sila pilih pakaian yang sesuai nak buat aktiviti ini

Tak dapat snowboarding, sandboarding pun jadilah kan. Actually, sandboarding is board sport similar to snowboarding. Bezanya, sandboarding takes place on sand dunes rather than snow-covered mountains. Normally in desert areas or coastal areas with beach dunes, like Lancelin.

Best sebenarnya sandboarding ni. Enjoy walaupun nampak macam ntah apa-apa. Cuma yang tak best part nak naik balik ke atas tu. Huh, seksa. Nak turun adalah tak sampai 3 saat pun tapi bila time nak naik ke atas balik tu boleh jadi sampai 5-10min. Tapi apalah sangat kan naik balik kalau nak dibandingkan naik Semeru & Rinjani tu, hahahah. Kalau tak cukup energy memang boleh putus asa. Tapi nasib baiklah, cuaca mendung & berangin semasa kami beraksi di sini. Kalau tak memang tak bertahan lama juga kot. Jangan lupa pakai sunblock untuk extra skin protection kalau hari panas.


Ready position for sand boarding

Yeahhh

Ni sajalah part yang tak best, kena naik atas balik

Part lain yang tak best, habis satu badan berpasir nanti. Siap sedia nak berkirai lepas dah buat aktiviti ni. Kalau boleh bawa barang yang perlu je nak ke sini. Takdelah nanti banyak benda yang nak kena clearkan dari pasir. Trust me, seksa juga nak clearkan pasir halus ni. Sampai ke dalam mata masuk.


Bukan promo kedai Lucky 7 ya

Aktiviti sampingan selain sandboarding

New Fun... New Adventure ;-)

Dah agak-agak nak cukup 2 jam tu kami pun mula beredar. And we returned the sandboard just in time. Deposit returned & kami mula bergerak dari Lancelin around 12.30pm menuju destinasi yang seterusnya ke Fremantle. Plannya nak lunch di sana. Estimated time nak sampai 2jam dengan jarak kira-kira 153km.


To be continued...

Saturday, September 10, 2016

Perth Road Trip 2016: Pinnacle Desert

Pinnacle Desert, Nambung National Park, WA
Thurs, 25 Aug 2016


From Emu Downs Wind farm, we took Bibby Road -> Cervantes Road -> Indian Ocean Road to Pinnacles Desert. Estimated Distance 60km about 45min. Kalau ikutkan boleh je nak sampai lagi awal tapi sebab speed limit kat highway hanya 110km/j, terpaksalah jadi pemandu berhemah, hehehe. Kami sampai di main entrance about 4.20am. Kami disambut dengan ceria oleh staff yang bertugas masa tu. Dia cakap kami datang just nice sebab dah nak hampir nak sunset. No entrance fee for visitor tapi we need to pay for the parking fee, AUD11. Nanti, akan dapat satu map untuk tour around Pinnacle Desert. Actually, ada Pinnacle Discovery Center kat sini tapi sebab kami dah lambat sampai, so, dah tutup. Tapi kami boleh datang lagi esok kalau nak visit the discovery center with the same parking fee ticket. Just show the same ticket, let say, kami nak datang lagi esok.

Nasib sampai tak lewat sangat, dapat lagi lah nak tour kat Pinnacles Desert before the sunset. And it was superb. Pinnacles are actually natural limestone formation. Maybe, the formation here not as sharp as Pinnacles in Mulu but still it has its own unique formation characteristic. Some of the tallest pinnacles here reach heights of up to 3.5m above the yellow sand base. Ada juga formation selain pinnacle ni.


Pinnacle Desert

The best season to see the Pinnacles is spring from August to October, as the days are mild and wildflowers start to bloom. Katanya, the pinnacle formations are best viewed in the early morning or late afternoon as the play of light brings out the colors and the extended shadows of the formations delivers a contrast that brings out their features.

Yang penting, view masa kami sampai di sini sungguh tak mengecewakan. Alhamdulillah.


Beautiful skyline blended with beautiful landscape

Ini bukan dalam studio ya

Area yang kami mula-mula stop ni, pinnacles tak berapa tinggi & bersaiz kecil sedikit
 
Terasa macam berada di ancient world sangat... hahaha

Ini bukan model No Birds Car Rental ya, hehehe

Dah agak-agak matahari makin nak turun tu, kami pun mula bergerak menuju Pinnacles view lookout. Actually, kami pun tak sure kat mana Pinnacles lookout walaupun staff kat entrance tadi dah explain we just need to follow the route (map yang dia kasi) sebab nanti akan ada signboard. Emmhhh, maknanya memang nak kena explore sendiri jugalah bila dah masuk pinnacle desert trail ni. Tapi jangan panik sebab ada jer route untuk kereta masuk terus ke dalam. Follow jer. Nasib baik kami sewa Rav4 sebab trail dia agak sesuai untuk 4WD walaupun kereta kami bukan 4WD pon. And ada tempat-tempat khas boleh park kereta, let say, nak stop & amik gambar.

Kami sampai di Pinnacles view lookout tak lama kemudian. Dari sinilah cantik nak tengok sunset. Nak tengok Pinnacle dari atas ni pun, boleh jer, cuma nanti nampak kecik sajalah semua batu tajam kat bawah tu. So, enjoy puas-puas amik gambar kat bawah before naik kat lookout point ni tengok sunset. Memang cantik view dari atas ni. We came just in time for the beautiful moment.


Dah nak masuk senja

Ada trail dari lookout point ni menuju Pinnacle Desert

Safety for you to follow

Wild flowers everywhere

Pinnacle view from the pinnacle lookout point

Sunset view dari Pinnacle Lookout

Ingatkan kami saja... tiba-tiba jadi ramai bila pelancong jepun datang

Sunset from Pinnacle Lookout

Beautiful sky during sunset

Subhanallah

Sesuatu yang indah just after the sunset

Pinnacles View Lookout

Pinnacles during sunset

We ended the tour just after the sunset. Dah pusing satu pinnacle desert ni baru notice pinnacles yang agak tinggi & besar berada on the other side, on the way jalan nak keluar, hahaha. Yelah tak habis tour satu Pinnacle desert ni sebab hari pun dah nak gelap. Mungkin kalau datang lagi awal dapat explore the entire desert. 

Baru sedar yang kami belum dapat proper rest lagi dari sampai pagi tadi. Gila hectic road trip kami hari ni. Hotel pun tak check-in lagi. Luckily, kami dah book accomodation di Cervantes Lodge. So, tak ada lah jauh sangat nak drive dah. Lagipun esok kami akan ke Lancelin. Tapi jalan semua dah gelap gelita nak masuk ke Cervantes Lodge. Memang takde lampu jalan, hanya bergantung lampu depan rumah orang, kedai or petrol station yang berhampiran sajalah. Masa ni pun kedai semua dah tutup. Tak sempat kami nak shopping apa-apa grocery. Makan maggi & roti jelah malam ni.


To be continued...

Thursday, September 8, 2016

Perth Road Trip 2016: Emu Downs Wind Farm

Brand Highway - Emu Downs Wind Farm, WA
Thurs, 25 Aug 2016


Continue from previous post

Kami bergerak menuju destinasi kami seterusnya ke Cervantes from Caversham around 12.30pm. On the way tu actually memang dah plan nak ke Wind Farm. And seperti yang dirancang, aku follow Brand Highway. Masa ni GPS dah mula memberi kerjasama yang baik bila kami search guna keywords. Tapi aku still on WAZE in case, GPS follow different route. Tapi after about an hour, dah rasa konfinden, sama jer route both GPS & WAZE, aku pun mula menggunakan GPS sepenuhnya. Alhamdulillah, kami follow jalan yang benar. Tapi aku rasa bila dah start masuk Brand Highway ni macam rasa pelik sikit pun ada sebab macam tak banyak kereta yang lalu sini walaupun jalan besar. Lagi hairan bila kereta kat sini memang lansung tak pandu laju. Memang seriously follow the speed limit. Aku yang bawa kereta follow ngan-ngam limit ni pulak yang rasa bersalah sebab kereta yang lagi besar & hebat dari kereta kami bawa memang macam makan angin. Korang rasa boleh bertahan ke kalau bawa kereta kat highway speed limit below 110km/h. 

Makin lama drive, makin rasa kereta lain dah makin tak ada. Kalau ikutkan macam dah follow route yang betul. Lepas tu adalah satu dua lalu, itu pun berdezup hilang. Mungkin semenjak adanya Indian Highway, Brand Highway  ni agak kurang menjadi laluan ke Cervantes. Anyway, memang Heaven betul drive kat sini. View pun cantik. Sila jangan tidur sebab rugi sangat, view sepanjang perjalanan menuju ke Wind Farm thru Brand Highway memang sangat cantik, kiri & kanan. Rugi betul orang yang tidur masa ni especially co-driver. Ingat boleh nak minta tolong snap kan gambar kat view depan... emmhhh. So, aku layan jelah view sepanjang jalan dengan lensa semulajadi ciptaan Allah swt sambil menyanyi-nyanyi riang.


View jalan nak masuk ke Canola Farm

Canola Field in Western Australia

Beautiful Canola Farm can only be seen thru Brand Highway

Canola Oil tu dari Canola flower ni lah rupanya

Memang cantik sangat view kat sini

Actually, Canola flower ni memang tengah musim agaknya kat western Australia. To be honest, aku tak tahu pun pasal Canola flower punya season or whatsoever kat WA ni tapi sebab kebetulan kami lalu sini, memang rezeki kami nak tengok Canola Farm. Tapi yang pasti memang dah nak masuk spring season kat WA. Dapatlah tengok keindahan Canola farm view sepanjang perjalanan kami menuju Cervantes melalui Brand Highway from Perth City. Canola farm ni memang seluas-luas alam kat area sini. Kalau boleh, rasa nak berhenti kat semua ladang jer. Geram tengok yellow color tu. Attractive sangat.

Ada source mengatakan canola harvest over September to October. So, kalau nak tengok keindahan Canola Field di western Australia ni, kenalah plan cuti during Canola harvest season. Most of the farm kat sini restricted juga. Tak boleh masuk sesuka hati. Tapi aku rasa memang ada sebab juga sebab banyak lebah kat sini. Tak pasal-pasal kena sengat. Sebab kami pun ada yang terkena. So, kena berhati-hati juga lah.


Dah macam dalam cerita omputeh... bukan isi minyak tapi tumpang toilet ;-)

After a short visit to Canola Farm, perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang seterusnya. Ohh, on the way tu, nampak satu signboard besar kat tepi jalan menuju lookout point (lupa dah nama tempat tu). Masa tu kami pun tak pasti lookout point apa. Boleh jadi sesuatu yang indah. Jom kita tengok apa yang best. Make a U-turn, masuk simpang yang menghala ke view point. Dah lah kat tengah-tengah lebuh raya yang memang takde kereta lalu-lalang. Suka-suka hati je kan nak masuk simpang mana-mana. Masa tu hasrat ingin tahu mengatasi segalanya. Kami masuk follow je signboard yang terletak kat simpang jalan tu. Dah rasa macam sampai jauh sangat, jumpa simpang lain, masuk lagi. Kali ni sebab kami pasti yang simpang yang kami follow tu memang menghala ke kawasan tinggi. Ada jalan ber tar yang memudahkan kereta masuk walaupun agak sempit. Dah hampir nak sampai ke bukit yang sederhana tinggi tu, kami berhenti kat satu tempat yang bagi aku dah cukup cantik pun view dari situ walaupun tak berapa nak tinggi. Tak berani pulak kami nak amik risiko sampai ke hujung jalan. Lagipun hanya kami di situ. Takde pulak makhluk Allah disekitar yang boleh kami bertanya kecuali kambing biri-biri.


Awesome view thru Brand Highway

Aku rasa inilah salah satu view yang boleh nampak kalau tengok dari atas

Kambing biri-biri ni pun notice kehadiran kami

Syukur Alhamdulillah for the lovely weather

Kami tak spend lama pun kat sini, sekadar menikmati keindahan alam sebentar sambil layan view yang awesome dari tempat kami berhentikan kereta. Lepas tu, continue back our journey to Emu Downs wind farm.

Alhamdulillah, kami sampai di Emu Downs wind farm around 3pm. Actually estimated hours from caversham to Wind farm about 2hrs with estimated distance of 185km tapi banyak sangat persinggahan on the way tadi, tu yang jadi lagi lama dari yang sepatutnya. Dah memang ada open parking area for visitor. Luas juga kawasan parking dia. Tapi hanya kami saja di situ. No entrance fee.


Sekilas fakta

Emu Downs consists of 48 Vestas wind turbines (each with 1.65 MW generating capacity), a substation, interconnection to the main 132 kV electricity grid, administration and stores buildings, and a network of access roads. The wind farm is close to the coast, with a good quality wind resource that has increased wind speeds and reliability aligning with periods for peak power demand.

The wind farm provides electricity to run a desalination plant, 260 km (160 mi) to the south. The Kwinana Desalination Plant, located just south of Perth, turns water from the Indian Ocean into nearly 152 million litres (40 million gallons) of drinking water per day. (source)


Ada informasi berguna untuk para pengunjung

Emu Downs Wind Farm Lookout Point

Panorama

Tahu info sikit

Emu Downs checked

Beautiful view of Wind turbine at Emu Downs

Wind turbine at Emu Downs

Kami di Emu Downs Wind Farm Lookout

Luas gila Wind farm ni

View on the other side

Cantik sangat view kat wind farm ni... no wonder lah kawasan ni menjadi pilihan untuk generate power dari angin sebab lokasi nya yang strategik terletak berhampiran pantai

Kami spend tak lama pun kat sini. Lepas ni ada agenda yang lain yang kami harus kejarkan. Kalau ikutkan turutan plan, nak singgah ke Lobster shack tapi tengok jam dah hampir nak pukul 4pm, emmhhh.... rasanya tak sempat dah. Lagipun kami nak ke lokasi terakhir hari ni, Pinnacle Desert yang tereletak di Nambung National Park. Perjalanan dianggarkan 40min juga dari Emu Downs wind farm ni through Bibby Road. Haa, Bibby road yang kami lalu ni pun takde kenderaan yang lalu lalang. Cuma ada satu trailer besar saja yang lalu, hahaha. Macam dalam citer omputeh sangat. Anyway, perjalanan jadi smooth sebab tiada halangan. Again view yang awesome juga sepanjang menuju ke Cervates sehinggalah kami masuk ke Indian Highway menuju Pinnacle Desert.

To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...