Bandung, Indonesia
Friday, 9 May 2014
Seperti yang dijanjikan kami pun menunggulah seawal pukl 7 pagi di Hotel. Tapi agak mengecewakan sebab hampir 40min menunggu barulah driver kami sampai itupun setelah kami call agent yang kami ambik tu report yang driver tak sampai lagi. Masa tu kami semua pun macam dah hangin jugalah sebab janji tak serupa bikin. Rupanya driver tukar pulak, lepas tu kasi alasan kami cakap pukul 8pagi. Serius aku tak boleh terima sebab malam tadi kami dah cakap & dah dipersetujui. Kerana tak nak merumitkan keadaan kami pun proceed sajalah. Aku bukan apa nak start awal sebab nak ke destinasi kami hari ini agak jauh juga & makan masa, so, aku plan kalo sampai awal dapatlah elak jam & orang pun tak lah ramai sangat… based on experience orang yang dah pernah pergi.
Forget about my dissatisfaction, jom kita explore our today’s journey to “A must see list” while you in Bandung, The famous... Gunung Tangkuban Parahu.
|
This is my 4th volcano |
Perjalanan dari Hotel kami ke sini memakan masa sekitar satu jam lebih juga but it depends on your driver’s skill too. Tapi yang pastinya otw nak sampai ke Tangkuban Perahu tu view memang agak awesome, kiri & kanan, Subhanallah. Don’t be surprised with the bad smell or ayat kurang sopan skit “bau kentut". It's normal, kalau dah makin dekat dengan kawah gunung berapi. It means, you are almost there… tak jauh dah tu. Dari main entrance nak ke Gunung Tangkuban Parahu agak jauh jugalah, dalam 15min drive thru jalan yang tak berapa nak ok & ascending. Alhamdulillah, masa kami sampai masih awal lagi & tak ramai visitors.
Let’s learn something about this place...
Tangkuban Parahu
Entrance Fee: IDR75K
Elevation: 2,084 m (6,837 ft)
Location: Tangkuban Perahu, West Java, Indonesia
Type: Stratovolcano
Last eruption: February to March 2013
Easiest route: Hike
Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di daerah Jawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbunan pokok pine dan hamparan kebun teh di sekitarnya. Mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter, bentuk gunung ini adalah Stratovolcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang manakal mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah wap belerang. Purata Suhu hariannya adalah 17degC pada siang hari dan bisa mencecah 2degC pada malam harinya. (source)
Lagenda rakyat
Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik. Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu berkait rapat dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi telah meletakkan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam masa semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang sangat marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu.
Emmhhh... adalah juga seakan-akan menyerupai perahu yang terbalik.
|
Kawah Gunung Berapi Tangkuban Parahu |
|
Close-up mode |
|
Bawa mak melawat Gunung Berapi |
|
Welcome to Gunung Tangkuban Parahu |
Anyway, kami tak habis explore satu kawasan pun sebab masing-masing
dah pening dek bau sulphur yang agak kuat. Bagi aku bau dia still ok
eventho ko tak pakai mask. Cuma bila ada angin bayu jelah, semerbak bau
dia, amek kau. To be honest, memang bau dia agak horror. To some people
it may cause dizziness & hard of breathing. So, lepas setengah
jam jer semua family aku dah masuk van except me. Of cos lah aku takkan
berpuas hati. Dari jauh datang, lepas tu spend amek gambo kat depan
kawah, that’s it. No no no, aku mengambil langkah berani berjalan sorang
explore on the other side of Tangkuban Parahu area. Memang lah ada
orang akan follow jer jual macam-macam, tips aku, buat tak tahu jer
sebab nanti dah bosan confirm dia blah. Rupanya banyak lagi angle yang
menarik kat Gunung tangkuban Parahu ni kalau kita rajin menapak sikit.
Tak rugi, banyak juga ole-ole & barang-barang yang agak menarik
dijual disekitar kawasan ni.
|
Sila patuhi arahan yea |
|
View disekitar area Tangkuban Parahu... full of souvenirs shops |
|
Ade track for those yang nak explore view of Tangkuban Parahu from the other side |
|
Still active volcano |
|
Sila pakai masker kalau tak tahan bau sulphur |
|
Deretan kedai sepanjang gunung Tangkuban parahu |
|
Boleh sambung naik sampai atas kalau larat |
|
The biggest crater, kawah ratu or Queen's crater |
Kami spend tak lama pun kat sini, tak sampai satu jam pun rasanya. Aku sorang jer yang beria-ia berjalan nak explore area situ. Famili aku yang lain semua dah masuk dalam van sebab tak tahan bau busuk (sulphur), katanya. Bagi aku, bau dia agak mild, so, even tak pakai mask pun still ok kot cuma bila ada angin sajalah, boleh fening satu kepala. Tapi masa kami sampai tu cuaca agak panas & view pun agak cantik masa tu. Anyway, aku tak sempat explore sampai habis area disekitar Tangkuban Parahu ni sebab risau juga jalan sorang-sorang walaupun ramai jer orang masa tu.
|
Ambik masa jalan-jalan disekitar... macam-macam benda menarik & pelik ada dijual |
|
Inilah antara hasil kreatif yang dihasilkan dari pokok batik kukun |
|
Pokok batik kukun... original batik design |
|
Dah habis explore... jom kita balik |
Strawberry Land
Entrance Fee: Free (IDR10K kalau nak petik strawberry+free strawberry juice)
Strawberry land ni terletak otw nak ke Tangkuban perahu. So, dah alang-alang lalu tu kan kami singgah jugalah. Tujuanya nak minum air strawberry tapi adik aku pulak ajak teman dia petik strawberry. Layankan ajelah walaupun this is my first time. Kalau kat Malaysia aku tak sure kena charge berapa sebab tak pernah buat pun. Hasilnya kutipan akan dikira berdasarkan berat. Kat sini IDR70K per kg. Tapi kami tak kutip sampai 1/2 kg pun sebab tak banyak buah dia yang masak. Penat jugalah nak memilih, huh. Masa nak bayar tu aku noticed ada satu basket strawberry yang baru saja dipetik sampai. Lagi besar & nampak menarik pulak tu. Aku pun argue lah dengan cashier tu apsal size macam ni takde masa saya petik tadi. Dia punya nak pertahankan diri, cakaplah yang tu dari ladang lain. Cheh, memang sah lah sapa-sapa yang dah petik kena kelentong. Nasib baik aku tak beria-ia petik tadi. So, nak sedapkan hati aku suruh dia topup strawberry yang baru sampai tu dalam basket aku. Sapa suruh letak depan aku kan. Lepas tu ada orang yang lain baru sampai terus aku advise tak payah susah-susah petik, beli yg baru sampai ni jer sebab kami dah pusing satu ladang ni, dah takde pun yang tinggal, hahaha. Bagi aku dia orang ni macam tak jujur pulak, kalau tak berapa nak ada buah cakap lah awal-awal, kesian orang yang nak merasa nikmat petik buah strawberry tapi at the end tak ada apa sangat pun, cuma bau busuk baja jer.
|
Lepas petik buah boleh tukar dengan secawan jus strawberry |
|
Memang luas ladang strawberry tapi sebab dah tengahari tak larat nak explore semua |
|
Ini sajalah hasil tangkapan kami, less then 1/2kg |
The next day, otw nak ke kawah putih sebenarnya lagi banyak ladang strawberry. Boleh kata sepanjang perjalanan nak sampai tu lagi kiri & kanan, ada jer. And harga lagi murah tau, IDR35K per kg. Hahaha, menyesal pun tak guna. Anyway, I will story on my next entry to Kawah putih.
Floating Market Lembang
Entrance Fee: IDR10K /person (including welcoming drink, boleh pilih hot or cold drinks) & IDR5K /mobil.
Quick info:
- Floating Market ini terletak di jalan Grand Hotel Lembang no. 33E
- Dibuka setiap hari, Isnin-Khamis: 10am – 5pm & Jumat - Ahad: 9am – 8pm
- Transation di sini menggunakan coin. So, kalau nak beli apa-apa, please make change at the available counter.
Salah satu tempat liburan terbaru di daerah Lembang, Bandung, Jawa Barat. Pada mulanya, aku ingat floating market ni macam di Bangkok, Thailand or Sungai Mekong di Vietnam tapi ternyata I was wrong. Jauh sekali yea. Memang ada perahu-perahu yang teraapung tapi bukan jual sayur, ikan & sewaktu dengan nya tapi lebih kepada makanan khas Bandung yang siap dinikmati. Contonnya, bakso, pisang goreng, nasi ayam penyet etc. Itulah yang uniknya floating market lembang ni. Makanan boleh dinikmati berhampiran tempat jualan dimana ada tempat makan yang disediakan.
|
Welcome to Floating market |
|
Lost |
|
Dah penat berjalan bolehlah lepak rehat-rehat kat sini |
|
View menuju Floating Market Lembang |
|
We're almost there, Jom |
|
Souvenirs Shop & tempat tukar Koin juga |
|
Bertentangan dengan gerai-gerai ni adalah sawah padi yang memang hidup subur |
|
Jom cross the bridge ke seberang... Floating Market |
|
Inilah Floating Market nya |
Kami sempat jugalah menjamu selera kat
sini. Macam-macam jugalah kami beli and of cos lah benda makan saja. Ayam ala-ala ayam bob pun ada jual
kat sini tau. Tapi apa yang paling best kat sini, pisang sangkuriang.
Dah macam nama ala-ala legenda sangkuriang di Tangkuban Perahu,
hehehe. Apa yang uniknya pisang sangkuriang ni, pisang di goreng tanpa
menggunakan tepung dan kemudiannya ditabur cheese & coklat rice.
Kami order dua set sahaja memandangkan portion dia untuk 1 set cukup
untuk 2 orang makan. And untuk kelainan adik aku order pisang keju gula
aren. Pisang ini pulak digoreng bersama tepung rangup &
kemudianya ditabur gula perang & cheese. Seriuously sangat
sedap. Portion pisang dia pun cukup untuk 4 orang makan walaupun pada
hakikatnya, tak cukup untuk aku. Bukan apa tak nak order banyak, kami
akan lunch selepas ini takut nanti dah full dengan pisang sahaja. Kalau
sebelum ni aku cuma familiar dengan pisang choc cheese di Taman Simalem
Medan & Cibiuk, Kajang but this is different recipe. Haa… lepas
ni boleh masuk kan dalam list resipi my pisang cheese.
|
Pisang Sangkuriang (IDR20K) |
|
Pisang Cheese Gula Aren (IDR15K) |
|
Agak busy juga inside this floating market |
|
Kedai hidangan pisang yang pelbagai |
Tips:
Aku cadangkan kalau sampai tengahari tu silalah bawa payung lipat or pakai topi, agar lebih nyaman berjalan-jalan di sekitar area floating market ni. Sebab dari main entrance kena menapak juga nak ke floating market nie. Other option boleh naik boat, hehehe.
|
Kalau malas jalan kaki boleh lah naik boat nak ke seberang |
Kami spend lebih kurang 2 jam disini. Lepas tu kami pun menuju ke destinasi seterusnya untuk Lunch.
Kalau korang yang jenis budget, tak perlulah ke tempat makan-makan yang landscape dia memang cantik. Sebab confirm harga pun cantik juga. Makan memang sedap tapi mahal plus with normal tax 10% & 5% service tax. So, first day tu memang ingat nak ke Kampung Daun tapi memandangkan ramai yang cakap mahal even our driver, so, kami tukar plan makan ditempat yang suggest by our driver… D seuhah da lada. Lokasi tak jauh pun dari floating market tadi & terletak kat atas bukit. Tempat pun cantik & harga pun boleh tahan. No wonderlah macam tak ramai orang masa kami datang tu. Total kami makan untuk 6 orang dalam RM100 jugalah including tax,which to me still expensive. Itupun sebab kami tak order lauk-pauk sebab mak & adik aku dayah ni tak berapa nak masuk Indonesian food. So, kami order asing-asing lah, tak nak membazir. Itupun still mak aku tak berapa nak lalu. Lepas tu aku terus kasi warning kat driver aku jangan bawa tempat mahal-mahal dah.
So, untuk dinner kami Cuma tapow di Restoran Nasi Padang yang berdekatan dengan hotel kami sahaja. Harga pun murah & puas hati.
To be continued...