Pages

Tuesday, July 30, 2013

Iftar GGK


Alhamdulillah, rezeki berbuka di 19 Ramdhan. Terima Kasih lah kepada Tuan Rumah yang sudi menjemput ke Iftar sekaligus merangkap "House warming" kata nye. Hehehe.

Anyway, food memang awesome, walaupun pun menu lebih kurang sama je macam tahun-tahun sudah. Sama pun tapi bukan selalu kan... setahun skali, kira ok lah tu.

Antara menu nye...

Ketupat Sotong Huzz
Ketam Masak Lemak
Asam Pedas Gojes
Ayam Barbeque Gojes
Sayur Campur
Thriffle
Puding Butterscotch
Jus Tembikai Laici


Alhamdulillah

Thanks to all GGK member yang dapat menghadir kan diri walaupun tak semua nya ada. 

Semoga tradisi berbuka puasa bersama ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun yang akan datang walaupun bilangan ahli single makin berkurangan. Hahaha.

Friday, July 26, 2013

Rezeki nak Raya


Hari ni mesti ramai tersenyum gembira kan. Al maklum Gaji & Bonus dah masuk. Dan kepada yang lagi bertuah tu, dapat Increment skali. Alhamdulillah... masyuk masyuk. 

Dekat Group WeChat "Akerian"  jer... dah macam-macam citer pasal Bonus & Increment aku dengar... happy?? Tipulah aku cakap aku happy kan. Jealous tu adelah... hahaha. Sedey juga lah sebab aku memang takkan menikmati kelebihan itu buat masa ini. Terpaksa lah redha dengan apa yang ada kan. 

Aku juga yang sedey... Bonus takde. Gaji pun next week baru masuk... sob sob sob. Increment jauh skali lah.... warghhhh. Confirm pun tak lagi.... banyak citer plak kan... hehehe. Bilalah Bos nak panggil masuk bilik dia nie. 

Ada member cakap "menyesal ke"... errkkk, bagi aku itu rezeki masing-masing. Bagi aku, penghijrahan tu sesuatu yang kita tak dapat nak duga kan. Maybe boleh jadi happy & tak berapa nak happy. Adelah consequences nye. Aku tak berani nak cakap lah sebab aku masih baru & masih banyak aku nak belajar. Insyallah, Allah janjikan sesuatu yang terbaik kalau niat kita betul kan. 

Anyway, tahniah lah pada sahabat-sahabat yang dapat Bonus tu. Rezeki nak menyambut Hari Raya lah tu. 

Nampak nya Aidilfitri tahun ni "Wasatiah"  saja lah

Tuesday, July 23, 2013

Percubaan Pertama


Entah kenapa kerajinan tiba-tiba melanda untuk buat something yang aku tak terfikir nak buat tapi ada pernah suatu ketika terasa nak cuba buat.

Memandangkan bulan puasa ni aku OFF dari sebarang outdoor activities & gym... rasa nya inilah masa yang sesuai aku ke dapur kot... hahaha.

Aku akui mula tahu pasal triffle ni sebab ada sahabat GGK yang pernah buat masa gathering iftar 2 tahun lepas, itu first time tau makan, Kalau tak memang tak pernah tau pun... thriffle tu apa ke mende nye. And adik aku yang rajin mencuba resipi pelbagai pun pernah buat juga. Both resipi terbukti terbaik & sedap walaupun cara penyediaan berbeza.

Tengok lapisan thriffle jer nampak macam renyah kan tapi bila tengok resipi dia takdelah susah mana pun. Less than 1 hour preparation.

So, balik je keje semalam terus berdessup ke kedai untuk membeli apa yang patut. 


Antara bahan-bahan nye

Inilah hasil nye... terlebey muatan sebab salah budget size, hehehe

And I got this recipe from myresipe.... and most of the recipe in other blog juga use the same ingredients & method.

Mak cakap lagi sedap dari yang adik aku buat... hehehe. Kira OK lah kot.

Anyway, Worth trying :-)


Sunday, July 21, 2013

Kurniaan 12 Ramadhan


Alhamdulillah, Along aku dah selamat melahirkan baby girl lewat pagi ini. Makna nya dah 8 orang anak buah aku sekarang. Dan yang ke-5 buat Along. Mungkin belum rezeki nak dapat anak lelaki lagi kot. Insyallah, boleh tambah lagi, baru 33 tahun kan... hehehe.

Walaupun masih belum ada kesempatan melihat dengan mata sendiri tapi aku amat bersyukur segala nya Allah permudahkan.

Nama masih belum tahu lagi maybe sebab tak expect kot dapat pompuan. Insyallah, kalau takde aral melintang esok keluar hospital lah.

Nampak nya meriah lagi lah Aidilfitri tahun ni dengan kehadiran  ahli keluarga baru.






Monday, July 15, 2013

Alhamdulillah... aku masih bernafas lagi


Alhamdulillah, di bulan yang penuh barakah ini, sekali lagi aku diberi peluang untuk terus menjalankan kewajipan sebagai khalifah mu dimuka bumi ini. Terus menjalani hidub sebagai seorang insan yang cukup bertuah, cukup segala sifat untuk terus menikmati rezeki mu di bumi ini. Masih bernafas untuk terus hidup. Kalau ikut kiraan, aku memang dilahirkan masa bulan Ramadhan. Sekali lagi aku dapat merasa nikmat menyambut kelahiran di bulan yang mulia ini. Thanks to my Mom yang terpaksa ganti puasa sebulan semata-mata nak melahirkan puteri mu yang comel ini... hehehe. Jasa mak memang tak terbalas.

Aku masih aku, mybe "age is just a number" but to me it means a lot, I must do something. Not to hide the truth but to face the reality that "age is NOT just a number". At this time, I'm OK with that... hehehe.

Me myself, there's nothing special I achieved since my last birthday. Just hoping for a very very bright future and continue with my hectic life.

Insyallah, waiting for my next family member to be born... if not mistaken, suppose to be today. Emmhhh, nanti bolah lah kasi nama Ramadhani... hehehe. Can't wait for that moment.

To all my family members, relatives, best friends, friends ...I truly appreciate all the warm wishes & doa. Thank You Very Much. It made my birthday just a little bit more special in this Holy month. May Allah bless each and everyone of you.

Akhir kata gandakan pahala di Bulan ramadhan ini. 




Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan





Marilah kita menyambut bulan Ramadhan kali ini dengan hati yang ikhlas & fikiran yang bersih

Ampun & Maaf jika ada kata & perbuatan yang menyinggung perasaan sapa-sapa yang berkenaan

Semoga Ibadah puasa tahun ini lebih mantap dari yang sebelum nye & diredhai Allah SWT

Ameen...


My first run for 2013


Date : 7th July 2013
Venue : Start/Finish at Kompleks Sukan & Belia, Kuala Selangor
Time : 6.30am – 12.00PM
Distance : +- 11km
Organizer : MountDesign


My first run for this year and my first time for Trail Run. Konon-konon nak cari kelainan lah kan...

Trail Run ni memang agak mencabar, starting point from Kompleks Sukan & Belia Kuala selangor... continue lari masuk kawasan hutan, keluar balik and then masuk Taman Alam Kuala Selangor... run thru the jungle - lari tepi parit/sungai.... continue lari... SESAT jalan... patah balik.... lari di laluan yang betul. Lepas tu, keluar balik Taman Alam &  naik tangga ke Bukit Malawati. Continue naik sampai atas (the Best part) - jumpa monyet (hehehe) and then, turun balik - keluar kat entrance Bukit Malawati. Lalu depan Taman Alam Kuala Selangor balik and run until the finishing point at Kompleks Sukan & Belia Kuala selangor.

This my 4th time naik Bukit Malawati, kalau sebelum ni, aku naik dengan kereta & keretapi... tapi kali ni aku naik dengan berlari yea... hehehe. So, semua cara aku dah guna nak naik Bukit Malawati.

Honestly, Organizing Run yang paling mengecewakan sebab organizing committee yang hampeh, boleh lambat letak marking point dekat junction. Runners dah patah balik baru terhegeh-hegeh datang nak letak. Huhh. Momentum aku pun dah lari sikit, nasib baik masih berdaya lagi nak teruskan.

Alhamdulillah, walaupun dah terlajak 2KM tapi I managed to end it within 1 hour 20 minutes.


Saat-saat Kritikal Salah Jalan

Finisher medal


Aku yang terTEWAS


Semua ini gara-gara Maybank Treats Fare yang diadakan selama 4 days (4-7 July) di Midvalley. Dengan point yang telah terkumpul sekian lama yang tak pernah-pernah redeem, aku hanya perlu bayar sebahagian sahaja dari price for this Samsung Galaxy Note. Aku memang dah lama nak plan beli tab… so, dah alang-alang ade promo ni apalagi, gunakan lah sehabis baik. Initial plan, nak beli Ipad Mini tapi memandangkan agak mahal for 64GB better aku go for something yang boleh kasi ext. memory up to 64GB with a very affordable price. Anyway speed memang aku akui agak awesome, semalam sahaja aku dah berjaya book AA online ticket ke 2 International destination for next year with company WIFI… hehehe. Alhamdulillah. Pulangan yang agak berbaloi dengan penggunaan Maybank card.

For Full Specification...




Not only that, aku juga telah redeem WD external hardisk 1TB at 49K points. Cuma tak dapat nak redeem Panasonic Microwave Grill oven jer sebab point dah banyak spend kat Tab.

Anyway still in the process nak familiar with Android software.

Friday, July 5, 2013

My Bali Vacation Budget


Summary of my Budget for 5D/4N Bali vacation. Our last day in Bali, harga minyak baru start naik, maybe after this... entrance fees & package for transportation will be affected by this.


Tourist Attraction Entrance Fee: 

· Taman Ayun – Royal Family Temple - IDR 10,000 (≈RM3.20)
· Bedugul – Ulundanu temple - IDR 10,000 (≈RM3.20)
· Tanah Lot Temple - IDR 30,000 (≈RM9)
· Tanjung Benoa for water sport activities (parasailing, Island Hoping etc) - FreeEntrance
· Ulu watu temple - (IDR 20,000≈RM6.20)
· Tegalalang Terrace Rice – IDR 5,000 (≈RM1.50)
· Kintamni with mountain and lake view - IDR 5,000 (≈RM1.50)
· Coffee and Spices Plantation Luwak Coffee (Sekaan Village) - Free
· Barong Dance – IDR 100K (RM31.73)
· Kecak Dance – IDR 70K (RM22.30)
· Munduk waterfall - - IDR 5,000 (≈RM1.50)


Personel Budget:

· Flight Ticket – ≈ RM 400 Return (Bought separately)
· Airport Tax – IDR 150K (RM 46) per person
· Airport pick up to Matahari Guest House @ Kuta (1st Day) - IDR 50K (RM 15.86) per person
· Bali Day Trip - IDR 262 500 per person (for 3 days) – RM84 per person
· Volcano Batur Sunrise Hiking Tour - IDR 350.000 (RM109) per person
· Entrance Fee to Tourist Attraction - +/- IDR 255K (RM82) per person
· Hotel (Matahari Guest House & Matahari Cottage Ubud) – RM160.21 per person for 5D/4N


My Other Budget:

Gambar Ulu Danu - IDR 15K (≈RM4.60)
Tips Driver & Guide – IDR 50K (≈RM16) per person
Makan (Lunch, Dinner & Mineral water etc.) – IDR 300K (≈RM96)
Shopping (Telekong, Kain Batik, T-shirt, Kopi, Souvenirs etc.) – IDR 1 Mil. (≈RM320)
SPA & Massage – IDR 240K (≈RM76.80)


IDR15K for this hardcopy photo

So, Total Budget – RM 1410


Nilah antara percutian yang terover budget, anyway I really have fun.

Thanks Kay, Fad & Hezrin for this awesome trip.

See again on the next trip to Bangkok ;-)


Thursday, July 4, 2013

Bali Last Day


Ubud - Kuta - Denspasar, Bali
Sunday, 23/6/2013 

Continue from previous post

Today is our last day at Bali…

After returned from Mount Batur Sunrise Hiking tour, and later light breakfast to Pineh’s Farm… kami pun pulang ke Matahari Cottage. We have to quick since we already set an appointment with Rembulan SPA. Actually kami memang dah plan nak manjakan diri selepas turun dari Mount Batur. Sesuai skit kan... badan dah sengal-sengal kena plak dengan Balinese Massage & Flower bath... hahaha.

Kami telah memilih "Mentari Package" (2 1/2 hr treatment) which include Balinese Massage, Body Feel + Milk Bath, Herbal Facial & Relaxing Flower Bath. The total package was IDR 200K (RM64). Aku & Fad tambah Hair washing untuk complete kan package kami sebab takde dalam package yang ditawarkan. So, extra IDR40K (RM13). Haa, kira OK lah kan... kat M'sia agak-agak nya dapat tak harga ni... emmhhh. Kalau macam ni punye harga, tiap-tiap minggu pun takpe pergi SPA... package lengkap terus... hahaha. Actually, kalau ade banyak masa memang aku nak buat complete with manicure & pedicure tapi masa tak mengizinkan. Kami cuma ade masa 3 jam sahaja. Kalau complete package mahu 5 jam juga lah.

Service SPA kat sini boleh tahan jugalah setimpal lah dengan herge kan. Part yang aku paling suka is Balinese Massage. Sampai tak sedar diri lah tido punye sedap dia massage kan... yelah penat turun dari gunung lah katakan. Member kat sebelah sempat pulak berkeruh satu bilik, amek kaw... hahaha.Tak tahu macam mana nak compare dengan kat Malaysia sebab this is my second time & 1st time in Bali. Tapi yang pasti package SPA kat sini memang murah-murah and very affordable.

According to our driver Wayang, SPA & Massage yang paling terkenal di area Ubud ni is Bali Ratu. Tengok entrance to Bali Ratu pun nampak exclusive. Tapi kalau ada banyak masa memang nak juga survey, manalah tahu kan, mahal tapi lagi murah sikit dari kt Malaysia, kira OK lah tu... hehehe. Wayang ade recommended juga satu tempat SPA ni, yang dia selalu bawa orang lah... dekat dengan sawah padi. Agaknye kalau nampak view sawah padi tu meaning open lah kan. Takde makna nye. Tapi memandangkan kami nak kejar masa lepas turun Batur, so, kami prefer yang dekat-dekat saja lah.

After dah manja kan diri masing-masing, we returned back to our Hotel. Kena packing nak balik lah, padahal masa tu dah terlebih masa check-out plak... around 2.30PM, nasib baik tak kena extra charge. And driver kami Wayang setia menunggu kami sehingga kami siap. Around 3PM kami pun bertolak kembali ke Kuta which is about 1 hour journey.

Sampai je di Kuta, kami ke Agung Bali dulu, the first place yang kami shopping on our first day. Nak cukupkan checklist souvenirs.

Lepas tu baru lah kami sibuk cari tempat makan sebab perut dah start berkeroncong. And pilihan kami kali ni, Restoran Wong Solo.

Ternyata makanan di sini memang sedap sekali lah. Dan memandangkan last day kan, macam-macam kami order. Bak kata Fadd, balik Malaysia, duit sini tak laku lagi dah ... hahaha. Sangat puas hati. Kebetulan masa kami sampai tu memang takde orang lansung, maybe sebab dah pukul 4 kot... dah nak masuk dinner time dah pun, hehehe. Mas Wayang pun dipaksa makan bersama kami. Serius malu pakcik ni. Padahal aku tahu dia lapor. Finally rahsia kami pun terbongkar... we're not students anymore.

After lunch, kami sambung shopping kat area-area situ pulak. Again, memandangkan checklist souvenirs masih tak cukup lagi. Adalah dalam 1 jam juga. Lepas tu, barulah kami direct to Airport. Tak jauh mana pun lagi, dalam 15min macam tu jer.

End of my Bali Vacation...

Rasa macam tak puas jer... rasa nak ke sini lagi next time.

Insyallah next time ke Bali, aku nak cuba buat aktivity lain plak 
1. Tengok Dolphin @ Pantai Lovina 
2. Surfing (hehehe...) 
3. White Water rafting 
4. Mt. Agung Sunrise tour (perhaps... kalau masih ada kekuatan lagi) 
5. And mana-mana tempat yang aku tak sempat nak cover lah

See on the next trip. 


Bukit Ayer Hitam Forest Reserve


Bukit Ayer Hitam Forest Reserve
Puchong, Selangor
Sunday, 30 June 2013

GPS Coordinate: 3.024646,101.629822 (Starting Point)


Unplanned trip last week. So, memang tak ramai lah yang dapat join kan. Orang yang sepatutnye beria-ia & ajak pergi, last minute cancel... dah biasa pon... hehehe. Memandangkan aku tak buat apa-apa last sunday, aku rase baik aku teruskan sahaja walaupun hanye berempat. Since, this is my first time, kami telah menggunakan khidmat unofficial guide, Sham, to guide us sebab agenda kami bukan nak panjat semata-mata tapi.... nak menikmati green lagoon yang dikatakan sangat mempesonakan itu.

Maybe kalau nak sampai peak tak perlukan guide kot sebab memang dah ade available route for you to follow. Kalau weekend memang ramai oramg yang datang kat sini... so, tak perlu risau sebab sepanjang perjalanan ke peak, pasti akan terserempak dengan anyone lah. Tapi kalau ingin lebih adventure boleh lah trek up to Green Lagoon tapi trek ni agak tricky sikit, so, if you're first timer, to be safe, better let someone who has been there before to guide you.

If your ask me, trek dia tak susah mana pun... lebih kurang macam trek Bukit Apek thru Awana Cheras. However, still depending on someone's stamina too.

Let the below pics tell everything...


You can park your car around this area
Starting Point... entering the hiking trail

Beginning of the trail

Agak lapang atas ni, so, kalau datang lambat memang panas sikit lah mula-mula tu

Follow this way
Entering the Jungle trail

Well kept forest reserve

The first 1/2 an hour was fairly leisure & OK... but the balance, boleh tahan juga

The fallen trees

Ini bukan halangan... hehehe

His taking energy from the trees... Nature therapy his own way


Inilah puncak nye... I guest, but this is not our target

Macam-macam kulat yang kami jumpa otw to Green Lagoon

Parasite

Ada juga trail yang easy & leisure

Breathtaking view along the trail

Jejarum Jingga

Confusing... both will bring you to the green lagoon but we took the left side but return follow the other way

Trek down to Green Lagoon

Akan jumpa kawasan rata ni dulu, Green pool is on the right side

You will see most of the trees were properly tagged

Cantikkan view kat sini

Sampai-sampai jer pool, keterujaan mengatasi segala-gala nye... hahaha. Yang pasti nak masuk dalam pool yang air color hijau tu, so tempting. Masa kami sampai tu ade one chinese group sedang mandi-manda. So, kami tunggu & lihat dulu. After 15 minutes macam tu, they all started to leave... maybe nak kasi laluan kat kami-kami plak, hehehe. I don't know how to descibe how happy I am at that time. 

 
First spot of pool...the water is so crystal clear

REMINDER!!!
Pool kat sini dilarang keras masuk sebenarnya, aku tahu pun setahun lepas tu. Anyway, kalau nak masuk juga kena tanggung risiko sendiri lah sebab my member ada yang kena tangkap masa masuk sini. So, better not to involve. (updated a year later)


REMINDER!!! Oppss... forgotten No. 1 masa ni

Finally, we're here... the Green Lagoon 

We moved to the other side... sini lagi best cuma tak sejernih yang tadi :-)

Slow shutter caption

Feed them with food & feel the therapy... really cool
Not view from peak but... view at the beginning of the trail

Overall timing, kami megambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke Green Lagoon. Macam biasa lah take photos plus short rest in between. And return was around 1 & ½ hour.

Masa on the way nak balik semula tu, we took a different route. Yang pasti memang agak kepenatan jugalah sebab dah mandi sakan kat green lagoon tadi kan... hahaha. So, part of our energy dah consume for bersuka-suka selama 1 jam di pool tadi. Sampai lupa yang kami perlu trekking untuk kembali ke starting point, tempat kami parking.
Pekena Mee Goreng Mamak dulu before balik... hehehe

Satu pengalaman yang menarik yang aku lalui hari ini. Hiking & Picnic.

Anyway, thanks to all for a wonderful trip today. Nanti kalau ade trip-trip best especially yang melibatkan air, jangan lupakan kami, hehehe.


Wednesday, July 3, 2013

Bali Vacation Day 5: Volcano Batur Sunrise Hiking

Volcano Batur Sunrise Hiking Tour 
Kintamani, Bali
Sunday, 23/6/2013 


Highlights:
Last Eruption: 2000 
Elevation: 1,717 meter 
Starting Point: Pura Jati
Estimated time to summit: 1.5- 3 hours (depending on your speed) 
Level of toughness: Moderate 
Features: Volcanic sand, night trek 

Package Detail

Tour Guide Fees: IDR 350k (RM109) per person which include... 
  • Free pick up from Hotel
  • Free transfer back to your hotel
  • Breakfast banana pancake with chocolate +bali coffee or tea before hiking
  • Breakfast again on top of volcano (Sandwich with Banana filling & 2Boiling eggs)
  • Explore the crater rim and to see smoke coming out
  • Water
  • Experienced local guides Guide
  • Entrance fee
  • Transfer Back to Airport from Hotel, jalan-jalan after the hiking tour

Checklist for Hiking 
  • Trekking shoes 
  • Windbreaker/Warm jacket 
  •  Headlamp/Torchlight 
  • Small bag pack to carry your stuff 
  • Personal First aid Kit / medicines (minyak Angin, Panadol etc.) 
  • Drinking Water & Energy food 
  • Warm Gloves 
  • Raincoat

Pick up time: 02.00 am from our Hotel


Intro...

Gunung Batur adalah gunung berapi yang masih lagi active & kedua tertinggi di Bali. Normally, pendakian Gunung Batur akan dilakukan seawal 3.30pagi dan menempuh jarak sekitar 2 km. Walaupun, ketinggian Batur 1717 meters ASL tapi kami hanya mendaki sekitar 700 meters sahaja, meaning, kami dah berada di ketinggian 1000m before the trekking was started. Overall, It took about four hours from us round-trip, including an hour or two of sitting around the top.

For More info on Mount Batur


My Story...

Aku cuma sempat lelapkan mata untuk 2 jam sahaja before our driver, Wayang datang pick up. Rupanya dia dah sampai lagi awal & siap tido dalam Van. Memang terlebih on time lah driver kami ni. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam nak ke starting point Batur. Tapi kami tak direct to Batur, kami stopped by kat Pineh’s Farm for breakfast before the hiking which is part of the hiking package. Emmhh... Pukul 3 pagi tu breakfast. Menu pagi tu... Banana pancake & Bali Coffee. Sedap betul Banana pancake dia, tak cukup rasa nye satu. Emmhhh... Kalau tak memikirkan kami nak panjat gunung nak jer minta lagi... hahaha. Just after the breakfast, kami terus ke starting point (Pura Jati) which is 15min drive from Pineh’s Farm.


Our breakfast... Banana Pancake

Sepanjang perjalan ke starting point, Wayang sudah menjangkakan yang cuaca maybe tak berapa nak menyebalahi kami berdasarkan firasat beliau yang dingin nya tak berapa nak keras pagi tu. Di tambah pulak, tiada bintang yang kelihatan di langit. Normally, kalau banyak bintang pagi tu petanda cuaca cantik. Emmhhh... at that time. I just pray in my heart hoping for miracle to happen.

As we arrived, kami diperkenalkan dengan our guide, mas Adi. Masih muda & umur nya masih 23 tahun. After a short taa’ruf, kami pun proceed, that time was 3.45 a.m. Mula-mula, perjalanan akan melalui kawasan ladang yang agak rata, lama juga kami berjalan adalah dalam setengah jam juga before kami sampai jalan berbatu yang agak mencanak. Aku bayangkan sejuk pagi tu macam kat Bromo or Sibayak, tapi ternyata, I was wrong, tak sejuk mana pun. Aku cuma start pakai windbreaker pink kesayangan aku tu bila dah sampai puncak yea. Betul lah kata Wayang, memang tak keras sangat sejuk pagi tu.

Alhamdulillah, perjalanan kami agak smooth pagi tu tanpa sebarang kesulitan. Cuma, Cik Hezrin jer semput sikit. And ada pulak bapak yang sudi melayan makcik ni. Bukan saja-saja suka nak tolong tau tapi mengharapkan something lah... kena beli air coke dia yang herge IDR25K tu. So, masa dah sampai puncak, terpaksa beli jugalah sebab dah memikirkan jasa baik bapak tu kan... hahaha. Bapak ni bukan lah guide, dia cuma penjual air di puncak Batur tapi ntah macam mana dia boleh fikir nak follow kami sampai ke puncak. Rupanya ada agenda tersendiri.

If you asked me, the hike wasn’t difficult compare to some of the mountains in Malaysia that I’ve climbed. The only different is that the ground is formed by volcanic sand and rocks. Some part of the routes were very rocky that I almost tripped few times by the rocks. The trail was quite steep as we approached the top. Can't imagine, kalau Cik Fad follow kami juga. Mesti terseksa nak mengharungi trek yang berbatu.

The best part, when we were half way to the peak and we looked down from the mountain and saw many lights in the distance, just like a trail of light, each one of group coming up the mountain behind us along the trail we had just covered. We could see some of them were just starting at the bottom of the mountain.


Menantikan Sunrise

Alhamdulillah, we reached summit at 5.20 a.m... It was too early for the sunrise, as the sun only rises around 6 a.m. Only 1 & 1/2 hr jer pendakian kami. So, sementara nak tunggu sunrise, Adi tolong kami cari tempat yang proper sikit nak solat Suboh. Masa kat puncak ni baru lah terasa sejuk sangat... huhuhu. After Solat, kami ke tempat view point yang memang dah availabe for hikers to see the sunrise. Meanwhile, Mas Adi was preparing our breakfast inside the hut. 


Mount Abang at 6.10 a.m from top of Mount Batur


Subhanallah... cantik nye view walaupun bukan lah the perfect one

Ternyata, nasib memang tak berapa nak menyebelahi kami nak tengok keindahan ciptaan Allah pagi tu, the beautiful sunrise. Tapi, nasib baik juga dapat tengok Mount Abang & Batur lake walaupun tak sepenuhnya. Kami juga tak berpeluang nak tengok kawah Batur & explore the crater rim sebab kabus agak tebal pagi tu. Last-last dapat tengok monyet jer. Nasib baik monyet kast sini behave sikit compare to yang kat Uluwatu.


2nd breakfast at peak... Sandwich with Banana inside & Boiling egg

Batur Lake from Mount Batur View point

At this weather condition, we could only see Mt. Abang, 2100 meters. If the weather is clear, probably we could see the one behind Mt. Abang, which is the highest mountain in Bali, Mt. Agung. And if you’re lucky enough, also you could see Mount Rinjani in Lombok (emmhhh... bilalah nak ke Lombok ni).

We spend around 1 hour up there and then started to descending.


Finally... We're here, alangkah best nya kalau Fad ada bersama
Ni sajalah yang terbaek yang aku dapat abadikan

View di sekitar Mount Batur

With our young guide... Mas Adi

View around the Mount batur sunrise viewpoint

There was a hut at the summit for resting and to serve drinks and food.

Tak dapat tengok crater... tengok monyet pun jadilah, hehehe

Another viewpoint

Ade juga yang baru sampai

Ok kami nak start turun dah

Masa naik tak bergambo, balik layann sakan lah yea

The black volcanic sand seen from Mount Batur

The journey down the mountain is just as challenging, but this time you get to see the surrounding panorama

Angle yang paling menarik... could see both side, Batur Lake and the volcanic sand

Subhanallah... Indah nya ciptaan Allah

The other side of Batur Lake

On the way back, we finally saw the trail for the first time as it was too dark to see anything during the night hike. The same sandy volcanic & rocky trail that we had to passed thru.

volcanic sand & rocky trail

Please be careful with the rocky trail

View Batur as we approaching the foothill

Another option to Mount Batur... Motocross, but only up to here

The route where we trekked this morning... Cantik juga view dia

Perjalanan Pulang

Awesome view you could see on the way to the base camp

Route ni dah boleh start berlari

The route at the beginning of the trekking

Ade kawasan perkampungan juga dilaluan kami ini

View yang indah otw nak balik

We reached the base of the mountain around 8 a.m. and ended our unforgettable journey to Gunung Batur.

Before we returned back to our Hotel in Ubud, again, we stopped by at Pineh’s Farm for a Free Fried Banana & Coffee Break. Sedap Cuma nipis sangat pisang dia. Tak puas nak makan.

To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...