Pages

Monday, December 19, 2011

Tak tahu mana rasional nye



Mon, 19 Dec 2011

Parking Orange
Menara HLA


Parking Fee pun nak kena nak juga ke??? Ni yang aku nak @#$%&*?!+

Tak tahu mana rasional nye tiba-tiba nak naik kan harga parking plak. Hangin betul aku... agak nye kalau aku tak kasi duit besar memang aku tak tahu dah naik. Menyampah... tak suka... eeee... geram nye. Satu... satu... satu benda naik. Naik without notice plak tu.

Apa yang aku hangin sangat sebab kalu covered parking, maybe ade rasional nye. Dah lah open parking, pastu dah lah kalu hujan lebat ade potential besar nak banjir kawasan tu... macam baru-baru nie, last week je pun... parking yang opposite to this parking lot banjir. Fuhh, luckily aku tak park situ. So, soon kalau lagi lebat boleh jadi juga current parking lot ade potential nak naik air juga. Huh... hopefully not. Tambahan tak puas hati lagi, RM8 tu per entry jer tau & valid for 11 hours only. So, let say more than that, you have to pay additional RM3 per hour. Grrrr... Macam aku yang slalu sampai ofis awal ni... kalau buat OT mahu habis duit OT bayor parking jer.

Maybe lepas ni aku nak kena fikir parking kat Prince Hotel plak (hopefully tak naik lah) yang kata nye lagi murah & covered plak tu. And paling penting kalu season parking lagi murah dapat compare to ko bayar daily kat parking Orange ni. Cuma nak kena menapak skit lah. Tu yang aku agak malas tu.

Bising pun tak guna... harga dah naik pun. Bayor jelah... Awak tu kan tak nak naik LRT.


Sunday, December 18, 2011

Recyle Run 2011

Ahad, 18 Dec 2011
Presint 2, Putrajaya
7.30 a.m

Hari ni aku telah gagah kan diri bangun seawall 5.45 pagi semata-mata nak join recycle Run.

Syarat nak masuk larian tak susah mana pun… yang penting korang tak perlu keluar kan sesen pun untuk register, the only thing you need to do is just submit the recyle item yang sudah termaktub dalam syarat2 larian. Lebih senang lagi, hantar jer sampah yang boleh recycle & that’s it… you’re in. Like me, what I did, I just submitted 10 bottles + 10 The Sun newspapers (yang slalu dapat free hari2 kat ofis tu). And all these takes only one day for me to gather all these… sebab nye memang dah ade kat rumah. Anyway thanks to adik Ipar aku yang bersusah payah tolong hantarkan syarat penyertaan aku yea.

Larian hari tu bermula seawall 7.30a.m and these time I run non-stop for 7 km just to make sure that I achieve best time walaupun without the running cip yang slalu aku dapat before larian. Based on my own count, I made it 45 minutes… OK lah tu. Habis jer larian, dapat goodie bag tapi aku amik sendiri sebab nye takde orang yang kasi kat aku pun… orang tak lari pun boleh jer amik sesuka hati sebab nye takde committee yang nak jaga sangat pun. Ade sorang tu siap amik untuk satu family lagi. Aku mula2 tu amik 2 beg jer tapi bila nengok dalam, cuma adecertificate, voucher hearing test (yang aku pasti takkan guna), air kotak Drinho & roti Intisari bakers jer… trus hilang ketamakan nak amik banyak lagi… hehehe. Nak cakap banyak pun tak guna, free kan. Aku agak hairan juga apsal sponsor besar2 macam Milo, 100Plus, Nestle dan yang sewaktu dengan nye lah, takde plak. Sepatut nye government sponsor, it should be a great event sebab nye… rakyat kan patut didahulukan.

Aku perasan ramai juga yang tak puas hati sebab medal banyak dah habis bila sampai finishing line. Yelah aku rase yang most of them yang join larian ni, beria-ia lari semata-mata nak dapat kan medal… tak kira lah walaupun nombor agak tercorot. Tapi nak wat camne kan, only 500 medals are given away, so, nasiblah. Tapi aku prasan ade satu grup ni, boleh diakatakan semua geng2 dia dapat padahal aku tak Nampak pun dia orang berlari masa larian… oppss lupa plak ni kan gomen event so, faham2 je lah. Lucky draw pun aku tak sempat letak no aku sebab kata nye kotak cabutan tu dah penuh… damn, macam mana tak penuh… cuba letak kertas yang kecik je, ni tak, korang kena letak bip larian korang and itupun lepas habis larian… no wonder lah cepat sangat dah penuh. So, sape2 yang sampai lambat skit je memang takde peluang lah nak bertuah.

Apapun aku tetap berpuas hati sebab aku dapat medal. And I love the medal sebab cantik & it was gold.

My medal



Thursday, December 15, 2011

Menyelusuri sejarah Bukit Malawati


Ahad, 11 Dec 2011

Bukit Malawati
Kuala Selangor


Actually, dah lama plan nak pergi sini. Nak dijadikan citer, plan nye dengan orang lain tapi last-last dengan orang lain juga yang aku pergi. Biasa lah kita ni hanye merancang. Tapi takpe, yang penting… finally sampai juga aku ke sini. Memandangkan we have about 3 hours before nak ke kenduri kahwin Razak, so, aku pun paksa lah Kak Sab bawa aku pergi sini… luckily dia pun OK jer. Bukan nye apa, dari membuang masa yang terlebih kan, at least I’ve something good things to do for today.

Dulu-dulu, aku tahu pasal Bukit Malawati pun masa belajar Sejarah Tingkatan 1. Lama giler dah aku rase aku meninggalkan zaman kegemilangan aku dulu tapi Sejarah tetap sejarah & ia akan tetap menjadi ingatan lebih-lebih lagi buat generasi yang sangat teruja macam aku ni. Sejarah or “History” is my favourite subject dulu… and I’m one of the top scorer for this subject… hehehe.

Sekarang kalau nak ke sini, kereta tidak dibenarkan lagi naik sampai ke atas bukit. Atas sebab apa? Aku pun tak sure... maybe sebab parking issue kot. Yelah, buat nye peak season memang takde tempat pun nak parking kat atas. Aku rase elok juga... at least kurang skit kesesakan traffic di Bukit Malawati.

On the way nak sampai puncak bukit... akan kelihatan banyak sungguh tinggalah sejarah yang ade... tapi keterapi kami tak berhenti kat mana-mana pun dia trus shoot sampai atas, so, kena lah amik inisiatif sendiri nak turun ke bawah skit tengok2 sendiri tinggalan sejarah ni. Bagi aku tak tinggi mana pun bukit ni... tinggi lagi Bukit Broga. And kalau diberi peluang memang aku prefer naik sendiri dari naik transport yg disediakan… bukan nye nak tunjuk aku ni hebat panjat bukit bagai tapi sebab aku rase aku akan lebih puas sebab dapat tengok semua peninggalan sejarah kat atas bukit ni. Tapi memandangkan aku datang dengan orang veteran, terpaksa lah aku batalkan niat murni aku tu. Insyallah, next time yea.




welcoming sign board




Transport yang akan membawa visitor to the top of Bukit Malawati...
charged at RM3 per person




The main attraction here... rumah Api but the real one is kat atas Bukit




Study map ni dulu... guide for the visitors



Bukit Malawati ni dulu-dulu merupakan pusat pentadbiran dan kota kesulatanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 & awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782-1862) sebagai banteng pertahanan dari serangan Belanda sebab nye negeri Selangor ni terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor & Riau. Akhirnya kota ini ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan kota "Altingsburg" sempena nama Gabenor general Belanda… tiba-tiba teringat plak orang pernah ingat aku ni ade kacukan Belanda (tak tahu tang mana nye lah… hehehe)… latest ofismate baru aku pun tanye, kot2 aku ade mix portugese plak. Kelakor pun ade... maybe sebab salasilah aku ade terkenan kot. Anyway, lupakan citer yang tak penting tu… tak lama mana pun Belanda menawan kota ni, pada 28 January 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adinda nye Raja Nala, Datuk Penggawa Permatang& Bendahara Abdul Majid dari Pahang telah Berjaya menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja… bermula selepas Isyak & berakhir sebelum terbit fajar. Alhamdulillah maybe berkat solat sebelum berjuang.



Khazanah yang tidak terhingga




I feel lucky to be here




Meriam ni zaman dulu-dulu digunakan untuk mempertahankan kota Kuala Selangor




The Lighthouse... one of the attraction at Bukit Malawati



Rumah api ni dibina pada tahun 1907 oleh British masa era penjajahanye dulu kat Tanah Melayu. Height about 83 ft from the seabed and 23 ft from its base. Dulu nye rumah api ni guna power from generator but now fully electric yea. The light beam from the lighthouse can extend to 40 till 56km. It rotates and flashes twice every 15 seconds. Dulu nye rumah api ni banyak membantu pedagang & nelayan yang belayar pada waktu malam.




Jom masuk muzium... learn the history of Kuala Selangor



Meriam-meriam yang tersusun rapi untuk tatapan pelancong




Meriam Belanda or "Dutch Cannon"
Actually every meriam yang ade kat sini ade nama unik nye sendiri




Meriam buatan Belanda ini dipercayai dibawa dari Melaka oleh Belanda dan buatan nye lebih kemas daripada Meriam Melayu



Bukit Malawati


Bukit ini dikenali dengan nama Bukit Malawati sempena dengan nama busut yang terdapat kat atas bukit ini yang dibina semasa zaman Sultan Ibrahim untuk berehat sambil memerhati orang menyabung ayam. Tapi aku tak sempat pun nak amik gambo busut tu sebabnye keter api yang bawa kami tu tak stop pun kat situ. Tapi boleh nampak je masa nak turun bukit ni nanti. Like I say, kena lah guna inisiatif sendiri nak jalan2 kat area2 bukit ni sebab nye transport yang disediakan hanya akan stop kat atas bukit sahaja. Bukit ni penting dalam Sejarah dan sebab itu lah salasilah awal kemunculan nye tercatit dalam buku sejarah sekolah yea.


Alat Pemadam api beroda jenis buih 50 gelen yang diimport dari UK

Alat pemadam api ni dipercayai digunakan di ibu pejabat Polis Perseketuan Tanah Melayu di antara tahun 1940–1950. Can u imagine, orang dulu angkut benda ni pergi padam api... I believe not a big fire... hehehe. Macam penarik beca pun ade juga... maybe beca pun dapat idea daripada alat pemadam api ni.





Place for sighting of new moon

Bangunan kecik ni khas bagi mencerap bulan Ramadhan (awal puasa), Syawal (Raya Aidilfitri) & Zulhijjah (raya Qurban) & juga sighting for new moon for every month.




Pandang apa tu

Antara daya tarikan kat Bukit Malawati ni... monyet2 liar




Lot of monkeys are here




View of Selat Melaka from on top of Bukit Malawati




Saya pun nak posing atas meriam ni



Sebenarnye banyak lagi yang aku nak selusuri... bekas tapak istana, makam diraja, perigi tujuh, batu hampar tempat memancung kepala pesalah, tangga seratus, perigi beracun serta beberapa meriam jenis lain lagi lah yang ada disekitar Bukit Malawati ni. Dipercayai juga kat sini ada sebuah terowong tempat menyimpan harta... ni lagi menarik nak explore ni. Tapi memandangkan jalan dengan orang veteran kan... so, kita yang muda ni kena lah faham-faham rentak nye.

Next time, Insyallah akan ku panjang kan langkah lagi nak mengenali sejarah peninggalan yang amat bernilai ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...