Pages

Sunday, December 31, 2017

Annapurna Expedition Day 4: Poon Hill

Poon Hill, Ghorepani
Monday, 04 Dec 2017

Trek: Ghorepani to Poon Hill
Estimated Time: About 1-1.5hrs
Elevation: 2860m to 3210m 


Malam tadi kami diberitahu perlu bergerak seawal 4.45am to Poon Hill. Aku memang agreed sangat sebab aku dah tahu kemampuan sebahagian kami yang tak berapa nak laju ni. Aku & Fad pun by 4.30am kami dah ready tunggu guide panggil saja. Tapi aku tak tahu lah mana silapnya, still kami start lambat juga, around 5.15am. Aku ingat lagi masa kami dah nak bermula tu, azan pun dah berkumandang. Masa tu terfikir juga lebih baik solat je dulu sebelum bergerak, so that, tak perlu dah nak stop mana-mana nak solat tapi sebab guide kami dah paksa gerak sebab dah lambat, so, we had no choice & kami pun bermula dulu. Agak kecewa juga lah sebab aku tahu mesti tak sempat sampai sebelum sunrise ni.

Tak perlu nak bawa barang banyak sangat untuk ke Poon Hill sebab nanti kita akan turun balik ke Guesthouse for breakfast. Just bawa drinking water (lagi best kalau bawa hot water), snack or chocolate, headlamp. Pakaian pun ikut kadar kesejukan pagi tu lah. Aku ni sebab terlalu fikir sangat orang yang turun semalam cakap "too COLD", so, terover pulak. Normally, aku pakai long john, Columbia Omni Heat Baselayer & favourite jacket pink aku tu pun dah cukup. Tapi kali ni aku tambah selapis lagi heattech. Boleh tahan juga lah kepanasan, hahaha. Tak pasal-pasal nampak lebih gemuk daripada biasa. Tapi pagi tu kat Poon Hill memang tak sejuk sangat pun.

Kami bermula pagi tu dengan naik tangga juga. Memang trek nak ke Poon Hill dari guesthouse kat Ghorepani ni akan naik tangga saja sampai ke atas. Estimated time 1 to 1.5hrs. Tapi kalau banyak berhenti tu memang 2hrs juga. Kami berhenti solat after about 30min walk. Masa tu dah kira halfway jugalah. Lagipun area yang kami berhenti tu memang agak luas & banyak space. Dan memang checkpoint juga untuk orang yang nak naik ke Poon Hill.


Baru lepas solat Suboh nak summit attack dah ni, kat belakang Nir tu tengah kecoh orang tengah buat CPR

Nak dijadikan cerita after Solat Suboh pagi tu, tiba-tiba kami dikejutkan dengan riuh rendah suara peserta daripada Korea. Masa tu aku dimaklumkan ada orang pengsan. Al maklum, curious sangatkan nak tahu. Aku pun pergi lah dekat sikit tengok, rupanya ada orang tengah buat CPR kat orang yang dikatakan tak sedarkan diri tu. Suddenly aku teringat CPR training yang aku attend kat my office about 2 weeks before the ABC trip. Kalau nak perform CPR ni, kena make sure dulu mangsa tak ada nadi (pulse) lansung baru boleh buat. Masa tu aku dapat rasakan yang ahjussi tu memang dah tak ada nadi dah. Fuhh, seram sejuk juga masa tu. Agak kalut juga keadaan masa tu. Kami yang ada kat situ pun turut merasakan kerisauan team from Korea tu. Masa kami mula bergerak menuju Poon Hill, aku lihat CPR masih giat diteruskan.

Teringat gurauan semalam bersama satu group dari Korea ketika mereka melintasi kami yang sedang rehat. Happy mereka bila kami start say "Annyeonghaseyo" & panggil "Oppa". Especially, ahjussi yang suruh kami panggil dia oppa, tak nak mengaku dah Ahjussi tu, hahaha. Aku tak tahu punca sebenar one of the Ahjussi in that group yang tiba-tiba tak sedarkan diri tu. Kami hanya tahu Ahjussi tu dah mati bila turun dari Poon Hill from our guide Ramji. Menurut Ram, puncanya, malam tadi Ahjussi tu ada "minum" & kebetulan pula ada Heart Problem juga. Aku tak pasti lah kesahihahn cerita tu tapi mungkin ada kebenarannya juga.


The Golden moment before reach Poon Hill

Kami tiba di Poon Hill around 6.45am. Masa kami on the way nak ke Poon Hill tu saja dah cantik. Maka, banyak lah berhenti ambik gambar dulu. Golden moment ni datang sekejap saja, kalau nak tunggu sampai kat Poon Hill memang melepas lah. So, kami gunakan masa yang ada untuk enjoy the view first before proceed to Poon Hill. Memang cantik sangat view sunrise pagi tu. Syukur Alhmadulillah, one of the best view kat Poon Hill.

As expected, masa kami sampai saja di Poon Hill, penuh gila dengan umat manusia. Nak cari port pun susah. Aku mana yang sempat aku capture dulu sebab sunrise ni sekejap jer. Dah tak sempat nak buat time lapse dah. Masa tu, hanya sebahagian daripada kami saja yang baru sampai, yang lain masih dibelakang.

Jom enjoy the photos...


We managed to capture this view on the way to Poon Hill

Sunrise

Sunrise moment on top of Poon Hill

The moon is about to hide

Macam melihat lukisan alam

Annapurna Range View from Poon Hill

Poon Hill checked

Alhamdulillah, we did it

My team

The guides & porters

Dah sampai, jangan angry sangat deh

Another option nak enjoy the view at Poon Hill to the fullest is by climbing the view tower. Tapi nasib tak menyebelahi kami, masa sampai kat Poon Hill saja dah penuh dengan orang. Apa boleh buat masa on the way nak ke sini saja pagi tadi, dah berapa individuals and group yang pintas kami. Dan boleh dikatakan semua best spot kat Poon Hill ni dah kena conquered by most of the people yang sampai awal. Hasrat nak panjat view tower terkubur macam tu sajalah, hahaha. So, kami jalan-jalan kat bawah saja. Carilah mana-mana spot yang best sikit nak ambil gambar.


Menara Tinjau at Poon Hill

Poon Hill from the other side (View from view tower), pic credit to Uncle

Masa ni on the way turun, ada port yang menarik juga nak enjoy the view

Balik lalu laluan yang sama juga. Tangga ni lah yang kami naik pagi tadi

Otai masih lagi berbisa

Entrance to Poon Hill

Apa sajalah yang korang buat tu

On the way turun dari Poon Hill tu banyak betul godaan view. Yelah, pagi tadi masa naik mana nampak semua tu. Dah siang ni, barulah nampak, memang cantik sungguh pemandangan sepanjang turun dari Poon Hill ni. Rasa macam nak berhenti kat semua tempat, stop, layan view & ambil gambar. Tapi apakan daya, masa kami sangat limited. Hari ni juga kami akan bergerak ke Chule thru Tandapani. Anggaran masa dikatakan 7-8hrs jugalah kalau ikut pace kami. Tapi hakikatnya, anggaran masa tu dah termasuk masa kecederaan & masa untuk kami bergambar dalam perjalanan nanti. Menurut Uncle, ni baru sebahagian saja. Nanti nak ke Tandapani nanti je ada 3 spot view yang sama kita boleh nampak. Telan Air Liur. Huishh, lagi lamalah nampaknya perjalanan kami hari ni.


Sempat lagi tu lepak sambil layan view

Kat sini pun cantik juga, rasa tak nak balik je, hahaha

Kami sampai di Gueshouse di Ghorepani around 9.30am. About 1 hour juga makan masa nak turun bagi yang santai sambil ambil gambar. Kami tak breakfast terus sebab belum ready lagi, so, masa yang ada aku berkemas apa yang patut dulu. Tadi tinggalkan bilik pun agak kelam-kabut juga. Uncle kasi kami 1 jam saja untuk prepare sebelum bergerak. Stress juga masa tu memikirkan nak kena kemas. Tak habis kemas lagi dah kena panggil "Makan, Makan, Makan". Hahaha. Itulah lumrah selama 8 hari kami disini. Ini baru hari ke-3, more days to come. Bertabahlah. Tapi itu jugalah yang kau akan ingat bila dah habis trip. Confirm rindu lah.


Breakfast lepas turun dari Poon Hill

To be continued...


1 comment:

  1. Ooo kira Poon Hill tempat lawatan la ek? bukanlah singgah semasa otw hiking ke guesthouse seterusnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...