Pages

Sunday, December 17, 2017

Annapurna Base Camp… Here we come

Kathmandu, Nepal
Thursday, 30 Nov 2017


Syukur Alhamdulillah, untuk kali ke-2, I’m back again after almost 3 years. Masih dengan misi yang sama ke Annapurna Base camp cuma kali ni kita up sikit pergi PoonHill dulu. So, for this time punya trip, route memang agak berbeza sikit daripada trip yang dulu. Dan salah satu sebab utama juga aku join trip kali ni sebab itinerary & route yang agak berbeza compare to previous trip.

Aku memang berangan banyak kali dah nak ke Nepal lagi tapi angan-angan nak ke EBC tapi mana tahu angan-angan bertukar pulak ke ABC. Memang jodoh kuat kali ni cakap I have to do this first. Pada mulanya Uncle tak ajak pun join trip ni sebab bukan open trip tapi aku yang asyik sibuk tanya dia boleh ke join ke tak ke… blah blah blah. At last, Uncle buka 2 or 3 vacancy je. Siap warning aku, jangan ajak ramai-ramai sebab ni bukan open trip kena minta persetujuan another group kalau nak join sekali. Aku pun terus OK padahal masa tu tak beli ticket apa pun, hahaha. Tapi yang nak pergi sebenarnya aku saja pun masa tu. Nasib baik Fad setuju masa aku ajak beli AA tix promo bulan Sept. So, dah ada geng aku pun terus confirm dengan Uncle. Yang kes Nir pulak, dia pun tiba-tiba PM lepas aku balik Raung cakap nak join. And Uncle again PM aku, kalau nak ajak lagi 4 orang pun ok sebab another group ada 4 orang yang tak jadi join. So, total for this ABC + Poonhill expedition, 10pax + Trip leader Uncle Karat.

Finally, we’re here in Nepal. Nurul, Fad, Nir, Uncle Bad, Syuk & Wife Kak Ju, Mat Lan, Edwar, Ikmal, Kak Bad & Uncle Rashid.

Aku malas nak cerita kejadian kat Airport sebab sama jer seperti 3 tahun yang lepas. Ada nak 1 jam lebih juga lah tunggu luggage. And orang yang buat VOA pun boleh dapat luggage dulu. Kali ni yang menarik perhatian kami, TV 32” LCD antara item yang banyak di bawa balik dari Malaysia. 


Pickup service from Third Eye Adventure

Kathmandu masih seperti dahulu. View dekat city yang tercemar dengan habuk tu memang normal dah kat sini. Not much changes since the earthquake in April 25th, 2015. Aku ingat lagi just after 2mnths kami balik dari Nepal in mid Feb, 2015, tiba-tiba earthquake. Masa tu rasa terkejut & syukur juga sebab kejadian selepas kami pulang. Masih boleh lihat kesan dari gempa yang dasyat dulu tapi sekarang dah lebih ok dan manageable. Some of the buildings after the earthquake are still under re-construction.


Sebahagian Ahli Jemaah yang sampai awal

As usual, kedatangan kami kali ni disambut dengan bunga tradisi masyarakat kat sini. Dan paling terkejut, Ganesh pun ada sama. Ohh, rupanya dia lah yang buat kolaborasi dengan Uncle. Masa kami together kat dalam Van, banyak betul throwback dia buat kat ahli rombongan kami. Amboi, tak pasal-pasal semua ahli rombongan tahu pasal kisah kami yang terkandas di Deurali 3 tahun yang lepas. Yang pasti, Rabin & Roshan tidak bersama kami kali ni. Sebab mereka tengah bawa group dari Malaysia 100pax++ yang tengah buat Malaysia Book of Records kat ABC. Kami tak sempat jumpa pun group ni sebab masa kami baru bermula, mereka dah turun masa tu. Masa tu aku Cuma kenal salah sorang guide kami, Ramji yang kebetulan sama-sama pickup kami di Airport. Perjalanan kami pun bermula.  


Thamel Day time

Kali ni service dari Third Eye memang sangat better than before. Buktinya kami dapat bilik yang memang best lah. Memang berbeza betul compare dari trip yang lepas. Yang pasti selesa sangat & puas hati. Akak kasi 4/5 untuk accommodation di Thamel kali ni. 


Hotel Dream City

Masih munggunakan khidmat Third Eye Adv
 
Room for 3

Hanya sebahagian saja ahli Jemaah yang kami baru kenal untuk permulaan hari ini. Yang 4 orang lagi, the next day baru kami tahu sapa sebab flight mereka sampai malam kat Kathmandu. Agaknya masa kami dah tidur, mereka baru sampai hotel. 


Dinner di Anatolia... Mutton Briani

Sebelum dinner malam tu di Thamel, perkara utama kami buat dulu kali ni, find the simcard. Dulu first time datang Kathmandu tak terfikir pulak nak beli simcard kan. Harapkan dapat internet free jer. Sekarang rasanya keperluan internet macam perlu sangat sebab selain nak update status terkini di media sosial, komunikasi dengan famili yang jauh dimata sangatlah penting. Al-maklum, not every places in Nepal is covered by free wifi. Kalau ada pun kat Hotel sajalah. Sepanjang trekking, kena standby duit kalau nak guna wifi. Itupun kalau reception is OK. So, ikut nasib jugalah. So sebagai persiapan awal kami beli siap-siap di Thamel sebelum memulakan perjalanan on the next day. So, perjalanan 7jam nak sampai ke Pokhara tak ada lah sesuatu yang membosankan bila dah ada 3G.

Ok nak cerita sikit pasal nak apply simcard kat sini. Bukan pekara mudah. Dah macam nak register untuk fixed line. Kena provide Passport & Passport photo. Lepas tu, kena isi form pulak. And nak setup simcard tu kat phone pun, semua dia buat sampai lah dapat signal. Fuhh, lama betul procedure nak beli simcard ni. Sudahnya orang yang tunggu pun naik sejuk kelaparan. Kami pilih NCell for 2wks punya internet usage about 2.5G. Price NPR 1450. Boleh buat call for 30min juga. Lagi banyak data nak guna lagi mahal lah kosnya. Nasib baik kami ambil yang paling murah sebab nanti bila dah panjat macam tak guna jer sebab signal hanya ok kat certain places saja. At the end, terpaksa beli wifi jugalah nak guna internet kat Teahouse/Guesthouse.

Lepas dinner malam tu, kami terus minta Uncle & yang lain untuk gerak awal sebab nak shopping di Thamel. Masih ada kelengkapan Nir yang tak cukup. Aku takde apa pun nak beli tapi macam biasalah cuci mata, hehehe. Kami diberitahu yang ada kemungkinan Salji agak tebal diatas & boleh jadi jalan nak turun licin, so, crampon is really required if the weather say so. So, for the first time aku rasa guide buat keputusan yang bijak suruh kami prepare siap-siap untuk menghadapi kemungkinan yang kami bakal hadapi. Lesson learnt from the previous trip. 


Rubber Crampon yang dikatakan perlu untuk misi kali ini ke ABC, NPR1000

Sempat juga tu shopping benda lain juga

Tu dia... lain yang dicari, lain pulak yang ditangkap, hahaha

Seperti trip yang lepas, kami diberi kebenaran untuk tinggalkan barang yang tidak perlu untuk trip ke Pokhara & ABC. As usual, kami hanya tinggalkan keperluan untuk last day saja. Yang lain memang wajib bawa ke Pokhara. Tak nak tinggalkan apa-apa pun tak apa sebab nanti kat Hotel di Pokhara pun boleh tinggalkan barang yang tak perlu sebelum mula mendaki. Sebab kita akan stay di Hotel yang sama juga before & after the trip.

To be continued…


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...