Pages

Saturday, March 19, 2016

2 bulan lagi

Karat Adventure, Menara MPAJ
Friday, 18 Mar 2016


Malam tadi kami ke Karat Adventure lagi. Tapi kali ni bukan nak shopping barang outdoor pun tapi sebab ada meeting sempena our next upcoming trip to Semeru. Tak terasa masa berlalu begitu pantas, tahu-tahu tinggal lagi 2 bulan sahaja before the real journey to Puncak tertinggi Indonesia itu. Persoalannya, mampu kah aku. And trip kali ni maybe tak serancak trip yang lepas-lepas sebab ramai ahli asal yang tak dapat join skali atas sebab-sebab tertentu. Nak cancel macam sayang pulak sebab bukan senang nak dapat season yang best ke sana. Lagipun aku dah beli ticket flight last year lagi masa ada AA promo. And aku tak tahu bila masa terbaik lagi nak arrange trip dah lepas ni sebab economy minyak yang kurang memberangsangkan lately. 


Hasil perbincangan malam tadi

Aku tak nak kekecewaan 2 tahun yang lepas berulang lagi. Biarlah bahagia sahaja mengiringi perjalanan kami disana nanti & mendapat keredhaanNya. InsyAllah. 


Puncak Mahameru

Kali ni cuma ada 2 member yang aku masih tak tahu hati budi masing-masing macam mana sebab kami tak pernah trekking bersama tapi hopefully everything is ok.

May Allah SWT ease everything for all of us.


Sunday, March 13, 2016

Gunung Bujang Melaka Part 3

Gunung Bujang Melaka, Kampar Perak
Sunday, 28 Feb 2016

Continue from previous Gunung Bujang Melaka Part 2

Just after the light breakfast, milo panas & kek pisang, kami pun mula bergerak menuju jalan ke puncak. Hanya Uteh saja yang tinggal di Campsite sebab nanti dia nak kena masak heavy breakfast untuk kami bila turun dari puncak nanti, hahaha. So, hanya Lat, Aida & Ani ditugaskan untuk membawa kami ke puncak. So, untuk summit attack ni, kami bawa air & keperluan ringkas yang perlu saja. So, kalau beg ringan, lajulah sikit pergerakan. Lagi cepat sampai lagi bagus. Lagipun estimated time nak sampai ke puncak lebih kurang 2jam. And we did it less than 2 hours. Alhamdulillah.

First checkpoint menuju puncak, kami akan bertemu dengan Permatang (Persi Camp). Tak sure samada tempat ni untuk camping juga sebab kalau tengok keadaan sekeliling macam tak berapa nak ada ruang. Trail menuju puncak Bujang Melaka dari Lebah campsite, boleh dikatakan agak leisure & tak berapa nak susah. Anyway, still nak kena berjaga-jaga juga dengan pokok berduri & akar kayu yang sentiasa ada disepanjang trek. Kalau tersilap langkah boleh membawa padah juga. Aku pun ada juga beberapa kali jugalah terkena, cuba juga nak elak tapi kadang-kadang tak perasan.


First Check point on the way to the peak

Antara halangan menuju Puncak

Trail on the way menuju puncak

Trail on the way menuju puncak

100m more to go

Last challenging trail before reach summit
 
Aku, Fad, Thirah & guide kami, Lat sampai sebelum pukul 9 pagi di Puncak. Masa ni kami saja di Puncak. Seterusnya, yang lain menyusul kemudian. Alhamdulillah, semua berjaya sampai. To be honest, view tak berapa nak ada pun kat puncak Bujang Melaka ni. Agak limited juga sebab view dilindungi pokok-pokok yang agak tinggi. But still kami boleh tengok Pekan Kampar dari puncak. Tapi bukan setakat view yang kami kejarkan, lebih kepada kepuasan.


Yeahh... we did it

View on top of Mount Bujang Melaka

Tahniah semua

Kami spend lama juga kat atas ni, about 45mins.  Lepas dapat isyarat dari Lat, kami pun mula turun. We made it less than 1.5hrs descending down. On the way, kami bertembung dengan group di Campsite yang sama baru nak naik ke puncak. Nasib baiklah kami start awal, kalau tak memang penuh lah kat atas puncak tadi. Group mereka ni lagi ramai dari kami & semua pun memang dah otai.


Gunung Relau kelihatan otw turun dari puncak Bujang Melaka. 
Menurut Uteh Gunung relau boleh buat day trip sahaja

Sampai dah campsite after about 1.5hrs descending down from peak

Kepulangan kami disambut dengan breakfast special dari chef merangkap guide kami, Uteh. 
Nyam... Nyam... Nyam... Nasi Lemak & Bubur pulut hitam tu memang terbaik lah. Seriously nak request lagi untuk next hiking trip.

Lepas dah puas menikmati breakfast yang memang best, it's time to go home. Kami siap berkemas dalam pukul 12pm. Around 12.30pm, kami semua mula bergerak turun melalui trek yang sama seperti semalam. Kalau semalam kami mengambil masa sekitar 4 jam juga nak sampai ke atas, hari ni, trekking down should be less than that. Masa ni lah baru terasa sengal lutut. Dah lama tak trekking ni, lain macam saja rasanya. Anyway, kena kuat juga untuk next hiking trip.


Mandi-mandi dulu sebelum turun ke parking

Kami sampai di Empangan sebelum pukul 5ptg. Memandangkan ada dua grup yang potong kami on the way nak turun tadi, so, spot nak lepak kat Empangan dah limited sikit lah. Nasib baiklah ada satu group dah bersiap-siap nak gerak. Anyway, mandi-mandi kat Empangan after a long hike to Bujang Melaka memang sangat best.


Finally

Basically, hampir pukul 6.30 ptg juga baru kami betul-betul sampai di Carpark Masjid. Alhamdulillah, misi Bujang Melaka berjaya. Tahniah kepada semua.


Gunung Bujang Melaka Part 2

Gunung Bujang Melaka, Kampar Perak
Saturday, 27 Feb 2016


Continue from previous Gunung Bujang Melaka Part 1

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Kem Lebah before 5pm. Pasang khemah, tolong apa yang patut and then baru kami mula bergerak turun menuju ke anak sungai berhampiran untuk mandi & buat apa yang patut. 


Kem Lebah

Kami tak dapat port khemah yang dekat dengan sungai tapi yang agak tersorok & paling hujung. Anyway, still good location nak buat project sebab jauh dari khemah yang lain, hahaha. Cuma masa nak ke anak sungai nanti kami still kena cross khemah group 1 yang dah sampai dari semalam lagi agaknya. Sebab kalau ikutkan masa kami hike tadi cuma ada dua group saja yang saing sekali, group kami & group 2. Tak perasan pun another group. And masa aku sampai di Kem Lebah, group 1 ni dah complete semuanya. While group 2 baru saja sampai sebelum kami dan baru sibuk-sibuk nak setup khemah bagai. So, aku assume memang dari semalam Group 1 dah sampai.

Actually, takdelah dekat mana pun anak sungai dengan campsite, still kena turun bawah sikit dari campsite nak ke anak sungai. Dan anak sungai kat sini takdelah seperti yang diharapkan tapi cukuplah sekadar ada sumber air juga. Air memang sangat limited walaupun sumber air mengalir. Kena bergilir juga lah nak mandi sebab yang datang pun ramai. Kami amik turn tunggu another group mandi sebab nak dapat tempat yang best & agak tersorok sikit. Al maklum, pompuan. Masa ni lah baru terasa nikmatnya dapat air nak mandi. Settled everything, we get back to our campsite. Sebab ada group lain pulak nak take turn mandi. Terpaksa lah cepat & pantas sebab hari dah nak gelap.


Santai-santai di petang hari sementara nak tunggu chef kami habis masak

Selesai solat & bersiap, kami mula berkumpul untuk sesi minum petang. Cekodok bilis Adabi cicah sos tomat sambil minum teh O panas. Fuhh, best nya. Lepas minum petang terus dinner sebab hari dah nak gelap, so, better makan dikala tengah terang lagi ni. Nikmatnya kan, tengah-tengah hutan ada menu nasi beriani kambing. Thanks Uteh sebab hidangkan kami dengan menu yang diluar jangkaan. Hilang rasa penat mendaki dapat makan best. 


Masa berkumpul nak makan, masing-masing tak sabar dah masa ni

Menu dinner kami...

Malamnya, aktiviti kami menghiburkan hati. Tadi siang masa kat stream hanya sebahagian saja hiburan sebab masa limited tapi malam ni boleh dikatakan semua permintaan lagu kami ditunaikan. The best part siap berpadu suara lagi, hahaha. Hebat guide kami ni, very the talented. Aku ingat lagi macam mana salah satu group tegur aku masa otw turun dari puncak, “Ohhh… ni lah group yang buat kugiran malam tadi (loghat perak)”… erkkk. Abang ni biaq betui, kalau kugiran mahu riuh satu gunung bang oii. Tapi apa yang best sekali, malam kami di Kem Lebah ditemani jutaan bintang dilangit. 


Beautiful Night Sky seen from Lebah Camp Gunung Bujang Melaka

Around 10pm macam tu, masing-masing pun dah tak larat nak menyanyi. Sudahnya, kami masuk khemah tidur. Aku tak pasti semua dapat tidur dengan nyenyak tapi aku, dah nak masuk pukul 12mlm baru boleh lelapkan mata sebab bunyi bising kat luar.


To be continued...



Friday, March 11, 2016

Gunung Bujang Melaka Part 1

Gunung Bujang Melaka, Kampar Perak
Saturday, 27 Feb 2016


Dulu mula-mula dengar pasal Gunung Bujang Melaka (GBM), hidup-hidup aku ingat gunung ni terletak kat Melaka. Aku rasa bukan aku saja kot, sapa-sapalah yang baru tahu pasal gunung Bujang Melaka & tak sempat nak google lagi pasal tempat ni, mesti akan terfikir macam aku juga kan. Anyway, sejujurnya, Gunung Bujang Melaka terletak di Kampar Perak. Yang pasti aku masih belum tahu lagi al-kisah disebalik nama Bujang Melaka. Yang pasti bukan khusus untuk yang bujang saja, hehehe.

Berada pada ketinggian 1233 meter A.S.L. GBM could be seen from North South Highway. The mountain is located on your left if you are driving towards Ipoh direction. We took Tapah exit to get to GBM starting point.

Aku rasa dah lama juga Uteh ajak kami buat hiking with overnight camping dengan dia tapi ntah apa cerita kali ni, semua pun macam agreed & free saja. Dan buat pertama kali menggunakan khidmat sahabat kami, Uteh untuk overnight hiking, finally, we’re here at Gunung Bujang Melaka. Kalau sebelum ni, kami lebih prefer day trip hiking tapi kali ni nak kelainan & cabaran lebih sikit.

Although day hike is possible but this time we preferred a relaxing trip by doing overnight camping at Kem Lebah (CP4). Lagipun, menurut Uteh, agak mustahil untuk group kami buat day trip memandangkan pengalaman bersama di ekspedisi yang lepas-lepas. Tambahan pula, kondisi sebilangan besar ahli GSH yang masih belum pulih sakit lutut, kaki sepenuhnya. Lagipun, kami pun dah lama tak trekking jauh & lama. Takut nanti nak catch up balik stamina yang dulu tak sampai-sampai, mahu hura-hara juga nanti. So, sebagai langkah berjaga-jaga & demi keriangan berganda di kemudia hari, kita santai-santailah dulu ya sempena permulaan ni.

Kami bergerak seawal 4.50pagi dari Tol jalan Duta. Kalau ikut perjanjian asal, 4.30am. tapi macam biasalah janji gadis semasa. About 2hrs drive juga nak sampai ke Pekan Kampar dari KL. Kami rehat sebentar untuk solat & breakfast di RnR Tapah sebelum perjalanan seterusnya ke Masjid An Nur, Kampar, meeting point kami bersama Uteh & the crew. Masa kami sampai, rupanya dah banyak kereta bersusun kat depan Masjid. So, dapat bayangkan lah berapa ramai lah orang yang hiking & camping. Aku ingat lagi masa salah seorang mamat ni tanya guide kami Uteh bawa group mana. Bila dia cakap bawa group kami, boleh pulak mamat tu response seakan-akan memperlekehkan keupayaan kami. Mungkin bergurau tapi takkan kau tak nampak kami tengah ada kat situ kot brader. Masa tu malas nak fikir apa yang dia cakap tu sebab aku tahu keupayaan sahabat yang lain, so, aku rasa kalau niat kita baik, InsyAllah semua dipermudahkan. 


Masa kami sampai saja dah banyak kereta yang park kat Masjid Daerah An Nur

Kami park dihadapan Masjid An Nur & mula berjalan masuk ke starting point untuk mendaki. Kena menapak dalam setangah jam juga melalui Jalan tar & kawasan perkampungan nak sampai ke car park (CP1) starting point. Dah sampai sini, barulah Uteh mula briefing sikit pasal Bujang Melaka. Terdapat map di sini untuk panduan para pendaki. Alhamdulillah, cuaca cantik hari ni untuk permulaan hiking trip kami. 


Let's go

Perjalanan seterusnya menyelusuri kawasan perumahan & kampung
 
Sambil jalan sambil tangkap gambar



Short briefing by Uteh

Map Gunung Bujang Melaka

Ready

Jalan nak masuk ke hutan agak tricky juga mula-mula tu sebab tak ada petanda pun yang kami perlu masuk ke semak samun bagi permulaan pendakian. Untuk permulaan saja kami dah kena cross beberapa anak sungai kecil yang mengalir. Apa yang bestnya mendaki Bujang Melaka ni, boleh dikatakan permulaan pendakian, akan terjumpa saja sungai kecil yang mengalir. 


Pokok color torquoise
 
Tak lama berjalan selepas tu, kita akan bertemu empangan. Empangan ni tempat nak mandi-manda sebenarnya. So, untuk permulaan kami tak singgah pun di sini sebab plan nya after turun dari Bujang Melaka nanti. After empangan, just follow the piping route and it will lead you to the Pondok Orang Asli. Kami berhenti sebentar disini. 


CP2 pondok orang asli

15min rest at Pondok Orang Asli
 
CP2 checked

Perjalanan diteruskan ke next checkpoint Pangkalan Balak. Selepas Pondok Orang Asli, barulah trek dah mula terjal sikit. Kami berhenti lagi on next CP, Pangkalan Balak. Makan-makan ringan dulu. Spend about 30mins sebelum bergerak semula ke next CP,, stream. Next CP will be our stop for lunch time. 


Trail menuju Pengkalan Balak

Rehat lagi, al maklum newbies to Hutan Malaysia, hahaha

Every checkpoint is properly marked & provided with distance to next CP

30min rest at Pengkalan Balak

Kami tiba di stream @ Kedai Kopi (small waterfall) another 1 hour later. Kami makan simple jer Nasi Impit Kuah Kacang & Kopi Panas. Kali ni rehat lagi lama sebab nak tunggu Uteh & Geng prepare makan-makan untuk kami. Sambil menunggu kami dihiburkan dengan guide kami Uteh yang very talented. Susah nak cari guide yang complete package ni, hahaha. Apappun memang seiously terhibur. Lebih-lebih lagi dengan my requested favourite song, Suatu Masa. Tak sangka Uteh tunaikan permintaan walaupun tak masuk dalam package hiking, hehehe. Thank u so much. Teringat Dejavu di Kinabalu (Mata Love). 


Rehat lagi tapi kali ni kami nak lunch pulak

Happy semua... makan dah kenyang

Kenyang pun dah, hiburan pun sudah, so, jomlah kita proceed ke destinasi terakhir untuk hari ni Kem Lebah. Dan kali ni perjalanan memang lagi dasyat dari sebelumnya. Dan kami amik masa sekitar 2 jam juga nak sampai ke Kem Lebah dari Kedai Kopi. 


Trail heading to Kem Lebah

Trek yang agak mencabar juga

Trail heading to Kem Lebah

Trail heading to Kem Lebah

Trail heading to Kem Lebah

Cendawan cantik ni maknanya dah nak sampai dahh

Alhamdulillah kami berjaya sampai di Kem Lebah around 4pm.


Finally sampai pun di Kem Lebah at 4pm

Complete hike for today... kita rest dulu di kem Lebah


To be continued…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...