Pages

Wednesday, December 31, 2014

2014 melabuhkan tirainya


Tak terasa hari ni merupakan hari terakhir kita di tahun 2014. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. Terlalu banyak kenangan indah sepanjang tahun ni dan tidak kurang juga ujian untuk meningkatkan keimanan diri.

Aku rasa, tahun ni merupakan tahun aku paling rancak travel.

Alhamdulillah, Allah buka pintu rezeki nak buat umrah bersama-sama ayah & emak. Kenangan yang paling berharga dan pembukaan yang berkat untuk tahun 2014. InsyAllah, kalau ada rezeki, memang nak ke sini lagi.




Lepas tu, sambung balik bercuti di Hong Kong. At that time, memang sangat busy sebab bidding stage tengah rancak. But what to do? Aku mengambil langkah berani bercuti without my lead approval. Lepas tu, Family trip to Bandung on May. Sambung end on May ke Surabaya pulak. Initilal plan nak ke Semeru, tersekat dek kehilangan seorang hiker sehari sebelum trip kami. So, pendakian di tutup sehingga mangsa ditemui semula. Kecewa tapi plan berubah dan kami masih menikmati keindahan diluar jangkaan. Trip besama-sama GGK memang sesuatu yang sentiasa diluar jangkaan keseronokan nya.

Hujung bulan Sept department trip ke Langkawi. Thanks Cik Fad sudi jadi rakan travel saya masa ni. And middle october ke Seoul & Jeju… penutup tirai jalan-jalan this year. It was awesome trip & I wish to be there again. Alhamdulillah, Allah swt kurniakan rezeki untuk aku berjalan-jalan tahun ini.

Tapi tak semuanya indah belaka, buat pertama kali nya dalam sejarah company aku buat kejutan December ni juga… retrenchment or more precisely MSS. Ekonomi O&G semakin tenat disebabkan harga minyak dunia yang semakin jatuh. Buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa sajalah semoga Allah swt permudahkan segalanya & nasib aku masih terbela.

Macam-macam berlaku Sepanjang 2014, rasanya tak tekira banyak nya dugaan yang Allah swt turunkan nak menguji sejauh mana keimanan umat akhir zaman ini.

Penghujung Dec 2014 ni sahaja, kita dikejutkan dengan berbagai-bagai ujian yang datang bertimpa-timpa. Selepas banjir besar di pantai timur yang seolah-olah tsunami effect & ke arah selatan juga, masih dalam kategori berjaga-jaga juga menanti gelombang yang seterusnya.

MH370 yang sehingga kini masih belum diketahui nasib & penghujung kisahnya.

MH17 yang dah terbukti ditembak jatuh masih belum berupaya menuntut keadilan.

Belum pun redha kisah menyayat hati kisah pesawat MAS hilang & ditembak jatuh, terkini, pesawat AA QZ8501 pulak yang dah di sah kan semalam jatuh disekitar Laut Jawa. Kapal masih belum ditemui lagi tapi penemuan mayat mangsa yang terapung di laut Jawa kuat mengatakan kapal menjunam masuk ke dasar laut. Technically, memang flight operated by Indonesia tapi tempiasnya masih terasa. Ya Allah ujian apakah ini.

Jenayah seolah-olah semakin rancak rentaknya. Manusia semakin berani dan tak heran dengan dosa.

Ya, Allah swt sedang cuba menyampaikan sesuatu kepada kita makhlukNya. Dunia semakin uzur & akhirat semakin mendekati. Marilah sama-sama berdoa semoga Allah swt ampun kan dosa-dosa kita. 




Last word… goodbye to all our sorrows and tears, bad and bitter memories. But, let the good things, sweet memories remain with us forever and ever…. We’ll miss you so much 2014

May Allah bless and protect us all throught this challenging years…

InsyAllah...
 

Tuesday, December 23, 2014

Kemelut Melanda


Aku rasa sekarang nie, company aku dah jadi tumpuan seluruh warga OnG disebabkan hot issue yang sedang meledak dalam industry OnG terkini.

Yang hebat nya no more VSS or retrenchment, terus MSS and paling kejam no warning prior to termination. And those yang dapat MSS normally akan dipanggil masuk beramai-ramai dalam satu bilik, together with related person, dapat surat, explanation & 24hrs notice. Lepas habis jer meeting ni, balik kat cubicle masing-masing, PC dah kena loacked. So, memang tak boleh buat apa-apa lah. Bagi aku agak kejam juga walaupun company buat tu nak protect project source.

Tapi dengar rumours, mostly yang kena terminated tu disebabkan attendance & attitude problem. Maybe at this stage, company akan sebaik mungkin guna that reason tapi aku tak rasa yang kena buang tu semua ada attitude problem. Because, I know some of them.

Sekarang ni, the most fear thing among employees… on je PC dah kena LOCKED. Masa tu dah kena faham-faham sendiri lah.

Last week after 50 employees dah kena MSS, kecoh pulak pasal email dari president pasal kemulut yang dihadapi company at current situation. Yang menjadi issue nya di sini, email yang di send thru BCC and not all employees yang dapat. So, menjadi isu lagi sebab yang tak dapat email hanyalah employees yang berkhidmat less than 3 years. Confirm lah aku tersenarai skali sebab aku belum cukup 2 tahun pun lagi. Dan menjadi lebih panas lagi sebab email tersebut tak boleh forward or copy the content. Sampai macam tu skali, bukan kah something fishy. Tapi silap lah dengan teknologi terkini, boleh jer nak print screen... tak pun snap dengan smartphone & whassap… hahaha.

Even aku yang attached to project duration 13 months (yang baru start 3 mnths) ni belum tentu safe lagi. Kadang-kadang tu terfikir juga, kesian nya nasib mereka yang terpilih tu. Kalau kena MSS and after that, immediately dapat keje, Alhamdulillah. If not??? Lagi lah dengan kemelut dunia minyak yang terkini. Aku rasa ramai nak buang dari amik bekerja.

Latest news yang aku dengar pulak, another 200 will be terminated this week. Tapi itu rumours yang aku dengar dari company lain. Pantas ajer. Kami yang duduk dalam ni pun tak dengar citer pasal tu lagi. Tapi rumours tu slalu nya betul. Yelah “Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang”.

Hari ni, bila call vendor saja minta info & tanye progress… “Eh, Nurul kau ok tak? Selamat lagi tak?... blah blah blah…”. What a small OnG world. Aku hanya mampu tersengih jelah, malas nak citer panjang lebar. Yelah, nasib aku sendiri belum tentu lagi.

Yang pasti, this exercise will continue until June next year. Dan berapa lagi yang akan terpilih mendapat lucky draw, masih kabur lagi.

Harap-harap aku bukan lah dalam golongan yang terpilih. Aku masih banyak commitment lagi yang aku perlu fikirkan. 


Ya Allah kau permudahkan lah segalanya untuk kami


Nota kaki: 
MSS - Mutual Separation Scheme 
VSS - Voluntary Separation Scheme 


Tuesday, December 16, 2014

The Hidden side of Jeju

#throwback

As Salam...

Rasanya dah hampir 2 bulan aku meninggalkan Jeju Island tapi kenangan terindahnya sekali-sekali hadir mengusik jiwa... hahaha. 

Actually, otw back to Jeju Airport, we took a different route... route yang memang dalam perancangan aku pun sebab the only shortest & fastest route to get to Jeju Airport from Seongsan Ilchulbong. Mana tahu sepanjang perjalanan kami dihidang dengan view yang indah & adakalanya seakan-akan berada di alam khayalan. Rupanya, ada banyak lagi tempat menarik & unik on the other side of Jeju. Kalau ikutkan 3D2N bukan lah the best plan kalau nak ke Jeju. How about 5 days or 1 week? Lama pulak kan tapi itulah hakikatnya... kalau nak enjoy the beautiful Hawaii of Korea to the fullest.


Kincir Angin...  one of the source of energy kat Jeju Island ni. Aantara view menarik otw nak balik ke Jeju Airport... sanggup stop keter tepi jalan semata-mata nak snap gambo, kalau kat Malaysia memang rare lah view macam ni

View sepanjang jalan ni pun sangat cantik & awesome... like never ending route (pic taken while car moving)

Antara spot yang aku rasa menarik sebab pokok-pokok nya yang tinggi & unik... macam dalam set citer twilight movie pun ada (pic taken while car moving)

Till then, Nite... zzzz


Tuesday, December 2, 2014

Family Trip Bandung Day 2: Kawah Putih & Situ Patenggang

Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Saturday, 10 May 2014


Cerita 7 bulan lepas... continue from my previous post


Kawah Putih

Kawah Putih is located at Jln Raya Soreang Ciwidey 47 km from Bandung City. There are so many ways to accesss this place, samada dengan menggunakan public transport or own tranportation (cars or motorbike). But, in our case, we rented a van yang kami dah gunakan since our first day in Bandung.

The journey from bandung city center to Kawah Putih took about 2 ½ hours. Memang sangat jauh and sempatlah sambung tidur dalam van before sampai. Tapi kalau boleh janganlah tido sepanjang jalan pulak sebab nanti bila dah dekat-dekat nak sampai view on the way tu agak menarik sebab ada ladang strawberry, vegetables farm and tea plantation. Open you car windows and feel the fresh air! Yang paling best nya buah strawberry kat sini sangatlah murah. Rasa nak borong jer, menyesal pulak memikirkan dah beli masa otw balik dari tangkuban parahu. Manalah tahu kan kat sini lagi murah & buah dia lagi besar & menarik hati. Takpe, kami dah plan balik dari kawah putih nanti kami nak ke ladang strawberry memborong buah, hahaha. Excited. Huish, masa tu dah terbayangnya nikmat strawberry with chocolate.

On arrival, we need to pay IDR30k/pax and 150k/car. Aku rasa macam agak mahal juga but what to do, we travelled all the way here, tak masuk nanti menyesal, hahaha. Anyway, aku memang dah count in budget pun. With that price, we were allowed to drive our car to the crater which is about 5km away. Boleh tahan juga jauh, jalan pun macam turun naik bukit. Tapi yang pasti our driver really expert about this route, so, no hal lah. Sila jangan cuba jalan kaki yea, hehehe, walaupun agak possible.


Sila patuh arahan OK

Pay Attention

Sila follow route yang betul untuk ke Kawah Putih

The facts...

Kawah Putih adalah sebuah tempat wisata di Jawa Barat yang terletak di kawasan Ciwidey. Kawah putih merupakan sebuah danau terbentuk hasil daripada letusan Gunung Patuha. Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih, lalu warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Ada sumber yang mengatakan airnya bisa berubah warna... depending on the concentration of sulfur and the temperature or the oxidation state. Barangkali itulah uniknya kawah putih ni kan. Anyway, masa kami sampai air danau takdelah seputih namanya.

Kawah Putih site was opened to visitors in 1987. The lake is 2,430 meters above sea level, so, the temperatures are frequently around 10 degC. Kawah Putih crater lake itself represents a relatively stable volcanic system with no records of significant activity since around 1600. (source)

Ade juga sejarahnya disebalik penemuan kawah putih ni. Bolehlah google for more info.


Today is Saturday, so, what you expect?? It's Normal

Me, Tree & White crater

The water look so tempting kan but never try ok

Awesome morning view at Kawah Putih

More route to explore the beautiful of white crater

Goa Belanda... warning!! don't stand too long in fron of this Goa

Awesome view

Keindahan kawah putih

Kawah View from top

We spend about one hour around kawah putih before returned back to our van. Actually, memang tak boleh spend lama sangat pun kat sini sebab bau sulphur dia memang sangat kuat. So, advisable sangat bawalah mask or anything yang boleh cover your breathing. Kami pun beli juga mask before masuk ke sini sebab dari tempat parking jer dah boleh bau sulphur. Mama tak sampai ke bawah pun sebab kaki mama masih tak kuat nak turun naik tangga, so, kami-kami sajalah yang sampai ke bawah. Farish pun tak bersama sebab agak risky juga bawa budah-budak yang masih berumur 2 tahun turun ke bawah. Yelah mana dia tahu nak tahan nafas macam apa yang orang dewasa buatkan. Mask yang kami kasi suruh pakai pun dia tak nak. So, better don't.

Kawah Putih is less popular compare to Tangkuban Prahu crater in Lembang maybe due to long distance from Bandung city but in my opinion Kawah Putih is more beautiful. Anyway, worth coming here once (or more).



Situ Patenggang

Entrance Fee: IDR 15,000

Situ Patenggang merupakan sebuah danau yang terletak di Ciwidey, Bandung Selatan, Jawa Barat. Danau yang juga terletak berhampiran dengan Kawah Putih ini dapat dikunjungi dengan perjalanan sekitar 2 jam 30min dari kota Bandung. Biasanya pelancong akan mengunjungi kedua tempat ini sekaligus kerana berjarak hanya sekitar kurang dari 30 min dari kawah putih. Memandangkan kami dah ke Kawah putih, otw nak balik tu rasanya dah alang-alang dekat tu kan, singgah jelah. Nak juga tahu apa yang uniknya “Situ Patenggang” ni kan.


Tasek Situ Patenggang

Al kisah... Nama Situ Patenggang berasal dari bahasa Sunda i.e. ‘situ’ yang bermaksud danau dan ‘pateangan-teangan’ yang bermaksud saling mencari. Ada sebuah mitos tentang Situ Patenggang yang menceritakan tentang cinta Raden Indrajaya dan Dewi Rengganis yang terpisah begitu lama. Disebabkan cinta mereka yang sangat mendalam, mereka berdua saling mencari antara satu sama lain sehingga pada akhirnya bertemu di suatu tempat yang sekarang dikenali sebagai ‘Batu Cinta’. Setelah bertemu kembali, Dewi Rengganis meminta dibuatkan danau dan perahu supaya mereka dapat berlayar bersama.

Saat ini, perahu tersebut dianggap telah berubah menjadi sebuah pulau yang berbentuk hati bernama Pulau Asmara atau sering disebut Pulau Sasaka. Menurut cerita rakyat setempat, pasangan yang datang ke batu cinta dan pergi berkeliling pulau asmara akan mempunyai cinta yang abadi… hahaha, wallahualam. 


View kat sini memang layan juga

Selain berjalan mengelilingi danau dan menikmati keindahan alam semulajadi, ada aktiviti lain juga yang boleh dilakukan disini seperti memancing, bermain sepeda air, mengelilingi danau dengan perahu berwarna-warni, picnic di pinggir danau, berjalan-jalan di kebun teh yang berhampiran, mengunjungi batu cinta & mengelilingi Pulau Asmara. Tapi kami tak mencuba sebarang aktiviti pun, cukuplah setakat berjalan sambal menikmat keindahan alam semulajadi, hehehe. Lagipun mama pun macam dah letih berjalan di Kawah putih tadi. 


Masih boleh tersengih lepas dah campak sandal dia sebelah kat dalam tasek

Misi menyelamat Sandal Farish Haikal

A good place for relaxing

Kami tak spend lama pun di sini, about 1 1/2 hr kami pulang semula ke bandung city. Another 2 1/2 hours journey. On the way tu, kami sempat singgah makan di kedai makan area ciwidey memandangkan perjalanan masih jauh lagi & perut harus di isi. 


To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...